Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

Mudanita SAPP sedia galas cabaran

KOTA KINABALU- Parti Maju Sabah (SAPP) baru-baru ini telah meluluskan penubuhan sayap baru dipanggil sebagai Mudanita khusus untuk wanita muda berusia 18-35 tahun. Ahli Majlis Tertinggi, Philicica Tong telah diberi tanggungjawab sebagai ketua Mudanita.

Menurutnya, Mudanita telah menubuhkan  Jawatankuasa Perhubungannya melalui mesyuarat pertama di Ibu pejabat Sabtu lepas.



Selain Philicica sebagai Ketua, Siti Suryani Abdul Lamit dan Khau Kha Wui masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua, manakala Elsiavena Molly Sonny (Setiausaha) Pathlyn Leosie M. Mikat (Bendahari), Penny Ginsu (Ketua Penerangan), Amy Amanda Ginsu (Penolong Setiausaha Penganjur), Rosminie Ag Dami (Penolong Setiausaha), Allison Lo (Penolong Ketua Penerangan), Jawatankuasa Perhubungannya pula terdiri daripada Sherine Chong Tze Tzong , Wendy Chia , Phyllis Moluntang , Noranizah Mausar , Nur Fadilah Kassim.

"Kita mengajak wanita muda untuk menyumbang tenaga dan idea demi perjuangan membela rakyat" kata Philicica.

Menurut beliau lagi, antara Objektif penubuhan Pergerakan Mudanita adalah untuk mewujudkan satu landasan bagi wanita muda bergiat dalam aktiviti dan didedahkan dengan isu-isu semasa khususnya isu-isu yang melibatkan masyarakat negeri Sabah. Melalui perkembangan semasa, setiap warga Sabah harus berani dan bersama-sama memperjuangkan hak orang Sabah agar Sabah tidak terus dikongkong oleh Pemimpin Semenanjung dan terus menerus digelar sebagai 'fixed deposit'.

"Rakyat Sabah harus sedar dan berjuang untuk mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian 20 perkara kemasukan negeri Sabah dalam Malaysia" sambung beliau lagi.

Beliau menegaskan, Mudanita akan mengikis persepsi dengan memperkukuhkan pengetahuan politik dan sentiasa berada dibarisan hadapan bersama Pemuda dan Wanita SAPP. Mudanita akan bergerak aktif dalam kerja sosial dan kemasyarakatan disamping memainkan peranan penting menghadapi pilihanraya kelak.

Beliau mengakui, masa terlalu suntuk untuk menyediakan pasukan yang besar, bagaimanapun disebabkan 70% anggota Mudanita adalah evolusi dari sayap terdahulu yang dipanggil Graduan Kem Belia(GKB), beliau optimis Mudanita mampu menjadi sandaran untuk menggalas tugas penting itu kelak. Menurutnya, dengan adanya kerjasama erat dan bimbingan kuat, masa bukanlah suatu penghalang untuk menempah kejayaan.

22 comments:

  1. Mudanita golongan muda dan mudi jangan ko jadi peralatan atau perturut wanita 'tua' dimana saja.

    Mereka dah cukup biar bersara dan bagi peluang untuk kamu lebih awal je!

    Betulkah?Taulah anda sepa mereka ni!
    Kanapa mereka pandai cakap tapi masih pegang mati mau jadi YB.Cukuplah!

    ReplyDelete
  2. Jangan kamu takut pada Muda-mudi macam Philicica atau Priscilla ba...

    Bukan sekarang bila kah?Kali ni lah!

    ReplyDelete
  3. Bendahari mereka ni yang Unduk Ngadau daerah (lupa pula)..aktif dalam politik juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kan 'lambang huminudon' so tak hairan jugalah kalau dia berpolitik utk tolong rakyat. kononlah:P

      Delete
    2. Aiseh, kalau dia ada kunun, makin aktif la kunun.. cehhh!!

      Delete
  4. Jangan saja sekarang berkobar-kobar tu semangat, lepas tu sunyi sepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat2 PRU memang berkobar2 tapi bila lepas saja pilihanraya, semakin lama semakin tidak dengar khabar. Jangan saja janji pun sudah dilupakan juga.

      Delete
    2. Dan pastikan juga jangan tertabur janji yang lebih tinggi dari gunung kinabalu. Takut pula tak tercapai. hehe

      Delete
    3. Dekat2 PRU memang riuh tapi tengok saja la sampi bila boleh bertahan

      Delete
  5. kita tgk bagaimana mudanita bergerak.

    ReplyDelete
  6. Penubuhan sayap baru tidak semestinya boleh membantu SAPP mendapatkan lebih banyak sokongan.

    ReplyDelete
  7. Ramai juga wanita yang bergiat aktif dalam politik ni. Sumbangan mereka pun tidak kurangnya juga dengan kaum lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jadi kalau diketepikan pegangan politik dan smeua pun bekerjasama, rasanya bahagia hidup rakyat kan:P hehe

      Delete
    2. Ahli politik wanita semakin kuat dan tidak hairan golongan ini lebih kuat dari golongan lelaki.

      Delete
  8. SAPP sudah terdesak untuk cari sokongan jadi buat apa sajalah untuk mendapat kelebihan 1 atau 2 undi yang mungkin dapat di perolehi oleh Mudanita mereka.Mungkin masa p/raya nanti YTL boleh simpan mereka untuk berkempen di Batu Sapi.Itu pun kalau YTL ada niat untuk bertanding sekali lagi di sana lah.

    Bagi pendapat saya YTL patut berdiri sekali lagi di Batu Sapi untuk menebus maruah beliau dan SAPP yang sudah masuk longkang akibat kekalahan teruk tersebut.Jika YTL kecut maka ini bererti beliau hanya cari 'fluke' saja pada mulanya dan bukan berniat dengan sungguhnya untuk membela rakyat di Batu Sapi.Dalam pendek kata kalau takut ianya bukan pemimpin yang boleh di gelar 'jantan'.

    ReplyDelete
  9. Macam pernah dengar nama Pathlyn Leosie M. Mikat. Bukan bekas Unduk Ngadau ka tu? Lupa daerah mana... Berani juga dia join mudanita:P hehe

    ReplyDelete
  10. Kita lihat sajalah nanti sejauh mana mereka mampu bergerak dan menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  11. SAPP boleh!!! Sabah untuk orang Sabah!!!

    INI KALI LAH!!! Sokong ASALKAN BUKAN UMNO/BN (ABU)!!!

    ReplyDelete
  12. waaaa...bagus bagus! Wanita suda berkembang sayapnya! Sabah ada harapan la ni..singkir party jahat dr Sabah!

    Go go mudanita..kamu pasti boleh. asalnya sy atar pagar, tp..rasanya mcm bsemangat pula tgk penubuhan ini..

    seperti melambangkan pembangkitan Rakyat khususnya Wanita Sabahan!! boleh tahan!

    ReplyDelete
  13. Mudanita SAPP.. Nampaknya SAPP mula membuka sayap wanita mereka.

    ReplyDelete
  14. Sayap pun belum tentu boleh terbang tinggi.

    ReplyDelete
  15. kasi turun bertanding la kalau berani.. bagus lagi kasi turun yang muda2 daripada calon2 vateren..

    ReplyDelete