Search This Blog
Friday, August 24, 2012
Fakta tidak pernah berbohong
Letter to the Editor
Fakta tidak pernah berbohong... Sabah merdeka menjadi negara pada 31 Ogos 1963 kini sepatutnya kita merayakan kemerdekaan Sabah yang ke 49. bukanya 55 tahun seperti yang diwar-warkan dalam tv kerajaan.
Fakta tidak pernah berbohong... 16 September adalah hari malaysia dan perkara itu wajib kita rayakan dengan semangat perpaduan yang tinggi.
Genap 49 tahun, mereka cuba memadamkan ingatan kita terhadap sejarah pembentukan Sabah. melalui pelbagai cara dari buku teks hinggalah ke penulisan sejarah. sadisnya mereka memutar belitkan fakta dengan niat selamanya rakyat Sabah akan tetap tunduk kepada mereka.
Kita dimomokkan bahawa Sabah akan dijajah oleh negara philipin, Sabah akan dijajah oleh indonesia negara Sabah tidak BOLEH berdiri sendiri. Maka dengan pujukan jek buaya pemimpin mereka Negara Sabah dijadikan sebuah negeri ke 13. ini adalah fakta... fakta tidak pernah berbohong, hanya pemimpin BN UMNO sahaja yang beriya-iya mengatakan bahawa apa yang mereka katakan adalah betul dan kita rakyat Sabah harus bersyukur. Hakikatnya Apa yang harus kita banggakan... genap 49 tahun jalanraya kita masih ditakuk lama, jangan bercerita tentang jalan raya di luar bandar, lihat sahaja jalanraya dikawasan bandar teruk dan memilukan. Tak terlawan dengan jalan kampung mereka.
Jahilnya kita rakyat Sabah sanggup melihat negeri Sabah terus menerus diratah, dirogol dan ditelanjangi hanya kerana jawatan, pangkat, wang ringgit dan kebendaan. Isu PTI dan Patai, Tanah adat dirampas, janji dikhianati, rasuah, dan banyak lagi langsung tidak dilayani hanya kerana kita negeri ke 13.
Bangkit rakyat Sabah, bangkit pemuda Sabah, bangkit pemudi Sabah. Ayuh kita pertahankan kedaulatan negeri Sabah, ayuh kita tegakkan keadilan perjanjian Malaysia. kita sudah begitu jauh ketinggalan, mereka sedang bercerita tentang bagaimana untuk memajukan diri mereka, mereka sedang bercerita tentang pendidikan anak-anak mereka, malah mereka sedang bercerita untuk membina jambatan pulau pinang yang kedua.
Kita harus sedar tangki biru, mesin rumput, enjin sangkut, zink, mesin jahit, pukat, pam racun, bantuan kebajikan, PPRT, BR1M, Tayar 1Malaysia, wang RM 100, RM500, Projek-projek kilat dan sebagainya hanyalah gula-gula mereka. Gula-gula yang bakal menjadi racun dan membunuh kita rakyat Sabah secara perlahan-lahan
Generasi muda harus bangkit melawan. Membujur lalu melintang patah, cukup dan cukup sudah. Kita harus hentikan ketidakadilan, kita harus satukan tekad. Mereka bukan tuan kita, kita berhak menentukan nasib kita. Ayuh generasi muda Ketepikan sengketa, pisahkan perbalahan. Ingat kita rakyat Sabah hampir 49 tahun kita merdeka dan hampir 49 tahun juga mereka sewenangnya menjadikan kita sebagai sebagai ulun.
Maka sebab itu, sebagai rakyat tempatan Sabah, ketahuilah tidak ada sesiapa yang layak untuk mempertahankan Negeri Sabah selain daripada rakyat Sabah sendiri. Perjuangan kita adalah kesinambungan pemimpin terdahulu yang bertungkus lumus untuk memerdekan Sabah dan mempertahankan kedaulatan Sabah. berjuang untuk Menang.
July Petrus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masa untuk mengembalikan HAK RAKYAT SABAH!
ReplyDeleteMemanglah Sabah merdeka 49 tahun. Tapi Malaysia merdeka 55 tahun. Sabah hanya sebuah Negeri, jadi Negara yang kita ikut. Maka kita harus ikut perayaan kemerdekaan Malaysia. Memang tidak salah kita sambut sekali merdeka Sabah.
Delete@Hamdan Hadillah 31hb Ogos 1957 Merdeka Malaya memang tu 55 tahun tapi untuk Sabah pada 31hb Ogos 1963 baru tepat.Hari Kemerdekaan Malaysia hanya ada pada 16hb Sep 1963 selama 49 tahun saja.
Delete1Sejarah DiTepati ba!
Boleh kita taát satu sebab saja selepas Malaya Merdeka diikuti kemerdekaan Sabah selepas 6 tahun.
Orang kata:"Ingat nama anak ingati bapa".Tapi jangan UMNO kata Sabah wujud kerana perjuangan mereka saja.
Untuk Sabah,ABU!
@hamdan Hadillah dengar betul2 minit ke 3:17... Sabah Negeri atau Negara?
Deletehttp://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI
point 18 dalam perjanjian yang telah lama di cabuli, Name of head of state for Sabah and Sarawak, Yang di-Pertua Negara
http://www.youtube.com/watch?v=a6zmkLFrfeo
Janganlah kita asyik bertengkar kerana hal ini. Tak pasal-pasal kita pula yang 'tak merdeka' nanti kalau bergaduh gara-gara isu ni saja.
DeleteJangan butakan diri tu dengan sejarah. Malaya dan sabah merdeka pada tarikh dan bulan yg sama, yg beza tahun. Sambut merdeka bersama-sama tetapi tahun mesti berbeza, malaya 55 tahun, sabah 49 tahun.
Deletekan bagus kalau tokoh2 sejarah tampil dan membuat penjelasan...tidaklah ahli2 politik memutar belitkan fakta.
Delete@Hamdan Hadillah - Perbetulkan fakta kamu
Delete1. Malaysia tidak pernah dijajah, maka tidak ada hari kemerdekaan
2. Sabah adalah salah satu negara yang menubuhkan persekutuan Malaysia, bukan negeri
Maka Tuan Hamdan Hadillah, kembalilah kamu ke sekolah untuk belajar sejarah negara borneo utara, dan seterusnya dikenali sebagai Sabah.
Sabah dan Malaya mereka pada tarikh yang sama tapi tahun berbeza. apapun sambutan kemerdekaan kena dilakukan dgn penuh patriotisme.
DeleteStand up SABAHAN and be counted! Ini Kali La..Tuuuukar!
ReplyDeletebising saja kau cakap tukar tukar tukar...tukar kepada apa? kalau PR habislah kita sebab tu pendatang asing semua akan dapat status penduduk tetap...tiada gunalah perjuangan RCI..
Delete.....tukar dengan sau nyuk bah........!!!!!!!
DeleteThe people will know what is best for them when the time comes.
DeleteSabah tidak mungkin berubaha selagi rakyat sendiri tidak berubah. Undilah dengan bijak.
DeleteIF WE DON'T FREE OURSELVES FROM MALAYAN DOMINATION & COLONIALISM, WE WILL REMAIN 50 YEARS BEHIND THE TIMES.
ReplyDeleteYES WE MUST ARISE & UNITE TO FIGHT FOR REAL SABAH INDEPENDENCE!
mahu kasi salah siapa? salahkan pemimpin terdahulu kah?
DeleteMeremamg bulu roma membaca. Tolong sampaikan...
ReplyDeleteMeremamg bulu roma membaca. Tolong sampaikan...
ReplyDeleteKalau sudah fakta tidak perlu disembunyikan lagi.
ReplyDeleteKenapa tiada ahli sejarah yang tampil untuk jelaskan keadaan sebenar? Ahli politik yang aktif suarakan isu ini.
DeleteFakta memang tidak berbohong tapi dari kita saja bah tu mahu percaya atau tidak.
ReplyDeletesendiri mahu nilai lah...
DeleteSesuatu perlu dilakukan supaya isu ini tidak lagi menjadi bahan utk dipolitikkan.
ReplyDeleteya...perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan daripada pihak2 tertentu untuk mengaut kepentingan dan keuntungan dari isu ini..
DeleteHarap hal ini dapat dijelaskan supaya rakyat lebih faham dan tidak ada lagi yang cakap kononnya fakta sejarah diputar belit.
ReplyDeletebetul tu...ahli2 sejarah harus tampil ke depan..
Deletesetuju dengan gomez, pakar2 sejarah harus berikan pandangan mereka.
Deletekalau yang rajin tu buatlah kajian sendiri di arkib ka mana2 sumber untuk perolehi bahan bacaan dan kajian tersebut.
DeleteSejarah harus difahami secara mendalam dan bukan manipulasi untuk kepentingan diri.
DeleteMalaysia tidak pernah merdeka... Mengapa??? Pernahkah Malaysia dijajah??? TIDAK!!! Apa yang perlu disambut ialah Hari Malaysia (Malaysia Day)... Dengan mengatakan Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing... Kalau betul Malaysia dijajah, siapa kah yang menjajah Malaysia? Setahu saya, hanya North Borneo(Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang dijajah oleh kuasa asing iaitu British... Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963... Maka, jangan keliru akan perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan malaya...
ReplyDeleteAda keperluan untuk fakta dan kronologi sejarah Malaysia disusun semula.
DeleteSiapa cakap 31/08/57 itu hari kmerdekaan Malaysia, fakta sejarah menjelaskan bahawa Malaysia hanya ujud selepas perjanjian 16/08/63 ditandatangani melalui gabungan 4 negara iaitu Sabah, Sarawak, Singapoe dan Malaya...
ReplyDelete31/08/57 itu kemerdekaan Malaya bkn Malaysia....
Sabah ada hak meraikan kemerdekaan nya sendiri sama seperti Malaya...
Ketika YTL jadi CM Sabah dahulu dia mengikut tahun 1957 atau 1963 pada hari Merdeka?
ReplyDeleteSiapa dapat cari jawapan?
Hadiah-"seekor sotong ba"!
haha..Ytl tu masa ada kuasa mana ingat apa-apa.
DeleteYTL hanya pentingkan diri sendiri. Asalkan dia ada kuasa dan duit, dia mana mo peduli apa2x pun.
DeleteEntah2 sama juga dengan yang sekarang.
DeleteYong Teck Lee mudah lupa.
DeleteMerdeka apa..sudah tubuhkan Malaysia pun, Sabah 'dijajah' pilakkk
ReplyDeleteRCI sudah ditubuhkn untuk atsi masalah pati.
Deletemakin diiktiraf ba mereka ni.tengoklah pasar pelipin yang rata2 bukan penduduk tempatan.
DeleteThis Merdeka thingy makes people confused.
ReplyDeletevery confusing indeed.
Deleteapa tidaknya, buku teks sekolah pun hanya 31 ogos saja diberi penekanan. kalau tentang sejarah Sabah tidak banyak pula.
DeleteHarap kejadian sebenar tentang kemerdekaan Sabah akan dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah supaya rakyat kita tahu sejarah yang tepat.
Deletekita semua harus tahu dan faham sejarah dengan sebaiknya.
ReplyDeletesekarang ini semua pun mahu jadi hero..apa pun, biar rakyat buat pilihan mereka nanti.
ReplyDeletesaya pasti rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka.
DeleteSejarah adalah fakta kebenaran dan tidak harus direka bentuk untuk memuaskan hati.
ReplyDeleteHarap semua rakyat jelas dengan sejarah sebenar kemerdekaan Sabah supaya tidak mudah keliru.
DeleteJiaklau ada salah faham atau kurang jelas faktanya, jelas dan membaiki lagi.
ReplyDeleteAda juga pihak menggunakan isu ini untuk memenuhi kepuasan sendiri.
ReplyDeleteIsu hari kemerdekaan ini asyik dipolitikkan untuk mendapatkan perhatian dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. SAPP mempolitikkan isu berapa tahun Sabah merdeka, Pakatan pula mempolitikkan isu tema, lagu dan slogan Janji Ditepati.
Delete55 tahun itu adalah kemerdekaan MALAYSIA, Sabah dan Sarawak hanya turut tumpang gembira kerana kita juga sebahagian daripada Malaysia.
ReplyDelete"Sabah merdeka menjadi negara pada 31 Ogos 1963 kini sepatutnya kita merayakan kemerdekaan Sabah yang ke 49. bukanya 55 tahun seperti yang diwar-warkan dalam tv kerajaan."
ReplyDeleteini lagi la pembohong.. 55 tahun yang dwar2kan di tv itu adalah kemerdekaan Malaysia bukannya Sabah.. takkan la kerajaan mewar2kan kemerdekaan Malaysia 49 tahun sedangkan ada negeri yang lebih awal dari itu..
"Kita dimomokkan bahawa Sabah akan dijajah oleh negara philipin, Sabah akan dijajah oleh indonesia"
ReplyDeleteinilah salah satu alasan kenapa pemimpin2 dahulu membuat keputusan untuk bergabung membentuk Malaysia..
"ketahuilah tidak ada sesiapa yang layak untuk mempertahankan Negeri Sabah selain daripada rakyat Sabah sendiri"
ReplyDeletetahupun.. maknanya bukan parti atau pemimpin2 politik yang mempertahankan Sabah, sebaliknya rakyat Sabah sendiri.. so jangan la undi mana2 parti politik..
semoga Sabah maju ke depan dan menjadi sebuah negeri yang terkaya di Malaysia suatu hari nanti...
ReplyDeletemasalah PATI/PATAI tentu akan dapat diatasi memandangkan RCI telah diperluluskan oleh PM
ReplyDeletesabah tidak akan berubah selagi rakyat sendiri tidak berubah.ada pla yang tdk kisah perkara ni,ada yang kisah tp tdk ambl tindakan.BANGUN la wahai rakya sabah sekalian.sila la tandatangan petisyen utk PBB supaya sabah bebas dari jajahan malaya.kita harus keluar dari malaysia dan harus memerintah negara sendiri.hasil2 bumi hak kita 100%.
ReplyDeleteRakyat Sabah sentiasa memlalui perubahan dan semakin matang untuk membuat pilihan.
Deletejgn tau komen saja.masuk sini isi spya sabah dapat keluar dari jajahan malaya.
ReplyDeletehttp://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights/sign.html
Pihak2 yang tertentu tidak perlu memutar belitkan fakta
ReplyDelete