Kebanyakan apa yang Syed Sadiq cakap kita sudah lama buat - Masidi Manjun
Masalahnya vaksin dalam jumlah yg banyak hanya mula dihantar ke Sabah pada bulan Julai tahun ini & kita ketinggalan berbanding negeri- negeri lain dalam program imunisasi. Peratusan rakyat dewasa Sabah yang sudah diberi vaksin lengkap sudah melebihi 42%, ada Daerah - Daerah yg sudah melebihi 80%.
Ramai orang Sabah lebih suka mendaftar secara manual daripada melalui MySejahtera kerana masalah liputan internet yang tidak baik dan apps MySejahtera mengalami pelbagai masalah.
Kita telahpun memperkenalkan walk-in inoculation (daftar & cucuk) lebih awal daripada kebanyakan negeri di Malaysia, juga program outreach. Kekangan kita dahulu ialah kekurangan vaksin. Tetapi bekalan vaksin adalah dibawah kelolaan, KKM & Mosti, yakni kuasa kementerian-kementerian Persekutuan. Keupayaan menyuntik JKNS ialah sehingga 62,000 dos sehari, tetapi sebelum bulan Julai, kita hanya boleh menyuntik 12,000 - 20,000 dos sehari kerana bekalan vaksin yang tak cukup. Kadang-kadang vaksin tak sampai ikut jadual & ada PPV yg terpaksa ditutup.
Sarawak diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin lebih awal kerana mereka dikatakan akan mengadakan PRN tahun ini. Tetapi usaha memerangi Covid ini, ada juga perkara yg timbul diluar dugaan kita. Peratusan rakyat yang sudah lengkap divaksin di Sarawak adalah dua kali ganda lebih tinggi dpd Sabah, tetapi kelmarin (3/9) kes baharu di Sarawak mengatasi jumlah kes di Sabah. Ada orang dakwa kerana varian Delta. Saya tak pasti.
Sabah tidak ada masalah bekerjasama dengan NGO- NGO. Banyak NGO sudahpun terlibat dalam program kita seperti Kelab 4x4. Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan kewangan kpd ADUN-ADUN Pembangkang untuk membolehkan mereka sama2 membantu rakyat.
Pandemik Covid datang melalui pelbagai fasa. Kita fikir pandemik sudah reda, datang pula ‘ombak’ (wave) kedua dan seterusnya ketiga. Ini kita boleh lihat di banyak negara termasuk UK, Cina, Jepun yg mengalami ‘new wave of infection’. Kenapa berlaku? Kerana virus Covid ini sentiasa melalui evolusi atau mutasi (mutation). Ia boleh bertukar menjadi varian yg lebih kuat seperti varian Delta & Lambda.
Sebagai tambahan,
1. Sabah adalah negeri yg paling ramai warga asing / PTI. Mereka juga terpaksa kita ambilkira dalam program imunisasi. Penduduk warga asing akan mengurangkan peratusan yg boleh disuntik di Sabah kerana bukan mudah dapatkan mereka untuk disuntik.
2. Syed Sadiq & pemimpin-pemimpin pembangkang lebih sibuk berpolitik menjatuhkan Kerajaan PN/TSMY daripada membantu Kerajaan menyelesaikan masalah pandemik dan sedikit sebanyak membantut usaha Kerajaan menangani masalah ini. Kenapa tak salahkan sikap diri sendiri?
YBDSPMM
No comments:
Post a Comment