SIPITANG: Fakta sejarah tentang kemerdekaan Sabah melalui pembentukan Malaysia perlu diperbetulkan agar generasi masa kini dan akan datang tidak terkeliru, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.
Katanya, Sabah mencapai kemerdekaan apabila bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
Sabah tidak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana pada masa itu Negara Malaysia masih belum wujud manakala Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara masih berada di bawah jajahan British.
"Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga tersilap apabila mengatakan usia kemerdekaan Sabah pada tahun ini mencecah 54 tahun sedangkan Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia .
"Nasib baik seorang pegawai kanan Kerajaan Sabah iaitu Pengarah Arkib Negeri Sabah saudara Datu Tiga Belas memperbetulkan kenyataan Musa itu dengan mengatakan usia kemerdekaan Sabah sebenarnya ialah 48 tahun.
"Keberanian Datu Tiga Belas memperbetulkan fakta sejarah itu harus dipuji kerana tidak ada seorang pun anggota kabinet negeri atau pegawai kanan Kerajaan Sabah yang berani tampil memperbetulkannya," kata Yong pada majlis Hari Raya Aidilfitri SAPP peringkat negeri Sabah di sini.
Katanya, semua pihak termasuk para pemimpin politik parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di Semenanjung juga mengatakan usia kemerdekaan Malaysia ialah 54 tahun walaupun sebenarnya berusia 48 tahun.
Beliau berkata ada kalangan pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) turut berkata Malaysia berusia 54 tahun dan salah seorang daripadanya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, seorang pemimpin kanan DAP, salah sebuah parti komponen PR.
Yong berkata, kekeliruan mengenai kemerdekaan Malaysia harus diperbetulkan.
Terdahulu, Timbalan Presiden SAPP Haji Amde Sidik berkata, beliau mendapati 90 peratus pelajar salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini tidak dapat membezakan antara 31 Ogos 1957 dengan 16 September 1963.
Mengulas lanjut mengenai kemerdekaan, Amde menambah bahawa barisan terakhir lirik lagu Sabah Tanah Air Ku turut menjelaskan bahawa Sabah sebenarnya adalah sebuah negeri Merdeka dan tidak sepatutnya dilayan seperti sebuah jajahan seperti yang diamalkan Kuala Lumpur pada masa ini.
"Barisan terakhir lirik lagu itu menyebut Sabah Negeri Merdeka dan ini bererti sesebuah negeri yang merdeka sepatutnya mempunyai kuasa Autonomi dalam segala hal ehwal pentadbiran," katanya.
Hope that the real history will be revealed.
ReplyDeleteWe must never forget history, just so we won't repeat it.
ReplyDeleteEverybody makes a mistakes. I think Yong also makes the same mistakes by stating the wrong years when he was still the Chief Minister. So no need to be too "emotional" when voicing out the CM error....
ReplyDeleteapa ertinya sabah merdeka 16sept 1963???? sampai skg sabah masih dijajah cuma bkn dijajah lg dgn british... DIJAJAH OLEH UMNO!!!!!!!!
ReplyDeleteYup everybody make mistake.
ReplyDeleteramai yang msih keliru antara tarikh 31 ogos dan 16 september, kekeliruan ini perlu diperbetulkan.
ReplyDeletefakta sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia perlu diketahui semua.
ReplyDeleteSabah hanya mencapai kemerdekaan pada 16 Sept 1963, perlu diingat.
ReplyDeleteHope all Sabah people stay united to kick all the party malaya UMNO and PR out from Sabah for good.
ReplyDelete31 ogos sebagai Hari Kemerdekaan sudah tersemat di minda rakyat. apa tidaknya, guru di sekolah pun mengatakan demikian.
ReplyDeletekena belajar balik sejarah Sabah ni. masih ramai yang keliru
ReplyDeletefakta sejarah perlulah difahami dengan sebaiknya bagi mengelakkan kekeliruan.
ReplyDeleteMana2 fakta sejarah yang tidak menepati kebenaran harus dicetak kembali dan pembetulan harus dilakukan.
ReplyDeleteKesilapan boleh diperbetulkan tetapi jika sejarah dan ianya benar2 berlaku, tidak ada apa lagi yang dapat diperbetulkan.
ReplyDeleteApapun harap kebenaran akan diwartakan dan bukannya fakta yang dibuat2.
ReplyDeleteApa yang Yong tahu dengan kemerdekaan?
ReplyDeleteYong pun mungkin dengar-dengar dari cerita orang lain saja mungkin. Tapi perlu diingat juga, Sabah merdeka 31 Ogos juga cuma tahun saja yang berbeza dengan Malaya. Pembentukkan Malaysia semestinya rakyat tahu 16 september.
ReplyDeleteLogiknya, saya pun harap fakta sejarah dapat diperbetulkan bagi mengelakkan kekeliruan.
ReplyDeleteTak perlu politikan isu ini kerana ia hanya akan menambahkan ketegangan. Paling penting ialah semua pihak sama2 menyelesaikan hal ini.
ReplyDeleteSaya yakin setiap manusia pasti akan buat silap. Asalkan bersedia mengubah sesuatu jadi betul ia mampu menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku.
ReplyDeleteSemoga kekeliruan yang timbul dapat dileraikan dan buatlah apa yang patut. Hormati sejarah dan warkan fakta yang tepat dan bukan sebaliknya.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalh perkembangannya nanti.
ReplyDeletesejarah negara malaysia harus difahami dan dihayati oleh semua rakyat..
ReplyDeletesejarah tidak harus dimanipulasikan untuk kepentingan politik..harus diingat bahawa sejarah adalah fakta yang tidak mungkin berubah.
ReplyDeletekekeliruan yang timbul harus diperbetulkan segera.
ReplyDeletemalaysia hanya berusia 48 tahun dan bukannya 54 tahun...media juga harus memperbetulkan kesilapan yang dilakukan di iklan2 yang disiarkan..
ReplyDeleteWhy we gonna fix?
ReplyDeletePerbetulkan untuk?
ReplyDeleteI don't think thats necessary.
ReplyDeleteApa gunanya kalau dah ubah?
ReplyDeleteSuch a nuisanse.
ReplyDeleteSejarah Malaysia seharus mencatatkan mengikut kebenaran. Jika ada kesilapan, seharus diperbetulkan serta-merta untuk mengelakkan kekeliruan.
ReplyDeleteMasyarakat teramat menumpu perhatian terhadap masalah kecil ini. Kesilapan berlaku, yang penting memperbetulkannya supaya generasi muda memahami fakta sebenar sejarah kami.
ReplyDeleteEvery year the same. whenever 31st august or 16 September come, there is always the same issue arising.
ReplyDeleteWhen Yong was the cm, he didn't make any noise about the history. why only now??
ReplyDeleteToo much attention on small issue like these. Would be great if everyone divert their attention to other matter like economy grow, poverty, jobless, PATI etc.
ReplyDeletePasti tiada kekeliruan lagi selepas ini. case closed!
ReplyDeleteHope no one manipulate our history. It is by right no creation but to be truth in all respect.
ReplyDeleteSemua buke teks seharus disemak semula sama ada fakta-fakta dan catatan sejarah Malaysia berdasarkan unsur-unsur yang sah dan benar.
ReplyDeleteAda juga golongan yang mengambil kesempatan memperbesarkan masalah kecil ini. Semoga semua pihak menumpu perhatian kepada isu lain yang jauh lebih penting dan mustahak.
ReplyDeleteYong has been consistently voiced out the incorrectness of the date of Malaysia Independent day which is on 1963 but not 1957.
ReplyDeleteWhere on earth has such country call Malaysia in 1957? STOP fooling the Sabah people from those malaya leader UMNO and PR. Both are LIARS!
terbitkan buku sejarah khas untuk Sabah..
ReplyDelete