Search This Blog

Sunday, September 11, 2011

Kalau bukan Yong, siapakah kita boleh percayai?

Oleh Peter Marajin

Isu No. 5: "YONG TECK LEE BUKAN PEMIMPIN YANG KITA BOLEH PERCAYAI UNTUK MEMIMPIN SABAH"

Komen saya:

Pertama, soalnya ialah jika bukan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ("YTL") siapa lagi pemimpin-pemimpin kita di Sabah yang SANGAT-SANGAT kita percayai? Kita sudah memberi peluang kepada Pairin, Dompok dan Kurup dan yang lain-lain untuk berjuang mempertahan atau mengembalikan hak-hak Sabah yang terhakis. Tetapi daripada terus berjuang mereka sekarang bersekongkong dan bersekongkol dengan Political Masters mereka dari KL yang mempunyai dasar yang tidak menguntungkan penduduk Sabah sekarang ini dan dalam jangka masa panjang, tetapi memudaratkan kita.

Ke-2, untuk mencari pemimpin yang SEMPURNA dari segala-galanya memang susah. Kita sebagai manusia biasa tidak sunyi dari membuat kesilapan, sama ada anda sebagai seorang professional seperti doktor, jurutera, akauntan, peguam, guru dan sebagainya semuanya berbuat silap. Demikian juga jika anda seorang petani, peniaga, penoreh getah, seorang suami dan seorang bapa dalam rumah-tangga, kita dalam hidup ini akan membuat kesilapan sekali sekala. Pokoknya, kita harus belajar dari kesilapan dan terus berusaha kearah yang baik. Dari segi kepimpinan pula, khasnya dalam konteks Sabah, kita sebenarnya tidak mencari pemimpin-pemimpin yang sempurna (perfect leaders) tetapi pemimpin-pemimpin yang BERANI. Pemimpin-pemimpin berani ialah mereka yang tidak takut menyatakan bahawa "warna ini hitam" walaupun dipaksa oleh Political Masters supaya mengaku "warna ini putih". Mereka tidak takut menyatakan Sabah "ditindas dan dianaktirikan" walaupun dipaksa menyatakan kepada penduduk Sabah bahawa kita "diberi peruntukan beribu-ribu juta ringgit" tetapi penduduk Sabah pula adalah yang termiskin di Malaysia. Mereka tidak takut bercakap benar walaupun dipaksa berbohong.

Saya teringat cerita dongeng mengenai seorang maharaja (entah, dari negara mana!) yang sangat suka dengan pakaian yang mewah dan cantik. Suatu hari panglima-panglima istana telah buat satu helah. Mereka memberitahu maharaja bahawa mereka telah menempah pakaian maharaja yang sangat cantik dan istimewa khas untuknya dari seorang tailor yang masyur dari negara (entah, dari negara mana!). Pakaian ini harus dipakainya dalam satu perarakan hari kebesaran negara itu. Pada hari perarakan itu dengan beribu-beribu rakyatnya berbaris ditepi jalan menyambut maharaja itu dengan menunggang seekor kuda dan dengan "memakai" pakaiannya yang sangat istimewa itu. Pakaian itu memang tiada sebenarnya tetapi maharaja itu DITIPU untuk "memakainya" dengan kata-kata bahawa jika dia tidak nampak pakaian itu ditubuhnya maka dia adalah seorang yang bodoh. Dan semua orang istana yang melihat maharaja itu harus berkata pakaian maharaja sangat-sangat cantik kerana diarah oleh panglima tadi untuk berbohong, jika tidak mereka adalah bodoh. Dan semua rakyat jelata juga diarah berbuat demikian, jika tidak mereka adalah orang-orang bodoh. Siapalah yang mahu kena panggil "bodoh" kan? Untuk tidak dipanggil sebagai bodoh dan percaya bahawa pakaian keramat itu sedang dipakainya yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar, dan kerana semua orang kata pakaiannya cantik, maka maharaja tadi menunggang kuda dengan bertelanjang bulat! Sehinggalah seorang budak lelaki berumur 6 tahun yang sedang berbaris bersama ayahnya dalam perarakan tersebut melihat maharaja itu dan tertawa terbahak-bahak sambil bertanya, "Ayah, siapa orang gila TELANJANG BULAT itu, "tontolou’nya nampak betulkan ayah?!" Maharaja tadi telah terdengar suara budak itu dan barulah dia sedar bahawa dia sebenarnya telah terpedaya.

Dalam konteks cerita tadi, siapa pemimpin-pemimpin Sabah yang berani berteriak bahawa kita "diperdayakan" oleh Political Masters dari KL? Saya rasa pada masa ini hanya dua orang sahaja pemimpin Sabah yang berani berbuat demikian iaitu YTL dan Dr. Jeffrey. Dr. Jeffrey sebenarnya sangat konsisten dengan perjuangannya menuntut hak-hak Sabah dari mula perjuangannya dalam politik. Sekarang YTL dengan tuntutannya mengenai otonomi Sabah yang dijanjikan pada 1963 tapi tidak pula ditunaikan. Sesungguhnya mereka berdua ini adalah ‘budak 6 tahun’ dalam cerita maharaja di atas dan tidak silu-silu bersuara tentang apa yang benar dan apa yang salah semata-mata untuk Sabah. Mereka berdua berani berkorban untuk kita semua. Yang lainnya cuma bersikap seperti ‘orang-orang istana’ sahaja dan tidak sanggup dipanggil sebagai ‘bodoh’ (kecuali Pairin suatu ketika dulu). Adakah kita orang Sabah juga harus menjadi seperti ‘rakyat jelata’ tadi yang ikut sahaja pembohongan itu supaya tidak dipanggil ‘bodoh’?

Ke-3, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh YTL semasa dalam BN sehingga dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan oleh sebahagian kita? Jika ianya berhubung dengan Amanah Saham Sabah (SAS) YTL sudah menerangkan dengan sejelas-jelasnya. Malah beliau meminta supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan, tetapi tidak diperdulikan kerana mungkin mereka takut terbongkar siapa punya angkara sebenarnya yang telah menjahanamkan SAS. Lagipun bukankah dalam tempoh YTL menjadi Ketua Menteri terkeluarnya beribu-ribu keping geran NT yang selama ini tidak dikeluarkan walaupun ada pemohon yang menunggu sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya (malah ada yang mati tidak dapat menunggu). Hasilnya, penduduk Bumiputera yang mendapat faedah kerana tanah NT hanya untuk Bumiputera. Seperkara yang kita jangan lupa ialah semasa dalam BN YTL tidak dapat berbuat apa-apa lebih daripada yang dibenarkan sebab beliau juga terikat (tangan dan kaki) dengan dasar Political Masters dari KL. Tetapi YTL telah mendapat kesedaran dan sanggup keluar dari ikatan BN.

Ke-4, jika kita menunggu sehingga seorang pemimpin Sabah yang SEMPURNA datang menjelma, kemungkinan besar kita tidak akan menjumpai pemimpin ini walaupun menunggu 1,000 tahun dari sekarang, ataupun 100 tahun dari sekarang. Jadi, terpaksalah kita gunakan pemimpin yang BERANI walaupun ada kecacatan pada dirinya. Adakah kita sanggup berkata dengan nada keyakinan 100% bahawa Anwar atau Lim Kit Siang atau Najib adalah pemimpin-pemimpin yang sempurna berbanding dengan YTL dan Dr. Jeffrey? Pernah pemimpin Sabah sebelum ini berkata, "Pak Lah jika kamu tidak hormat Sabah lebih baik berhenti jadi PM". Selain ciri-ciri keberanian kita kenalah juga memilih pemimpin yang mempunyai "the lesser evil of the two devils" sebagai landasan. Bagi saya YTL dan Dr. Jeffrey adalah "lesser evil".

(…… Bersambung dengan Isu No.6 )

62 comments:

  1. Suok cerita Pak sampai hampir nak terus ikut saja.
    Memang betul tapi kurang paham macam pemimpin tersebut tanpa kelemahan langsung!

    Lagi biar yang hebat juga akan pigi satu hari maka yang penting bukan hanya pentingkan pemimpin saja.
    Sebenarnya,rakyat bersepadu dan memahami peranan untuk mencintakan negerinya sangat-sangat diharapkan.Apa lagi sediakan belia atau pemuda-pemudi sabahan untuk masa depan kita!

    ReplyDelete
  2. Kita percaya YTL itu berkebolehan tapi janganlah bodek dan puji berlebihan nanti dia gila kuasa.Kalau dia gila betul lagi susah nanti botak....

    Kalau kita sokong YTL biarlah sebab dia boleh,dia mahu dan dia sanggup...

    Kau ini Gasi baru kenal YTL tapi kami sudah sama sama botak sudah...


    SAPP kerja secara berpasukan bukan sorang sorang...kalau kau mahu tanding Kadamaian ..kita tolong..cakap saja..

    ReplyDelete
  3. Believe is the word the Sabah people need to ... and Yong is the best bet!

    ReplyDelete
  4. Sabah has no brave people. They always have courage but only enough to condemn their own sabahans. They condemned Tun MustPhar, rejected Harris, criticise Pairin and bad mouthing Yong.
    Sabahans, you have no way to go. Pity.
    You deserve to be controlled by KL. You are foolish so stop blaming others when you lost your lands, jungle, oil ...blame yourselves!
    You not only allowed outsiders to divide and rule you, you are also stupidly disunitimg yourselves because you think you are the smartest Sabahans.

    ReplyDelete
  5. Itu terpulang kepada rakyat sendiri siapa yang mereka mahu percaya.

    ReplyDelete
  6. Pandai-pandai sendiri menilai, bukan apa orang cakap, semua kita ambil bulat-bulat.

    ReplyDelete
  7. Bukan kita juga sudah memberikan peluang itu kepada YTL? Kan beliau juga pernah menjadi CM....

    ReplyDelete
  8. Kita perlukan orang2 yang betul2 mempunyai kepimpinan yang tegas untuk membangunkan Sabah. Bukannya seorang yang pak turut untuk kepentingan diri sendiri dan sesetengah pihak saja.

    ReplyDelete
  9. Siapa saja yang akan menjadi pemimpin kita kelak pastikan beliau berani bersuara untuk rakyat Sabah. Dapatkan post dalam kerajaan untuk rakyat Sabah. Jadikan orang Sabah BOS dalam jabatan2 kerajaan persekutuan mahupun State.

    ReplyDelete
  10. segalanya akan terjawab dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  11. Siapa2 lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, sila2 la mendaftar. Undi anda sangat2 berharga.

    ReplyDelete
  12. pemimpin yang dipilih bergantung pada sokongan rakyat. harap rakyat bijak memilih.

    ReplyDelete
  13. i think sabahan are wise enough to make their choice in this coming GE..

    ReplyDelete
  14. does YTL are not greedy and opportunist?

    ReplyDelete
  15. mengapa mesti SAPP dan bukannya parti tempatan lain? dan mengapa mesti YTL yang harus dipercayai dan bukannya pemimpin lain? kalau dengan alasan setakat pemimpin yang berani, rasanya ramai golongan muda yang bercirikan pemimpin yang berani tetapi tidak diberikan ruang oleh pemimpin lama kerana takut hilang pengaruh dan kuasa..

    ReplyDelete
  16. pilihan adalah di tangan rakyat selaku pengundi..kalau A jadi pilihan rakyat, maka A lah yang akan menjadi pemimpin..

    ReplyDelete
  17. Somehow people don't trust YTL especially the bumis.Is he really sincere in helping the ordinary bumiputra or just the elite bumi in SAPP who have no political support whatsover.Even their faces make me sick.They are no 'knights in shining armour' so SAPP should stop 'selling' them.TAK LAKU!

    ReplyDelete
  18. Soal percaya ni susah sikit mahu komen kerana lain orang lain pandangganya.

    ReplyDelete
  19. Tapi semuanya terletak pada pilihan rakyat sendiri. Undi ada ditangan kita jadi tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  20. Apa yang paling penting ialah jangan mudah termakan dengan paparan media. Nilai secara matang dan adil supaya keputusan yang dibuat memuaskan hati.

    ReplyDelete
  21. Pasal si YTL pula, saya yakin dia ada juga kelebihan cuma jika terlalu diagungkan susah juga tu. hehe

    ReplyDelete
  22. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  23. Yong even though a chinese has taken care very well of the welfare of bumis during his tenure as a wakil rakyat...his proven records shows it, and why we doubt him?

    ReplyDelete
  24. YTL semasa dalam BN dia tak byk bersuara, setelah keluar baru nak bising2.

    ReplyDelete
  25. YTL ni ada agenda dia tersendiri jg tu.

    ReplyDelete
  26. setiap orang ada pendapat sendiri pasal YTL ni.

    ReplyDelete
  27. biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian mereka...

    ReplyDelete
  28. Hanya yang tidak dapat projek dari YTL menyalak macam anjing disini. Kesian orang ini.

    ReplyDelete
  29. Kalau setakat keluar dari ikatan BN JK sendiri pun pernah melakukannya. Jika dibandingkan YTL dengan JK lebih baik menyokong JK. Tapi malangnya JK bukannya parti politik tapi cuma NGO.

    ReplyDelete
  30. Apa yang ada dengan Yong kalau setakat keluar parti itu tidak boleh membuktikan Yong berkebolehan. Masih banyak lagi pemimpin yang berkebolehan rasanya. Jika benar Yong yang kita harapkan kenapa tidak boleh menang pada Pilihanraya Batu Sapi baru-baru ini malahan mendapat undian yang terendah antara tiga parti yang bertanding.

    ReplyDelete
  31. Rakyat sendiri yang menilai siapa yang mereka boleh percayai. Kalau Yong bernasib baik itu rezeki Yong sendiri. Jadi susah untuk kita meramal sesuatu perkara. Kita sendiri tidak pasti lagi apa motif Yong dan agenda Yong dalam politik sebenarnya.

    ReplyDelete
  32. Masing-masing ada jawapan sendiri samada Yong berkebolehan. Tidak dapat dinafikan bhw Yong juga CM dan usaha perjuangan beliau juga seharus diberi penghormatan. Apa-apa pun, undi dengan hati yang tenang dan jangan dipengaruhi oleh kuasa dam media luar.

    ReplyDelete
  33. "Lagipun bukankah dalam tempoh YTL menjadi Ketua Menteri terkeluarnya beribu-ribu keping geran NT yang selama ini tidak dikeluarkan walaupun ada pemohon yang menunggu sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya"

    YTL juga berusaha dan memberi perkhidmatan yang baik kepada segolongan masyarakat. Susah nak dipertikaikan samada YTL boleh dipercayai ke tidak, ramai golongan muda yang berkebolehan juga seharus diberi peluang untuk membuktikan kebolehan dan bakat sebagai seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  34. Kami perlukan seorang pemimpin yang berbakat tinggi dan sanggup bersuara dan memperjuangkan yang terbaik untuk kami Sabahan. Selagi kami ditindas, selagi kami perlukan calon yang berkebolehan untuk bersuara loyalties, perkembangan ekonomi secara keseluruhan, membasmi kemiskinan, peluang pekerjaan dll.

    ReplyDelete
  35. Pemimpin adalah penting dan memainkan peranan, tetapi ahli lembaga juga memainkan peranan masing-masing. Politik bukannya "one-man-show".

    ReplyDelete
  36. Adakah rakyat telah kurang percaya terhadap YTL? Siapakah calon yang lebih berbakat pemimpin?

    ReplyDelete
  37. Saya pribumi Sabah dan saya tetap sokong sama YTL sebab banyak dia menolong kampung saya dan bangsa saya.

    Yang lain itu hanya tahu merampas tanah orang kampung terutama KM Sabah sekarang yang paling dasyat dan jahanam.

    ReplyDelete
  38. YTL memang banyak berusaha untuk rakyat semasa dia menjadi CM tetapi parti lain seperti BN juga memperkembangkan ekonomi negeri Sabah walaupun orang ramai berharapkan yang lebih banyak. Saya sokong semua parti, yang penting, mereka berkebolehan membangunkan ekonomi, membaiki kelemahan infrastruktur, membasmi kemiskinan, semua golongan masyarakat diberi perhatian sepenuhnya, loyalties untuk orang Sabahan dll.

    ReplyDelete
  39. Bukakah lebih baik jika memberi peluang kepada pemuda-pemudi yang berkebolehan dan berbakat sebagai seorang pemimpin? Mereka seharus lebih peka dengan perkembangan ekonomi sedunia, lebih berpengalaman dengan teknologi yang canggih dan berpelajaran tinggi, kesemua ini akan membawa perubahan kepada orang Sabah.

    ReplyDelete
  40. Peluang dah diberi untuk YTL. Apakah sumbangan beliau terhadap ekonomi Sabah?

    ReplyDelete
  41. Harap calon pemimpin baru sanggup bersuara dan berusaha lebih banyak untuk orang Sabahan. Kami perlukan perubahan dari semua sektor dan industri.

    ReplyDelete
  42. buat masa ini, kebanyakkan yang bersuara rata-ratanya muka lama dan tidak banyak muka baru atau golongan muda yang berani bersuara, jadi kalau bukan YTL/SAPP siapa lagi?? yang lain semuanya tahu bodek, rasuah dan makan duit rakyat!

    ReplyDelete
  43. ya, memang mustahil untuk mencari pemimpin yang SEMPURNA dari segala-galanya. begitu juga KM Sabah kita, jadi bagilah masa untuk beliau membuktikan kebolehannya untuk memajukan Sabah.

    ReplyDelete
  44. pemimpin dari komponen BN juga ada yang berani bersuara seperti Masidi, yang berani mempertahankan hak rakyat Sabah

    ReplyDelete
  45. yang penting, rakyat Sabah memerlukan seorang pemimpin tempatan yang BERANI bersuara dan bukannya sekadar BONEKA semata2

    ReplyDelete
  46. PRU hampir tiba, rakyat Sabah, undilah dengan BIJAK!

    ReplyDelete
  47. biarlah kerajaan Sabah dipimpin oleh parti tempatan yang berani bersuara dan berwibawa untuk menjalankan tugas dalam membangunkan Sabah

    ReplyDelete
  48. Who's the great leader in Sabah?

    ReplyDelete
  49. Hahahahaha...puji,puji YTL....waktu dia jadi KM dulu,apa sumbangan dia?...projek IC Pulau Gaya???...hahaha...skg jadi pembangkang, pura2 baik lah....Tampilkan muka baru lagi bagus...kalau penipu tu, sampai mati pun tetap penipu juga bah!!!!

    ReplyDelete
  50. Apa sumbangan YTL semasa KM 2 tahun? Dia kasih lulus 40k acres tanah NT sama orang kampung. Dia kasih lulus 20k acres tanah kelapa sawit untuk persatuan Tiong Hua, Bumiputra Islam dan bukan islam. Dan banyak lagi ..... Kamu tidur kah?

    Projek IC pulau Gaya? Siapa pun tahu projek IC Mahatir dari UMNO dan penolongnya Anwar Ibrahim dari PKR. Kamu tidur kah?

    ReplyDelete
  51. Anonymous said...kalau penipu tu, sampai mati pun tetap penipu juga bah!!!!
    September 14, 2011 10:31 AM
    --------------------------------------

    Mulut kamu memang kuat fitnah. Itu setan mengalu-alukan kamu di neraka. Kesian orang bodoh macam kamu ini.

    ReplyDelete
  52. Anonymous said...
    Anonymous said...kalau penipu tu, sampai mati pun tetap penipu juga bah!!!!
    September 14, 2011 10:31 AM
    --------------------------------------

    Mulut kamu memang kuat fitnah. Itu setan mengalu-alukan kamu di neraka. Kesian orang bodoh macam kamu ini.
    September 14, 2011 11:39 AM
    .......................................

    Sia sokong fakta yg YTL tu penipu....pasal apa YTL tidak kena calon balik lepas diumumkan kemenangan dia tidak sah????....IC Palsu lah...bahlul,bongok,babi,kambing mangkuk!!!!...Ancak Butu ko lah!!!!!....Pasal apa ko tau tu Setan tunggu si kawan ni di Neraka????....sebabnya, ko tu memang pun masuk di Neraka sudah kan?????.....

    ReplyDelete
  53. seperti Pairin, Dompok dan Kurup, Yong juga sudah pernah diberikan peluang..

    ReplyDelete
  54. Jangan jadikan kesalahan itu sebagai satu alasan.

    ReplyDelete
  55. If you are eager to make a change for Sabah then prove it.

    ReplyDelete
  56. Hanya Tuhan saja boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  57. I'm sure there is someone out there that is sincere and can be trusted. bu definitely not YTL. I'm afraid history will repeat itself again.

    ReplyDelete
  58. When YTL was the cm back then, he didn't do much to help the people. People trusted him but end up wen bankcrupt because of the SAS issue.

    ReplyDelete
  59. I don't wan a power hungry man like YTL to be the cm again. enough is enough.

    ReplyDelete
  60. YONG TECK LEE (YTL) adalah bertanggung jawab terhadao akauntabiliti kejatuhan SAS. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana YTL gagal menjaga kesihatan saham supaya tidak jatuh sakit kerana beliau adalah Ketua Menteri Sabah pada ketika saham SAS dilahirkan ke dunia. Dalam erti kata lain, saham SAS adalah ANAK Yong Teck Lee yang tersayang.

    Apbila saham SAS jatuh sakit kerana diserang penyakit semulajadi, saham SAS telah dibawa berjumpa doctor. Doktor telah memeriksa anak Yong Teck lee dan memberi ubat dan nasihat yang perlu dituruti supaya anaknya cepat sembuh.

    Malangnya, Yong Teck Lee tidak menjalankan tugas yang diharapkan sebagai ibubapa seperti ibubapa lain yang sayang kepada anaknya. Yong Teck Lee didapati tidak memberi kasih sayang yang secukupnya walaupun berkemampuan berbuat demikian, justru itu anaknya tidak mati tapi tidak juga sembuh dengan memuaskan.

    Hal ini telah disiarkan ke dalam akhbar tempatan dan seluruh rakyat sabah telah membacanya dan menuduh Yong Teck Lee ini ibubapa yang tidak bertanggungjawab, dan bukan ibubapa yang penyayang.

    Yong Teck Lee telah cuba menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan cuba menyalahkan pihak lain, iaitu doktor katanya tidak pandai beri ubat sesuai dan tidak beri nasihat yang baik.

    Bagaimanapun, akhirnya rakyat mengambil keputusan bahawa Yong Teck Lee dan doctor masing-masing telah didapati tidak menjalankan tugas dengan cemerlang. Dengan itu Yong Teck Lee telah dianggap sebagai seorang Ketua Menteri yang lemah dan rakyat SABAH hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih menyakitkan hati rakyat ialah Yong Teck Lee tidak akun salah walau sedikit pun.

    Sehingga habis tempoh Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri Sabah, kelemahan YTL berkaitan saham SAS tidak pernah dan tidak sempat diperbaiki atau ditebus. Sejak hari kejatuhan harga saham SAS sehingga ke hari ini, Hidup politik Yong Teck Lee menderita dalam tidurnya kerana telah diganggu oleh ‘Hantu Bonceng’ saham SAS.

    Hairannya, sampai hari ini Yong teck Lee tidak pernah mengaku bahawa dia adalah bertanggungjawab ke atas kegagalan saham SAS atau tidur-politiknya setiap malam terganggu.

    Barangkali Yong Teck Lee tidak mengerti apa maksud Akauntabiliti dan Biris bercadang Yong Teck Lee pergi berjumpa Lim Guan Eng meminta penjelasan apa maksud perkataan tersebut.

    Lebih baik YTL akun salah dalam facebook kalau malu jumpa Daily Express dan menyertai pihak lain yang juga bersalah. Lepas itu minta ampun kepada rakyat terutamanya kepada semua pemegang saham SAS.

    Kemudian terangkan usaha-usaha yang Yong Teck Lee telah ambil untuk cuba memperbaiki semula harga saham. Dengan demikian barulah rakyat boleh faham dan boleh menilai semula sama ada memberi Yong Teck Lee peluang sekali lagi menjadi Wakil rakyat atau tidak.

    Rakyat biasa yang hanya penoreh getah (Biris), petani, nelayan, pemandu lori atu teksi, penjual sayur dan ikan kering di gerai koperasi dan di tamu-tamu, buruh bikin bangunan, mekanik, tukang servis penghawa dingin, tukang paip, broker jual tanah, peon, kerani, pelayan restoran dan Ah Long; tidak minat penjelasan SAPP yang dalam-dalam yang melibatkan nombor dan formula kerana rakyat melihat hati manusia kerana itu sahaja kami tahu buat secara penuh bijaksana.

    ReplyDelete