TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Murut Sabah (PMS) Jimmy Jawatah (gambar), menegaskan bahawa kemunculan Pertubuhan Masyarakat Murut Bersatu (Umco) sebuah lagi persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftaran Pertubuhan (RoS) khusus untuk masyarakat Murut dinegeri ini agar mencapai objektif penubuhannya bagi memperjuangkan hal ehwal kebajikan masyarakat Murut itu sendiri.
Beliau berkata, adalah diharapkan ianya bukan dijadikan sebagai 'batu loncatan' demi kepentingan peribadi mahupun diperalatkan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk memecahbelahkan ikatan Murut yang sedia wujud, demi kepentingan politik sesuatu kaum tertentu.
“Masyarakat kita sebenarnya sudah ada dua persatuan telah diwujudkan sebelum ini iaitu PMS dan Persatuan Murut Borneo dengan matlamat yang sama, namun dengan kehadiran Umco mungkinkah kebajikan sosial kira kira lebih 100,000 masyarakat Murut diSabah akan menikmati hasil perjuangan ketiga tiga persatuan itu dengan memuaskan atau sebaliknya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, kecenderungan pemimpin masyarakat sesuatu etnik terutamanya dalam kelompok KDM khususnya suku Murut menubuhkan persatuan sejak akhir akhir ini yang dilihat sebagai cendawan tumbuh selepas hujan namun kesannya perlu dinilai dari segi positifnya terutama kebaikannya, sekiranya ia disatukan dalam satu entiti perjuangan.
Jimmy menambah, sungguh pun demikian, jikalau keputusan untuk menubuhkan seberapa banyak persatuan pun, ianya bukan sesuatu yang salah dari aspek perundangan selagi negara ditadbir berkonsepkan sistem demokrasi tetapi apa yang lebih penting matlamat dan objektif yang diperjuang kan haruslah membuahkan hasil yang baik.
Jimmy berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan Umco dimana teras perjuangannya adalah untuk membela hak asasi suku Murut khususnya tanah adat (NCR), selain memulihara adat istiadat kesukuan itu termasuk ekonomi dan pendidikan yang didakwa Presidennya AliZulfakar Salamat atau nama lainnya Alexius Mangka 53, kononnya tidak dimajukan secara serius.
Sementara itu, Presiden Umco AliZulfakar Salam ketika dihubungi mengesahkan bahawa Umco akan menjemput Presiden Parti Kebenaran Benson Alamit untuk merasmikan upacara angkat sumpah jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umco diNabawan dalam masa terdekat.
Menurut AliZulfakar, setakat ini Umco telah menerima keahlian seramai 5,000 orang dimana borang borang mereka kini sedang diproses untuk disiapkan dalam beberapa hari.
Urusetia Umco kini berpusat di Keningau dan dijangka akan membuka beberapa lagi pejabat perhubungan antaranya di Tenom, Kemabong, Pagalungan, Nabawan, Tawau, Sandakan dan Pantai Barat untuk mensasarkan keahlian kira kira 300,000 orang.
Oleh: Mail Mathew
Apa lagi mau tubuh Umnco utk persatuan Murut....sudah ada PMS. Borneo Murut jadi apa lagi. Mau kasi can Umno kasi pecahbelah Murut kah? Jangan bikin bisnes jual Murut bah! aman mangka!
ReplyDeleteBanyak2 persatuan kalau tidak bergerak pun tiada guna juga.
DeleteMacam mana perjalanan PMS dan Persatuan Murut Borneo sebelum ni?aktif juga?
DeleteWahai sudara2 Murut jangan terperangkap dengan perangkap AMUNO...diorang sudah kesuntukkan sokongan terpaksa main kotor guna persatuan. AMUNO sanggup bayar juta2 kpd pamimpin suku suku tampatan asal saja suku itu kena pacah pacah! Ingatlah!...biarlah kita tiada apa2 makan ubi kayu berlaukkan garam pun tidak apa...jangan sakali kali sokong UMCO itu yg diibaratkan sabagai musang berbulu ayam...pura2 membela Murut kunun2 tapi tujuan dia untuk parti Malaya AMUNO. Kita sukung Bumburing, Lajim dan Yun tek li.
ReplyDeleteUMCO anak kepada UMNO.Buduh2 saja itu orang jika masuk UMCO.Persatuan Murut Sabah dan Persatuan Murut BOrneo lagi bagus.Itu persatuan murut bergabung dengan STAR atau parti tempatan lain kan lebih bagus.
ReplyDeleteyang masuk persatuan semua 1 juta orang PATI seluruh sabah... ppergghhhhh...!!
ReplyDeleteSetahu saya ini AMCO, adalah kumpulan Gangster(budak-budak nakal) yang dikenali tidak lama dulu sekitar tahun 1970 & 1980. Jadi baguis jugalah ada yang sanggup ambil alih mengihidupan kumpulan AMCO ini. SYABAS!!!.Tetap.
DeleteUMCO ini adalah untuk masyarakat Murut sahaja, bukannya untuk PATI.
Deletemoga UMCo akan berpegang pada matlamat penubuhannya dan laksanakan peranan dgn baik.
ReplyDeleteSiapa yang bakal memimpin UMCo ni sila pimpin dengan ikhlas dan berwawasan.
DeleteSaya rasa lagi bagus kalau persatuan Murut ni ada satu saja ba.
DeleteRasanya mereka tahu apa yang patut dilakukan, jangan kita risau.
Deletepandai2 la agar tidak diperalatkan oleh orang lain untuk kepentingan pihak tertentu.
ReplyDeleteDiharapkan Persatuan ini akan teguh pada matlamat mereka dan tidak mudah terpengaruh.
DeleteMatlamat tidak akan tercapai jika ada yang menggunakan mereka sebagai alasan untuk mencapai kepentingan individu.
ReplyDeleteDiharapkan UMCO dapat mencapai matlamat mereka untuk melindungi hak kaum Murut.
Deletesetuju, matlamat tidak akan tercapai jika untuk kepentingan individu.
DeleteKepentingan individu harus diketepikan dan memperjuangkan matlamat yang sama.
DeleteDiharapkan Pertubuhan Masyarakat Murut Bersatu (Umco) boleh mempertahankan hak dan kebaikan kaum Murut di Sabah.
ReplyDeleteYa, dan diharapkan juga Persatuan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dan kesatuan di kalangan Murut tanpa menjauhi kaum-kaum lain.
DeleteCissss...! tarang2 sudah bah..UMCO atau UMNO...lebih kurang saja! Fuiii..??? mainan Malaya ba etu!?
ReplyDeletemacam makin banyak persatuan sudah ini.
ReplyDeleteapa pun, harap ianya menjalankan peranan dengan sebaiknya nanti.
ReplyDeleteAiks, ada lagi... Lepas ni saya pun mahu buat persatuan la:P hahhaa
ReplyDeleteSemoga setiap persatuan yang ditubuhkan berusaha mencapai objektif mereka. Jangan pula tersasar dari landasan:P
ReplyDeleteSemoga apa yang dihajatkan tercapai. Buatlah yang terbaik supaya penubuhan persatuan itu tak sia-sia.
ReplyDeleteJangan hanya menjadikan pertubuhan tu sebagai batu loncatan saja.
DeleteBanyaknya parti di Sabah.
ReplyDeleteSemoga UMCO dapat membantu masyarakat Murut dalam kepentingan dan hak mereka.
ReplyDelete