Search This Blog

Thursday, May 5, 2011

Dunia lebih aman tanpa Umno-BN, kata Nik Aziz

Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam. Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, dunia lebih aman tanpa Umno-Barisan Nasional (BN).
“Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden),” kata beliau kepada pemberita dipejabatnya di sini kelmarin.

Ujar beliau, “Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam.  Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.

“Tidak timbul soal pengganas dalam hal kematian Osama. Sepatutnya kita berdoa sekiranya mengetahui ada orang Islam meninggal dunia,” kata beliau yang Mursyidul Am PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam reaksi spontan ekoran terbunuhnya Osama dilaporkan menyebut dunia akan lebih aman, selamat dan adil berikutan kematian Osama.

Kata Nik Aziz, sekiranya Osama benar-benar dibunuh seperti diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Husain Obama, beliau mendoakan rahmat Allah ke atas rohnya dan keampunan Allah swt buat Osama.

“Sebesar mana pun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.

“Adapun keterlibatan Osama dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Barat,” terang beliau.

20 comments:

  1. Umno adalah parti racist!

    ReplyDelete
  2. Kematian osama adalah adil utk apa yg dia telah lakukan dan juga adil buat keluarga yg telah kehilangan orang yg tersayang sepanjang kempen keganasan yg dipelopori oleh osama sendiri.

    Saya setuju bahawa kempen perang barat terutamanya penglibatan US sendiri dlm memerangi Afghanistan adalah satu kesilapan yg besar, namun pilihan utk menangani kepala rangkaian pengganas ini tidak terbentang melainkan satu2 cara iaitu keganasan dilawan keganasan. saya percaya saluran diplomasi adalah gelap dan mustahil dlm kes2 yg melibatkan keganasan global. apa yg anda boleh lakukan dgn serangan bom berani mati yg dihoskan oleh pengganas? ia berlaku hampir setiap hari di timur tengah. Ulasan Mahathir terhadap kematian osama baru2 ini juga sangat mengecewakan. dia berkata " tindakan AS seperti manusia tidak bertamadun berikutan membunuh orang yg tidak bersenjata". Komen saya, apa yg telah osama lakukan atau keterlibatanya secara langsung dlm pesta "memenggal kepala" dgn melaungkan kata2 keagamaan adalah lebih tidak bertamadun. mereka bukan sahaja memenggal kepala tahanan perang malah menangkap/menculik warga barat & eropah serta yg berkaitan yg hanya samada melancong, berkerja atau menjadi wartawan, lalu memenggal kepala mereka atas dasar keagamaan dan balas dendam walhal mereka tidak ada kena mengena langsung dengan dendam antara Kristian dan muslim. Adakah ini tindakan manusia yg bertamadun? saya lebih suka kalau US menangkap osama dan memancung lehernya di khalayak ramai dan mempamirkan badannya yg tidak berkepala kepada umum. itu adil utk perlakuanya sepanjang hidupnya. Walaupun sebagai umat Kristian kemaafan dan sifat pengampunan itu ditekankan tetapi tindakan membunuh osama adalah satu usaha terbaik utk mengimbangi perbuatanya.

    Bagi Kristian, tidak timbul soal 'biar ia berdosa asalkan dia mati dlm agamanya'. Dosa tetap dosa dan dosa osama tidak akan terampunkan dlm konsep Kekristianan melainkan Tuhan melakukan sebaliknya. Mujurlah osama mati dlm agamanya kerana penganut agama ini boleh diampuni sebaik mereka mati apa lagi jika ada lebih banyak ulama seperti nik aziz menhalalkan perbuatan osama atas dasar jihad.

    ReplyDelete
  3. saya yakin setiap agama melarang penganutnya melakukan keganasan.

    ReplyDelete
  4. sememangnya keganasan itu dilarang sama sekali dalam setiap agama.

    ReplyDelete
  5. semoga Osama sempat untuk bertaubat atas segala keganasan yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  6. Agama Islam adalah agama yang cintakan keamanan, ia tak inginkan keganasan. hal berkaitan kematian dan dosa dan pahala bukanlah urusan Manusia, ia adalah urusan Allah Swt. samada Osama mati dalam agamanya atau tidak itu bukan urusan kita. Allah yang menentukannya.

    ReplyDelete
  7. DS Najib kata "harap dunia lebih aman dengan perginya Osama" , kita harus faham faham bahawa
    Osama adalah alasan Amerika untuk menyerang negara Islam seperti Afhanistan. Bila dah tak de Osama Amerika patutnya tak ada alasan untuk berada serang negara lain. misi di Afganistan dah selesai. Amerika sepatutnya keluar dari Afganistan.

    ReplyDelete
  8. NIk Aziz kena buat pernyataan yang lebih bernas. UMNO langsung tak mengugat keamanan dunia.

    ReplyDelete
  9. Can't believe Umno-BN is held in such high regards that it was able to affect WORLD peace.

    ReplyDelete
  10. Hukum karma. Yang baik akan dibalas dengan kebaikan & yang jahat akan dibalas dengan kejahatan.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya pengaruh BN adalah sangat besar.

    ReplyDelete
  12. Bukanlah. Dunia Malaysia akan lebih menjadi aman jika tidak ada pembangkang. Jika semua parti adalah kerajaan pasti negara kita ini akan aman. Tapi kerana ada pembangkanglah negara kita menjadi huru-hara.

    ReplyDelete
  13. Rakyat kita mahukan keamanan..Kita tidak mahu keganasan dan kekecohan. Hidup aman lebih dititik beratkan oleh rakyat. Politik tidak salah tapi biarlah aman dan tenang.

    ReplyDelete
  14. “Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden),”

    begitulah pandangan pemimpin pujaan ramai yang giat mempolitikkan apa sahaja yang ada disekelilingnya semata2 untuk merealisasikan impian mereka merampas putrajaya dan jawatan2 kabinet.

    Dr M dan Najib masing2 mengemukakan pandangan yang diluar dari kepentingan politik. tapi Nik Aziz mengemukakan pandangan dengan mempolitikkan pandangan orang lain.. inikah contoh pemimpin yang profesional, cekap, adil etc.. pehh

    ReplyDelete
  15. cuba Nik Aziz buktikan bila masa pula umno tolak Islam.. pandai2 ja si tua bangka ni buat teori sendiri.

    berdasarkan kenyataan dan pendirian Nik, jika PAS memerintah pasti lebih ramai pengganas di negara ini samada yang dilahirkan oleh PAS mahupun pengganas2 luar yang datang berlindung dengan kerajaan PAS...

    semua pesalah yang terbukti melakukan kesalahan adalah sama tidak kira apa pun agama yang dianuti....

    confirm PAS dapat telur lagi PRU akan datang..

    ReplyDelete
  16. Jika orang islam kata seseorang berdosa, akan ditentukan oleh Allah.

    Jadi, kenapa pula hendak mahkamah syariah? Kenapa hakim syariah juga manusia yang berdosa macam kita menentukan siapa salah?

    Jangan saja cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  17. 2,977 innocent people were killed that day. Osama bin Laden doesn't deserve any prayers.

    ReplyDelete
  18. I would like any muslims who can answer my question since you guys always says whoever committed sin, he/she will be judge by Allah.

    Then, why we need a Syariah court for and judge by human @ sinner like anyone one of us? Is the so called Syariah judge can replace Allah judgement?

    ReplyDelete
  19. Aman lagi dunia kalau semua tahu jaga mulut. hehhee

    ReplyDelete
  20. Saya cuma harap negara kita akn lebih harmoni :)

    ReplyDelete