Ketua Upko Wilfred Tangau berkata, adalah patut jika Petronas beri 20 peratus royalti minyak kepada Sabah.
KOTA KINABALU - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menyuarakan beberapa tuntutan berhubung isu pemberian royalti minyak di Sabah dan Sarawak.
Sebagai permulaan, ia mahu kerajaan persekutuan, yang menerima saham lima peratus royalti minyak daripada Petronas, untuk diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak negara ini.
“Kami di Upko sudah lama mengatakan ini iaitu ada keperluan segera bagi Sabah, sebagai negeri pengeluar minyak, untuk diberi lebih daripada lima peratus bahagian yang diterimanya pada masa ini,” kata Pemangku Presiden Upko, Madius Tangau.
“Resolusi kongres parti kami selama beberapa tahun ini adalah penyelesaian yang paling praktikal bagi Putrajaya untuk memberi sumbangannya kepada Sabah.”
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Tuaran, berkata demikian kepada pemberita selepas balik dari Kuching di mana beliau menghadiri ulang tahun ke-55 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), pada Sabtu.
Sepatutnya, kata beliau, Petronas perlu memberi 20 peratus royalti minyak.
“Satu lagi pilihan adalah untuk Petronas memperuntukkan ekuiti berpatutan kepada kerajaan Sabah di mana-mana subsidiarinya,” kata beliau.
“Kebimbangan lain rakyat Sabah ialah keperluan untuk melonjakkan penyertaan mereka dalam perniagaan minyak dan gas serta peluang pekerjaan.”
Pemimpin Sabah, Sarawak bersetuju mengenai minyak dan isu-isu lain
Tangau berkata, “Saya mempunyai peluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin dan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional di Kuching termasuk dalam satu kenyataan Petronas baru-baru ini.”
Upko bersetuju dengan pemimpin-pemimpin Sarawak mengenai isu minyak itu, tegasnya, termasuk banyak lagi lain kepentingan bersama di Borneo.
Tangau mengakui bahawa Petronas perlu kekal mampan dan berdaya maju.
Pegawai-pegawai Petronas berkata di Kota Kinabalu pada hari Rabu, bayaran tunai yang digelar sebagai royalti minyak meningkat – bagi Sabah akan mempunyai kesan yang buruk kepada industri minyak dan gas negara dan akhirnya menyebabkan ia tidak lagi berdaya maju.
Percy Goliu
No comments:
Post a Comment