Search This Blog

Monday, April 16, 2012

PKR Sabah sedia beri kerusi kepada pembangkang lain

Ketua Umum PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU-13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan BN.


KOTA KINABALU: PKR sedia memberi beberapa kerusinya kepada  Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang lain pada PRU-13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU-13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan BN.

“Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya SAPP.

“Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat “agak sombong” mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.

`Politik kenegerian

Selain PKR, Pakatan Rakyat turut dianggotai oleh PAS dan DAP.

“Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.

“Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Pakatan mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: “Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding. Apabila tiba masanya, mereka sendiri (Pakatan Rakyat dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya.”

Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika Pakatan memerintah, Anwar berkata beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan.

Bernama

40 comments:

  1. saya rasa dan kalau boleh dapat mewakili suara rakyat negeri sabah dalam pendapat saya supaya kami di sabah samaada pembangkang atau pun pihak pemerintah diberi keutamaan memilih ketua-ketua kami sam ada ketua menteri ataupun menteri dan dan lain lain perkara dasar dan yang utama. Bukan kerana berfikiran kenegerian semata-mata tetapi kami rakyat di Sabah pada amnya mahukan perkara-perkara penting ini diputuskan oleh pemimpin kami sendiri. salam sejahtera bagimu semua.

    Pencinta Negara Malaysia di Negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngam juga. Kalau rakyat yang sendiri pilih, tidak payah salahkan siapa2 jika ada kelemahan sebab rakyat sendiri yang tentukan siapa pegang sesuatu jawatan itu.

      Delete
  2. I rather have a non-Sabahan leader or CM that really carry out his/her duty than a Sabahan that is corrupt but at the same time pretend to fight for Sabah autonomy, Sabah for Sabahan etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tahu lepas ni Sabah ada KM wanita pula.

      Delete
    2. Sabah memerlukan pemimpin yang sanggup berkorban dan memperjuangkan yang terbaik untuk semua rakyat di Sabah.

      Delete
  3. Anual
    pembawa
    UMNO
    ke-Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa lagi kalau bukan DPM masa tu?

      Delete
    2. DSAI pun tidak terkecuali daripada kes projek ic. Janganlah percaya sangat sama beliau.

      Delete
    3. not surprising that PKR has no qualms about walking on the wild side of politics in Sabah. It’s an open secret in the state that Opposition Leader and de facto PKR chief Anwar Ibrahim was among the chief architects responsible for placing illegal immigrants, mainly drawn from Suluk Filipinos, on the electoral rolls. He was then in the BN Government as Deputy Prime Minister and Finance Minister.

      Delete
  4. STAR for Sabahan!!!!

    ReplyDelete
  5. PKR Sabah mula merasa peluang mereka di Sabah semakin tergugat berikutan lebih dua ribu orang ahli PKR Sabah keluar parti ramai-ramai untuk mengikuti Parti Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pula hari ini cakap sedia beri kerusi kepada pembangkang lain tapi besok2 lain yang dibuat.

      Delete
    2. keadaan ini nampaknya menjejaskan PKR bila ramai yang keluar parti.

      Delete
    3. PKR sudah tidak di percayai lag di Sabah.

      Delete
    4. Jika parti pembangkang sanggup berjuangkan misi yang sama, rasa-rasa satu lagi saingan giat untuk BN di PRU13.

      Delete
  6. tapi tu DAP tidak gembira dengan kerjasama ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kita akan lihat persaingan tiga penjuru nanti jika sapp dan dap tidak berdamai.

      Delete
    2. DAP parti yang pentingkan diri sendiri, mereka tidak akan mungkin bekerkasama dengan Parti lain.

      Delete
    3. DAP mana boleh ngam dengan SAPP. begigit tu durang

      Delete
  7. memang lah politik berpaksikan kenegerian di sabah sebab sabah adalah rakan kongsi dalam malaysia dan bukannya salah satu negeri dalam malaysia yang setaraf dengan negeri2 di semanjung...itu pun DSAI tidak tahu kah???

    ReplyDelete
  8. undi pembangkang akan pecah...BN sabah akan menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti Bn akan menang besar pada PRU ini.

      Delete
  9. tiada sepakatan antara pembangkang mengenai formula 1 VS 1...kerjasama antara PKR dan SAPP juga mendapat reaksi negatif dari sekutu PKR iaitu DAP...Star/UBA pula bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiada kesepakatan memang susah untuk bekerjasama.

      Delete
  10. menghapuskan hutang PTPTN? boleh kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika Pakatan memerintah, Anwar berkata beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan.

      Bolehkah di laksanakan,rasanya perkara ini musthail untuk di buat.

      Delete
    2. Semoga ini bukannya janji manis yang bertujuan untuk memancing undi.

      Delete
    3. Boleh ba tapi cukai tinggi2 la. Segala tax la tinggi. Siapa yang kasi free melainkan ada yang sponsor la.

      Delete
  11. kalau tengok keadaan semasa mungkin, sukar untuk kita melihat perlawan 1 lawan 1.

    ReplyDelete
  12. I hope Anwar will keep his wod.

    ReplyDelete
  13. Would we want to trust the man who brought UMNO into sabah?

    ReplyDelete
  14. Most importantly the other parties are willing to cooperate.

    ReplyDelete
  15. The only reason why PKR is willing to cooperate is because they know the people wouldn't support PKR.

    ReplyDelete
  16. Masing-masing ada agenda untuk dicapai, bukan senang untuk memenangi BN.

    ReplyDelete
  17. Jika benar, apa salahnya bekerjasama?

    ReplyDelete
  18. PKR sanggup lakukan demikina kerana tau mereka makin lemah, jika bertanding pasti kalah. jadi beri ja kerusi pada pembangkang lain.

    ReplyDelete
  19. Pemberian kerusi ini ada makna sebenarnyan yang dibuat oleh PKR itu.

    ReplyDelete
  20. PKR tahu bila bertanding nanti pasti parti tempatan Sabah akan bertanding juga. Maka kalau PKR melarang parti tempatan untuk bertanding dikerusi tersebut pasti parti tersebut tetap berkeras. Maka sebab itu PKR mula undur diri dari tempat yang ditandingi oleh parti tempatan. Ini kerana PKR risau akan terus kalah pada PRU akan datang.

    ReplyDelete