Search This Blog

Tuesday, March 13, 2012

Sabah: Negeri antara terkaya, rakyat paling miskin

Perdana Menteri mendakwa Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri tersebut.

Bahagian 1
Oleh Azrul Azwar

Mungkin ramai penganalisis ekonomi antarabangsa dan tanahair, penggubal dasar ekonomi di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri, para pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial malah rakyat Malaysia secara umumnya bingung dan termangu-mangu dengan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang negeri Sabah.

Perdana Menteri mendakwa Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri tersebut yang berada di peringkat pertengahan antara negeri termiskin dan terkaya di Malaysia.

Tidaklah menghairankan kenapa kekeliruan sebegini timbul kerana Najib menggunakan suatu “indicator” atau penunjuk yang tidak sesuai dan jauh menyimpang dari ukuran universal yang digunapakai seluruh dunia untuk menggambarkan tahap kemiskinan sesebuah lokaliti sama ada kampung, bandar, daerah, wilayah, negeri atau negara.

Lazimnya, pendapatan per kapita yang ditakrifkan sebagai kesemua sumber pendapatan pelbagai kategori seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Pendapatan Kasar Negara.

Ini dibahagikan dengan bilangan penduduk keseluruhan dalam sesebuah lokaliti pada sesuatu tahun, digunakan sebagai ukuran kemakmuran/kekayaan penduduk sesebuah lokaliti terutamanya negara, khususnya untuk membuat perbandingan antarabangsa antara negara dan sering diungkapkan dalam sebarang matawang antarabangsa terutamanya dolar Amerika Syarikat dan Euro.

Oleh kerana pendapatan per kapita hanyalah sekadar suatu nilai purata, kelemahan paling utama bagi penunjuk ini ialah ianya tidak mencerminkan bagaimana pendapatan atau kekayaan diagihkan.

Jika terdapat herotan dalam pengagihan pendapatan sesebuah negara sebagai contoh, segelintir yang amat kaya boleh menyebabkan pendapatan per kapita melonjak tinggi walaupun pendapatan yang diterima sebahagian besar penduduk sebenarnya jauh lebih rendah.

Mungkin akibat kekurangan rehat atau tidur dek kerana jadual harian yang sangat ketat dan membebankan maka Najib terlepas pandang atau teralpa tentang apakah definisi sebenar kemiskinan.

Oleh yang demikian maka wajiblah kita sebagai segolongan daripada rakyat yang tahu serba-sedikit mengenai ilmu ekonomi membantu beliau menghentikan kecelaruan umum ini dengan membuat analisa kemiskinan negara dan perbandingan antara negeri-negeri di Malaysia berdasarkan apa yang sepatutnya digunakan sebagai penunjuk kemiskinan universal.

Sebagai contoh menurut definisi World Bank atau Bank Dunia dan United Nations atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau pun takrifan nasional spesifik sesebuah negara terbitan daripada definisi-definisi ini.

Definisi Bank Dunia 

Definisi Bank Dunia: “Poverty is pronounced deprivation in well-being, and comprises many dimensions. It includes low incomes and the inability to acquire the basic goods and services necessary for survival with dignity.

“Poverty also encompasses low levels of health and education, poor access to clean water and sanitation, inadequate physical security, lack of voice, and insufficient capacity and opportunity to better one’s life.”

Definisi PBB: “Fundamentally, poverty is a denial of choices and opportunities, a violation of human dignity. It means lack of basic capacity to participate effectively in society. It means not having enough to feed and clothe a family, not having a school or clinic to go to, not having the land on which to grow one’s food or a job to earn one’s living, not having access to credit.

It means insecurity, powerlessness and exclusion of individuals, households and communities. It means susceptibility to violence, and it often implies living in marginal or fragile environments, without access to clean water or sanitation.”

Lazimnya, terdapat dua kategori kemiskinan iaitu “hardcore/extreme/absolute poverty” atau kemiskinan tegar/keterlaluan dan “overall/moderate/relative poverty” atau kemiskinan relatif/keseluruhan.

Kedua-dua golongan ini berada di peringkat paling bawah sesebuah masyarakat yang terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran hidup dan isu kekurangan atau kehilangan material atau pun pelucutan hak-hak untuk menikmati sesuatu.

Kemiskinan tegar boleh ditakrifkan sebagai suatu taraf hidup atau paras pendapatan yang diperlukan sekadar cukup untuk memenuhi piawaian minima atau keperluan cukup hidup minima yang mana jika kurang daripada itu, sesebuah isi rumah tidak boleh wujud atau hidup.

Oleh kerana kelangsungan hidup sepatutnya memerlukan bilangan sumber yang sama di mana sahaja di muka bumi ini, maka kayu ukur kemiskinan tegar sepatutnya seragam melangkaui masa, budaya, lokaliti dan paras teknologi, satu kelebihan yang membolehkan perbandingan global yang setara dengan mudah.

Ukuran kemiskinan tegar hanya menitikberatkan keupayaan penggunaan seseorang dan tidak bergantung pada perubahan pengagihan pendapatan yakni jika pendapatan benar sesebuah ekonomi meningkat walaupun tiada perubahan pada pengagihan pendapatan, kemiskinan tegar akan berkurangan.

Kemiskinan relatif

Kemiskinan relatif atau keseluruhan pula boleh ditakrifkan sebagai suatu peringkat taraf hidup atau paras pendapatan yang diperlukan, sekadar cukup untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, tempat berlindung dan penjagaan kesihatan asas tetapi jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan oleh majoriti sesebuah masyarakat tanpa mengambil kira harta kekayaan keseluruhan atau cara hidup.

Definisi kemiskinan relatif banyak dipengaruhi oleh konteks sosial kerana kemiskinan relatif adalah salah satu metriks ekonomi berkaitan “income inequality” yakni ketidaksamaan ekonomi atau pendapatan yang antara lainnya merangkumi pekali Gini dan indeks Theil.

Sebagai contoh, walaupun pendapatan benar dalam sesebuah ekonomi meningkat tetapi tiada perubahan pada pengagihan pendapatan, maka kadar kemiskinan relatif juga tidak berubah.

Jika pengagihan pendapatan berubah menjadi lebih saksama manakala pendapatan benar juga meningkat, maka kemiskinan relatif sepatutnya berkurangan. Maka tidaklah mustahil jika kemiskinan tegar dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali tetapi pada masa yang sama, kemiskinan relatif meningkat.

Biasanya, kayu pengukur bagi kemiskinan relatif digunapakai sebagai kadar kemiskinan rasmi sesebuah lokaliti seperti bandar, negeri atau negara. Maka jelaslah di sini bahawa kadar kemiskinan relatif atau keseluruhan merupakan penunjuk kemiskinan utama dan bukannya pendapatan atau KDNK per kapita.

Untuk mengukur kemiskinan secara lebih terperinci yakni menentukan secara kuantitatif sama ada sesebuah isi rumah itu tergolong dalam miskin tegar atau miskin relatif atau pun bebas langsung dari belenggu kemiskinan, maka lahirlah konsep kayu ukur “poverty line income (PLI)/poverty threshold” atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Kayu ukur 

Kayu ukur ini secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai paras pendapatan minimum yang cukup untuk memenuhi keperluan cukup hidup minima (kemiskinan tegar) atau untuk menampung kos sara hidup bagi memenuhi keperluan asas lain (kemiskinan relatif) sesebuah isi rumah. Maka, secara intuitif, PGK bagi kemiskinan relatif adalah lebih tinggi daripada PGK bagi kemiskinan tegar.

Definisi PGK yang secara umumnya berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain, ditetapkan berdasarkan anggaran hasil kajiselidik isi rumah nasional. Biasanya, PGK di negara maju adalah lebih tinggi daripada negara membangun.

Kaedah penetapan PGK sangat mempengaruhi profil kemiskinan, seterusnya akan menjadi asas bagi dasar-dasar sosio-ekonomi sesebuah negara seperti inisiatif membasmi kemiskinan, program kebajikan dan bantuan masyarakat serta sistem jaring keselamatan sosial.

Bank Dunia menakrifkan kemiskinan tegar sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1.25 (Purchasing Power Parity atau PPP pada 2005) sehari manakala kemiskinan relatif ditakrifkan sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$2.00 (PPP pada 2005) sehari.

Negara-negara OECD dan Kesatuan Eropah menggunakan “jarak ekonomi” yakni paras pendapatan setara dengan 60% daripada pendapatan isi rumah median sebagai PGK untuk mengukur kemiskinan relatif.

Oleh itu, sebagai contoh, penduduk sesebuah negara OECD yang berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan isi rumah median nasional adalah tergolong sebagai miskin relatif.

Dalam erti kata lain, paras kemiskinan sesebuah negara OECD diukur dengan membahagikan bilangan isi rumah berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan isi rumah median kepada bilangan isi rumah keseluruhan negara tersebut.

Esok: Bahagian akhir
Penulis adalah ahli Lawyers For Liberty

30 comments:

  1. At present, the government is putting their best foot forward to tackle the poverty question in Sabah.

    In the past, Kampung Nala, in Tunku, about 60km (37.5 miles) from Lahad Datu, deep in the eastern side of Sabah, was a mangrove swamp. Today, it is a vibrant rich village with clean piped water, electricity and modern amenities. The houses there fetch about 60,000 ringgit ($19,700) each.

    As a matter of fact, Sabah’s gross domestic product (GDP) in 2010 was 31.6 billion ringgit, making it the sixth richest in Malaysia just behind Penang and ahead of Perak on peninsular Malaysia.The PM said there were only 7,000 poor people, down from 30,000. He did not give a date for the figure but said probably 70% of the people could be said to be poor before Sabah became part of Malaysia in 1963. Sabah then had a population of about 600,000.

    In Kota Kinabalu capital city and towns, buildings are sprouting and all kinds of civil works are being carried out at a dizzy pace. Property prices have rocketed and Sabahans complain of rising prices because there is too much money chasing too few goods.

    Many of the 3.2m people who live in rural Sabah have benefited from the government’s mini estate programme (mesej) where they are given land to develop cash crops such as oil palms and rubber.

    In Nala alone, the Federal Land Development Authority (Felda) has spent 22m ringgit on its development. Felda also gives 50m ringgit a year to the Sabah government for such socio-economic programmes to bring wealth to villagers.

    Najib said 15,455 houses and 458km of roads were being built in rural Sabah this year and 68,000 village homes would get piped water. These projects are the result of close ties between the Sabah and federal governments, he added.

    ReplyDelete
  2. According to Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, The Sabah government is determined to ensure its economy grows at the projected rate of between 4.5 and five per cent this year despite weak global and regional conditions.

    The manufacturing sector, which has benefitted from increasing investments of late and is looking to the sub-region to expand its markets, was highlighted as a promising investment growth area, with a major new industrial park likely to be key to this development.

    Some results of this are already evident. Approved investments in Sabah’s manufacturing sector were worth RM692.3m ($211.32m) between January and August, the minister said.

    Additionally, the Malaysian Industrial Development Finance − a Ministry of International Trade and Industry agency − approved loans totalling RM611m ($195.34m) for 635 manufacturing and service-based projects in the state.

    ReplyDelete
  3. There is not standard measurement for poverty, therefore its difficult to tell exactly what is poverty.

    ReplyDelete
  4. Saya tidak lah setuju dengan penulis di atas. Hanya orang-orang tertentu yang kaya raya. Merekalah yang menyumbangkan kepada data tersebut.
    Tapi rakyat keseluruhan terutama di kampung-kampung masih kais pagi makan pagi.
    Saya lihat jalan-jalan utama hanya menghubungi antara bandar dengan bandar. Sementara jaringan jalan-jalan raya di kampung-kampung dan kawasan pendalaman sangat-sangat menyedihkan dan memilukan. Beginikah keadaan negeri yang kaya?
    Sungai-sungai yang tidak berjambatan masih merupakan pemisah penduduk pedalaman dengan pekan terutama pada musim hujan. Keadaan ini membuat orang kampung terus tertekan dengan keperitan hidup dan kemiskinan. Adakah keadaan ini disengejakan untuk menyusahkan orang Sabah? Saya fkikir orang Sabah lah yang paling menderita di Malaysia. Cubalah lihat laporan akhbar Daily Express. Hampir setiap hari ada rungutan dan gambar jalanan yang kelihatan bukan jalan tapi tempat kerbau berkubang. Inikah negeri yang kaya? Inikah negeri yang menerima berbilion peruntukan?
    Ukuran yang tepat tentang kekayaan negeri ini ialah dengan melihat kemudahan asas yang ada. Sabah secara am lebih teruk daripada sebahagian negara di Afrika!

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Sabah secara am lebih teruk daripada sebahagian negara di Afrika!"

      Are really that sure? Rome wasn't built in a day.

      Delete
    2. The Government is making continuous efforts to ensure that people's lives are comfortable and assist those still in grasp of poverty to better themselves

      Delete
    3. Has the writer ever been to Africa and see what its like there before comparing Sabah to them?

      Delete
  5. Anonymous II ver.2.0March 14, 2012 at 12:06 PM

    In response to the matter of the road condition that you have mentioned here ANONYMOUS, I would like to go on the record to state that the Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan have address this matter, especially the matter that relates to Kampung Mansurulung and Kampung Tikolod.

    The Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan was shocked to discover that the company which was granted a concession to repair and maintain village roads in the district here was not doing the work.

    Pairin was visibly distressed when the welfare of the villagers was denied by the concessionaire.

    The villagers of Kampung Mansurulung and Kampung Tikolod claimed that the pathetic condition of the village road had remained in the same bad condition throughout the year, making them unable to send their agricultural products to the market.

    They had also raised the matter to the company concerned but no repair work has been done.

    The road comes under the purview of the Tambunan District Council and Kekal Mewah Bhd was granted the concession to improve it.

    According to the political secretary to the Minister of Infrastructure Development, Welfredoline Jakil when contacted by The Borneo Post in Keningau yesterday, in addition to the badly damaged condition of the road, a bridge had also collapsed due to erosion.

    According to Jakil, the length of the damaged stretch is seven kilometres and Kekal Mewah Bhd obtained the concession to maintain the road from the government.

    Pairin issued an instruction for the concessionaire company to repair the road at earnest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is but one of many instances that has showed how the State government has been trying at the best to monitor the road conditions in Sabah.

      Delete
    2. Dua tiga tahun lalu, ada tanah runtuh membabitkan taman perumahan/kondominium di Selangor?... Dalam masa tiga hari saja dilaporkan masalah itu selasai.
      Semasa kejadian itu, semua jabatan dikerah. JKR, bomba, tentera, jabatan-jabatan lain membantu membuat jalanan
      Perjalanan pengangkutanpula diberi percuma selama kejadian itu?
      Mungkin orang Sabah sudah sedia susah,maka tidak perlulah emergency betul untuk menyelasaikan masalah.
      Kadang-kadang itulah persepsi orang.
      Lain hujan di negeri orang. lain pula di sini.

      Delete
    3. Problems always happen at the implementation stage.

      Delete
  6. memang sabah ini kaya tapi rakyaat miskin ,,cukup saya setuju,wahai tampinai-tampinai dan gaman-gaman macam mana rakyaat sabah tidak miskin banyak prasarana tidak di bagi dan dibuat ,seperti jalan raya,paip,dan sebagainya,sebagai contoh jika seseorang itu mempunyai kebun getah 5 ekar dia hanya pegi menoreh dalam 1 bulan 5-10 hari dan selebih nya berrehat sebab penat,ini disebabkan dia hanya berjalan kaki ke kebunnya ada angan-angan mahu beli motor tapi tidak ada guna sebab jalan ke kebun nya hanya layak di lalui oleh babi.....jadi ini kali lah tumbanhkan BN

    ReplyDelete
  7. Of course we are not the poorest state in the country. It is only a common perception of the people because we can be considered prosperous enough and if there are any pockets of poverty scattered around the state, the government is continuously addressing the problem through various programs such as a cooperatives, agropolitan and 1Azam programmes.

    ReplyDelete
  8. 1. Sesungguhnya Sabah sangat kaya. Namun rakyat miskin.
    2. Kemiskinan rakyat adalah sesuatu yang mungkin dirancang pada peringkat atasan. Penggubalan polisi-polisi yang membuat rakyat ini tidak terbela.
    3. Kemiskinan ini sesungguhnya sesuatu yang dizahirkan agar rakyat sentiasa tunduk dan meminta belas ishan daripada pemerintah.
    4. Perbandingan antara negeri-negeri di semenanjung dan Sabah.

    Keluaasan Sabah dan Malaysa hampir-hampir sama.
    Semenanjung secara kolektif menerima lebih 100billion peruntukan dalam RMK.
    Sabah hanya terima 2 billion saja. Apa macam mahu maju? Tidak mungkin. Dalam sistem pengagihan seperti ini SAbah ditakdirkan untuk miskin selama-lamanya.
    Negeri yang sekecil Melaka dapat peruntukan berbillion ringgit. Daerah Keningau yang 3X lebih besar hanya dapat 10juta. Daerah Keningau dan semua daerah lain di Sabah ditakdirkan menerima padah kemiskinan.

    Untuk ubah keadaan ini BN mesti sanggup mengubah polisi-polisi pengagihan dan membubar polisi-polisi yang tidak menguntungkan.

    Alangkah baiknya sekiranya BN mengiktiraf SAbah sebagai satu wilayah yang merdeka yang terbahagi kepada 5 atau 6 buah negeri. dan setiap negeri yang bakal wujud di negeri di bawah bayu ini menerima peruntukan berbillion-billion ringgit seperti mana dikecapi di Malaya yang terdiri daripada 11 buah negeri.

    ReplyDelete
  9. PATI lah penyumbang besar kepada kadar kemiskinan di Sabah, kerana mereka yang sering membina rumah setinggan, mengemis, dan mcm2 lagi. ini yang menjejaskan Sabah, jika tiada PATI, pasti kemiskinan di Sabah berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI juga dikira sebagai penduduk sabah maka mereka juga turut diambil kira dalam pengiraan kadar kemiskinan di sabah...setuju sekiranya tiada PATI, maka kadar kemiskinan di sabah berkurangan..ini kerana kita sebagai rakyat tempatan terpaksa berkongsi segalanya dengan mereka..

      Delete
    2. Even if the all Sabahans get a share of the oil profits, Sabah is still poor due to the high presence of illegals, unless they get a share of profit as well.

      Delete
    3. Masalah PATI di sabah perlu di selesaikan dengan segera. Takut nanti mereka yang menyebabkan sabah menjadi semakin miskin.

      Delete
  10. kerajaan kini telah menambah usaha dalam membasmi kemiskinan di Sabah. byk program dan bantuan diberikan kepada penduduk miskin seperti E-Kasih dan BR1M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BR1M bukanlah salah satu program pembasmian kemiskinan...ianya adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat..

      Delete
    2. BRIM antara program yang di buat oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

      Delete
  11. isu kemiskinan kalau terus dipolitikkan tanpa usaha yang benar2 berkesan, isu ini sampai bila2 pun tidak akan selesai atau sekurang-kurangnya berkurangan..

    ReplyDelete
  12. adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sama2 membantu membasmi kemiskinan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hanya mengharapkan kerajaan sahaja, rakyat juga perlu berusaha untuk menaik taraf hidup sendiri.

      Delete
  13. peluang pekerjaan harus diwujudkan dengan lebih banyak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang pekerjaan di Sabah banyak, cuma gaji sahaja yang tidak pandai naik, itu yang perl di beri perhatian.

      Delete
  14. Sabah semakin baik daripada dahulu, kemiskinan memang masih ada, tidak seteruk dahulu lagi.

    ReplyDelete
  15. kalau mudah berpuas hati dengan kedudukan sekarang tanpa ada apa2 initiatif untuk memajukan ekonomi sendiri, 100 kali tukar kerajaan pun tetap juga miskin..

    ReplyDelete
  16. when there are agropolitan project proposed by the government, then there are politicians who will try to inciting people/villagers to oppose the project.. so the result is, people/villagers will remain poor forever..

    ReplyDelete