SAPP TURUT GESA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI, GUGUR CUKAI TAMBAHAN 6%
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) zon Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi turut memandang serius kegiatan syarikat telekomunikasi yang melanggar arahan pihak kerajaan supaya tidak mengenakan cukai tambahan sebanyak enam peratus kepada setiap pelanggan ketika menambah nilai kredit telefon bimbit mereka.
Katanya, beliau kesal kerana kegiatan tersebut yang sudah lama berlaku meskipun amaran telah pun diberi namun kegiatan itu masih berterusan disebabkan kurangnya pemantauan oleh pihak berkuasa selepas itu.
“ Inilah yang dikatakan sudah terhantuk baru terngadah…dimana rakyat sudah ramai mengeluh tidak berpuas hati dengan kos tambahan itu, kini kerajaan baru sedar dan bertindak,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Isnin.
Rudy berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai baru baru ini yang mendakwa sebelum ini pihaknya telah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada syarikat telekomunikasi terbabit jika gagal memenuhi nasihat kerajaan menggugurkan cukai tambahan sebanyak enam peratus.
Rudy yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat seterusnya berkata, beliau tidak ada sebab untuk tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Dr Yee itu jika ianya memberi keadilan dan menfaat yang baik dari aspek kepenggunaan kepada awam.
Ketika ditanya berhubung bukti ianya sudah diamalkan sekian lama Rudy berkata, “ Kamu boleh tanya dikedai kedai jual kredit hand fon sama ada di Keningau atau diTenom, kalau kamu beli harga RM5.00 mesti harganya lebih 50 sen menjadikan harganya RM5.50”.
“ Ini semua tidak betul…sedangkan mereka (peniaga) sudah mendapat percentage daripada syarikat telekomunikasi…(Jadi), kalau mereka minta lagi enam peratus daripada pelanggan pastilah pengguna yang menjadi mangsa bebanan. Kita juga sudah timbulkan perkara ini kepada pihak tertentu tapi senyap sahaja,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rudy turut menggesa pihak syarikat telekomunikasi dan kerajaan agar menumpukan kerja kerja menaiktaraf sistem perkhidmatan telekomunikasi yang lebih berwibawa termasuk penambahan stesen menara diseluruh kawasan.
Dengan berbuat demikian tegasnya, pengguna boleh bermenfaat dengan penggunaan telefon cellular dengan lebih jelas dan mudah daripada asyik membincang keuntungan yang banyak tetapi membebankan rakyat (pengguna).
Ngam juga dan patut kerajaan gugurkan arahan ini...membebankan rakyat. Dulu hand fon hanya taukeh2 besar spt taukeh kayu balak saja yg mampu guna hf ini...sekarang inai2 jual sayur pun guna hf sdh sebab perhubungan lebih mudah cepat dan berkesan tdk lagi main surat2 mcm dulu2 becinta..!
ReplyDeleteNajib has responded in a similar way, he or the BN will impose GST after the next GE, knowing quite well that it does not go well with the rakyat.
ReplyDeleteAre we going to buy such political gimmick? 1Malaysia? It sucks!
Ini pemimpin2 BN main wayang atau sandiwara? Belum diluluskan kerajaan sdh dilaksanakan...fuuuiii? Mau cari dana kah utk blanja pru13...?
ReplyDeleteYa, caj tambahan patut dibantah.
ReplyDeleteHarap cukai ini tidak akan diluluskan buat selama-lamanya.
ReplyDeleteya.. lebih baik cukai tersebut dimansuhkan terus.
ReplyDeletesokong 100%. lagipun sejak kebelakangan ini pun memang banyak sudah kenaikan dalam barang dan perkhidmatan.
ReplyDeleteharap cukai tersebut tidak akan dilaksanakan...
ReplyDeleteini telah menimbulkan reaksi banyak pihak..harap suara pengguna akan didengari..
ReplyDeleteHal sebegini harus dipandang serius, harap2 telco tidak mengenakan 6% tu.
ReplyDeleteBetul, lebih cukai tambahan tu digugurkan selamanya. Cukai ni sangat2 membebankan.
ReplyDeleteRakyat bukan mahu dibebankan tetapi rakyat mahu untuk beban itu diringankan.
ReplyDeleteBiarlah seperti biasa. Tidak perlulah mengenakan cukai kepada prabayar pengguna. Perkara ini akan membebankan pengguna pada akan datang. Rasanya jika dilihat Telco sendiri mempunyai ekonomi yang stabil maka kenapa perlu mengenakan cukai kepada pengguna.
ReplyDeleteSudah pasti bantahan dibuat oleh para pengguna prabayar ini mengenai cukai tambahan 6% ini.
ReplyDeleteKesimpulannya, majoriti pengguna prepaid tidak mahu kena cas 6%. Cekik darah betul.
ReplyDeleteKalau kena cas 6%, silap2 banyak pengguna yang buat mogok bantahan.
ReplyDeletenasib ramai pihak yang membantah.. kalau tidak sekarang ni sudahpun kita terbeban..
ReplyDeleteThe 6% tax is absolutely crazy..it only increase the people burden.
ReplyDeleteWe should not be taxed for buying prepaid.
ReplyDelete