Search This Blog

Saturday, September 4, 2021

Kereta Myvi yang hanyut akhirnya ditemui - takziah kepada keluarga

Kereta Myvi yang hanyut akhirnya ditemui


Kereta MyVi yang hanyut di jalan Kionsom Lama, Inanam berjaya dikeluarkan dari sungai. Ada satu mayat mangsa ditemui di bahagian pemandu. Takziah kepada keluarga mangsa.

.
Berita lanjut mengenai Identiti mangsa:
.
KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama sudah dikenal pasti.
Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi ini.
"Pada 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.
"Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa," katanya kepada pemberita pada hari ini


No comments:

Post a Comment