SIPITANG: Kebanjiran Ah Long dari Semenanjung di Sabah adalah kerana kesilapan Kuala Lumpur, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Yong berkata, Ah Long dari Semenanjung Malaysia mula memasuki Sabah secara beramai-ramai apabila Kuala Lumpur memperkembangkan Akta Peminjam Wang 1951 ke negeri ini beberapa tahun lalu.
"Saya telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada April 2008 menggesa beliau membatalkan cadangan memperkembangkan Akta itu ke Sabah.
"Perdana Menteri menjawab bahawa tujuan Akta itu dikembangkan ke Sabah adalah semata-mata untuk membendung kegiatan Ah Long.
"Bagaimanapun, seperti yang kita lihat pada hari ini, terlalu ramai Ah Long dari luar Sabah beroperasi di seluruh negeri ini sehinggakan ada yang membuka pejabat masing-masing setelah mendapat lesen apabila Akta itu dikembangkan ke sini," katanya pada majlis Hari Raya Aidilfitri SAPP peringkat negeri Sabah di sini.
Katanya, apa yang menyedihkan ialah ramai kakitangan kerajaan di seluruh negeri berhutang dengan Ah Long itu sehingga buku dan kad akaun bank mereka ditahan.
Beliau berkata, para Ah Long itu didapati turut beroperasi di kawasan pekan-pekan kecil dengan menjadikan penjaja kecil di Pasar Tamu sebagai mangsa.
"Sebenarnya Kerajaan Sabah boleh halang Akta itu daripada dikembangkan ke Sabah tetapi Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah pada hari ini tidak berbuat demikian," kata Yong.
Katanya, Sabah sudah mempunyai Akta Peminjam Wang yang dikenali sebagai Money Lender Ordinance 1901 (Ordinan Peminjam Wang 1901) yang digunapakai di negeri ini sejak zaman penjajahan British.
Yong berkata, Kuala Lumpur tetap berkeras ingin kembangkan Akta Peminjam Wang 1951 walaupun Sabah sudah mempunyai Ordinan sendiri.
Katanya, situasi itu mengingatkan beliau kepada usaha Kuala Lumpur untuk memperkembangkan Akta Kerajaan Tempatan ke Sabah ketika beliau memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
"Saya telah menolak usaha Kuala Lumpur itu. Jika perkara itu berlaku maka rakyat Sabah kena membayar apabila membuang air besar kerana Kuala Lumpur berhasrat menswastakan kerja-kerja pembentungan kepada sebuah syarikat dari sana yang dikenali sebagai Indah Water Konsortium," katanya.
The people should know better than to borrow from those Ah Longs.
ReplyDeleteTheir license should be reconsidered. How can Ah Long's be given license to operate?
ReplyDeletehuh? those who loan from these licensed ahlong should blame themselves for not thinking hard & long before making the moves.
ReplyDeleteThese licensed ahlong have their own terms & condition which may be a little bit strict from the conventional bank. I have a friend who work with this licensed ahlong, & he told me his boss has lost a lot of money because those people who loan from them defaulted their payment & dissapeared.
When i ask him what will they do to the people who defaulted their payment, my expectation of his answer is they will search the loan defaulter & whacked him kow2 one...
it turns out that my expectation is not even closed. My friend said that the worst they can do is make his name blacklisted in bank negara.
anyway, the choice is yours. Before you want to apply for a loan, just make a very careful consideration.
Jangan meminjam dari along, pinjam dari bank lagi selamat. Jangan meminjam hanya semata-mata untuk kesukaan peribadi semata tapi guna untuk sesuatu yang menguntungkan.
ReplyDeleteSeronok meminjam seksa membayar. Kesimpulannya elakkan daripada membuat pinjaman dengan Ah long.
ReplyDeleteKerajaan negeri perlu sedaya-upaya membatalkan Akta Peminjam Wang 1951 yang telah dikembangkan ke Sabah. Ini sangat2 menyusahkan rakyat.
ReplyDeletejgnlah kita meminjam wang dari Ahlong, ia hnya menyusahkan diri kita.
ReplyDeletesebaiknya jgnlah menjadi insan yang berhutang.
ReplyDeleteAh Long pun ada lesen ka..ini barulah. Bagus keja jadi ahlong ni boleh dapat banyak untung.
ReplyDeleteall Sabah people must stay united to kick all the party malaya UMNO and PR out from Sabah for good.
ReplyDeleteThey brought in Ah Long and Illegal Immigrants to Sabah!
This will NEVER HAPPEN in Sarawak except Sabah, because Sabahans was colonised by party import from Malaya. Sabah people need to WAKE UP!
semuanya bermula dari diri sendiri. ah long tidak akan bertambah banyak jika tiada permintaan.
ReplyDeleteagensi2 peminjaman wang sememangnya menggalakkan rakyat untuk berhutang.
ReplyDeletePelan kewangan anda. Jangan membazir dan cuba belajar untuk menabung!
ReplyDeleteJangan salahkan Ah Long, Jika tidak ada permintaan manakan Ah Long boleh bertahan.
ReplyDeletejanganlah meminjam duit dari ah long..semua orang pun tahu kesannya..
ReplyDeleteelakkan diri daripada terlibat dengan ah long, kalau mahu meminjam pun carilah institusi kewangan yang selamat.
ReplyDeletetindakan anda sendiri adalah tanggungjawab anda sendiri
ReplyDeletehapuskan sahaja Akta Peminjam Wang 1951 ini jika tidak memberi kesan positive kepada sosial-ekonomi di Sabah
ReplyDelete"..ramai kakitangan kerajaan di seluruh negeri berhutang dengan Ah Long itu sehingga buku dan kad akaun bank mereka ditahan."
ReplyDeleteberbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing, janganlah sampai terjebak dengan penglibatan ah long
Setiap apa yang kita lakukan terpulang pada diri kita.
ReplyDeletesemoga pihak berkuasa menjalankan tugas mereka di mana ada kegiatan ah Long yang beroperasi di kawasan pekan-pekan kecil.
ReplyDelete"Sebenarnya Kerajaan Sabah boleh halang Akta itu daripada dikembangkan ke Sabah tetapi Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah pada hari ini tidak berbuat demikian," kata Yong.
ReplyDeleteadakah kerajaan Sabah akan bertindak atau membiarkan sahaja perkara ini berlarutan?
Kenapa kakitangan kerajaan yang banyak meminjam daripada ahlong? Perbelanjaan melebihi pendapatan?
ReplyDeleteBeringat sebelum kena. Fikir sebelum mahu pinjam daripada ahlong.
ReplyDeleteSecara logiknya, adakah pemberian lesen kepada ahlong ini membawa lebih banyak kebaikan atau keburukan? Kalau lebih banyak yang negatif, kenapa tiada tindakan diambil untuk memansuhkannya?
ReplyDeleteJangan terlibat dan terpedaya dengan Ahlong.
ReplyDeleteAhlong bukan nak tolong tapi nak memampuskan peminjam nanti. Fikirlah berkali-kali sebelum bertindak meminjam sama ahlong.
ReplyDeleteKedatangan Ahlong ke Sabah semakin membimbangkan. Terdapat banyak permis baru peminjaman wang dibuka di Sabah. Ini kerana permit peminjam yang diperkenalkan. Tapi masalah sekarang kadar faedah selalunya lebih tinggi dari yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Maka harap siasatan akan dilakukan tetang kadar faedah yang sangat tinggi ini.
ReplyDeleteWhat does this really got to do with KL? It's the people's fault that demands alot from these ah longs.
ReplyDeleteMeminjamlah dari bank, kenapa harus menyusahkan diri sendiri?
ReplyDeletesaya terdapat kawan yang meminjam dari ini ah longs yang telah menyebabkan dia melarikan diri malah meninggalkan keluarganya. Janganlah berjudi juga.
ReplyDeleteThis is a common case now in Sabah, we can't stop them from doing illegal works but we can at least stop from asking more lending from these people.
ReplyDeleteMana2 pun terdapat ahlong...
ReplyDeletekalau kesilapan kuala lumpur maka kual lumpur yang harus perbetulkan kesilapan tersebut..
ReplyDeletedulu masa YTL dalam kerajaan, apa tindakan yang dibuat oleh beliau selain dari menghantar surat kepada PM ketika itu untuk membendung perkara ini? mengapa sekarang baru bising2?
ReplyDeleterakyat harus menilai sendiri baik buruk meminjam dari ahlong..jangan pula nanti menyesal..banyak lagi alternatif lain untuk mendapatkan wang..
ReplyDeleteapa2 pun kebanjiran ahlong di sabah harus dikawal...
ReplyDeleteKalau takda duit mcm mana mo survive.. Kalau pinjam pula pun sama juga seksa membayar.. So dalam dunia ni apa saja pilihan yang dibuat pasti ada risikonya.
ReplyDeleteNamun sebaiknya elakkan pinjam wang dari Along. Kalau hidup sebatang kara lain ceritalah, tak juga susahkan orang lain kalau ada masalah.. Tapi kalau ada famili, alahai..
ReplyDeleteNak komen pun susah juga.. Jadi terpulanglah pada setiap individu untuk membuat penilaian.
ReplyDeleteSekarang ini, pihak berkuasa harus memantau kegiatan along dan pastikan bilangannya tak meningkat lagi.
ReplyDeleteWalaupun agak sukar namun saya yakin jika semua pihak bekerjasama pasti semuanya OK:)
ReplyDeleteBlame government servants for borrowing so much money from them.
ReplyDeleteBanyak sebab kenapa mereka sanggup ambil risiko dan meminjam dari Ah Long? Ekonomi yang tidak stabil juga penyebab pinjaman dari Ah Long. Ada juga berkaitan dengan masalah peribadi dan keluarga.
ReplyDeleteDimana ada keperluan, disana lah diberi bekalan.
ReplyDelete"Katanya, apa yang menyedihkan ialah ramai kakitangan kerajaan di seluruh negeri berhutang dengan Ah Long itu sehingga buku dan kad akaun bank mereka ditahan."
ReplyDeleteApakah punca kakitangan kerajaan juga meminjam dari ah long? masalah peribadi atau maslaah pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan masing-masing.
Masing-masing perlu bertanggung jawab juga. Bukan setiap perkara disalahkan pihak lain tetapi bukan diri sendiri. Walau tiada pinjaman berlesen ini, kalau dalam keadaan terdesak, ada juga cara untuk mendapatkan pinjaman.
ReplyDeleteMasalah dah berlaku, pihakberkuasa harus memantau dan memastikan tiada kes serius berlaku.
ReplyDeleteI don't understand why they legalize ah long to do their business.
ReplyDeleteI think they should illegalize ah long business. Making it legal for people to borrow money from them will only make the people life worse .
ReplyDeleteBefore these, it is illegal but now all been legalised. Situation from worst get worsen. Hope government reconsider their licence approval.
ReplyDeleteMasing-masing seharus bertanggung jawab jika mengambil risiko membuat pinjaman dari ah long. Tiada orang paksa sebenarnya tetapi sendiri yang merisikokan sendiri dan keluarga jika gagal melangsaikan pinjaman tersebut.
ReplyDeleteBanyak sebab kenapa masyarakat sanggup ambil risiko meminjam dari Ah Long. Keadaan terdesak, ekonomi tidak stabil, tekanan menampung perbelanjaan, kejudian dan lain-lain lagi.
ReplyDeleteMereka buat pinjaman pasti dalam keadaan yang tidak ada pilihan lain. Pinjaman bank dan kerajaan amat susah terutama dlm ekonomi sekarang, banyak syarat dan kondisi yg ketat.
ReplyDeleteYang dihairankan adalah kakitangan kerajaan juga mangsa ah long, apakah sebabnya?
ReplyDeleteWhen all the parties from malaya whether PR or UMNO been kicked out by Sabahans in this coming election, I am for sure more than 99.9% Sabah problems will be solved.
ReplyDeletePelik tapi benar.
ReplyDeletesebenarnya punca Ah Long membanjiri Sabah adalah permintaan yang menggalakkan di sabah.. kalau tidak ada permintaan, jangan harap ada ini Ah Long..
ReplyDeleteI wonder if government staffs among the biggest ah long lender.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteI wonder if government staffs among the biggest ah long lender.
September 19, 2011 3:23 PM
Tak tahu la pula, harap2 tak la ya.
Probe an investigation then.
ReplyDelete