Search This Blog

Thursday, September 9, 2021

Warisan Plus harus mengakui kegagalan secara terhormat

Yong Yit Jee: Warisan Plus harus mengakui kegagalan secara terhormat

Kota Kinabalu : 9 Sept, 2021

Warisan-Plus harus mengakui dengan cara terhormat di atas kegagalan untuk menyelesaikan masalah Jejantas ‘Skybridge’ Kota Kinabalu sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka dan bukannya memberikan berbagai alasan.

Demikian kenyataan Yong Yit Jee, Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP)

"Terdapat sebilangan anggota pembangkang berusaha menyesatkan orang ramai dengan memberikan maklumat palsu mengenai projek Jejantas yang kini sudah siap. Sikap itu adalah sangat mengecewakan."

Jejantas tersebut disiapkan mengikut pelan asal yang menyambung Center Point Sabah. CPS bersetuju untuk membina pintu masuk dan sambungan antara KK Skybridge dan CPS atas kos mereka sendiri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh siap bina.
Beliau yang juga seorang Peguam berkata, Projek bernilai RM31.5 juta ini telah terbengkalai lama semasa pentadbiran Warisan-Plus, dan mereka gagal menyelesaikannya walaupun dikatakan projek jejantas tersebut telah siap dibina sebanyak 94.5%. Ini menyebabkan jejantas tersebut mendedahkan orang ramai kepada risiko keselamatan.

"Kita bersyukur, Jejantas Kota Kinabalu yang lama ditangguhkan akhirnya dibuka untuk kegunaan orang awam mulai hari ini." Kata Yong.

Pejalan kaki kini boleh menggunakan jejantas berhawa angin yang dilengkapi eskalator dan lif untuk orang kelainan upaya serta 20 kios yang menghubungkan Asia City, Pusat Komersial Api-Api, Warisan Square dan Pusat membeli-belah Oceanus.

Ada juga yang tertanya-tanya mengapa kerajaan sebelum ini tidak dapat menyelesaikan masalah ini apabila mereka mempunyai Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, mantan Menteri Kewangan Persekutuan Lim Guan Eng (kedua-duanya dari DAP) dan ADUN Api-Api merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew (Ketua PKR Sabah).

Menurut Yong, Pada akhirnya, apa yang ingin dilihat orang awam adalah hasil dan bukan pertengkaran kecil dan berbagai alasan untuk menutup kegagalan. 

"Warisan Plus telah gagal sementara GRS telah berjaya atas menangani isu ini dan orang ramai akhirnya dapat menikmati manfaat dari Jejantas Kota Kinabalu baru ini" tambah Yong lagi 



No comments:

Post a Comment