Search This Blog

Thursday, November 3, 2011

Adun Tungku Hanya Mampu Bina Tandas?



Mutalib M.D
“ADUN Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said hanya mampu membina sebuah tandas bernilai RM3,000 ketika kami minta beliau bina Masjid baru Kampung Sungai Nipah,” ujar Ketua Cawangan UMNO Sungai Nipah, Tungku, Alimuddin Abdul Rahman ketika ditemui Sabahkini.net di Tambisan.

Menurut Alimuddin, surau Sungai Nipah dibina di era Berjaya sekitar 1976 dan sejak daripada itu, permohonan penduduk kampung untuk menaiktaraf surau kepada Masjid dan mendapatkan tapak baru bagi membina Masjid baru tidak mendapat layanan daripada Adun Tungku dan Ahli Parlimen Silam.


Surau yang ada sekarang, kata Alimuddin terletak jauh daripada perkampungan dan hanya dapat digunakan untuk sembahyang Jumaat dan Aidil Fitri atau Aidil Adha kerana tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Kita hanya berharap kepada genset, tetapi bekalan minyak sering menjadi masalah dan kami terpaksa bersembahyang di dalam gelap atau menggunakan lampu minyak tanah,” kata Alimuddin yang juga Imam Rawatib Sungai Nipah.

Sehubungan itu, Alimuddin menggesa agar Mantan Ahli Parlimen Kinabatangan yang kini menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin agar dapat membina Masjid baru bagi menggantikan masjid yang sudah terlalu uzur dan hampir menyembah bumi.

“Rasanya kita sudah bosan menunggu janji wakil rakyat UMNO sejak 1994 dan kita menaruh harapan yang tinggi kepada TYT agar bermurah hati menjayakan pembinaan masjid baru demi meningkatkan syiar Islam dan untuk keselesaan jemaah menunaikan ibadah,” ujar Alimuddin dengan nada penuh mengharap.

23 comments:

  1. UMNO Rasuah dan mesti dihancurkan dalam PRU13.

    ReplyDelete
  2. Patui si YTL marah kamu rang macam 'Buaya'!!!

    ReplyDelete
  3. Inilah hadiah umno. bersyukurlah kaki pengmapu parti malaya kata.

    ReplyDelete
  4. Harap TYT akan membantu penduduk kampung dengan memberikan peruntukan untuk pembinaan Masjid baru.

    ReplyDelete
  5. Wakil rakyat perlulah berusaha membawa keperlulan rakyat kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  6. kepada yang memegang jawatan penting, harus anda ingat untuk menjalankan tanggungjawab itu dengan jujur.

    ReplyDelete
  7. keperluan penduduk perlulah sentiasa diambil berat,...

    ReplyDelete
  8. harap keperluan penduduk akan dipenuh..

    ReplyDelete
  9. Pastinya ada yang tidak kena, kena siasat apa sebenarnya yang berlaku.

    ReplyDelete
  10. kau kan ketua cawangan umno, kenapa tidak berjumpa terus dengan Datuk Mohd Suhaili?

    ReplyDelete
  11. baru hari ni pernah dengar tandas yang macam tu saja boleh menelan kos RM3000. bagus kalau kena pasang lantai marmar atau mozek.

    ReplyDelete
  12. kena rajin merujuk balik permohonan yang sudah dibuat. manatau wakil rakyat lupa sebab terlalu banyak beban tugas dan kawasan2 untuk diberi tumpuan.

    ReplyDelete
  13. wakil rakyat kawasan tersebut harus peka dgn keadaan penduduk.

    ReplyDelete
  14. berilh pembangunan pada penduduk.

    ReplyDelete
  15. Special tandas dia ni sampai RM3000 untuk sebuah tandas saja.

    ReplyDelete
  16. Mana wakil rakyat sana? Sila jawab aduan penduduk di kawasan anda ini.

    ReplyDelete
  17. Dimana sudah duit peruntukan RM5 juta untuk setiap ADUN jika bukan YB UMNO makan RASUAH?

    Janganlah kamu kaki pengampu UMNO memperbodohkan rakyat. Allah tahu kerja DOSA kamurang.

    ReplyDelete
  18. Para pemimpin Sabah BN semuanya tebalmuka dan telinga kerana semuanya hanya pentingkan wang. Jangan harap nasihat2 lemah lembut kamu itu didengar oleh mereka. Tambahan pula kebanyakan para pemimpin di pantai Timur Sabah ini adalah asal PTI. Dua kewarganegaraan mereka dan ahli keluarga mereka. Takkan kamu semua tak tahu? Tapi keistimewaan Rakyat PTI di Sabah woi...Paling grand! Tanah paling subur di Sabah dibolot mereka, Penempatan berleluasa tanpa sekatan kerajaan. Setinggan didirikan sewenang2nya . Bila berlaku kebakaran, kerajaan bantu, buatkan IC jadi warganegara.

    Sabah adalah satu tempat di dunia ini di mana amat senang sekali jadi warganegara ekspress atas inisiatif UMNO dan BN Sabah serta sindiket2 yang tidak dikawal dalam Pembuatan IC selain Projek IC Mahathir yang terkenal itu?

    Surau, beribu surau di Sabah , tapi gereja ? Paling2 kerajaan bagilah beberapa ribu untuk membina gereja, tidak adil.

    Kalau di pedalaman sini, Surau2 didirikan di penempatan orang asing dan saya lihat menjadi tempat perlindungan PTI yg tiada dokumen. Malah penjenayah.

    Tapi kalau kes ini, nah jangan lah lagi undi calon BN yg asal PTI ini. Kalau PTI, PTI juga. Sabah bukan negeri dia. Dia bertempat di Sabah sebab orang Sabah baik2 ditambah lagi dia beragama Islam. Cuba kalau dorang bukan islam, kamu ingat mereka diberi perhatiankah?

    Cuba kamu baca kampung Mungkak di KK? Sabah seperti tong sampah tempat penempatan PTI dari filifina dan Pakistan, India serta Indonesia.

    ReplyDelete
  19. Maka itu sokong BN....pemimpin2 yang berjiwa rakyat separti lanun. Kita sokong sebab kita juga mahu jadi lanun yang terkaya....sybas rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  20. Ketua Cawangan UMNO Sungai Nipah, Tungk Alimuddin Abdul Rahman seharusnya beliau faham untuk mendapat peruntukan bukannya adun itu sendiri yang meluluskan dan memberikan duit. Tapi Adun itu cuma dapat menyuarakan kepada kerajaan untuk meminta peruntukan selepas itu kerajaan sendiri akan mengusahakan untuk pembinaan. Jadi kita tidak boleh salahkan Adun sendiri dan perlu bersama-sama dengan Adun untuk menyuarakan dan membeikan sokongan.

    ReplyDelete
  21. Umno YB Sekong Shamsuddin Yahya adalah PENDATANG HARAM dari philippine. Masalah2 orang Sabah sebab kerja setan umno!

    ReplyDelete
  22. Siapa pilih ADUN Tungku? UMNO BN kan?

    Padan muka.UMNO BN mesti kita sapu PRU 13 ini.


    Gonzales

    ReplyDelete
  23. Miatu bah! Gembira bila anak2 muda ani faham tentang kehadiran PTI yg sdh jadi pemimpin UMNO. UMNO=PTI.

    Kita undi PR pada PRU13! Biar PAS,DAP,PKR atau SAPP.Kita tumbangkan BN/UMNO.

    ReplyDelete