Orang Awam teruja guna Skybridge
Kota Kinabalu : 9 Sept 2021
Pemuda Parti Maju Sabah melahirkan perasan gembira apabila Skybridge Kota Kinabalu, sebuah mercutanda baru bagi Kota Kinabalu dan Sabah secara keseluruhan siap dan sudah mula digunakan Oleh orang awam bermula hari ini.
Charles Yong, Naib Ketua Pemuda SAPP sempat berkongsi photo melalui laluan di skybridge berkenaan. Beliau bersama Dexter Chin mencuba melalui laluan di Skybridge buat pertama kali sejak dibuka hari ini.
"Ini adalah laluan baru bagi pejalan kaki, ada pemandangan menarik, melapangkan rasa Dan perjalanan yang menarik serta Selamat", kata Charles.
Skybridge tersebut adalah projek yang terbengkalai semasa penghujung Kerajaan BN, dan Kerajaan Warisan tidak dapat menyiapkannya selama 2 tahun, meskipun terdapat beberapa berita mengenainya, akan tetapi tidak pernah menjadi realiti.
Sehari selepas Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Hajiji membentuk Kerajaan, SAPP menerusi Presidennya Datuk Yong Teck Lee, tidak menunggu lama, terus membawa rombongan Pemimpin melakukan perbincangan serius dengan pihak DBKK. Pada akhirnya Kerajaan GRS meluluskan peruntukan bagi membolehkan Skybridge disiapkan selama 11 bulan dan telah dirasmikan Oleh Ketua Menteri Sabah pada 3 September lepas.
Skybridge tersebut tidak kurang menerima Kritikan disebabkan laluan ke Centre Point belum dibina pintu Dan tangga penghubung. Akan tetapi pihak DBKK telah mengeluarkan satu Notis pemberitahuan perkara yang berkaitan bagi melenyapkan isu berkenaan. Centre Point akan menyiapkan pintu masuk Dan tangga dalam tempoh 6 bulan selepas penyiapan Skybridge.
Gee Tien Siong, Pemimpin Kemajuan Masyarakat pernah mengeluarkan kenyataan Media selepas PRN16 Sabah tahun lalu, bahawa Kerajaan GRS akan menyiapkan Skybridge tersebut.
"Semua kemudahan dalam laluan, seperti Lif, eskelator berfungsi dengan baik untuk kemudahan yang juga mesra kepada orang kelainan upaya (OKU)", tambah Charles lagi.
Skybridge Kota Kinabalu sejauh 400 meter menghubungkan Oceanus Mall, Api-Api Centre, Warisan Square, Asia City Dan CPS.
Media SAPP
Wow...mau pigi test juga tu skybridge nanti
ReplyDeleteSkybridge far more safer than crossing the busy highway or pedestrian zebra crossing.
ReplyDelete