Search This Blog

Tuesday, June 14, 2011

Formula "PR Plus SAPP" baik dan sesuai

FORMULA PENYATUAN gagasan pembangkang bernaung dalam satu bumbung apa yang dipanggil “ PR plus SAPP” sememangnya suatu langkah yang sesuai malah kemunculannya telah dinanti nantikan oleh penyokong masing masing kerana selagi pembangkan tidak sekata dalam apa juga strateginya untuk menumbangkan BN pada PRU13 tidak akan kesampaian.

Malahan pembangkang akan terus menjadi bahan ketawa baik dipihak BN mahupun rakyat disekeliling yang sudah tentu akan menambahkan lagi kemudaratan dari segi moral dan pengaruh parti parti masing masing dalam pembangkang kerana rakyat akan melihat isu ketidak sepakatan itu sebagai kayu ukur kepada kematangan pemimpin pembangkang dalam menyelesaikan kekalutan itu.

Perang mulut dikalangan pemimpin yang disibukkan oleh media setiap masa merupakan perkara biasa dalam percaturan politik, tetapi signifikannya pemimpin harus bijak mencari formula yang terbaik bagaimana menjatuhkan parti lawan seperti BN yang dilihat sebagai gagah perkasa.

Jikalau gagasan pembangkang terus menerus bermusuhan sambil mendewa dewakan ideology dan kekuatan politik masing masing sambil mengaku pernah melakar sejarah kegemilangan politik itu dan ini tetapi musuh didepan mata kelihatan gagah perkasa, mampukah ia ditumbangkan dalam keadaan pembangkang bergelut sesama sendiri?

Ada juga orang berkata…” Kalau inilah kelibat pembangkang..jangankan menumbang BN…menggoncangnya pun belum tentu dapat dilakukannya”. Begitu sekali kata kata masyarakat sekeliling yang mungkin sudah bosan dan muak melihat perangai pemimpin pemimpin pembangkang yang sering tidak sehaluan.

Bersyukur apabila kenyataan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee baru baru ini dimana beliau sudah memberi isyarat positif kepada formula baru penyatuan gagasan pembangkang yang dipanggil “PR plus SAPP” sekaligus membuka ruang untuk penyatuan kerjasama dalam pembangkang untuk menentang BN pada PRU13 akan datang ini.

Sekiranya formula ini berjaya dimaterialisasikan pihak pembangkang tidak mustahil menghadapi laluan sukar untuk menumbangkan BN pada PRU13, sebaliknya BN dan UMNO akan melihat kebangkitan pembangkang menerusi formula baru disifatkannya sebagai kedudukkan tidak selamat bagi BN diSabah.

Spekulasi negatif semakin menular dikalangan masyarakat sekeliling yang merasa sangsi keupayaan “ PR plus SAPP” mengageh agehkan kawasan DUN dan Parlimen calun parti masing masing ketika PRU13, ianya memang satu satunya persoalan hangat namun gagasan itu perlu membentuk satu urusetia yang lengkap bagi menyelaras segala keperluan dalam merumuskan permasalahan yang timbul pada ketika itu.

Seperti kata orang sekeliling…” Kalau BN mampu menyelaraskan 14 buah parti parti dalam komponen BN menjadi satu otak, satu kepala dan satu hati dalam satu tujuan…mengapa pula gagasan pembangkang tidak boleh melakukannya sedangkan ia hanya merangkumi 4 parti didalamnya,”. Dalam ertikata yang lain bahawa ianya mampu dilakukan sekiranya pemimpin pemimpin pembangkang mempunyai kesungguhan untuk melakukannya berteraskan ketelusan, kejujuran, keikhlasan, tidak tamak, bertoleransi selain menfokuskan cita cita “Masa untuk perubahan” akan tercapai.

Ingatlah kata kata ini…” Kalau ada kemahuan, disitu ada jalan dan kalau ada keseriusan disitu pasti ada kejayaannya….kita ibaratkan perjuangan itu jikalau sebatang lidi sudah pasti ianya mudah dipatahkan sebaliknya jika ia mengandungi serumpun/seikat lidi tentunya sukar untuk dipatahkan.”.


Oleh: Wartawan Jendelasabah.com 
(Ambrose Mail Matthew) 

16 comments:

  1. Dawalis Kaliron, Dalit KeningauJune 14, 2011 at 3:06 PM

    Stju pendapat ini...berharap semua pemimpin pembangkang membuka mata dan minda kearah merealisasikan formula " PR plus SAPP" dimana agenda ini mampu membaham kekuatan UMNO-BN pada PRU13.

    Marilah bersatu dan bergandingan tangan untuk mencapai matlamat dalam satu tujuan...MASA UNTUK PERUBAHAN!

    ReplyDelete
  2. Adakah anda pasti dengan pemersatuan ini? Pastinya setiap parti yang ada di Sabah ini mempunyai sejarah tersendiri dalam mencorak politik Sabah.
    Bagi Sumandak untuk SAPP ya memang dipersetujui mereka ada beri sejarah terbaik kepada Sabah sebab pemimpinnya lahir daripada PBS.

    Kalau parti PAS memang mana ada sumbangan pun dengan sejarah politik Sabah cuma parti ini mendapat sambutan di kalangan Bumiputera Islam yang jelas semboyan undi PAS masuk syurga ada juga kesan rupanya kesan kepada rakyat Sabah.

    Kalau PKR.... memang sangat2 beri sumbangan kepada Sabah sebab pemimpin dia semuanya bekas pemimpin USNO, BERJAYA, UMNO, PBS, SAPP, PAS dan BEBAS......(pemimpin ada yang kecewa, kecil hati, rasa terpinggir) last2 mahu kuasa mereka sanggup import parti luar tapi kononnya pemimpin orang tempatan. Logiknya pemimpin atasan dia masih juga ba orang luar.

    Pastinya SAPP sahaja la tu yang terbaik untuk menjadi pemimpin Sabah kalo betoi2 mao diikutlah...apa pun Yong Teck Lee orang yang sungguh bijaksana sebab keputusan dia bole buat last-last minit sama ada mao berkawan atau sebaliknya...

    Semoga formula ini sukses jan sahaja menjadi kubur sendiri bagi pihak pembangkang... SAPP punya penyokong ramai banding parti lain... makna SAPP akan menerajui pemersatuan ini!!!

    ReplyDelete
  3. Kita tunggulah dan lihat sama ada SAPP boleh bekerjasama dengan PR.

    ReplyDelete
  4. I can't to see the outcome of this matter.

    ReplyDelete
  5. PAS sudah bagi amaran kepada PKR supaya tidak membolot semua kerusi di Sabah... dalam Pakatan, tidak wujud kesefahaman dalam pengagihan kerusi.. lagilah jadi masalah jika SAPP berkerjasama dengan mereka.

    ReplyDelete
  6. kasut tumit tinggiJune 16, 2011 at 1:35 PM

    Tunggu sajalah pengumuman rasmi YTL jika SAPP akan bergabung ataupun tidak.

    ReplyDelete
  7. kasut tumit tinggiJune 16, 2011 at 1:36 PM

    Tapi rasanya gabungan pembangkang2 ini sukar mencapai kata sepakat. Masing2 ada perjuangan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. "PR Plus SAPP" jangan pula over-confident. BN pun pasti sudah mengatur strategi untuk PRU-13.

    ReplyDelete
  9. jika dilihat mereka ini seperti tidak sefahaman dan sukar untuk bekerjasama..apa pun tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  10. Hold a dinner or luncheon & invite both SAPP & DAP grass root so that they can mingling with each other....

    ReplyDelete
  11. "Formula "PR Plus SAPP" baik dan sesuai"
    Maybe..maybe...But we will just have to wait and see if it is really good and suitable.

    ReplyDelete
  12. In order for this formula to be successful, there must be cooperation and good team work.

    ReplyDelete
  13. bolehkan formula PR plus SAPP ni berjaya? jika mereka bekerjasama pun, pengagihan kerusi akan dimonopoli oleh PR. apapun kita lihat sahaja nnti.

    ReplyDelete
  14. PR tambah SAPP.. Mungkin ini yang terbaik untuk SAPP kerana telah hilang keyakinan dengan diri mereka. Tapi bagaimana pula untuk rakyat? SAPP pernah fikirkah penyokong kecewa kerana SAPP bertindak demikian.

    ReplyDelete
  15. Saya kurang yakin bahawa kedua-dua parti ini mampu bekerjasama.

    ReplyDelete