Search This Blog

Tuesday, September 14, 2021

Henti Polemik Undi Percaya, Tumpu Pemulihan Ekonomi

SIDANG PARLIMEN : TUMPU AGENDA PEMULIHAN EKONOMI & TANGANI COVID-19, HENTI POLEMIK UNDI PERCAYA , 

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional melalui ketua-ketua Penerangan parti –parti dalam Perikatan Nasional menggariskan beberapa saranan dalam mencapai agenda pemulihan Negara dan usaha menangani penularan Covid -19, Perikatan Nasional Juga menegaskan agar Polemik Undi Percaya dihentikan kerana akan menganggu usaha Kerajaan dalam pelaksanaan Pemulihan ekonomi dan menengani pendamik Covid-19 ini.

Penerangan PN mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan seluruh anggota Kabinet Kerajaan Malaysia yang telah dilantik seperti yang telah diumumkan.

Menyeru agar semua ahli Parlimen memberikan tumpuan terhadap pembangunan ekonomi, penjagaan kesihatan rakyat, pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan, serta penerusan usaha-usaha menangani Covid-19 dalam sidang Parlimen yang sudah pun mula bersidang pada 13 September 2021.

PN juga berpandapat bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa YDP Agong dan Baginda Tuanku telah menjalankan amanah dengan penuh bijaksana. Maka apabila Baginda Tuanku berpuas hati dengan sokongan majoriti yang jelas kepada YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, undi percaya tidak lagi diperlukan.

“ Kami menggesa parti-parti pembangkang menghentikan sikap bermuka-muka dalam hal ini. Negara memerlukan kestabilan dan sebarang usaha pembangkang untuk menggugat kestabilan pada waktu ini adalah tindakan yang bukan sahaja tidak kena masanya, malahan juga tidak bertanggungjawab”.

“Sebagai jentera penerangan gabungan parti-parti dalam Perikatan Nasional, kami berikrar untuk terus membantu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan pucuk pimpinan semua parti menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, terutama dalam menyampaikan maklumat berkenaan dasar-dasar Kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan”.

PN juga menyatakan sokongan Kepada Perdana Menteri serta Kabinetnya untuk terus memimpin negara mendepani cabaran Covid-19 sebagai kesinambungan daripada Kepimpinan Perdana Menteri yang ke-8, Tan Sri Muhyddin Yassin. “Ini adalah semangat muafakat Keluarga Malaysia yang diperlukan negara pada waktu ini, demi kebaikan seluruh rakyat keseluruhanya”.

Datuk Wan Saiful Wan Junaidi, Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan PAS, Chin Vui Kai, ketua Penerangan SAPP, Jeffrey Kumin ketua Penerangan STAR, Koo Shiaw Lee dan Ketua Penerangan GERAKKAN, Mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti-parti dalam kerajaan serta ahli-ahli parlimen yang menyatakan sokongan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta Kabinetnya untuk terus memimpin negara mendepani cabaran Covid-19 sebagai kesinambungan daripada kepimpinan Perdana Menteri yang ke-8 terdahulu. Ini adalah semangat muafakat Keluarga Malaysia yang diperlukan negara pada waktu ini, demi kebaikan rakyat keseluruhannya. Wikisabah.


No comments:

Post a Comment