Search This Blog

Monday, March 19, 2012

Pemuda SAPP Klias siapkan gelanggang terbengkalai

Belia Selagon berbangga 
dapat gelanggang lebih baik 
BEAUFORT: Pergerakan Pemuda SAPP N.25 Klias telah menyiapkan kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf gelanggang sepaktakraw Kg. Selagon tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.

Menurut Rubinus Ewon Naib Ketua Pemuda Klias, sebelum ini gelanggang tersebut telah menjalani kerja pembaikan yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh wakil rakyat, bagaimanapun gelanggang terlalu kasar serta berlubang disana-sini dan tidak rata. Katanya keadaan gelanggang sebelum ini boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain dan memang tidak sesuai.

“Belia Selagon agak kecewa kerana projek yang dibuat begitu sambil lewa dan mereka tertanya-tanya bagaimana pembayaran kos projek itu boleh diluluskan sedangkan kerjanya tidak selesai dan tidak menepati spesifikasi kerja”, kata Rubinus lagi.

Oleh itu, melalui konsep pemuda “Dengar, Lihat, Selesai”  Pergerakan Pemuda Klias mengambil inisiatif  berbincang dengan Ketua Pergerakan Pemuda Klias En. Ramlan Sajap bagi mencari dana dan kemudiannya melakukan kerja-kerja meratakan simen dan menggaris semula gelanggang secara bergotong-royong bersama belia Kg. Selagon. Lampu turut dipasang untuk membolehkan belia-belia di kg. Selagon bermain di waktu malam.

Meskipun terdapat desas-desus mengatakan SAPP dilarang membuat pertandingan baru-baru ini sebagai galakan kepada belia, Rubinus berkata, “Pemuda SAPP boleh adakan pertandingan kalau belia kampung bersetuju walaupun bukan di gelanggang tersebut, kita baiki gelanggang atas dasar keprihatinan pada belia Selagon”.Menurut Rubinus lagi, Pemuda SAPP melakukan kerja-kerja tersebut adalah sebagai hadiah kepada belia-belia agar mereka aktif dalam kegiatan sukan dan terhindar dari gejala kurang elok.

10 comments:

  1. Teruskan perjuanganmu SAPP untuk rakyat Sabah!

    ReplyDelete
  2. "Pemuda SAPP melakukan kerja-kerja tersebut adalah sebagai hadiah kepada belia-belia agar mereka aktif dalam kegiatan sukan dan terhindar dari gejala kurang elok."

    Malu2 lagi bah mahu mengaku tujuan sebenar ialah mahu raih sokongan mereka.

    ReplyDelete
  3. Derma darah heboh2, kasi siap gelanggang saja pun lagi mahu heboh. Macam kebaruan saja tu.

    ReplyDelete
  4. nak bina gelangggan bukan susah sgt pun.. SAPP ni publisiti murahan betul.

    ReplyDelete
  5. Usaha yang perlu dicontohi dan dihargai oleh semua orang.

    ReplyDelete
  6. Pastikan tidak ada agenda politik dalam usaha yang telah dilakukan oleh mereka.

    ReplyDelete
  7. Jika mereka bukan ahli SAPP adakah mereka akan melakukan perkara yang sama? Tidak kira kita berada dalam parti mana pun, namun usaha seperti ini harus mendapat perhatian.

    ReplyDelete
  8. baguslah kalau sudah tahu menyelesaikan masalah penduduk.

    ReplyDelete
  9. SAPP melakukan semua ini sudah pasti akan niat disebalik kebaikkan ini.

    ReplyDelete
  10. kenapa tidak ambil gambar sebelum dan selepas?? saya mahu tengok juga macam mana rupa gelangang itu sebelum dibaikpulih..

    ReplyDelete