Search This Blog

Monday, September 19, 2011

Perkasa mahu elemen ISA dikekalkan

Jamilah Kamarudin

"Kalau ia melalui proses kehakiman, ia akan mengambil masa yang begitu lama hanya untuk menentukan sama ada bersalah atau tidak," kata Ibrahim Ali.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpendirian pihaknya tidak akan menyokong akta keselamatan negara yang baru jika semangat elemen ‘pencegahan’ yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dikekalkan.


Presidennya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibahim Ali berkata elemen tersebut amat penting dan selama ini terbukti berkesan dalam menangani isu keselamatan negara.

Mengambil contoh isu ajaran sesat Ayah Pin, Al-Arqam, pemalsuan kad pengenalan dan kad kredit serta kegiatan subversif, Ibrahim berkata adalah wajar pencegahan melalui penahanan tanpa bicara mengikut ISA dikenakan.

“Kalau ia melalui proses kehakiman, ia akan mengambil masa yang begitu lama hanya untuk menentukan sama ada bersalah atau tidak.

“Mungkin dalam tempoh kehakiman itu keselamatan negara kita terancam. Kita tak mahu ia terjadi baru nak putuskan hukuman.

Kita mahu ia dibendung segera sebelum terjadi apa-apa yang lebih buruk,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Perkasa di sini hari ini.

Namun katanya, hak kebebasan seseorang perlu diambil kira seperti kaedah penyiasatan dan tempoh lawatan keluarga semasa dalam tahanan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kerajaan supaya tidak tunduk dengan tuntutan mana-mana pihak untuk mewujudkan akta baru bagi menggantikan ISA.

“Jangan ikutkan pembangkang dan jangan ikutkan kepentingan politik peribadi semata-mata nak menang undi,” katanya sinis.

Hak mutlak rakyat


Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan berunding dengan rakyat terlebih dahulu sebelum akta baru tersebut digubal kerana baginya isu keselamatan adalah hak mutlak rakyat.

Beliau juga berkata pihaknya akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengemukakan memorandum dalam masa terdekat meminta maklum balas mengenai prinsip asas akta baru itu.

Sementara itu, beliau juga mahu kerajaan meneliti semula Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1974 serta Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk dimansuhkan.

“Apa lagi yang nak ditakutkan dengan AUKU dan OSA jika ISA sudah dimansuhkan,” soalnya sambil menyokong pembaharuan lesen akhbar dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan kebebasan berhimpun dalam Akta Polis dimansuhkan.

13 comments:

  1. Ngam. Kekalkan ISA untuk tangkap ibrahim ali seorang dari ajaran sesat.

    ReplyDelete
  2. ISA patut dikekalkan untuk sumbat Ibrahim Ali ke dalam.

    ReplyDelete
  3. Si Ibrahim Ali ini betul-betul sengaja membahayakan keselamatan negara kita.

    ReplyDelete
  4. Di mana ada isu hangat di situlah juga muncul Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  5. lepas ni bila pembaharuan lesen akhbar dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dibuat, lesen penerbitan Utusan Malaysia pula hentikan saja.

    ReplyDelete
  6. ada jg yang tidak setuju ISA dimansuhkan.

    ReplyDelete
  7. Hey, Si Ibrahim Ali bukan kamu tdk tahu. Pura2 saja bah itu. Mahu jadi Herolah konon.EH..eh..Kalau di Sabah bilang, Sindrom minta Puji . Itulah si ibrahim ali. Umno bukan BNpun bukan tapi lagak lebih2. Maacam mahu minta2 lantik jadi menteri atau diajak masuk UMNO. ODOI, mada oku no kopio di ibrahim ali oi. Obolotok no tomod nga au i maa kangaam i boroson dau. Mimang sindrom Mokirayou.

    ReplyDelete
  8. Ibrahim Ali ni memang terkenal dengan kontroversinya.

    ReplyDelete
  9. simpan butuh dia di kepala...kasih sumpah tujuh keturunan c ibrahim palui bin ali tolol....

    ReplyDelete
  10. Kita tidak tahu lagi apa yang bakal dibuat selepas ISA dimansuhkan. Mungkin kita tunggu pengumuman PM seterusnya.

    ReplyDelete
  11. Biarlah Ibrahim dengan cara dia sendiri. Siapa faham dengan cara beliau itu tidak hairanlah.

    ReplyDelete
  12. Hoi Brahim Katak,mana lagi magu pigi...UMNO BN takut lagi kamu tikam belakang,apa lagi PK...kamu ini tahi minyak betul....bilang perkasa tapi bodoh juga....mana ada lagi asas kami selain dari anjing buruan UMNO.

    ReplyDelete
  13. patutnya sebelum dimansuhkan, kasi sumbat dulu ni Ibrahim Ali masuk ISA.. dia teringin mau rasa ba tu macam mana kena tahan tanpa bicara..

    ReplyDelete