Clara Chooi (TMI)
Rundingan kerusi di pihak pembangkang di Sabah berkemungkinan tidak akan tercapai dengan Pakatan Rakyat dan parti-parti tempatan negeri itu menuju ke arah perebutan antara satu sama lain yang mana pilihan raya umum mungkin akan diadakan pada Jun ini.
Dalam temubual berasingan dengan setiap pemimpin menunjukkan kedua-dua belah pihak tidak bersedia beralah dari permintaan mereka walaupun semua pihak menegaskan bahawa 'pintu rundingan sentiasa terbuka'.
Rundingan kerusi di pihak pembangkang di Sabah berkemungkinan tidak akan tercapai dengan Pakatan Rakyat dan parti-parti tempatan negeri itu menuju ke arah perebutan antara satu sama lain yang mana pilihan raya umum mungkin akan diadakan pada Jun ini.
Dalam temubual berasingan dengan setiap pemimpin menunjukkan kedua-dua belah pihak tidak bersedia beralah dari permintaan mereka walaupun semua pihak menegaskan bahawa 'pintu rundingan sentiasa terbuka'.
Untuk parti-parti pembangkang tempatan iaitu Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (STAR), yang masing-masing diketuai pemimpin politik Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Jeffrey Kitingan, kerjasama yang mungkin wujud jika mereka dibenarkan bertanding di 60 kerusi negeri di Sabah.
Pemimpin-pemimpin parti ini memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini, untuk membolehkan mereka membawa agenda “Sabah untuk rakyat Sabah”, yang dilihat akan mempertahankan autonomi mereka.
Tetapi bagi Pakatan Rakyat yang berasal dari Semenanjung Malaysia, sebahagian besarnya DAP, semua pihak sepatutnya terlebih dahulu menyatakan kesanggupan untuk memberikan komitmen kepada pembangkang pusat sebelum berdepan Barisan Nasional (BN).
Mereka percaya ini akan memperkukuhkan pembangkang di Sabah dan di peringkat persekutuan serta membantu menjatuhkan pemerintah sedia ada di Putrajaya.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, pemimpin SAPP berkata mereka bersedia membantu Pakatan Rakyat dalam menawan Putrajaya tetapi mahu perjanjian yang membenarkan mereka membentuk kerajaan negeri Sabah dengan bertanding lebih separuh kerusi daripada 60 kerusi yang disediakan.
Pemimpin-pemimpin itu bersetuju bahawa semua parti pembangkang di Sabah perlu bekerjasama untuk memastikan pertandingan satu lawan satu di semua 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen bagi mengelakkan berlaku pecah undi.
“Kerjasama, saya rasa, ia masih boleh. Sekarang, apa yang kami cuba jelaskan adalah okay, anda (Pakatan Rakyat) pergi ke Putrajaya. Dan kami, kami telah bercakap tentang autonomi selama ini. Kami tegas akan perkara ini,” kata Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong (gambar).
“Jadi jika mereka menghormatinya dan kami akan menghormati mereka, kita boleh bekerjasama.”
Bagi SAPP, formulanya mudah, Pakatan Rakyat bertanding dua pertiga daripada 25 kerusi Parlimen manakala SAPP dua pertiga kerusi negeri. Ini, menurut mereka merupakan formula menang-menang yang membolehkan semua pihak mencapai matlamat untuk menjatuhkan BN.
“Kami telah bertolak ansur selama ini,” kata Yong. “Kami tidak pernah kata kami akan bertanding di semua kerusi. Tetapi untuk membentuk kerajaan, anda perlu menang lebih daripada 30 kerusi.”
Bendahari Agung SAPP Dullie Marie, bagaimanapun berkata walaupun dengan kesediaan partinya untuk mencapai kerjasama di dalam rundingan kerusi, ia tidak akan berkompromi untuk mendapatkan semula autonomi negeri itu.
Tegas beliau, SAPP adalah “tapak mula” untuk orang Sabah mendapatkan semula hak-hak mereka iaitu hasil minyak dan tanah adat.
Tetapi ahli politik ini bersetuju bahawa mungkin pandangan parti itu tidak akan diterima oleh Pakatan Rakyat, menekankan pengumuman pemimpin DAP Tan Kok Wai yang telah bercakap dengan hasrat parti itu bertanding 20 kerusi negeri.
Ramakan Dullie terbukti benar. Selain daripada beliau, pemimpin-pemimpin tempatan lain telah bersetuju bahawa ia tidak mungkin dipersetujui mereka.
Kata seorang pemimpin SAPP: “Paling utama, Pakatan tidak mahu bergabung. Mereka langsung tidak boleh bersetuju antara satu sama lain tentang kerusi mereka mahu bertanding, bagaimana mereka boleh berunding dengan kami?”
Semasa memberitahu The Malaysian Insider, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mengesahkan bahawa rundingan kerusi antara DAP, PKR dan PAS masih belum dimuktamadkan.
Katanya, rundingan masih belum selesai kerana terdapat 20 kerusi negeri dan tujuh kerusi Parlimen yang masih menjadi rebutan.
Rundingan dengan parti pembangkang tempatan, kata beliau, masih belum gagal walaupun dihangatkan melalui media.
“Pintu sentiasa terbuka,” katanya. “Tetapi syarat kami mudah... mereka perlu sertai Pakatan Rakyat. Mereka perlu bersatu jadi kita boleh menjadi satu pasukan... bukan dua. Mereka perlu pilih untuk bersama Pakatan Rakyat atau BN.”
Wong berkata ia adalah idealogi Pakatan Rakyat untuk memastikan tiada satu parti pun akan berkuasa atau dipinggirkan, yang mana pembahagian kuasa sama rata.
“Kami tidak mahu berubah menjadi Umno. Kenapa tetap berfikir bahawa kami berasal dari semenanjung? Kita semua rakyat Malaysia,” katanya.
Wong juga mengesahkan menerima jemputan STAR untuk berunding tentang pembahagian kerusi dan mengulangi DAP terbuka untuk semua parti dengan agenda bersama untuk menjatuhkan BN.
Sentimen pemimpin DAP itu turut dikongsi rakanya dari PKR.
“Anda mahu bersama Pakatan, anda tidak hanya boleh menjadi teman wanita saya, anda perlu mengahwini saya,” kata pemimpin tempatan PKR.
Tetapi tuntutan mereka mungkin ditolak. Pemerhati politik meramalkan barisan parti pembangkang Sabah tidak akan mencapai satu konsensus.
Dalam satu rencana dua minggu lalu, penulis kolum New Straits Times Johniston Bangkui menulis bahawa pembangkang, dalam usaha merampas kuasa daripada BN, 'telah menjadi keliru'.
“Ia tidak mungkin parti pembangkang di Sabah akan mencapai consensus untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN dengan alasan jelas setiap mereka fikir mereka lebih bagus dengan yang lain,” katanya.
Penulis itu mengakui keadaan sama berlaku antara parti komponen BN tetapi 'tahap kematangan politik dan toleransi' akan kelihatan apabila tiba hari pengundian.
Kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dijangkakan menjadi fokus utama BN pada pilihan raya umum akan datang termasuk wilayah persekutuan Labuan, membentuk 57 kerusi atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.
Pada pilihan raya umum 2008, BN hilang majoriti dua pertiga disebabkan tewas besar di Semenanjung Malaysia, di mana ia hanya memenangi 85 kerusi sementara pembangkang menyapu 80 kerusi.
BN terselamat apabila mempertahankan kemenangan bersih di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan memenangi 55 kerusi Parlimen dan pembangkang hanya dua kerusi.
Hari ini, berikutan berlaku banyak kematian wakil rakyat dan berpaling tadah, BN mempunyai 138 kerusi Parlimen manakala pembangkang termasuk PKR, PAS, DAP, PSM, SAPP dan bebas mempunyai 84 kerusi dalam Dewan Rakyat.
TO ALL SABAH OPPOSITION PARTIES
ReplyDeleteUNITED WE STAND & DIVIDE WE FALL...INTO ANOTHER 50 YEARS OF THE HELL HOLE MALAYSIA!
So Sabah brothers and sisters do not dash any hopes for a united front.
Unite on the basic common aim to defeat UMNO BN. If you keep competing with each other the only winner is UMNO BN.
You know what this means- something worse than a long prison sentence in Malaysia!
Your rhetorics show you have similar ideas- why can't you unite?
Do it for Sabah and the people will back you up and be forever grateful.
Even if you can unite just to get rid of UMNO BN that will be a great victory.
It may open the way to take Sabah and with Sarawak OUT of Malaysia!
UNITE FOR SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA!
THE TIME IN NOW!
IS THIS CONDITION ACCEPTABLE- MALAYAN PARTIES DICTATE TO SABAH PARTIES?
ReplyDelete"The door is always open," he said. "But our condition is easy ... they need to join Pakatan Rakyat. They need to unite so we can become a team ... not two. They must choose to join PR or BN. "
WHAT MALAYAN COLONIAL ARROGANCE!!!!
Why not all Sabah parties form a united as in the UBA and negotiate with PKR etc.
But the Malayan parties are not strong in Sabah so they should not be so ARROGANT to dictate terms to Sabah parties.
Sabah parties must stand their ground and dictate terms to Malayan parties. Any way what are they doing in Sabah?
There are no Sabah parties in Malaya telling Malayans what to do....
Tamahak punya SAPP!!!! 'Bagi SAPP, formulanya mudah, Pakatan Rakyat bertanding dua pertiga daripada 25 kerusi Parlimen manakala SAPP dua pertiga kerusi negeri'...as a Sabahan i agree if all ADUN under the state opposition (local parties) but i really don't get it if SAPP want to take majority of the seat!!!(2/3 of ADUN)!! This party is S**K! why they want to take most of the seat(ADUN) instead of discuss with others local party!! Don't be so greedy lho!!!!!
ReplyDeleteSAPP took all the seats also no use, careful not to lost deposit during the next GE. That's why SAPP is difficult to work with other party, too greedy and always thinking of their own benefit.
DeleteRakyat Sabah tidak mahu parti baru yang muncul hanya masa pilihanraya dekat. Sebelum ini apa mereka buat untuk rakyat oleh pengikut2 parti baru ini? TIADA! Semua adalah OPPORTUNISTS!
DeleteSAPP adalah sebuah parti pembangkang tempatan asal dari Sabah yang berjuang untuk Sabah Otonomi dan untuk semua kaum di Sabah!
SAPP berjuang untuk Otonomi Sabah! Otonomi untuk tamak kuasa! Memalukan! SEMUA RAKYAT TAHU KAMU GILA KUASA!!!...SORRYLAH SAYA TIDAK AKAN UNDI ORANG YANG GILA KUASA MACAM KAMU!...HANCUR SABAH KALAU TERJATUH KE TANGAN GILA KUASA MACAM KAMU!!...OLEH ITU BERSEDIALAH HILANG WANG DEPOSIT!
DeleteSAPP better change to SAPU habis. It suits for greedy party.
DeleteSemoga SAPP ikhlas untuk memperjuangkan autonomy untuk Sabah.
Deletepasal tu YTL mahu jadi KM lagi...tu SAPP pun ikut saja...tidak pandai pikir..
DeleteSAPP akan hilang wang deposit pada PRU13 nanti sebab tamak kuasa dan penting diri sendiri.
DeleteBN & PR akan hilang wang deposit pada PRU13 nanti sebab mereka ini parti Malaya cuma pentingkan kuasa Putrajaya dan curi hasil bumi berbillion dari Sabah dan Sarawak untuk kemajuan bumi Malaya saja.
DeleteIf each party is fighting for seats without following any strategy, good bye to PKR and lain kali lah.
ReplyDeleteParty malaya says they are national party, then they should only focus on parliamentary seats but why busybody in Sabah State Seats?
ReplyDeleteParty malaya semua hypocrite!
This article has Spelled out one of the detrimental if not damning point against the opposition.
DeleteThe root of the matter lies in the lack of cohesiveness within the opposition front (irregardless if there are Sabah based political party or peninsular based party).
DeleteUntil this matter is resolved, the stood little chance with Barisan National.
DeletePakatan is not sincere to Sabahans! They only want our natural resources!!
DeletePR sekarang pun cuma mahu menang saja tu, bukannya serius mahu bela rakyat. PKR tu cuma ditubuhkan untuk menyokong Anwar saja bukan bela rakyat. Sekarang pun apa2 salah laku Anwar parti komponen PR cuma diam2 saja. semua betul. tapi kalau pihak kerajaan, semualah tidak betul.
DeletePR ingat diorang tu hebat sangat...tu lah tu kerusi DUN pun diorang mahu angkut juga...parti tempatan ditolak ke tepi...
Deletecukup la parlimen, buat apa lagi DUN, !! manang DUN semua pun PKR xda dapat tawan putrajaya juga tu !
Deletetuan/puan,kalau kita ada niat dan ingin menumbang kan BN jangan pedulikan siapa yang tanding dikawasan kita,contoh kalau ada BN,SAPP,STAR,KEADILAN yang bertanding kita tetapkan hati siapa yang kita mahu,jika calun dari STAR yang berkemampuan dari semua itu...undi lah calun tersebut asalkan bukan BN jangan difikirkan ganjaran ..kalau BN kasi duit atau project ambil saja..sebab duit itu adalah duit kita bayar cukai Tanah dan relod HP serta hasil yang dikaut oleh BN dibumi sabah....
ReplyDeleteCakap senanglah kan..bukan semua orang fikir begitu oh..
DeleteTapi susah juga tu. Kalau yang bukan UmnoBN tu cuma tahu goyang kaki dan cakap besar saja, apa macam la tu kalau memang. Lagi la teruk tu tiada apa2. Air liur saja. Sebab yang menang di kawasan tu akan bertanggungjawab membawa pembangunan dan kemajuan. Kalau dikasi menang orang macm tu, aiyaaa..susah la tu nanti.
Deletepecahan undi pembangkang pasti akan berlaku..BN sabah akan menang...
DeleteBN masih menjadi pilihan rakyat Sabah.
DeleteAnonymous Mar 13, 2012 11:51 PM ....ko lah PALING MANANG!!!
ReplyDeleteApa macam mahu 1 lawan 1 macam ni? Pembangkang tidak satu hati. Matlamat dan perjuangan lain-lain.
ReplyDeleteThat's why they gonna lose in this coming election. They are selfish and this will only give an easy way for BN to win again and again.
DeleteWell, seem like BN still can win in the next GE. Opposition parties just only rhetoric. I think the UBA just only a sweet dream.
ReplyDeleteIf they can work together towards same mission, Its resulting good.
ReplyDeleteJiak satu bersaing satu, rasa ini akan menjadi saingan giat.
ReplyDeletePerpecahan parti pembangkang cuma memberi BN peluang untuk memang sahaja.
ReplyDeleteBN pasti akan menang pada PRU 13 nanti.
DeleteLets wait and see how STAR doing.
ReplyDeleteAdakah STAR akan mendapat sokongan rakyat..? kita tunngu dan lihat sahaja la nanti.
Deleteall the best for STAR. asal bukan parti malaya !
Deletepembangkang2 di Sabah mmg sukar nak mencapai persepakatan, masing tamak, seperti SAPP yang ingin bertanding 40 kerusi, manakalah parti lain pun nak bertanding byk kerusi. jika begini bagaimana mereka nak bekerjasama jika masing2 tamak?
ReplyDeletesatu kelebihan buat BN...BN sabah akan menang bersih pada pru13 nanti.
DeletePembangkang di sabah hanya penting diri sendir sahaja, janji manis di tabur, belum tentu dapat tunaikan.
Deletesama juga dengan BN, janji kosong, akhirnya Sabah rugi dan miskin.
Deletejika begini pembangkang mmg tidak akan bekerjasama, Borneo Alliance hnya sekadar nama sahaja.
ReplyDeleteUBA hanya sekadar retorik...tiada maknanya sebab pembangkang tempatan pun masing2 mahu tunjuk hero..
Deletetidak akan ada sebarang kerjasama dibentuk antara pembangkang di sabah...BN akan menang..
ReplyDeleteSabah untuk Sabah .. Konsep ni nda bleh pakai .. Memang la Sabah ni maksud untk Sabahan. Tp tidak semestinya tiada orang bukan Sabah sini. Jan tlmpau ikut emosi perasaan marah sama geram sama orang luar terutama tu PATI2 .. Adil lah, yg layak bagus. Yg tidak tu, tidak la. Mana ngam juga kita kc sama yg suma PATI tu bermasalah. Fikir dalam lg. Wlpun mreka sda langgar peraturan, bg hukuman la.
ReplyDeleteMacam mana pembangkang boleh bincang sama SAPPI pasal dorang mau 40 kawasan untuk ternakan SAPPI.
ReplyDeleteBEGINILAH PLING BAGUS-SAPP BERTANDING DI BANDAR DAN STAR DI PEDALAMAN! (2/3)...MANAKALA PR KAWASAN PARLIMEN(2/3) ....SELESAI MASALAH...
Deletepetanda awal bahawa parti pembangkang di sabah akan kekal membangkang selepas PRU13..
ReplyDelete