Search This Blog

Monday, December 16, 2013

JHL digesa beri kelonggaran "orang asal" berburu di hutan

KENINGAU - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan Affendy Angindy @ Lukan, mencadangkan agar satu sesi berdialog antara pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL)  dan agensi Pemegang Amanah Adat orang asal (Indigenous) berhubung larangan kerajaan bagi masyarakat itu melakukan aktiviti pemburuan binatang didalam hutan.

Sesi dialog itu kelak ada baiknya ia dipengerusikan oleh Ketua Daerah (mewakili orang asal) bersama dengan beberapa Ketua Kampong (KK) sebagai jalan terbaik merumuskan kekeliruan itu supaya semua pihak terutamanya penduduk kampong memahami kedudukan isu sebenarnya, kata beliau.

“Kita juga memahami tugas dan tanggung jawab yang dijalankan jabatan itu kerana mereka berpandukan kepada Enakmen Pencegahan Hidupan Liar dan Mergastua namun dalam masa yang sama mereka (jabatan) harus juga memahami bahawa aktiviti berburu dihutan tebal merupakan adat dan senibudaya suku kaum Murut sejak turun temurun dari nenek moyang mereka.

“Insiden itu juga mereka merasakan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum itu tindakan seumpama itu tidak pernah berlaku walaupun sudah beberapa kerajaan silih berganti sejak tahun 1960an dari kerajaan USNO, Berjaya dan PBS malah aktiviti mereka tidak pernah pun diganggu kerajaan.

“Kita bukan mempertikaikan tugas dan tanggung jawab mereka kerana mereka sekadar menjalankan amanah kerajaan tetapi biarlah tindakan itu berpadanan dengan keadaan semasa terutamanya penduduk asal yang sekadar bergantung penghidupan seharian mereka hasil buruan dihutan tebal,” tegas beliau pada Ahad.

Affendy yang merasa kesal dengan tindakan oleh sekumpulan Pegawai dan kakitangan Jabatan Hidupan Liar merampas jualan hasil buruan mereka (penduduk) ditamu mingguan pekan Nabawan baru baru ini, dimana seolah olah menggambarkan kesalahan mereka lebih serius daripada penjenayah berat.

Selain itu, beliau juga sependapat dengan ulasan pihak lain bahawa binatang buruan mereka berada dimana mana dan tidak semestinya kesalahan itu tidak berlaku pertimbangan yang wajar kerana pola penghidupan masyarakat itu (orang asal) adalah bergantung terus kepada sumber hidupan liar yang diburu didalam hutan sejak beratus tahun dahulu.

Bagaimana pun, tegas Affendy, beliau akan mengemukakan laporan terperinci insiden tersebut kepada Majlis Pimpinan Negeri PKR selepas menemu bual beberapa individu yang terlibat supaya masalah itu dapat dibawa ke perbincangan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri tahun hadapan (2014).

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment