KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin menetapkan 10 Oktober depan untuk mendengar permohonan pembatalan kes saman Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhubung isu penurunan papan tanda Sabahtv.net parti berkenaan pada 9 Julai lepas.
Hakim Datuk David Wong Dak Wah menetapkan tarikh permohonan kes itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Negeri, Hanafiah Kasim yang mengemukakan bahawa Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong memfailkan saman atas kapasiti bukan pegawai awam yang dilantik pertubuhan terbabit.
Katanya di mahkamah kelmarin, saman terbabit tidak tertakluk seperti mana di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966.
Ini berikutan, di bawah seksyen tersebut ada menyatakan peruntukkan bahawa sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti mana yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.
Sehubungan itu, dalam kes saman tersebut telah dikemukakan atas nama Setiausaha Agung bukan pegawai awam bagi pertubuhan itu.
Pihak plainitif diwakili oleh peguam bela Peter Marajin dan Ken Yong.
Terdahulu, pihak SAPP yang diwakili oleh Richard sebagai plainitif telah memfail saman terhadap Mayor DBKK pada 20 Julai lepas kerana cuba menurunkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di premis mereka di Luyang antara 9 hingga 11 Julai tahun ini.
Utusan Borneo
Tunggulah pengumuman daripada mahkamah.
ReplyDeleteHarap semua mengikuti undang-undang negara.
ReplyDeleteperkara ini sepatutnya tidak diperbesarkan. ia hanya masalah papan tanda sabahtv.net parti SAPP.
ReplyDeleteapapun, diharap kes ini akan selesai pada 10 Okt nanti. jangan lagi dipanjangkan
ReplyDeleteHarap2 kes ni selesai la pada masa dan tarikh tersebut. Tidak payah perbesarkan kes ni sebab ada banyak kes lagi lebih memerlukan perhatian.
ReplyDeleteHarap keadilan dapat ditentukan bila masa kes ini dibicarakan.
ReplyDeleteSiapa pun yang bersalah, terima kekalahan itu dan bangkit la meneruskan perjuang untuk masa hadapan.
ReplyDeleteharap kes ini akan selesai segera.
ReplyDeletesebarang keputusan mahkamah nnti kena diterima dgn hati terbuka.
ReplyDeletekeputusan makamah adalah muktamad jadi terima sahaja apa yang akan diputuskan nanti oleh MT
ReplyDeleteIni gara2 bersih la ni. Sampai papan tanda pun jadi isu. uhuhu
ReplyDeleteTapi sebolehnya hal ni tak payahlah diperbesarkan kerana makin dibesarkan makin susahlah selesai.
ReplyDeleteTapi kita tunggu sajalah apa kata mahkamah nanti.
ReplyDeleteSementara itu, harap mana-mana pihak janganlah terlalu fokus pada hal ini. Rasanya lebih lagi kalau fokus pada hal yang lebih penting:)
ReplyDeleteAppaun, harap semua pihak aikan puas hati tak kira apapun keputusan mahkamah nanti.
ReplyDeletetidak perlu perbesarkan perkara ini...tidak penting kerana bukannya isu berkaitan dengan rakyat..ianya lebih kepada kepentingan parti..
ReplyDeletetunggu saja keputusan kes ini nanti..
ReplyDeletebanyak lagi perkara yang lebih penting untuk difokuskan berbanding dengan kes ini...seharusnya isu2 rakyat yang diketengahkan oleh SAPP dan bukannya perkara yang berkaitan dengan kepentingan parti..
ReplyDeletebiarlah mahkamah yang mengadili pekara ini.
ReplyDeletetunggu saja sehingga semuanya selesai nanti untuk mengetahui kesudahan kes ini.
ReplyDeletemengapa presiden SAPP klh plihanraya kecil d batu sapi dulu sednagkan org tua 2 bnyk kono pengikutnya???? mengapa?mengapa?kenapa?why?hahahaha....
ReplyDeleteAnony, September 15, 2011 9:36 AM ..
ReplyDeleteMungkin kerana perjuangan dia langsung tidak nampak oleh penduduk Batu Sapi. Lagi pun siapa mahu dengan parti yang belum stabil lagi untuk membantu mereka.
Mahkamah menentukan apa keputusan untuk perkara ini.
ReplyDeleteMembatalkan kes saman SAPP terhadap DBKK? Apa maksudnya? SAPP tidak jadi menyaman DBKK lah maksudnya. SAPP takutkah.
ReplyDeleteTiada apa boleh dilakukan selain menunggu keputusan dari mahkamah.
ReplyDeleteBetul, ini memang bukan isu yang seharus diberi perhatian besar. Banyak lagi perlu diberi perhatian.
ReplyDeleteSekeping papan tanda pun dipolitikkan ke? kalau cam tu, banyak perkara boleh dipertikaikan dan dipolitikkannya. Seharus memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting seperti masalah PATI, phantom voters, ekonomi, kemiskinan dll..
ReplyDeleteSemoga masalah kecilini diselesaikan dengan cepat dan diterima keputusan mahkamah dengan hati yang tenang dan buka.
ReplyDeleteMahkamah akan menentukan kesemuanya, sedia menanti keputusan.
ReplyDeleteSatu papan tanda tiada kesan langsung kepada semua golongan, tidak harus memberi terlalu banyak perhatian malah tumpu lebih kepada rakyat.
ReplyDeletekalau perkara yang berkaitan dengan politik, sebiji pasir pun boleh menjadi sebiji batu besar. harap masalah diselesaikan juga dengan secepat mungkin.
ReplyDeleteMedia tidak perlu teramat sensitif terhadap perkara kecil ini, tunggu keputusan mahkamah.
ReplyDeleteSemua parti seharus juga mematuhi undang-undang walaupun sekeping papan tanda.
ReplyDeletelebih baik menumpu perhatian dan berfokus kepada isu yang jauh lebih penting jika dibandingkan. Bukannya sekepign papan tanda boleh membawa apa-apa kesan sampingan.
ReplyDeleteAiks, nak batal rupanya?
ReplyDeleteI thought it is still going.
ReplyDeleteBagus la sudah dibatalkan.
ReplyDeleteWhy SAPP suddenly called it off?
ReplyDeleteKurang skt perbelanjaan naik mahkamah.
ReplyDeleteAnonymous Sept 17,2011, 10.16am.
ReplyDeleteOdd isn't it..
Whats the point of suing in the first place.
ReplyDeletebaik tidak payah saman kalau akhirnya dibatalkan..
ReplyDeleteKenapalah kecil hati ni...
ReplyDeleteNo need to make things worse.
ReplyDeleteVery funny to do such things...
ReplyDeleteWhy suddenly cancelled? Weird..
ReplyDeleteHope there' even further explaination about this.
ReplyDelete