PENAMPANG, 29 Jun 2020: Naib Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Aloysius Danim Siap hari ini mengecam Kerajaan Negeri kerana tidak bersungguh-sungguh mencari penyelesaian jangka panjang menangani banjir besar di Penampang dan kawasan lain akibat hujan lebat pada hari Sabtu baru-baru ini. Beberapa kawasan ditenggelami air banjir hingga dua meter.