Search This Blog

Friday, September 16, 2011

Lagenda Batu Sumpah Keningau, Ikrar baru Hari Malaysia

Oleh: Ambrose M. Matthew

KENINGAU: Upacara sambutan ulang tahun Hari Malaysia yang jatuh pada setiap September 16, rasanya kurang lengkap bagi memperingkati kelahiran “Malaysia” dibumi Sabah khususnya diPedalaman jika tidak melibatkan upacara menepung tawar sambil membaharui tekad dan ikrar taat setia kepada janji janji yang terukir diatas “Batu Sumpah” yang terletak diperkarangan Urusetia Pejabat Daerah Keningau.

Batu Sumpah yang dahulunya terletak di atas bukit Hotel Perkasa dibina khas ketika Sabah terutamanya rakyat Pedalaman bersetuju pembentukkan Malaysia pada tahun 1963, yang dipelopori oleh pejuang pejuang politik tempatan seperti mendiang OKK Sedomon Gunsanad, Datuk G.S Sundang, OKK Anthony Undan Andulag, Datuk Anthony Gibon dan banyak lagi.

Antara kandungan tercatat diatas Batu Sumpah itu merupakan cetusan rasa rakyat Pedalaman keatas keikhlasan mereka terhadap penerimaan kerajaan Malaysia yang menggabungkan tiga wilayah Sabah,Sarawak dan Malaya; (Ketika itu Singapura masih bersama Malaysia tetapi selepas tahun 1965 Singapura mengambil keputusan keluar daripada gagasan Malaysia).

Bagi menyempurnakan keikhlasan mereka (rakyat Sabah), satu janji antara kedua belah pihak termeterai yang meminta pemimpin Malaya tidak memungkir mahupun menodai 20 Perkara diukir keatas Batu Sumpah dan disaksikan beberapa “Bobolian” termasuk mengorbankan ayam sebagai “Sogit” untuk mengukuhkan janji janji tersebut.

Kini Sabah sudah dalam usia selama 48 tahun bersama Malaysia namun apa yang tersurat diatas Batu Sumpah sudah jelas terabai dan diengkari malah terdapat beberapa pemimpin silih berganti sebelum ini; jangankan menjenguk muka ke Batu Sumpah malah bayang bayang mereka pun langsung tidak kelihatan.

Walhal segala gala ianya bermula disini (Batu Sumpah) yang melakar berbagai kemewahan mahupun kecemerlangan mereka dalm perniagaan malah dalam pendidikan termasuklah dalam bidang politik namun kerdipan lampu neon dan bunga api menjadi pilihan mereka menyambut Hari Malaysia; sebaliknya Batu Sumpah dibiarkan menjadi perhiasan perkarangan Pejabat Daerah Keningau sehingga ke hari ini.

Dalam keghairahan pemimpin hari ini dalam kerajaan, Pemimpin maverrick Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan tidak melupakan mesej yang terkandung diatas Batu Sumpah meskipun beliau ketika melahir dan memimpin UBF dalam setakat beberapa tahun kini tahun 2011 sudah kali ke-3 beliau mengadakan upacara memperingati Batu Sumpah

Manakala SAPP adalah merupakan kali pertamanya menyertai upacara ini dengan diiringi kira kira lebih seratus ahli ahlinya namun barisan pemimpin SAPP yang hadir tidak sahaja terdiri dari pemimpin KDM; sebaliknya jelas kelihatan pemimpin lain seperti Richard Lee seorang Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Irene Chan, Rudy Sulaiman Mairi juga turut hadir menghormati kewujudan Batu Sumpah.

Meskipun Parti BERSAMA (dulu dikenali Parti SETIA) dibawah teraju kepimpinan Shuhaidin Langkap juga kali pertamanya menyertai upacara ini namun ianya dilakukan dengan penuh ketradisian yang bermula dari segi pakaian, tarian dan pukulan gong dimana kesemuanya berdasarkan kebudayaan dari kesukuan etnik Gana.

Pendeknya, kelibat mereka ini telah membuktikan kecintaan mereka terhadap Sabah yang pada realitinya memberi mesej kepada rakyat dan pemimpin Sabah bahawa erti sebenar pengisian sambutan Hari Malaysia adalah terletak kepada apa yang tersurat diBatu Sumpah yang perlu dihormati dan perlu dilaksanakan janji janji tersebut.

Mesej tersebut juga mempunyai kaitan bahawa senario terbinanya Batu Sumpah sebagai lipatan sejarah yang tepat memulakan situasi yang sebenarnya sekaligus mengingatkan generasi muda masa kini ianya merupakan catatan sejarah yang tepat penerimaan masyarakat Pedalaman terhadap pembentukkan Malaysia pada tahun 1963. 

51 comments:

  1. Hanya yang bersumpah adalah Rakyat di Interior saja,ketika itu pun masih buta huruf dan adalah tradisi mereka "Tulis Janji Atas Batu" tapi syukurlah mereka ini masih taat setia kepada kerajaan Malaysia seperti yg terpahat diatas Batu Sumpah,walaupun ada diantara janji2 tersebut dingkari Kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Laminit Pandasian, KeningauSeptember 16, 2011 at 6:18 PM

    Ini janji bukan sebarang janji walaupun ditulis atas batu tetapi mereka bersumpah mengikut kepercayaan kampong dengan menyembelih ayam manakala darahnya ditaburkan disekeling Batu Sumpah dan lepas itu mentera dibaca dan dihayati sambil diakui para pemimpin yg mewakili rakyat bahawa itulah pengakuan mereka bersumpah taat setia kpd kerajaan Malaysia. Selain itu janji janji pemimpin2 Federal yg tercatat dlm 20 Perkara mestilah ditunaikan tanpa mengingkarinya. Pemimpin kita kini bangkit menyingkap kembali janji2 pemimpin Federal yg terukir dlm batu sumpah itu...dan siapakah yg mengingkarinya, adakah rakyat Sabah atau Persekutuan? Inilah yg kita tidak puas hati...dimana buktinya bukan saja dlm dokumen 20 Perkara tetapi dalam batu pun ada, bererti kita bukan bohong!

    ReplyDelete
  3. Penulis pun sama juga,buta penulisan mana boleh Batu Sumpah dianggap Lagenda cerita dongeng,carilah bahasa yang tepat! Dulu di Pejabat Pos lama berhadapan hospital lama sekarang tempat asalnya sudah jadi jalan raya,bukan di bukit hotel Perkasa sekarang.Semasa Setiausaha Agung DAP melawat Batu Sumpah,Dr.Jeffery memberi penerangan yang salah berkenaan ceremony sumpah tersebut(Sila lihat You Tube Batu Sumpah Keningau)mana ada 7 kerbau dan 7 ekor ayam dikorbankan
    dan apabila Lim Kit Siang bertanya sesuatu "Who is the other part and the another part" mereka semuanya terpinga-pinga lain ditanya lain pula dijawab.Mahu jadi orang politik bersedialah mengetahui sejarah Keningau amnya Sabah supaya sentiasa memberi penjelasan yang tepat.Batu Sumpah Keningau yang tertulis atas batu cuma ada 3 pekara sahaja bukannya 20 pekara,kalau 3 pekara pun tidak dapat di tunai oleh Kerajaan Malaysia jangankan 20 pekara yang tertulis dikertas dan didaftar sebagai perjanjian.

    ReplyDelete
  4. Peringatan Batu Sumpah Mengikut Perlambagaan diupacarakan mengikut adat isti adat kaum di Pedalaman.Tertulis lah 3 pekara untuk pihak Kerajaan Malaysia manakala 1 pekara untuk pihak rakyat dui Pedalaman(Interior)-Taat setia kepada Kerajaan Malaysia .Pemimpin politik ketika itu terpaksa menyakinkan rakyatnya di Interior dengan cara Tulis Janji Atas Batu disebabkan kepercayan sumpah menyumpah sebahagian daripada adat kaum di Pedalaman ketika itu.HANYA Kaum Murut Kenigau,Pensiangan dan Tenom (Baukan,Nabai,Timugon & Tagol) Kaum Dusun Keningau (Kiwjau ,Labou & Gana) dan Kaum Dusun Tambunan mereka2 ini yang sebenarnya penduduk Interior terlibat lansung dengan urusan Batu Sumpah Keningau.Setelah telah Merdeka daerah Pedalaman dibanjiri oleh suku kaum Bumiputra daripada daerah lain dan mereka ini membuat penempatan,perkampungan dan merampas hak penduduk asal pedalaman malah ada yang menjadi KAN ,wakil rakyat dan Menteri.Maka itu siapa yang sebenarnya merampas tanah,melanggar Sumpah yang tertulis diatas batu?
    Batu Sumpah Keningau,Ada Pemimpin politik mengatakan bahawa ada diantara 3 pekara yang tertulis diatas batu sumpah tersebut sudah dilanggar janji oleh Kerajaan Malaysia tetapi nampaknya sumpah tidak mengena (KURANG MUJARAB/NO POWER) sejak Batu Sumpah tersebut tertanam di bumi pedalaman selama 47 tahun(ditanam 1964) (48 tahun ulang tahun penubuhan Malaysia) kepada mereka yang mengingkarinya.Sebabnya rakyat di pedalaman pun pernah mengingkarinya kurang taat setia!.Sepatutnya sumpah haruslah tertulis siapa yang mengingkari akan menerima bencana! RIBUT GREG contohnya! maka saya syorkan "Vatu Meguras" yang baru!

    ReplyDelete
  5. Muanda Langiton, SookSeptember 17, 2011 at 2:37 PM

    Saya tidak terfikir sumpah yang ditaburkan diBatu Sumpah ini ada efeknya lagi sebab ia mudah dilupakan pemimpin terdahulu. Tetapi apa yg dilakukan pemimpin pembangkang hanyalah bertujuan utk menyemarakkan senario pembentukkan Malaysia dimana Sabah,Sarawak dan Malaya bersetuju bergabung tetapi diSabah mempunyai sebab yg perlu dituntut selepas pembentukkan itu sehingga sekarang pihak Federal telah memungkiri janji janji mereka spt yg terkandung dlm dokumen 20 Perkara. Mungkin selepas dokumen 20 Perkara dirungkai Datuk Dr Jeffrey tetapi pihak Federal tdk juga tergoncang...kini mereka gunakan Batu Sumpah sebagai bukti adanya pra syarat masyarakat Pedalaman ketika menyatakan sumpah taat setia mereka terhadap Malaysia tetapi permintaan disebaliknya Federal hendaklah menunaikan janji janji....mungkin begitu! Bagaimana pun syabas kpd pembangkang pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan..!

    ReplyDelete
  6. Hope that those promises on that stone will be fulfilled.

    ReplyDelete
  7. Sabahans should fight for our rights.

    ReplyDelete
  8. catatan dalam Batu Sumpah itu membuktikan wujudnya perjanjian spt yg diharap2kan rakyat Sabah...malangnya pemimpin Persekutuan menodai tanggung jawab mereka.

    Kita bersetuju agar frasarana Batu Sumpah itu dinaik taraf dan bukan terletak tersisip dikwsn Pejabat Daerah disitu mcm perhiasan saja pula walhal ia mengandungi catatan sejarah yg tidak kurang pentingnya.

    ReplyDelete
  9. if the promises that was craved on the stone were fulfilled, there should be no problem by now.

    ReplyDelete
  10. All the sabahans want is the promises to be fulfilled. What ever happen to those promises??

    ReplyDelete
  11. Baguslah upacara ini dapat lagi dikekalkan, setidaknya batu sumpah itu akan mengingatkan kita tentang janji2 pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Jangan matikan upacara ini kerana ini penting untuk generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  13. Semoga batu ini membakar semangat patriotisme dikalangan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  14. nenek moyang suku kaum pendalaman telah bersumpah sepatutnya para pemimpin KDM perlu mentaati sumpah tersebut. Segala sumpah perlu ditunaikan. Sepatutnya Batu Sumpah tu sebagai semangat memperjuangkan nasib rakyat.

    ReplyDelete
  15. sudah berpuluh tahun upacara tersebut dijalankan tetapi apa yang sudah tercatat di atas batu sumpah hanya sekadar catatan.

    ReplyDelete
  16. rasanya amat kurang pemimpin2 Sabah yang benar2 berusaha dan menunjukkan kesungguhan untuk menuntut 20 Perkara tersebut.

    ReplyDelete
  17. Kan best kalau siapa yang ingkar 'sumpah' tu kena bala... hehehe

    ReplyDelete
  18. Harap upacara yanbg diadakan dapat juga tarikh perhatian ramai supaya tak lupa dengan perkara-perkara yang tertulis atas batu sumpah.

    ReplyDelete
  19. Sabahan harus bersatu dan pertahankan apa yang sepatutnya jadi milik kita. Jangan biarkan kita ditindas.

    ReplyDelete
  20. Apapun, harap hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan tindakan lanjut dapat diambil.

    ReplyDelete
  21. Kesian bah Sabah ni..Harap para pemimpin dapat membuktikan keprihatinan mereka terhadap rakyat dengan mempertahankan hak mereka.

    ReplyDelete
  22. yang penting hak dan keperluan penduduk Sabah perlu dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  23. apa pun, tanggungjawab terhadap penduduk Sabah perlulah sentiasa ditunaikan..

    ReplyDelete
  24. Batu bersumpah tersebut adalah tinggalan sejarah dan sebagai tanda kepada pembentukan Negara Malaysia.

    ReplyDelete
  25. kita harus laksanakan apa yang tercatat pada batu sumpah tersebut.

    ReplyDelete
  26. apa yg penting , hak dan kepentingan rakyat yg harus di utamakn... batu bersumpah ini harusla sentiasa di ingati sbb ia merupa kn tinggalan sejarah negeri sabah...

    ReplyDelete
  27. 20 Perkara ini perlulah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat Sabah. Jangan lupa dengan 20 perkara semasa gabungan Malaysia pada 1963 yang dipersetujuan oleh kedua belah pihak. Harap Sabah akan mendapat apa yang mereka mahukan dalam 20 perkara tersebut.

    ReplyDelete
  28. Batu inilah sejara yang tercatat pada 16 september 1963. Jadi sejarah ini perlulah kita peringati.

    ReplyDelete
  29. Apa pesta jugakah sambutan 16sept? SAPP saja yang saya nampak. Lain-lain orang tidak adakah?

    ReplyDelete
  30. Lagenda batu yang tercatat 20 perkara gabungan Malaysia masih menjadi ingatan. Kenapa 20 perkara ini tidak terlaksana sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan? Bukankah ini melanggar perjanjian yang telah dilakukan sebelum gabungan terlaksana.

    ReplyDelete
  31. batu sumpah ini adalah peringatan kepada rakyat sabah dan kerajaan persekutuan akan perjanjian 20 perkara semasa pembentukan malaysia..

    ReplyDelete
  32. malangnya, pemimpin kerajaan persekutuan khasnya yang bukan dari sabah, lupa akan perjanjian ini..maka mungkin perlu mereka datang ke keningau dan melihat sendiri batu sumpah ini untuk mengingatkan mereka hak dan kepentingan sabah dalam malaysia seperti yang terkandung dalam perjanjian 20 perkara.

    ReplyDelete
  33. penduduk pendalaman pada waktu itu mahu kerajaan memenuhi tiga tuntutan seperti yang terkandung dalam batu sumpah itu..balasannya rakyat di pedalaman akan taat setia kepada malaysia..

    ReplyDelete
  34. yang penting ialah hak dan kepentingan sabah dalam malaysia harus diperjuangkan dan dipertahankan oleh rakyat sabah..

    ReplyDelete
  35. apa2 pun, pemimpin harus menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat seperti mana yang diharapkan oleh rakyat..

    ReplyDelete
  36. "Bagi menyempurnakan keikhlasan mereka (rakyat Sabah), satu janji antara kedua belah pihak termeterai yang meminta pemimpin Malaya tidak memungkir mahupun menodai 20 Perkara diukir keatas Batu Sumpah"

    Semoga pihak kerajaan menunaikan janji 20 perkara untuk membuktikan keikhlasan terhadap semua rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  37. batu sumpah merupakan bukti dan peringatan 20 perkara semasa pembentukan Malaysia. Harap pemimpin terus memperjuang dan mempertahankan hak orang Sabah.

    ReplyDelete
  38. Batu ini merupakan bukti pembentukan Malaysia. 16/0 seharus diingati dan dikenangi terutama hasil perjuangan nenek moyang kami.

    ReplyDelete
  39. I don't find any reason why our government refuse to fulfill the 20 perkara to the people of Sabah.

    ReplyDelete
  40. Sejarah pembentukan Malaysia seharus dikenangi oleh generasi muda. Kesemua ini hasil perjuangan dan pengorbanan orang tua untuk kami.

    ReplyDelete
  41. Betul kata Lydia, ketenteraman dan ketenangan negara kami adalah hasil perjuangan dan pengorbanan wira negara. Seharus dikenangi selalu.

    ReplyDelete
  42. teruskan perjuangan hak kami terutama perjanjian 20 perkara semasa pembentukan Malaysia. Perjanjian ini seharus ditunaikan.

    ReplyDelete
  43. Harap kerajaan persekutuan menunaikan janji yang tersurat dalam batu sumpah tersebut. Keikhlasan kerajaan terhadap anak negeri Sabah perlu ditunaikan.

    ReplyDelete
  44. Tertanya juga punca dan sebab kerajaan gagal menunaikan perjanjian 20 perkara.

    ReplyDelete
  45. Batu Sumpah tidak berperanan sebagai perhiasan tetapi hasil perjuangan dan perjanjian 20 perkara. Kerajaan seharus membuktikan bahawa mereka cintakan kami dan sanggup berusaha untuk kami.

    ReplyDelete
  46. harap kerajaan Sabah benar2 ikhlas dalam mempertahankan isu 20-Perkara ini jangan biar rakyat memesongkan harapan mereka kepada parti pembangkang

    ReplyDelete
  47. tidak ada gunanya kerajaan menjaga hati rakyat dengan pembangunan tanpa menghiraukan perasaan rakyat Sabah dalam memperjuangkan 20-perkara ini

    ReplyDelete
  48. semoga Sabah (& Sarawak) dapat penyelesaian yang +ve tentang isu 20-perkara ini dengan kerajaan persekutuan

    ReplyDelete
  49. harap ada perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini

    ReplyDelete
  50. baguslah kalau pembentukkan Malaysia pada tahun 1963 ini dapat diingati dengan adanya upacara sedemikian terutamanya kepada generasi muda kita

    ReplyDelete
  51. Batu Sumpah itu merupakan suatu sejarah sahaja yang mempunyai janji yang perlu dihormati dan diingati. ia bagaikan suatu dokumen yang disimpan di dalam peti besi.Ia tidak mempunyai pengaruh kuasa ghaib kerana umum tahu semua kita sudah mempunyai kepercayaan yang tidak mengharap kuasa iblis, dan perlu tahu bahawa iblis sudah tidak menguasai kita yang telah meninggalkan budaya dulu-dulu. Tidak salah kalau kita katakan batu sumpah itu ibarat perhiasan pembentukan Malaysia khusus suara dari pedalaman. Tidak juga kita transkrifkan bahawa pedalaman hanya di Keningau( interior) saja. setiap daerah di sabah juga ada pedalamannya, contoh kalau residency Pantai Timur adnya kinabatangan ,beluran termasuk ranau pun ada pedalamannya. Jadi kalau tidak keberatan batu sumpah itu sebagai wakil masyarakat semua pedalaman di sabah sahaja.Jadi tidak perlu mendabik dada walaupun batu itu dikutip di Sungai Senagang dengan susahpayanya.

    ReplyDelete