Search This Blog

Showing posts with label TANAH RUNTUH. Show all posts
Showing posts with label TANAH RUNTUH. Show all posts

Sunday, September 19, 2021

Tanah Runtuh Menyebabkan jalan perhubungan kk- tambunan tidak dapat dilalui




19 September 2021, Wikipedia blogspot mendapat informasi daripada watshapp group trukers bahawa jalan kk-Tambunan tidak dapat dilalui disebabkan kejadian tanah runtuh.

Daripada update lintasan Resources menyatakan

*LAPORAN AWALAN BENCANA*
Tarikh Kejadian : 19.09.2021
Masa: 7.00pm
Jenis Kejadian : Jalan Putus
Kategori : Merbahaya
Punca : Hujan lebat berterusan 
Daerah : Tambunan
No.Laluan: R 500
Nama Jalan : Jln K.Kinabalu-Keningau-Tenom
CH/KM : CH 52.050/KM 61
950
Lokasi/Landmark : Air Terjun Masakob
Anggaran Kaw: 30m

Status Laluan : Tidak boleh dillaui oleh semua jenis kenderaan
Jalan Alternatif : Jalan Ranau Tambunan
Jalan Kimanis - Keningau
Catatan : Tiada apa-apa kemalangan jiwa atau pun kenderaan yg terlibat.

Updated by:
Lintasan Resources Sdn Bhd

Para pengguna disarankan agar mengambil langkah lebih berhati-hati bila memandu kerana keadaan cuaca hujan ini diramalkan akan berterusan selama 2 hari

Tuesday, September 14, 2021

TANAH RUNTUH: PENDUDUK LEGA SAPP DAN DBKK DATANG MEMBANTU


TANAH RUNTUH: PENDUDUK LEGA SAPP DAN DBKK DATANG MEMBANTU

KOTA KINABALU, 14hb September 2021 - Hujan lebat berterusan minggu lalu menyebabkan beberapa struktur  pagar dan Parit di Taman Kim Leng, Likas mengalami kerosakan.

"Pihak kami menerima aduan berkenaan runtuhan ini daripada tuan rumah," ujar Dexter Chin, Naib Ketua Pemuda SAPP.

"Saya telah menghubungi tuan rumah Mr Chee dan Pegawai dari Jabatan Kejuruteraan DBKK, Tuan Richard.

Oleh kerana runtuhan melibatkan fasiliti DBKK dan rumah penduduk, satu pertemuan diantara Tuan rumah dan Pihak DBKK telah diatur agar mendapat penyelesaian menang-menang untuk kedua belah pihak.


Tuan rumah dan pihak DBKK telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama untuk membaiki kerosakan akibat runtuhan tersebut.

Pegawai penyelia DBKK telah memeriksa keadaan tanah di kawasan runtuhan dan akan memulakan kerja-kerja pembaikan dalam tempoh dua hari ini manakala tuan rumah akan  mengaturkan kontraktor mereka untuk membaiki pagar yang runtuh.

"Untuk makluman, penduduk yang mengalami masalah seumpama ini, bolehlah memaklumkan kepada pihak berwajib melalui hotline mereka atau pihak kami. Kami akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak DBKK untuk isu-isu seumpama ini," kata Dexter Chin lagi.