Setiausaha Agung, Datuk Henrynus Amin, menyelar Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kerana Dr. Jeffrey menegur abangnya, Tan Sri Pairin Kitingan yang tidak berhenti-henti menghimpunkan pujian ke atas Ketua Menteri Datuk Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, PBS pastinya kecewa dengan tindakan terbaru Dr Jeffrey Kitingan yang mengkritik abangnya sendiri yang merupakan presiden PBS, anggota Parlimen Keningau dan anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan, kerana memuji kepimpinan BN negeri dan persekutuan.
"Apa salahnya untuk menyatakan penghargaan parti kepada kepimpinan BN negeri dan persekutuan atas semua perkara baik yang telah dilakukan demi manfaat rakyat Sabah?" soalnya. “Ini mencerminkan keyakinan PBS terhadap kepimpinan dan dasar-dasar Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.”
Saya ingin menjawab soalan Henrynus, seperti berikut:
Para pemimpin atasan PBS nampaknya tidak sedar atau sengaja tidak menerima hakikat, bahawa sebenarnya kedudukan mereka di hati rakyat, terutama rakyat Kadazandusun dan Murut di Sabah, sudah lama luntur, pudar dan basi.
Kita tidak lagi nampak apa-apa yang membanggakan dengan tindakan Pairin yang mempunyai imej pengampu, berdiri di belakang Musa dengan senyum akur, menyokong dan memuji para pemimpin Umno, seolah-olah Pairin sudah menemui satu barisan idola yang disembahnya; yang kasut mereka mesti digilap siang dan malam.
Orang KDM sudah lama memandang ini sebagai sesuatu yang sangat memalukan bangsa mereka! Mereka malu Huguan Siou mereka bersikap pengampu, seperti kerbau dicucuk hidung, seolah-olah Huguan Siou itu telah kehilangan pedangnya, telah tumpul giginya dan telah bisu mulutnya.
Paling terasa juga, Pairin sebagai Huguan Siou, ketara sudah buta matanya kepada kehilangan maruah bangsanya dan telah pekak telinganya kepada rentetan 1001 rungutan, resah gelisah, kekecewaan, frustrasi dan ketakutan mereka sebagai satu bangsa gagah berani yang telah mewarisi tanah Kinabalu ini sejak zaman puntung berasap!
Apa erti 'Huguan Siou'? 'Hugu' (lugu) bermakna teras (bahagian keras di bahagian tengah batang kayu) dan 'Siou' bermakna berani. Maka 'Huguan Siou' bermakna 'Yang Paling Berani'.
Di zaman dahulu 'Huguan Siou' di Penampang adalah 'Ketua Pejuang' untuk melindungi wilayah yang diduduki oleh orang Kadazan daripada serangan musuh. Dia berani berkorban, berani berperang, berani mati semuanya untuk kepentingan bangsanya.
Dalam makna perjuangan yang agak berbeza, tetapi dengan konsep yang sama, Huguan Siou hari ini juga diharapkan untuk berjuang menentang apa juga pihak yang cuba menjatuhkan bangsa Kadazandusun sama ada secara halus atau terang-terangan.
Dalam keadaan Pairin, Umnolah musuhnya sejak dari mula, Umnolah yang telah mengganggu gugat pemerintahan PBS sejak 1985 hinggalah kuasa PBS yang diperolehi dari undi sah telah dirampas oleh Umno pada tahun 1994.
Sejak itu juga Umnolah yang berusaha menjatuhkan kedudukan KDM sebagai peneraju kepimpinan di Negara Kinabalu. Orang Semenanjung selalu berkata bangsa Kadazan adalah ”Bangsa yang paling degil di Malaysia”; semenjak zaman Donald stephens dan Peter Mojuntin, maka bangsa perlu dikontrol dan diajar.
Kerana satu masa dulu KDM merupakan bangsa yang majoriti di Sabah dan jumlah dan susunan kawasan pilihanraya negeri memberi kelebihan bagi KDM untuk membolehkan mereka memerintah, maka Umno telah mengubah kembali sempadan-sempadan pilihanraya. Sekarang sudah mustahil kawasan KDM boleh melebihi yang lain dan memerintah sebagai kumpulan majoriti.
Di samping itu Kuala Lumpur juga telah melaksanakan Projek IC secara rahsia. Tetapi rahsia ini sudah terbongkar dan semua orang tahu inilah yang telah menyebabkan penduduk Sabah meledak begitu dahsyat (meningkat 400% sejak 1970-an) hingga kita sekarang dibanjiri oleh para pendatang dari Filipina dan Indonesia.
Akhirnya Umno telah berjaya 'mengajar' orang KDM dan sekarang kita bukan lagi bangsa yang paling degil tetapi bangsa yang sudah ditundukkan, sudah patah, sudah jinak, sudah kalah. Untuk hidup mesti mahu pandai mengampu pada Umno!
Dalam keadaan ini Pairin yang dipanggil 'Huguan Siou' dengan senyum lebar telah meletakkan senjata dan tunduk dan mengampu kepada bekas musuhnya yang terus memotong kaki KDM, menikam kita dari belakang dan dari depan, terus berusaha untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan KDM.
Sekarang dengan secara halus dan rahsia Umno sedang membantu orang Pakistan, Suluk dan Bugis untuk menjadi lebih kukuh kedudukan mereka di Sabah. Orang Bugis sekarang menuntut untuk diiktiraf sebagai Bumiputera dan juga anak Negeri (Native). Manakala Pairin terus berdiam diri.
'Huguan Siou' dengan ekor disembunyikan di celah-celah kangkangnya, terus senyum lebar dan mengangguk-angguk dan akur pada setiap cadangan dan perbuatan Umno.
PBS mendakwa ia berunding dengan Umno (Henrynus berkata mengadakan 'constructive engagement') untuk kebaikan KDM. Ini satu pembohongan besar yang dibuat hanya sebagai alasan untuk terus menikmati gaji, elaun, pencen dan segala kesitimewaan yang mereka nikmati dalam kerajaan BN. Sama ada bangsa mereka terus ditindas dan terus tenggelam itu tidak penting bagi mereka!
Itulah hakikatnya! Huguan Siou di sana sini dianggap oleh bangsa KDM sebagai 'Huguan Talau' (Raja Penakut).
Di sebaliknya Dr. Jeffrey, adiknya, pula yang paling lantang menentang rejim Umno/BN, mendedahkan segala rupa penindasan dan penipuan yang dilakukan oleh Umno.
Sejak 1980-an beiau telah mendedahkan perlanggaran-perlanggaran terhadap 20 Perkara; ditangkap dan masuk penjara dan kini terus bersikap sebagai pejuang dan pembela yang tidak pernah lelah.
Saya berpendirian bahawa 'Huguan Siou' sebenar ialah Datuk Dr. Ffrjeey Kitingan, bukan Pairin yang penakut dan tidak bertanggungjawab. Pairin telah mengkhianati bangsanya sendiri.
Maka saudara dan saudari sebangsa saya, itulah sebabnya 'Sangat Silap' bagi Pairin tunduk dan terlalu memuji Musa dan Najib. Pairin harus sedar bahawa setiapkali dia memuji begitu, maruah bangsanya turun selangkah lagi dan mereka merasa bertambah malu, kecewa dan terhina oleh perbuatan ’Huguan Siou’ mereka sendiri! Henrynus berkata, ”Apa salahnya memuji?” Nah sekarang dia sudah dapat jawapannya.
Henrynus harus sedar bahawa dia juga adalah pengkhianat bangsanya. Dia pelakon pintar yang terus mengangkat kaki, untuk kepentingan sendiri!
Malaysia ditubuhkan 16 Sept 1963, 49 tahun dulu.
ReplyDeleteJanji Ditepati ... Tahun ini menyambut Malaysia 55 tahun.
Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya bergabung menubuhkan Malaysia pada 16 Sept 1963 sebagai 4 rakan kongsi sama taraf.
Janji Ditepati ... Sabah kini 1 drpd 13 negeri, sama taraf dengan negeri2 di Semenanjung bukan sama taraf dengan Semenanjung.
Minyak hasil dari bumi Sabah.
Janji Ditepati ... Petronas dapat 95% hasil minyak, Sabah dapat 5%.
Tanah Sabah diduduki diterokai oleh anak negeri siap dengan rumah, tanaman, sekolah, tempat beribadat dan kuburan.
Janji Ditepati ... Geran tanah diberi kpd kompeni yg datang rado rumah, tanaman dan halau orang kampung keluar dan kerajaan buat apa utk membantu rakyat?
Kuasa imigresen dlm tangan dan tanah Sabah diduduki orang asal berpuluh2 tahun ada yg berkurun.
Janji Ditepati ... PTI berkeliaran di seluruh Sabah.
Jabatan dan agensi kerajaan pusat di Sabah patut dijawat oleh rakyat Sabah tetapi jawatan macam mana diagihkan?
Janji Ditepati ... Orang Malay yang datang ambil jawatan, rakyat Sabah dibelakangkan adapun jawatan rendah dan anak negeri dan berugama lain dipinggirkan.
Bikin jalan di Semenanjung dan bikin jalan di Sabah.
Janji Ditepati ... Di Sabah jalan grabel saja dan yg jalan seal pun tidak rata tetapi jalan di Semenanjung bukan main2 bertingkat2 dan lebar sehingga boleh landing kapal dan Menteri JKR bilang jalan di Sabah sama taraf dengan jalan di Semenanjung.
Sekolah dibina di sini sana, samada di Semenanjung atau diSabah.
Janji Ditepati ... Bumbung sekolah Piasau terbang dan belum ada apa dari pusat untuk baikpulih, sekolah di Sabah pigi tinguk sendiri banyak masih buruk dan ada pelajar yg belajar dibawah khemah dan ada dengan meja kerusi yg buruk. Di sana, bukan main sekolah rendah macam kolej semua konkrit santek.
Sabah negara berdaulat dan pilihanraya diadakan 5 tahun sekali.
Janji Ditepati ... sekarang bukan rakyat tulen Sabah saja yg mengundi tetapi juga orang asing yg mengundi sebab diberi MyKad dan hak mengundi mengatasi rakyat tulen.
Banyak lagi janji-janji ditepati sehingga Sabah negeri termiskin diMalaysia.
Mari, mari kita sokong Pairin, sokong PBS. Eh... mana kamurang semua.... kenapa tidak ikut?
Vote PBS in the ballot box. No need to make noise.
DeleteVote STAR in the ballot box. Yes we need to make noises to make this happen.
DeleteGreedy cunts are running the state
jangan vote Star. Parti yang hanya muncul tiba2.
DeleteI bet the oppositions should stop making bullshit accusations.
Deletekasut mereka keluar duit n kuasa setiap kali ianya digilap ....kerja senang mana nak dapat ini lah huguan Siou kaum Kadazan ...,. ha ha ha
ReplyDeleteDulu Kadazan penduduk majoriti Sabah kini pati yang jadi majoriti kah ?
Patut tu PATI tidak kena kasi manja. Sekarang makin tembirang dan merekalah punca jenayah meningkat di Sabah.
DeletePATI harus dihantar balik ke negara asal, tidak harus dipergunakan untuk tujuan politik.
DeleteMemang benar PATI jadi majoriti tapi jangan lupa kita ini pemegang IC tulen. Yang PATI tu pelarian mampus..bagus balik Indon pilipin la.
DeleteJual saja maruah bangsa untuk dapat $$$$$$$$.Apa peduli?Bangsa merana tapi boss ada 'farm' di Australia,kondo mewah,bungalow,akaun luar negara dan banyak lagi.Saya ingat KDM pintar....rupa-rupanya macam kepala belacan.
ReplyDeletePairin pernah berjasa juga. Mereka yang buta hati saja tidak tahu menghargai jasa dan perjuangan Pairin. Ingat senangkah jadi pemimpin??
DeleteOOii!!!! Bodoh ka? "Ingat senang jadi pemimpin?" Apa punya soalan bodoh ni?! Kalau inda dapat buat suda rezain la! Biar orang lain bikin itu karaja.
DeleteSelama JK berada dalam kerajaan apa sumbangan dia???
DeleteI don't think by cursing KDM community will make your race look better. Stop being a racist and live life.
Deleteaaaaaaaaaahh...KEPALA BELACAN...OTAK UDANG...
ReplyDelete.AHAHAHAHHAAAHAAKAKKAAKKAAHAHHA..!!!
AKAKAKKAKKAKKAKAAKKAKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...........
KOKOKOKOKOKAKKAAHAKOOKOOO.....THHUIIIII.......!!!!
Pairin adalah pengilap kasut terkaya di dunia ..... kalah budak budak pilipin ....
ReplyDeletePassal ada pemimpin2 Sabah mcm ini, BD, WB, LU, VKL, Kurp, SSK, RD, Sabah menjadi fixed deposit. Hancurlah seterusnya Sabah jika kita masih tidak bersatu dan berubah demi menentang penjajah dan orang luar.
ReplyDeleteTukar 100 kali kerajaan tapi sikap dan mentaliti pemimpinnya sama saja, perubahan apa yang akan kita dapat? Untuk berjanji memang senang tapi untuk merealisasikannya belum tentu tercapai.
DeletePerosak parti harus dilucutkan dari senarai. Mereka tidak membawa perkembangan malah akan menjadi liabiliti parti sahaja.
DeleteApa yang berlaku kepada orang kdm merupakan suatu tragedi yang sebenarnya tidak harus berlaku. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin pbs sehingga melemahkan kdm. terlalu tunduk kepada kl hinggakan kdm berpuak-puak - pbs, upko, . kdm harus bersatu semula di bawah star.
ReplyDeleteKalau tikak suka memang akan memberi pandangan yang negatif.
ReplyDeleteKita haruslah tengok juga yang positif, jangan fokus pada apa yang negatif sahaja.
DeleteDo not simply judge Pairin unless we walk in his shoes.
Deletemana ada orang yang membenci seseorang itu bercakap tentang kebaikkannya. Mesti akan bercerita tentang keburukan orang lain.
ReplyDeleteBetul tu, sesiapa yang tidak suka dengan Datuk Musa memang sentiasa mengkritik apa saja yang dibuat oleh beliau. Mungkin mereka dengki dengan pencapaian Datuk Musa selepas menjadi KM Sabah.
Deleteya.. yang dilihat hnya keburukan.. segala kebaikan Musa mereka akan buat2 tidak nampak.
DeleteBiasalah, politik seolah perjuangan. Mereka akan buat apa sahaja untuk terus memimpin.
Deletepairin sudah lupa kisah2nya dalam BN pd tanggal. sampailah PBS KELUAR BARISAN MAMBELA MARUAH... 15.okteber 1990. 20 nov 1990.dan 5 januari 1991. tapi sekarang pairin sudah jilat balik itu BN..
ReplyDeletePBS masih mendapat sokongan rakyat Sabah!
DeletePolitik mahu ada taktik dan strategi juga. Makin mahu berkeras, makin banyak yang akan disekat
Deletesusah juga mau sokong JK. dia tu selalu lompat parti.
Deletetidak ada salahnya pairin memuji Musa dan Najib, mereka adalah rakan seperjuangan.
ReplyDeleteJangan saja pujian yang ada maksud tersirat..
DeleteHanya Pairin saja yang tahu sebab beliau yang mengeluarkan kata pujian itu.
DeleteDon't simply called people as a dog.
DeletePujian yang ikhlas tidak bermasalah.
DeleteBiasalah anjing jilat-jilat tuan dia.
ReplyDeleteJangan ba, dia pangkat huguan. Tapi tak per kali ini, dia sendiri suda turun pangkat sendiri akun kdm bawah bangsa lain.
DeleteDatuk Pairin tetap menjadi pilihan rakyat Sabah!
Deletebiarlah suara majoriti tentukan dalam PRU nanti. kalau pairin menang maksudnya rakyat masih perlukan beliau.
DeleteIni menunjukkan bahawa kebolehan Datuk Musa Aman dan Najib Razak sebagai pemimpin dilihat oleh Pairin Kitingan.
ReplyDeleteHubungan baik antaranya memang diperlukan agar persekutuan boleh menyalur lebih banyak peruntukan untuk Sabah terus berkembang.
DeletePairin was exemplary as a ship captain as he stood firm to his beliefs and principles even when he was abandoned by his own crew in 1994, including his own brother, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, who started the crack that eventually broke up PBS into many splinter political parties.
ReplyDeleteWe may not number that many in the country but if we stand united then we will become strong. Let’s not forget that the unity we have today is because of the Huguan Siou.
ReplyDeletepenyokong-penyokong Star pun selalu gilap kasut JK.
ReplyDeletebegitulah politik..saling mengkritik, yang penting kita harus bijak memilih.
Deletemasih ramai yang menyokong Pairin sebagai pemimpin. yang penting tugas pada rakyat sentiasa diutamakan.
ReplyDeleteSusah nak cakap kerana hanya empunya diri saja tahu kenapa dia 'gilap kasut' Musa.
ReplyDeleteApapun terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian.
ReplyDeleteKalau memang betul Musa layak dipuji, macam mana juga??? Biarlah si Pairin puji bah, ada ku kisah... hehhee
ReplyDeleteTapi normal bah kalau politik.. Bab puji memuji, kritik mengkritik tu memang dah jadi lumrah alam:P
ReplyDeleteJanganlah asyik lihat yang negative side saja. Kesian si Pairin. Cuba letak diri kita di tempatnya pasti terungkai segala persoalan di kepala:P haha
ReplyDeleteDuduk dalam satu rumah, apa salahnya puji ketua sendiri?? takkan mahu puji ketua rumah lain pula? penulis di atas juga, samalah sedang menggilap kasut Jeffrey yang sudah beberapa kali terpalit dengan tahi.
ReplyDeleteJika Jeffrey itu pejuang tulen Sabah dan layak menerima gelaran Huguan Siou serta mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dengan abangnya dan juga PBS, kenapa beliau mahu menyertai semula PBS selepas keluar dari parti itu pada tahun 1994?
siapa yang mengikuti perkembangan politik beliau pasti tahu bahawa Jeffrey pernah menyertai semula PBS selepas beliau keluar dari parti itu dan sempat menyertai PBRS dan juga AKAR.. bila JK gagal merampas jawatan abangnya, dia cuba pula menyertai umno namun permohonannya ditolak..
persoalannya, jika benar JK tidak setuju dengan perjuangan PBS dan juga umno, kenapa beliau masih mahu menyertai parti itu, malah mahu menjawat jawatan penting parti itu selepas keluar dari PBS??
berkenaan dengan Jeffrey masuk penjara, itu adalah kesilapan beliau sendiri yang mana lebih dulu dikesan oleh Tun M. perkara ke-7 dalam perjanjian 20 perkara jelas menyatakan bahawa Sabah tidak berhak keluar dari persekutuan. kenapa JK masih berniat mahu membawa Sabah keluar dari persekutuan? bukankah tindakan itu juga melanggar perjanjian 20 perkara yang selama ini dia perjuangkan??
ooi james perkara 20 ini tidak boleh dipakai lagi selepas perjanjian ini dilanggar oleh pemimpin persekutuan sendiri dan perkara 7 pula tidak berkuatkuasa lagi selepas itu.
DeleteJadi kita berhak untuk menidakkan Malaysia dan seterusnya menubuhkan Negara Sabah. Negara Baru Kita.......
Hidup, hidup, Hidup rakyat Negara Sabah.
Sokongan pairin tetap kuat sebab beliau ikhlas dan perjuangan beliau juga positif.
ReplyDeleteMereka saling menghargai dan menikmati usaha. Tetapi ini juga dipertikaikan.
ReplyDeleteJK dengan agendanya tersendiri. Sesiapa yang menyokong beliau pasti akan terima bulat2 apa yang JK cakap. Kalau benar JK berjuang untuk rakyat Sabah, seharusnya pembangkang2 Sabah mampu bersatu dan bekerjasama bukan saling menghentam.
ReplyDeletePerjuangan komponen BN adalah untuk rakyat. Segala yang dilakukan adalah untuk rakyat Sabah. Kerajaan telah berusaha membantu penduduk Tambunan dalam pertanian. Kalau dulu pertanian hanya tertumpu sebagao mata pencaria atau sebagai makanan sara diri untuk keluarga dan diwarisi secara turun temurun. Tapi sekarang ni dengan bantuan kerajaan, banyak petani telah menikmati faedah yang lumayan dari aktiviti pertanian. Kerajaan telah menyediakan RM1.8 juta untuk membantu para petani di Tambunan untuk meningkatkan produktiviti mereka. Antaranya ialah kg Kiawayan untuk projek penanaman halia,skim pemilikan jentera persekutuan kecil,dan skim baja.
Pairin berusaha untuk rakyat Sabah, tapi JK berusaha untuk mempromosikan diri. Bangga dengan agenda Borneo melalui Star. Parti Star yang belum ada prestasi yang boleh diukur. Usaha air liur memang senang.
pairin memberi pujian kepada Musa dan Najib pun nak dijadikan isu. mereka adalah rakan seperjuangan, pasti mereka akan saling menyokong satu sama lain dalam memastikan agenda mereka untuk membangunkan rakkyat tercapai.
ReplyDeletePairin sebagai huguan Siou banyak main peranan dalam memastikan kaum KDM terus maju, seperti pelancaran kolej KDM yang mana ia bertujuan dalam memastikan KDM terus maju dan berpelajaran.
seharusnya janganlah hanya tau memburukkan orang lain, cuba pada sumbangan seseorang.
Jadi pembangkang tu takda kipas2 punggung ketua mereka ke? Atau jeles nak mampus?
ReplyDeleteAyo yo yo! Where you from my friend. You sound like dari semenanjung. Here we talk about Sabah. If you dont know anything then dont comment. Buat malu je nak mampos!
DeleteAla....doorang kipas boss dorang bukannya dapat coverage pun...
DeleteLayakkah Jeffrey Kitingan menjadi pejuang KDM yang sebenar?seorang yang mempunyai perjuangan tidak konsisten dan hanya untuk kepentingan peribadi??
ReplyDeleteJoseph Pairin Kitingan menyifatkan adiknya, Jeffrey Kitingan ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ kerana sanggup tidak mengendahkan nasihat. Suatu ketika dulu, beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu. Pada waktu itu menurut Pairin, Jeffrey tidak mendengar nasihat beliau maka Pairin berkempen untuk Dr. Maximus dan Jeffrey tewas. Sekarang pula Jeffrey mahu lawan Pairin pada pilihan raya umum ke-13 di Parlimen Keningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati Pairin sebagai abangnya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi. Jeffrey turut memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa Pairin mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang kepadanya. satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri. Penyokong-penyokong Jeffrey juga ada melemparkan fitnah dalam laman sosial Facebook yang kononnya Pairin mengatakan bahawa Jeffrey sudah jadi mendiang. Satu fitnah yang besar.
Rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Jeffrey dan penyokong-penyokongnya kerana sanggup bercakap apa saja. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pemimpin nombor satu. Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri. Pada masa ini,Jeffrey melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagai topeng perjuangan.
Shame on to all who look down on Pairin! Clearly they have forgotten the past contribution of this man to his people. This is a clear sign of disrespect to the man that have gone trough thick and thin for our beloved Sabah!
ReplyDeleteHe is one of the many KDM leaders who is constistant and vocal in calling out for the investigation of the illegal imigrants issue in sabah. Just because he has tone down his volume doesn't mean that the has forsaken his people.
At 71 years young, he has taken a gentler approach. He understand that being vocal and confrontational does not necessarily bring results. A "diplomatic" approach by engaging directly with federal leaders on matters requiring the attention or intervention of the central government.
Among the tangible results achieved through such approach was the decision to declare Sept 16, the date Sabah and Sarawak joined the Federation of Malaysia in 1963, as a public holiday and most recently the nod for the setting up of the RCI, as well as the billions of ringgit being spent to further develop Sabah.
Prior to this, Pairin is BN Sabah sub-committee on citizenship; whom was put to charge to formulate the Term Of Reference submitted to BN chairman.
What has been outlined in the TOR is the objective of the RCI which is to resolve the issues pertaining to the illegal immigrants and resolve issues which have been adversely created by their presence so that in the eyes of the citizens it can be seen that their rights are protected and the laws of this country are enforced properly.
At his capasity as State Minister of Infrastructure Development, he worked tiredlessly with Public Works Department projects, several spot checks on the ground to find out about the people's problems.
Apart from that, being a wise leader to his fellow KDMs, he too realise the the importance of education. He does not want to rob his people from being enlighten. The dream of a Univerity that honours the KDM community has always been at the center of his heart. Now this dream has become a reality. The PM on behalf of the federal government has agreed to fund the establishment of KDM college.
Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian,
ReplyDeletePRU13 semakin hampir. Jadi semakin banyaklah isu mula dipermainkan oleh pelbagai pihak terutama sekali adalah dari pihak pembangkang. Mengenai isu Datuk Pairin/PBS yang dikatakan penakut dan jadi pak turut ini memang tidak patut. Sebaiknya kita lihat juga usaha yang telah dibuat oleh PBS untuk Sabah. Jangan hanya tahu mengkritik yang bukan-bukan. Kata orang mengkritik membuta tuli saja ini membawa padah pada diri sendiri nanti. PBS Tidak pernah pun duduk diam tanpa memperjuangkan hak penduduk Sabah. Itu bukan PBS. Tidak tahulah kalau itu pula sesuai ditujukan untuk Jeffrey.
Datuk Pairin adalah antara pemimpin yang berani bersuara untuk kepentingan rakyat Sabah. Rasanya beliau tidak pernah lupa akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau sebagai 'Huguan Siou' untuk KDM. Jeffrey apa yang ada dengan beliau. Cuba ceritakan? Memang beliau berjuang untuk Sabah tapi hanyalah berjuang dengan cerita kosong dan bukannya dengan keikhlasan sebagai seorang pemimpin seperti Datuk Pairin.
Jeffrey hanyalah sesuai digelar sebagai RAJA SEGALA KATAK dalam parti Sabah ini. Inilah yang sesuai untuk Jeffrey yang tidak ada pendirian sendiri dan takut berjuang dan bersuara semasa dalam kerajaan. Memang tidak patut bertindak keluar Parti. Ini seperti mementingkan diri sendiri sebenarnya. Jeffrey perlu mencontohi abangnya sendiri yang mana tidak pernah undur walaupun apa yang diinginkan tidak diterima dan ditolak. Namun masih dengan pendirian sampai sekarang untuk penduduk KDM dan juga penduduk Sabah.
Nilailah sendiri sebelum percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak lain. Kalau benar Jeffrey itu berani dan sesuai digelar 'Huguan Siou' (Apa erti 'Huguan Siou'? 'Hugu' (lugu) bermakna teras (bahagian keras di bahagian tengah batang kayu) dan 'Siou' bermakna berani. Maka 'Huguan Siou' bermakna 'Yang Paling Berani'.) tapi kenapa cepat putus asa dan asyik keluar parti? Bukankah itu boleh dikatakan sebagai penakut dan pentingkan diri sendiri. Memang ada pendirian sendiri. Tapi ini sememangnya lebih kepada seorang yang penakut. Meninggalkan kawan yang berjuang bermati-matian, seperti Jeffrey meninggalkan kawan untuk mendapat apa yang diinginikannya. Memang tidak patut bukan.
Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk kesejahteraan masyarakat dan masalah ini bukan saja dialami oleh Malaysia tetapi juga oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang sudah menjangkau usia 200 tahun juga masih banyak masalah yang perlu diselesaikan, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara ini yang baru mencecah usia 50 tahun
ReplyDeleteKewujudan parti membangkang hanyalah mengambil peranan sebagai pembangkang dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara ini dan tidak lebih dari itu sebab itu mereka digelar pembangkang kerana mereka tidak mampu membentuk kerajaan.
Isu-isu yang mereka (pihak pembangkang) katakan juga turut disuarakan oleh wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun peringkat DUN dan semua itu sudah dalam perhatian pihak kerajaan untuk tindakan lanjut. Namun harus kita fahami bukan semua masalah dapat diselesaikan sekali gus kerana ia mengambil masa.
Rakyat kena bijak buat penilaian siapa yang sudah banyak berjasa dan mampu bawa perubahan di Sabah berbanding dikelirukan dengan mereka yang hanya tahu bercakap tapi tidak mampu lakukannya. Pairin mungkin kurang agresif berbanding pemimpin lain tetapi beliau diam-diam ubi berisi. Sebagai pemimpin veteran, sudah banyak yang Pairin sumbangkan dan terbaru kejayaan penubuhan kolej KDM ini bakal membawa suatu anjakan paradigma kepada masyarakat KDM.
Pairin and Jeffrey are totally two different people in the big family. Well, Jeff should stop mocking his own brother. Enough with those dramas and dilemmas, we have that much already in the past.
ReplyDeleteHe is fighting for the KDM people, but no one sees in the big picture. They were blinded with rumors and nasty accusations, when in fact, Pairin is making so much efforts to convince us all. He knows the best for us, for KDM in particular as well. From a lousy Tambunan district, now becomes one of the tourism destinations in Sabah. Yes, the Federal govt injected RM2m for that purpose. Does it sound amazing to you?
Being vocal on the RCI, keep pushing the PM to make decision on the setting up of RCI, are examples of how Pairin has been working out throughout his life. But Jeff keep pushing him down, says he was the one who throw him out from YS concession. Come on Jeff, you know what you've done to yourself and those YS members. I don't think Pairin will sack you for no apparent reason.
By saying Pairin is "polishing " Musa and Najib shoes are totally ridiculous. Because you have been polishing Anwar shoes before . So what's the difference of badmouthing your own brother? Jeff, you're going down the hill.
Sudah2 la tu jepprey, penangan politik abangmu lebih kuat.
ReplyDeleteKalau dilihat pun sememangnya JK tidak ada kekuatan untuk menentang abangnya sendiri. Jangan kurang ajar nanti dapat bala. Itu yang patut diberikan kepada JK.
ReplyDeleteIf you are in his position, what would you do? Well, its easy for people to say this and that, to pointing here and there, but how many percent can they guarantee they can do better than him? Of course, i believe there must be somebody out there can do better but we mustn't forget that we are human and we have our own weaknesses. People might see that Pairin as a Shoes polisher to Musa and Najib because they don't even know what is exactly happen behind the scene. We don't know what happen until we click the enter button and soak up their lives, then only we know how exactly Pairin struggle for the sake of Sabahans..His effort never ending when recently he wishes to turn the Kadazandusun Murut college in Tambunan to University.
ReplyDeleteInfo:
Deputy Chief Minister and Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan is hopeful that the Kadazandusun Murut College in Tambunan can be elevated to university status after it is established.
“I am confident the college will grow into a university in the future and this will certainly encourage greater involvement from the Kadazandusun Murut (KDM) community in the field of education.
“This is certainly good for it means we will have a generation of highly skilled and knowledgeable youths who can contribute to the state and country,” he said when speaking at the Nunuk Ragang Moginakan event and 28th anniversary of his conferment as Huguan Siou.
I can see that still many of Sabahans supporting Pairin. He will be remain in power if the people let him stayed. So, appreciate him and lets keep on supporting him as long as he do the best for Sabahans. God Bless.