Search This Blog

Sunday, September 5, 2021

Terima Kasih FSI dan MCCC atas sumbangan - Hajiji

Persekutuan Industri Sabah dan Dewan Perniagaan Malaysia-China memberikan sumbangan kepada Petugas Barisan Hadapan

                                                                                                                                                                        05.September.2021 Kota Kinabalu -   Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah telah menyumbangkan pelbagai peralatan untuk kegunaan para petugas barisan hadapan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada hari ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah atas sumbangan tersebut.

Persekutuan Industri Sabah (FSI) telah menyumbang 1,000 kotak pelitup muka (KN 95) yang disampaikan oleh Presidennya, Encik Richard Lim bersama Timbalannya Datuk Harun Ismail dan Naib Presiden Natalie Fung.

Manakala Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah pula diwakili oleh Presidennya, Encik Michael Chin telah menyumbang peralatan perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan sarung tangan.


#sabahmajujaya



No comments:

Post a Comment