Search This Blog

Wednesday, September 14, 2011

Bumburing undur kerana kerajaan tidak jujur

TIMBALAN Presiden UPKO, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang bukan sahaja untuk memberi peluang kepada pemimpin muda semata-mata; malah melahirkan rasa kecewa kerajaan Kerajaan Malaysia tidak jujur kepada rakyat Sabah.

“Untuk apa saya kekal dalam parti dan jika dipilih lagi sebagai Ahli Parlimen atau Adun; sedangkan suara rakyat Sabah yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) tidak langsung diendahkan Kerajaan Persekutuan?” kata Bumburing dalam temuramah khas dengan Sabahkini.net, kelmarin.

Kata Bumburing, adalah lebih baik bagi beliau menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga, terutama ibu tersayang yang memerlukan perhatian lebih setelah kematian bapanya sedikit masa lalu.

“Saya memilih untuk melibatkan diri dalam Amanah, sebuah NGO sebagai salah seorang Timbalan Presiden setelah bersara daripada politik,” kata Bumburing yang menolak kemungkinan menyertai sebuah parti politik lain atau pembangkang.

Bersara daripada politik, kata Bumburing, adalah noktah terakhir untuk seorang pejuang yang merasakan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mempedulikan aspirasi rakyat Sabah; terutama kesungguhan untuk menyelesaikan isu pendatang asing yang meranjau Sabah sejak zaman berzaman.

“Keadaan sekarang semakin meruncing dan kronik. Kerajaan Persekutuan bukan sahaja gagal menyelesaikan isu PATI di Sabah; terutama yang mendapat kerakyatan secara tidak sah; malah berbangga dengan jolokan ‘Fixed Deposit’,” kata Bumburing yang teramat kesal kerana Memorandum yang beliau hantar kepada Menteri Dalam Negeri tidak mendapat reaksi positif.

Kata Bumburing, ramai pemimpin Sabah telah menyuarakan isu PATI di Parlimen; tetapi Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan PATI mendapat kerakyatan Malaysia dan meminta bukti.

“Apabila saya menghantar bukti sahih yang diperlukan melalui Memorandum kepada KDN, mereka hanya menjawab memerlukan masa untuk mengkaji. Berapa masa yang mereka perlukan, sedangkan masalah ini sudah berlarutan sejak 1972 lagi? Apakah saya perlu mendedahkan memorandum sulit berkenaan kepada rakyat jelata barulah KDN mahu mengambil tindakan?,” tanya Bumburing yang jengkel dengan sikap acuh tidak acuh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Bumburing turut kecewa dengan pendirian UPKO yang mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberikan sebarang komitmen berhubung memorandum yang beliau sampaikan kepada KDN; yang diakui menjadi salah satu sebab utama beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam UPKO.

Kata Bumburing, “tidak ada gunanya lagi jika kita tidur satu bantal, tetapi mimpi lain-lain.”

Oleh : MUTALIB M.D

65 comments:

  1. Datuk, tindakan Datuk tepat pada waktunya...jangan bersara dlm politik dulu Datuk, mari kita sama2 berjuang untuk selesaikan masalah kita diSabah...kalau tidak siapa lagi. Datuk perlulah bergabung tenaga dgn pemimpin2 yg sdh berada diluar BN spt DSP YTL, Dtk Dr Jeffrey, Hj Ansari, Dtk Karim Ghani, TS Simon Sipaun, Dtk John Ghani dll. Datuk boleh menjadi tunggak menguatkan perjuangan ini...kami yakin UMNO-BN pasti tumbang pada pru13..!

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan perjanjian terhadap rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  3. Harap Datuk Bumburing akan terus memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  4. Kami sokong tindakan Datuk!!!!....Kerjasama Datuk dgn parti Luar UMNO amat diperlukan!!

    ReplyDelete
  5. adakah tindakan ini juga menunjukkan yang beliau sudah berputus asa?

    ReplyDelete
  6. diharap Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan tuntutan2 rakyat Sabah. parti2 tempatan Sabah perlu memperjuangkan hak2 tersebut.

    ReplyDelete
  7. itu terpulang pada Bumburing untuk membuat keputsan samada nak undur diri tau tidak.

    ReplyDelete
  8. tapi bumburing harus fikir, jika dia undur diri bagaimana dia nak teruskan perjuangan membela rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  9. Darah politik itu tidak akan hilang sekalipun beliau bersara. Perjuangan akan diteruskan. Bagaimana dan bila? Masa akan tentukannya.

    ReplyDelete
  10. Kata Bumburing, ramai pemimpin Sabah telah menyuarakan isu PATI di Parlimen; tetapi Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan PATI mendapat kerakyatan Malaysia dan meminta bukti.

    Kedudukan kerajaan persekutuan akan tergugat jika masih tidak mengendahkan suara pemimpin dan rakyat Sabah. Percaya kau.

    ReplyDelete
  11. Mungkinkah selepas pengunduran Bumburing, pemimpin2 lain juga akan turut serta?

    ReplyDelete
  12. Susah melompat kalo mengundur kan?

    ReplyDelete
  13. Mari kita orang Sabah kasih halau semua parti dari seberang keluar dari Sabah terutama umno.

    UMNO adalah punca kebanjiran PATI di Sabah. Allahku tahu tetapi kuncu2 UMNO pura2 tidak tahu.

    ReplyDelete
  14. Spill out the truth. Let the people know.

    ReplyDelete
  15. kita ksi tumbang tu BN..makin lama makin meluat tingu perangai BN..tidak sabar mau memangkah PRU13 nanti...

    ReplyDelete
  16. menenjukkan pemimpin2 parti tempatan yang ada didalam BN hanya alat perkakas untuk meneruskan agenda menjajah Sabah melalui UMNO.

    ReplyDelete
  17. kita tidak perlukan UMNO untuk menentukan masa depan kita....kita tolak UMNO...

    ReplyDelete
  18. Peribahasa itu macam tidak sesuailah... Mana ada orang tidur satu bantal dan mimpi sama2....tidak mungkin akan berlaku!

    ReplyDelete
  19. Kenapa tidak ada yang menyokong usaha beliau sedangkan terang-terangan kerajaan pusat gagal untuk menyelesaikan masalah PTI di Sabah.....

    ReplyDelete
  20. Yohannes Sulod NabawanSeptember 14, 2011 at 1:42 PM

    Jangan sekadar cakap dlm portal ini saja...ayuh kempen rakan, jiran2 dan sekampung...pastikan pru13 undi pembangkang parti tempatan...parti luar made in malaya huhuhu..kada noh!..mada yoku!

    ReplyDelete
  21. Tidak mempertahankan kerusi tidak bermakna tidak terlibat dalam politik. Saya yakin ramai lagi yang masih menyokong Datuk Bumburing.

    ReplyDelete
  22. Mungkin beliau cuma mahu berehat seketika.

    ReplyDelete
  23. "Bumburing turut kecewa dengan pendirian UPKO yang mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberikan sebarang komitmen berhubung memorandum yang beliau sampaikan kepada KDN; yang diakui menjadi salah satu sebab utama beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam UPKO."

    Sekiranya tu suatu hasrat murni seharusnya sesama ahli parti perlu memberi sokongan.

    ReplyDelete
  24. Selagi perjuangan Dtk Wilfred itu jujur dan iklas utk negara.Which party you are affiliate to, the people will always behind you. Bravo Dtk...................

    ReplyDelete
  25. ayuh kita berganding bahu menyingkirkan PATI

    ReplyDelete
  26. Kemenangan BN di sabah adalah melalui undi PATI yg diberi kerakyatan......!!!!!

    ReplyDelete
  27. Tindakan Datuk kluar dri pti kompenen BN sy sokong, tetapi sy x stuju klu Datuk x lgi memperjuangkn nasib rakyat Sabah.Klu bukan Datuk siapa lgi. Sy setuju apa yg di perkatakan oleh Mat Janggut. Utk meneruskn perjuangan Datuk,Datuk perlu brgbungtnaga dgn pemimpin2 yg sudah ada dluar BN sana demi membila nasib rakyat Sabah dn jenarasi akan dtng. Sy psti dgn gbungan Datuk dgn pemimpin2 dluar BN sana nnti,bnyak lgi kwan2 Datuk yg brada dlm BN akan kluar menyusuli jjk Datuk nnti dn sudah psti pati lawan akan lebih kuat menantang kerajaan pabila tiba masa PRU ke13.

    ReplyDelete
  28. Sepatutnya mana-mana YB yang ada 'tontolou' itu ikut pendirian Datuk Bumburing.Kita hidup di dunia ini hanya sekali dan bukan selama-lamanya jadi buatlah sesuatu yang dapat di kenang dan di peringati oleh rakyat.

    ReplyDelete
  29. kerajaan hanya janji palsu. cakap besar tapi isi kosong. BN akan jatuh tumbang pada PRU13 akan datang. we are ready for sabahan

    ReplyDelete
  30. Why should one be selfish in sacrificing position if by doing so it brings greater good to the people.

    Remember that positions and money are nothing to the Almighty God if you cannot use them to help your people.Even the Pope will be judged equally like the rest by God.Remember when the world comes to an end the death will rise and everybody is equal before God.Your position on earth is meaningless and you will be judged by Him for the good things and the good deeds you did.Repent!

    ReplyDelete
  31. Masalahnya, sekarang ni apapun yg dilakukan, Sabah tetap FIX DEPOSIT UMNO kerana pengundi PTI sudah menguasai politik Sabah. Maksudnya ialah sampai kiamatpun BN tetap menang dengan para pengundi PTI atau projek Mahatir itu. Kesihankan Sabah ni kononnya dijadikan oleh pemimpin persekutuan sebagai pengimbang penduduk beragama islam dan bangsa Melayu di Malaysia tapi tahukah mereka bahawa mereka mengaku islam dan bangsa melayu hanya kerana mahu jadi warganegara haram. Pura2 ja jadi Islam konon. Kita yg Islam asal penduduk Sabah tidak pula mdpat apa2 keistimewaan berbanding PTI yg diwarganegarakan .Malunya para pemimpin Sabah. Macam kerbau dicucuk hidung. Itulah padahnya kalau pemimpin yg hanya pentingkan poket dan kekayaan. Sanggup gadaikan maruah bangsa, agama serta tanah air kepada PTI. Ingat, di akhirat nanti Allah akan tanya kamu apa yg kamu telah lakukan pada rakyat Sabah. Kalau nak kembangkan agama islam pada rakyat Sabah melalui dakwah, itu lagi yg paling murni. Bukan gunakan PTI. Seluruh dunia tahu perbuatan para pemimpin dari KL yg amat keji itu. Buat apa ramai penduduk islam di malaysia jika mereka itu bukan islam betul2? Bikin rosak agama saja. Masa puasa makan dikhalayak ramai, pusat perjudianpun dipenuhi mereka. Bila ditanya ttg agama dan bangsa, cepat2 mjwb bilang islam dan melayu konon. Inilah antara lain kesan perbuatan para pemimpin UMNO. Para pemimpin sabah pula kebanyakannya pengecut. Bila timbul sesuatu isu tentang PTI, IC Projek, semua pura2 tidak dengar,tdk tahu dan malah menyokong kenyataan itu menteri KDN itu. Takut kehilangan jawatan. Yg lain2 pula pemimpin yg berbangsa PTI pura2 berlagak hero. Macam rakyat Sabah tidak tahu. Memang bikin panas para pemimpin dari KL ni. Merekalah yg membawa budaya bergaduh sesama pemimpin. Kuat memfitnah sesama bangsanya sendiri. Pandai lagi itu menukar bangsa orang. Walaupun saya beragama islam tapi bangsa saya tetap bangsa saya iaitu peranakan Bajau Dusun. Jika Dtk Bumburing berundur tanpa meneruskan perjuangan melalui politik, maka sia2 saja perjuangan Dtk selama ini. Malah Dtuk sama saja seperti para pemimpin yg lain . Bezanya ialah Dtk mengalah dalam nada putus asa sedangkan mereka menang dengan nada BODOH. Jadi teruskan perjuangan DTK. POLITIK mesti lawan cara politik. Tidak keji Dtk menyertai parti pembangkang asal saja niat Dtk itu murni. Rakyat faham. Jadi apa lagi, ayuh rakyat Sabah kita sokong pemimpin yg mempunyai kesedaran yg tinggi spt Dtk Bumburing. PRU13, good bye UMNO.

    ReplyDelete
  32. Jika para pemimpin beragama islam dari KL ini berperangai baik dan tdk busuk hati, maka tdk payahlah mereka menjadikan PTI sebagai warganegara semata mata utk jadi pengundi, seluruh rakyat Sabah akan rela hati mengundi kerajaan. Sekarang PTI berbangsa Melayu di Sabah sdh melebihi penduduk asal Sabah, jadi apa akan jadi dengan rakyat asli Sabah? Tanah paling subur di Sabah sdh dtangan PTI terutama di kawasan yg pemimpinnya asal PTI. Perniagaan sdh dikuasai PTI, ahli2 akademik serta para pensyarah di UMS, dikuasai asal PTI, apa lagi, penjawat awam di JPN, PDRM, Kastam Guru dan lain2 ddikuasai PTI juga. Kemudahan awam diboloti PTI, Pelajar dpt biasiswa PTI. Apa tdknya, bangsa mereka Melayu dan agama Islam. Tahu2 mereka ini kebanyakannya dua kewarganegaraan. Boleh pulang mengundi di negara asal mereka. Ada rumah dan tanah di Sabah dan di negara mereka. Sekarang Sabah sdh penuh sesak degan PTI. Kalau betul para pemimpin UMNO ini baik sangat dan berbudi tolong ambil semua PTI di Sabah dan pindahkan ke negeri kamu seperti di Pahang, Johor dan lain2. PRU13 reject BN.

    ReplyDelete
  33. sukar untuk mencari pemimpin seperti datuk wilfred bumburing yang memperjuangkan hak sabah.

    ReplyDelete
  34. isu PTI di sabah sedang kerajaan berusaha untuk selesaikan..terbaru adalah menerusi program 5P..

    ReplyDelete
  35. jika program 5P tidak memberikan hasil yang diharapkan maka alternatif lain harus digunapakai..antaranya dengan penubuhan RCI seperti yang disarankan oleh datuk bumburing.

    ReplyDelete
  36. apa2 pun diharapkan akan ada pemimpin yang seperti datuk wilfred bumburing terutama dari golongan muda yang memperjuangkan hak sabah..

    ReplyDelete
  37. pemimpin muda harus fokus kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat..

    ReplyDelete
  38. Syabas dn tahniah Datuk di atas keberanian yg tidak ada tandingannya.Datuk lh Huguan Siou yg sebenar bagi kami.Saya mohon dgn ikhlas agar Datuk teruskan perjuangan untk masa depan anak bangsa kta. Sya sendiri berjanji secara peribadi utk terus menyokong Datuk dalam segala keadaan. Mari lah kta bangsa KDM bersatu hati menegakan keadilan.

    ReplyDelete
  39. keputusan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing adalah keputusan beliau sendiri dan perlu dihormati.

    ReplyDelete
  40. apa pun, usaha utuk menyelesaikan pelbagai isu yang berlaku perlu sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  41. xpa la dya brhenti,ramai lg generasi muda yg xda peluang menyuarakan pandangan lagipun dya da tua 2 xda idea yg bernas da...

    ReplyDelete
  42. SALAH KAU TU SDR. DTK BUMB. ITU TAKLAH SETUA SI HUGUAN TALOU.ATAU SI KM SARAWAK. TPI DTK MEMPUNYAI KESEDARAN YG TGGI WHICH IS GOOD. KALAU DORANG SI HTALOU MEMPUNYAI KESEDARAN BGTU KAN BAGUS TU. TAKUT BTUL DORANG KALAU KENA CADANG TEMPOH JWTN KM. ITU YG TDK BG PELUANG ORG2 MUDA YG BERKALIBER!

    ReplyDelete
  43. BERILAH PELUANG KEPADA WAKIL MUDA UNTUK MENARAJUI DAN MENERUSKAN PERJUANGAN UPKO INI.

    ReplyDelete
  44. Mungkin sudah sampai masanya digantikan oleh orang lain. Biarlah dia bersara semasa menjadi orang ternama lagi.

    ReplyDelete
  45. Mungkin kecewa ada dalam hati Bumburing atas cadangan selama ini tidak diambil kisah oleh Kerajaan persekutuan. Biarlah yang penting sekarang Bumburing merupakan pemimpin yang berani bersuara untuk rakyat Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  46. “Saya memilih untuk melibatkan diri dalam Amanah, sebuah NGO sebagai salah seorang Timbalan Presiden setelah bersara daripada politik,”

    Harap lebih ramai yang kurang berkeupayaan diberi bantuan selepas Bumburing melibatkan diri dalam kerja Amanah.

    ReplyDelete
  47. Semoga calon yang berkebolehan dan berdedikasi tinggi mengambil alih jawatan selepas Bumburing. Usaha Bumburing untuk orang Sabahan selama ini perlu diberi penghormatan tinggi.

    ReplyDelete
  48. Sekurang2nya tdkn Dtk Bumb. merintis jalan bagi laluan kepada para pemimpin warga emas yg lain untuk undur secara terhormat sebagai satu protes terhadap perlakuan pemimpin2 umno yg ternyata menjadi dalang utama kepada pemberian Ic pada PTI di Sabah. Budak darjah enam pun tahu perbuatan UMNO yg terkutuk ini. Maruah bangsa besar sgt nilainya unk digadai begitu sja. Perjuangan perlu diteruskan melalui parti pembangkang dan juga NGO.Parti2 pembangkang perlu bersatu untuk mnumbangkan BN pada PRU13.

    ReplyDelete
  49. Usaha Bumburing selama 30 tahun dalam politik seharus diberi penghormatan yang tinggi dan seharus undur dengan bangga.

    ReplyDelete
  50. Jika Bumburing masih sanggup berkhidmat untuk rakyat, tidak semestinya dalam duni politik, kerja Amanah juga merupakan tindakan bijak supaya lebih ramai orang dapat diberi bantuan dan perhatian.

    ReplyDelete
  51. Semoga pengganti Bumburing merupakan calon yang berkalibar, leadership skill yang baik dan sanggup berkorban masa untuk memperjuangkan lebih banyak untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  52. "Kata Bumburing, adalah lebih baik bagi beliau menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga, terutama ibu tersayang yang memerlukan perhatian lebih setelah kematian bapanya sedikit masa lalu."

    Berpuluh-puluh tahun Bumburing berkhidmat untuk rakyat, inilah masanya untuk beliau berehat dan menikmati hidup dengan keluarga.

    ReplyDelete
  53. “Keadaan sekarang semakin meruncing dan kronik. Kerajaan Persekutuan bukan sahaja gagal menyelesaikan isu PATI di Sabah; terutama yang mendapat kerakyatan secara tidak sah; malah berbangga dengan jolokan ‘Fixed Deposit’,”

    Seharus memberi sedikit masa untuk membuktikan lagi usaha kerajaan terhadap masalah PATI, harap 5P berfungsi baik untuk selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  54. "Kata Bumburing, ramai pemimpin Sabah telah menyuarakan isu PATI di Parlimen; tetapi Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan PATI mendapat kerakyatan Malaysia dan meminta bukti."

    Selagi masaslah PATI tidak selesai selagi kami tidak dapat hidup dengan hati yang tenang. Jumlah PATI yang besar ini cukup menyebabkan masalah besar and mengugat ketenteraman negara.

    ReplyDelete
  55. Sejarah politik negeri Sabah akan tetap merekodkan usaha dan kerjayaan Bumburing. Harap Bumburing undur dan menikmati hidup bersama dengan orang kesayangannya.

    ReplyDelete
  56. Betul kata MarkK, sejarah akan tercatat juga usaha Bumburing dalam pembangunan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  57. Memang harus diberi peluang kepada orang muda yang berkebolehan untuk membuktikan keupayaan dan menghulurkan lebih banyak untuk negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
  58. He finally revealed the truth.

    ReplyDelete
  59. Keputusan telah pun dibuat.

    ReplyDelete
  60. May God shines your way.

    ReplyDelete
  61. If that is his decision, then so be it.

    ReplyDelete
  62. All the best to Bumburing.

    ReplyDelete
  63. join la mana2 pertubuhan atau parti politik.. dengan keberanian membuat keputusan seperti ini pasti mampu menaikkan lagi populariti beliau untuk terus berkecimpung dalam bidang politik..

    ReplyDelete