Search This Blog
Tuesday, August 28, 2012
Star: Pemuda Umno Keningau guna sentimen 20 perkara untuk simpati pengundi
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah (gambar), menyifatkan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Ruslan baru baru ini yang membangkitkan semula isu 20 Perkara sekadar meraih perhatian pucuk pimpinan Umno agar beliau dicalunkan pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.
Beliau berkata, tidak mungkin Azman tidak memahaminya sedangkan ramai pemimpin utama Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan bahawa 20 Perkara mempunyai justifikasinya namun beliau sengaja membangkitkannya lagi dalam usahanya menjadi “hero” untuk melawan arus.
“Kita telah jelaskan semuanya dan kita rasa tidak ada yang tertinggal lagi....takkanlah Azman ketandusan isu sehingga memaksa isu 20 Perkara diungkit berulang ulang,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu media semasa majlis ramah mesra sempena rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri yang dihadiri kira kira lebih 300 orang diKg Jawa Ulloi pada Ahad.
Azroy yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti Star Tenom berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Haji Ruslan semasa persidangan pemuda Umno Keningau yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno pada Ahad.
Pada Ahad, Azman selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau dalam ucapannya meminta golongan yang membangkitkan isu 20 Perkara agar menjelaskan secara jujur tentang mengapa dan bagaimana mereka membuat kesimpulan umum bahawa semua perkara yang terkandung dalam 20 Perkara itu masih “relevan”.
Sehubungan itu, Azroy menjelaskan bahawa sebenarnya adalah menjadi tanggung jawab pemimpin rakyat Sabah untuk memahami dan menghayati perjuangan lampau dan sebaliknya bukan pula berusaha menidakkannya dengan memutar belitkan fakta yang ada.
“ Jika tidak relevan saya ingin bertanya kepada Azman, bagaimana pemahaman beliau terhadap perkara ke-7 dalam 20 Perkara iaitu “Right of seccesion”? Bagaimanakah jika perkara ini turut tidak relevan...adakah ini juga dengan sendirinya terkikis daripada salah satu perkara tersebut.
“ Malahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan begitu konsisten bercakap tentang isu 20 Perkara sejak tahun 1987 melalui bukunya bertajuk...“ The 20 points, basis for federal state relation for Sabah,” tegasnya sambil menyatakan bahawa buku tersebut pernah diberikan kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri sebagai memorandun.
Tegasnya lagi, 20 Perkara bukan ciptaan Parti Star tetapi ianya merupakan satu usaha dan tanggung jawab pemimpin terdahulu ketika rundingan pembetukkan Malaysia yang melibatkan Sabah, Sarawak dan Malaya namun peranan Parti Star sekadar menyambung lidah perjuangan pemimpin terdahulu, apatah lagi selepas tragedi 'double six' yang turut meragut nyawa kepimpinan utama Sabah.
“Saya mencadangkan kepada semua pemimpin Umno... jika anda takut dan tidak faham bgaimana perjuangn hasrat pemimpin terdahulu, biar kami lakukannya dan ia juga utk kebaikn anak cucu cicit anda.
“Selagi masih bersifat parti yang memerintah buatlah sebaik yang boleh untuk memperjuangkan apa yang boleh tanpa menghina perjuangan pemimpin lama. Lihat sahaja pekan Keningau, terdapat 3 agensi bergerak bersama iaitu Polis, Rela dan JPAM tapi PTI masih berkeliaran bebas,” tegasnya.
Selain itu, Azroy turut mengingatkan pemimpin yang sering mempersoalkan kemerdekaan Sabah dan kewujudan Malaysia sejak 49 tahun lalu terutamanya Ahli Parlimen Kota Belud dimana kelibatnya yang sering keliru sejarah negeri sendiri boleh disifatkan tidak layak bergelar seorang pemimpin.
“Sabah bukan masuk Malaya pada tahun 1957 dan Malaya hanya bertukar nama kepada Malaysia tahun 1963...dimana Sabah pada tahun 1957 masih dibawah jajahan British dan diberi nama North Borneo. Selepas pembentukkan pada tahun 1963 bersama Sarawak dan Singapura dan Malaya menerusi atas kertas perjanjian 1963 barulah wujud Malaysia. Ini adalah fakta dan bukan soal mempolitikkannya,” tambahnya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul bah sejarah pembentukkan Malaysia 1963....dan sebab itu lahirnya 20 Perkara. Jadi kenapa pula pemimpin2 Umno kata tidak relevan. Syabas kpd pembangkang seperti Parti Star kerana menyegarkan ingatan sejarah itu kepada anak anak muda yg tidak sempat mengetahuinya...kita bukan memujuk atau menghasut rakyat memberi harapan kpd mereka tetapi fakta ini adalah benar. Kalau tidak dirungkai...memang pemimpin2 Federal terutamanya Umno pura pura tidak tahu sehingga pemimpin2 lama sudah habis meninggal dunia barulah dorang ubah lagi perlembagaan. Siapa lagi bangun membantah hak kita masa itu kerana yg ada anak2 muda yg tidak tahu langsung sejarah itu.
ReplyDelete20 perkara adalah persetujuan yang dibuat oleh kedua-dua pihak sebelum tergabungan Sabah ke Malaysia. Maka sebaiknya laksanakan janji ini kepada penduduk Sabah.
DeleteBiarkan saja mereka ini memainkan isu. Yang penting tidak membuat fitnah sudahlah.
Deletebukan semua pemimpin UMNO yang mengatakan 20 perkara adalah tidak relevan...hanya segelintir saja dan itu adalah dari pendapat dan pandangan mereka sendiri...
DeleteDiharapkan perjanjian 20 perkara ini akan ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan.
DeleteIsu 20 perkara ini harus ditunaikan demi rakyat di Sabah.
DeleteThe oppositions always making such baseless accusations. I get sick of it.
DeletePembangkang sudah-sudahlah tu panaskan isu 20 perkara..
DeleteKerajaan persekutuan harus ikhlas untuk menunaikan janji yang dibuat.
Deletekalau perut rasa-rasa mahu kempis sudah bah macam-macam lah idea yang timbul supaya pemimpin yang disokong dapat membuncit perut mereka,bah kalau kamu mahu tahu Ketua Pemuda UMNO yang paling kaya di sabah ada lah dari Pendalaman...sendiri mahu ingat lah beb
ReplyDeletePemimpin2 ini sudah kaya raya hasil membodek KL...sikarang mahu minta tambah kaya lagi itulah dorang sanggup buat apa saja walaupun terpaksa menjual maruah negeri sendiri kepada KL yang penting poket mereka 'loaded' tapi rakyat terus merana. Jangan pecaya pemimpin2 pemuda umno pedalaman...selfish leader!
Deletesiapa lah konon? terus terang saja...
DeletePembangkang la selalu menebal perut.
DeleteJika tidak relevan saya juga ingin bertanya kepada Azman, bagaimana pemahaman beliau terhadap..
ReplyDeletePerkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" bukan "Melayu Raya".
dan
Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.
Azman dan UMNO twist, saya bagi fakta....
-BELIA CINTA SABAH-
nah azman, kau jawab lah ni soalan dia...jangan pula kau heret nama parti UMNO dalam hujah kau nanti..
DeleteAzman siapa?
DeleteMereka mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian.
ReplyDeleteMemang betul tu.
DeleteTerpulanglah kepada individu, bagaimana untuk menggunakan method yang ada.
ReplyDeleteTunggu dan lihat.
DeleteSemua kena bersedia kerana pilihan raya sudah tidak lama lagi dan semua akan sibuk berkempen.
ReplyDeletesemua parti pasti berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan kemenangan.
Deletestar yang sering bangkitkan perkara 20
ReplyDeletePatutlah Star begitu marah Pemuda UMNO Keningau membangkitkan isu 20 Perkara, takut mereka merampas spotlight Star.
Deletehahhaa.. Betul tu. Bukankah lebih baik kalau bersatu dan pastikan isu 20 perkara dapat perhatian?
DeleteInsyaallah. UMNO BN akan tumbang di Sabah, kerana anjing-anjing pengampu yang tamak dan bodoh macam ni.
ReplyDeletekita tunggu dan lihat sajalah..
DeleteInsyaallah..aminnn..
DeleteBah, baik kita tunggu dan lihat. Kalau PKR tidak berjaya menumbangkang BN-UMNO, Anwar Ibrahim perlulah menunaikan janji beliau untuk bersara. Jangan mungkir janji.
DeleteSama-sama kita saksikan parti mana yang akan tumbang dan terkubur
Deletesemua pun mahu menang..tapi, biar rakyat yang pilih..
Deleteisu 20 perkara tidak payah lah dipolitikkan...20 perkara adalah fakta dan fakta tidak berbohong..tidak payahlah mana2 individu cuba tunjuk pandai berkenaan 20 perkara..
ReplyDeleteHarap kerajaan Persekutuan akan bersetuju mengkaji semua 20 Perkara ini dan menunaikan janji tersebut kepada rakyat Sabah.
DeleteTidak salah membangkitkan isu Perjanjian 20 perkara kerana ini adalah kemahuan rakyat, Perjanjian 20 Perkara ini perlulah dikaji semula untuk mengesahkan sama ada ia masih sah ataupun tidak.
ReplyDeleteLepas tu buat tindakan selanjutnya supaya perkara ini dapat ditanggani dengan cepat.
DeleteSuara rakyat harus didengari.
DeleteApakah sebab perjanjian 20 perkara masih tidak dapat ditunaikan? Adakah kerajaan persekutuan gagal meenunaikannya?
Deletedari dulu lagi JK menggunakan 20 points untuk menarik perhatian rakyat.
ReplyDeleteAiks bukan star pun cakap pasal isu 20 perkara kah?
ReplyDeleteStar pun ambil kesempatan dalam isu ini..pandai cakap saja.
DeleteNampak sangat STAR ni takut dengan umno. Kongsi isu apa salahnya, yang penting ia dapat perhatian sudahlah.
ReplyDeleteNilailah secara baik perkara ini dan pastikan pengundi buat keputusan yang tepat bila tiba masanya nanti.
ReplyDeleteRakyat harus memilih demi masa depan dan bukannya manfaat jangka masa pendek.
DeleteIts sound good that the STAR voice for the people.
ReplyDeleteeleh.. sama saja ba tu pemuda umno dengan Star.. sama2 guna isu 20 perkara untuk tarik pengundi..
ReplyDeletestar yang selama ini gunakan 20 pekara untuk dapat sokongan.
DeleteLebih baik Star jangan cakap banyak..tambah rakyat tidak percaya.Mereka sendiri selalu memainkan isu ini.
ReplyDeleteSemoga perjuangan STAR untuk mendapatkan perjanjian 20 perkara ditunaikan adalah ikhlas dan positif.
ReplyDeleteKegagalan menunaikan perjanjian 20 perkara akan memberi kesan terutama PRU semakin mendekati.
ReplyDeleteadakah hanya STAR yang boleh cakapa pasal 20 pekara?? kalau orang lain yang cakap pasal ini semua salah???
ReplyDeleteselama ini star pun mainkan isu ini juga. apa pun, biar rakyat yang nilai sendiri.
ReplyDelete