Saudara Pengarang,
PROJEK Kampung Tanpa Wayar (KTW) di Tinangol, Matunggong, Kudat tidak ubah seperti dongeng rakyat Sang Kancil dengan Buaya dalam Episod 1,2,3 Lekuk; jantan betina aku ketuk!
Walaupun Sang Kancil hanya cerita penglipur lara, tetapi KTW Tinangol adalah 'Cerita Dongeng' yang dikarang oleh Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili kerana sejak dilancarkan awal tahun 2012 sehingga hari ini, 23 Mac 2012, masih tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
Kadar capaian (koneksi) yang amat rendah serta kualiti perkhidmatan yang sangat teruk; tidak dapat memberi kepuasan kepada pengguna yang ramai dengan kadar kelajuan 0.1-0.10 kb/s.
Kelajuan internet seperti ini banyak menimbulkan masalah dan lebih menyedihkan lagi, koneksi internet kerap terputus; sedangkan KTW di Pekan Sikuati tidak mengalami masalah seperti yang kami alami di KTW Tinangol.
Masalah perkhidamatan KTW yang teruk ini bertambah kalut kerana sekarang ini musim pelajar lepasan SPM dan STPM mula berurusan berkaitan dengan penyemakan keputusan secara online dan yang paling utama ialah urusan permohonan online di universiti atau kolej dan banyak lagi urusan lain yang sudah tentu melibatkan pengunaan internet.
Malangnya sehingga kini kami masih bergelut dengan masalah ini dan masih tertanya-tanya sampai bila kemelut ini akan berakhir? Kami tidak tahu di mana hendak kami mengadu lagi maka kami menghubungi Sabahkini.net sebagai usaha terakhir kami.
Semoga perkhidmatan KTW Tinangol diperbaiki dan dipertingkatkan secepat mungkin demi kepentingan dan kebaikan bersama.
Salam Hormat,
PELAJAR LEPASAN SPM
Orang kampung mati kebuluran, tiada duit mau p hospital, terpaksa jual habis binatang ternakan baru ada duit utk bayar taxi.. sekarang sibuk mau buat broadband.... Pakai otak la YB... Bikin malu saja.. majoriti tidak perlu broadban, komputer pun tiada.. Tapi projek ni lagi banyak duit boleh masuk poket..
ReplyDeleteKesian org kampung.. di perbodoh kan.
Jangan mengambil kesempatan terhadap duit rakyat. Peruntukan harus diguna dengan lebih wajar.
DeleteTapi penduduk kampung ini mendesak untuk perbaiki kualiti perkhidmatan wireless ini. Ertinya ada keperluan internet di kawasan itu.
DeletePandai mengarang surat ya pelajar lepasan SPM, sedangkan kami yang lepasan Master ni pun inda pandai karang surat sebagus ini.....hahhahaha.......suruh orang kampung JANGAN undi BN......buduh bha BN ni....
ReplyDeleteMana mahu cari, orang Sabah pintar2 bah. Tapi kalau soal undi tu sendiri mahu ingatlah siapa yang patut diundi.
DeleteBETUL CAKAP C LEPASAN MASTER NI .....BAH BILA LAGI ... INI KALI LAH .... UNDILAH STAR ....
ReplyDeleteSial butul si Maksimusial ni! Jadi pengerusi PSCpun ngak betus mahu ngidamin broadband?
ReplyDeleteSial butul. Siou sampur2 saya punya bahasa abis baru balik dari Indon belajar di sana. Uinaa, broadband ba itu , tapi iri podi kaala tu rumah org kampung compang camping, belanja sikolah anak2pun susah inikan pula mo bayar broadband.
Sial no kopio si Msial oi!
Marah betul si gaman. Tapi kalau saya yang kena bah ni konpom 1001 sumpahan keluar oo.. Jadi saya paham perasaan ko tompinai.
DeleteAda lah kali yang tidak kena atau masalah dengan pemancar sebab KTW Pekan Sikuati tiada masalah. Laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan itu.
ReplyDeleteDiharap kualiti tu dapat diperbaiki untuk kegunaan rakyat.
ReplyDeleteMungkin dalam proses untuk meningkatkan kelancaran KTW ni memandangkan ia masih lagi baru dilancarkan.
DeleteHarap Maximus dapat bagi penjelasan tentang KTW Tinangol supaya tiada yang mengata bukan2 tentang kepimpinan beliau.
ReplyDeleteKesian juga si maximus kena maki hamun tapi apa boleh buat lah. Beginilah kalau apa yang dijanji tak seberapa hasilnya.
DeleteMungkin bukan salah Maximus..namun harap maximus dapat memberi penjelasan dalam hal ini.
DeleteKadang silap pihak lain tapi menteri juga yang kena 'tembak'. Inilah price you have to pay when you became a minister..huhu
Deletebukan saja di Tinangol menghadapi masaalah ini tapi diseluruh sabah,beruk band yang diberi oleh SKMM memang teruk sebab server yang di miliki oleh SKMM memang kalau saya nampak memang saya ludah,tapi mana dia orang akun bahawa server mereka teruk,saya ada mengikuti pemasangan program wifi kampung tanpa wire apa yang saya lihat pengguna terpaksa melalui 2 server ia itu server tmnet(TM) dan server SKMM baru lah perkhidmatan itu sampai kepada pengguna,contoh yang ketara adalah bila kita by pass server SKMM pengguna boleh melayari internet tanpa masaalah tapi selepas disambung kepada server SKMM kita boleh habis 2-3 batang rokok baru dapat buka menu google....saya tidak tahu kenapa perlu kita melalui server SKMM...pendik cerita tumbang kan BN pada PRU 13 ini.
ReplyDeleteBagaimana pula server SKMM di SM? Kalau di sana lebih baik, mereka perlu jelaskan kenapa server di Sabah pula bermasalah.
DeletePunya lah teruk. Tiada juga makna ada kemudahan internet kalau lambat mengalah kura-kura!!
ReplyDeleteSyukur lah ada kemudahan internet yang di beri secara percuma.
DeleteInternet percuma tapi kalau slow mengalahkan kura-kura bagus takde langsung,kos pemasangan KTW ini bukanlah percuma ia melibatkan jutaan ringgit,siapa yang akan mendapat keuntungan tentulah kontractor yang memasang KTW ini.
DeleteTeruknya juga. Sukur di kawasan saya taklah pula terlalu lambat hingga membolehkan saya 'panas'. hehe
ReplyDeleteDr Maximus Johnity Ongkili kerana sejak dilancarkan awal tahun 2012 sehingga hari ini, 23 Mac 2012, masih tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
ReplyDeleteHarap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Masalah ini pasti dapat di selesaikan dengan segera.
DeleteKelemahan ini boleh ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteSokong dangan masrul kelemahan yang ada masih boleh di perbaiki lagi.
DeleteTidak perlu mempolitikkan isu ini, kelemahan ini boleh diperbaiki.
ReplyDeleteperkara ini boleh di selesaikan dengan cara baik..small matter ja ba..tidak perlu di politikkn.
DeleteBiasalah kalau mahu dekat2 p'raya. Semua pun mahu dipolitikkan.
DeleteIni cuma memberi masalah kepada orang di bandar. Orang perkampungan masih tiada komputer juga, ada di antaranya masih susah dalam keperluan harian juga.
ReplyDeletemoga masalah kelajuan internet di Tinangol dpt diselesaikan.
ReplyDeleteSemoga masalah ini akan dapat diajukan kepada pihak pengurusan mengenai kelembapan yang yang berlaku dengan wireless tersebut.
ReplyDeletepenjelasan harus diberikan kerana kekeliruan pasti akan timbul dan ini akan menyebabkan nama baik yang terlibat akan terjejas.
ReplyDeletePastinya pihak telekomunikasi harus mengambil bahagian untuk menjelaskan apa yang berlaku.
ReplyDeletesemoga masalah ini dapat diselsaikan dengan segera.
ReplyDelete"Kami tidak tahu di mana hendak kami mengadu lagi maka kami menghubungi Sabahkini.net sebagai usaha terakhir kami"
ReplyDeleteSebelum ini mereka mengadu sama siapa?
ini pelajar lepasan SPM sudah buat aduan ka kepada pihak yang berkenaan?? kalau belum, tidak payah la cakap kononnya tidak tahu dimana lagi mahu buat aduan..
ReplyDelete