![]() |
Jimmy menerima borang permohonan ahli |
TENOM - Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah menegaskan bahawa rakyat jelata di negeri ini mempunyai tugas getir yang amat penting menjelang PRU13 untuk mempastikan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO tumbang pada pilihanraya umum kali ke-13, dimana selepas itu negeri ini dapat diurus tadbir dengan adil dan saksama mengikut lunas lunas demokrasi berasaskan kehendak Perlembagaan Negara.
Katanya, dengan syarat bahawa pembangkang khususnya SAPP perlu mendapat sokongan padu daripada rakyat bagi merealisasikan misi dan visi tersebut dimana tanpa sokongan mereka pastilah BN akan terus berkuasa manakala rakyat akan menderita dengan masa depan yang gelap untuk selama lamanya.
“ Kita mahu semua lapisan rakyat tanpa mengira warna kulit dan keturunan sama ada golongan tua atau muda perlu bangkit menggarap tugas penting ini demi menyelamatkan maruah bangsa dan hak asasi kita yang semakin terhakis ini,” kata beliau pada Sabtu lepas sambil mendapat sorakan hadirin kira kira lebih seratus orang bertempat dirumah Maturin Mohammad di Kg Sawang, Melalap.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC Melalap berkata, terdapat beberapa tanggapan rakyat yang mendakwa kononnya SAPP berkonsepkan perjuangan untuk membela masyarakat Cina adalah tidak benar dimana status perlembagaan parti itu berkonsepkan perjuangan berbilang bangsa (multy racial).
“ Sesungguhnya Presiden SAPP diterajui oleh pemimpin Cina tetapi barisan saf kepimpinan SAPP adalah berbilang bangsa seperti pemimpin KDM, Melayu, Cina yang melambangkan penyertaan semua kaum yang ada di Sabah. Tidak seperti UMNO yang berjuang berkonsepkan satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu,” tegasnya.
“Modus operandi kepimpinan BN adalah mirip kepada sistem “divide and rule” dimana Umno mewakili suku Melayu, manakala Parti Gerakan, MCA mewakili Cina, MIC dan PPP mewakili kaum India…selain itu parti parti lain dalam kelompok komponen BN diSabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada usaha mengecilkan suara mereka dengan mengkelompokkan kaum kaum lain supaya ianya bersais kecil yang mudah bagi Umno menguasainya kerana Umno kelompok yang bersais besar,” tambah beliau lagi.
Jelas Jimmy lagi, strategi itulah yang digunakan Umno dalam mengekalkan kuasanya di Negara ini dimana Umno melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan semua kaum yang bukan Melayu mempunyai parti masing masing sepertimana yang terbukti sekarang ini dimana berlaku lambakan parti parti politik yang ramai bilangannya.
Adalah kerana tegasnya lagi, ianya dilakukan sebegitu rupa merupakan sebahagian daripada strateginya untuk meminimakan suara majoriti kaum lain dalam konteks dasar digunapakai untuk merealisasikan “divide and rule” terus berperanan dengan berkesan bagi mencapai matlamat dan cita cita Umno yang mahu membolot kuasa mutlak di Negara ini untuk selama lamanya.
“Kita selama ini telah didungukan oleh kepintaran Umno menggerakan strategi secara senyap divide and rule yang diwarisinya daripada penjajah British yang berjaya menundukkan pejuang Melayu dizaman sebelum Malaya Merdeka pada tahun 1957,” jelas immy lag.
“Inilah perkara yang kita perlu sedar dan kita hendaklah berusaha melepaskan diri kita daripada cengkaman taktik Umno itu dan seterusnya kita berazam untuk mengubah sistem yang ada sekarang kepada suatu sistem yang lebih baik dan mesra rakyat,” tambahnya.
“Kita juga mengharapkan supaya hasrat SAPP tidak disalah tafsirkan kepada suatu pengertian yang negatif tetapi niat kita sekadar ingin membetulkan kepincangan pentadbiran kerajaan BN termasuklah dokumen 20 Perkara perlu dikaji kepincangannya dan seterusnya dilaksanakan supaya tidak timbul kesangsian rakyat berhubung perkara tersebut yang kini banyak dipersoalkan rakyat,” kata Jimmy.
Di akhir majlis, Jimmy turut menerima borang keahlian SAPP yang diwakili Latujin untuk menyertai perjuangan SAPP.
Rumah sendiri kotor tapi mau kasi bersih rumah orang pula.
ReplyDeleteBagus SAPP tutup pintu sajalah.
kenapa sebelum ini SAPP tak tampil dalam berjuang. sekarang baru nak jadi hero.
ReplyDeleteSAPP, rakyat Sabah takkan mudah terpedaya dgn propagandamu.
ReplyDeleteSAPP tetap pilihan dalam hati mu kali ini. Walaupun aku seorang bajau dari semporna. Aku tidak suka sama parti malaya umno yang hanya mempergunakan nama bangsa dan ugama sebagai alat untuk agenda politik.
ReplyDeleteDi Sabah sini lain. Di malaya lain. Lebih baik umno balik ke malaya dan juga membawa pendatang haram balik sekali.
Sebelum PRU mestilah ikhlas untuk kepentingan rakyat, tengoklah apa macam bila sudah menang PRU.
ReplyDeleteRakyat Sabah, ingat apa yang terjadi bila SAPP menjadi kerajaan dahulu. Ingat, jangan sekali melupakannya.
ReplyDeleteOnly those traitors for Sabahans will continue to support blindly for umno to import the illegal immigrants to outnumber the local Sabah native. Say No to party malaya.
ReplyDeleteIf SAPP is not serious, SAPP should stay with BN today to enjoy all the projects.
ReplyDeleteSAPP at least to WALK THE TALK by quitting BN to fight for Sabah autonomy and to protect Sabah rights.
Those who crazy about projects and positions from UMNO are raymond tan, au kam wah and tham yap shin by quitting SAPP in order to enjoy all the duit haram from umno.
ReplyDeleteSAPP-SABAH PENDATANG PARTY/PARTI PENDATANG SABAH
ReplyDeleteYang ikhlas adalah UMNO di bawah Musa Aman.Sabah aman damai sentosa dan sejahtera selama nya.
ReplyDeleteSAPP? YTL? End of road.Lepas GE13 bye bye!
rakyat sudah mula bosan dan muak dengan kata2 dan janji manis pemimpin yang hanya tahu bercakap tapi tindakannya kurang.
ReplyDeleteSAPP masih menyimpan hasrat besar untuk memegang tampuk pemerintahan. buktikan dulu dengan rakyat apa yang mampu SAPP lakukan.
ReplyDeleteYTL sudah banyak tolong rakyat walaupun hanya 2 tahun jadi KM Sabah.
ReplyDeleteMusang bin tidak aman adalah KM yang paling tidak boleh pakai dan paling banyak RASUAH di sejarah Sabah.
Allahku tahu. Jangan kamu kaki pengampu umno memperbodohkan rakyat Sabah lagi.
SAPP sudah banyak berjasa sama rakyat. Hanya orang yang GILA PROJEK dan DUIT HARAM terus gila sama umno yang mengimport PENDATANG HARAM dari negara jiran untuk menindas dan merampas hak2 dan tanah2 orang tempatan di Sabah.
ReplyDeleteUMNO ada kaki judi KM osu dan kaki paling kuat RASUAH punya KM musa. Kamu ingat rakyat Sabah bodoh ke?
Saya pun mahu sokong SAPP kali ini. Saya tidak picaya sama parti import dari malaya lagi. Lebih baik parti import dari malaya tutup kedai di Sabah. Bikin semak saja.
ReplyDeleteini sumua cuma janji2 kosong sebelum pilihan raya..SAPP tidak layak untuk memerintah negeri sabah...
ReplyDeletebiasalah bila mau dapat sokongan janji-jani manis pun ditabur..
ReplyDeleteserahkan saja kepada rakyat untuk membuat pilihan yang mereka rasakan terbaik.
ReplyDeleteSAPP sudah bukti mereka layak memerintah Sabah dan YTL sudah banyak tolong dan berjasa untuk rakyat Sabah walaupun dia hanya KM untuk Sabah 2 tahun.
ReplyDeleteRakyat Sabah sudah sedar parti dari malaya UMNO tidak boleh dipercayai dan diharap lagi sebab semua kaki judi, perumpuan, RASUAH terutama musang bin tidak aman yang paling tiada guna yang menyebabkan Sabah jadi termiskin dan mundur di Malaysia.
Memang soi orang umno. Baliklah ke malaya bersama2 PATI mereka
banyak lagi parti sabah yang boleh memimpin sabah selain SAPP yg jaga tepi kain orang saja!! pi makan jagung la SAPP!!!
ReplyDeleteikhlas kah? apa bukti SAPP ikhlas?
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteYTL sudah banyak tolong rakyat walaupun hanya 2 tahun jadi KM Sabah.
Musang bin tidak aman adalah KM yang paling tidak boleh pakai dan paling banyak RASUAH di sejarah Sabah.
Allahku tahu. Jangan kamu kaki pengampu umno memperbodohkan rakyat Sabah lagi.
September 23, 2011 10:19 AM
----------------------------------------------
apa yang YTL banyak tolong? tolong kikis duit dalam SAS kah? sabah di bawah pentadbiran musa aman selaku KM, telah banyak berubah dan membangun dengan pesat dengan rizab simpanan negeri bertambah...
ianya terpulang kepada rakyat sabah...rakyat sabah tahu menilai siapa yang ikhlas dan tidak..
ReplyDeleteSAPP banyak bising saja pasal satu2 isu...lepas tu senyap...tiada tindakan susulan..ada isu baru, bising2..lepas tu senyap lagi...macam tu lah seterusnya...
ReplyDeletepemimpin macam ni kah yang rakyat sabah mahu? lemah, dan tidak proaktif..jadi, apa kekuatan SAPP? selain daripada bercakap..
saya tidak percaya ni SAPP ikhlas...nanti lepas berkuasa, SAPP akan memerintah secara kuku besi..
ReplyDeletemasing2 tengah mengumpul senjata, kita tengok nanti PRU senjata siapa paling power.
ReplyDeleteedward: apa yang YTL banyak tolong? tolong kikis duit dalam SAS kah? sabah di bawah pentadbiran musa aman selaku KM, telah banyak berubah dan membangun dengan pesat dengan rizab simpanan negeri bertambah...
ReplyDelete-----------------------------------------
Kenapa tuduh YTL pasal SAS pula? Jika kamu kaki pengampu umno berani, heret YTL pergi mahkamah, kenapa tahu fitnah saja? Kenapa takut pula keluar WHITE PAPER untuk menyiasat siapakah yang terlibat dalam kejatuhan SAS?
musang bin tidak aman buat apa dalam 9 tahun sebagai KM? Dia hanya tahu merampas tanah orang kampung. Dia berjaya menyebabkan Sabah menjadi TERMIKIN di Malaysia. Hanya orang macam kamu yang mahu jaga periuk nasi menyokong pemimpin yang RASUAH macam musa babi buta.
Where is 3 billions in state coffer as claimed by stupid musa? If state government has 3 billions, why no money to build a 4 millions bus terminal in KK and need to beg money from KL?
ReplyDeleteWhy Sabah UMNO owed Sabah water department RM1 billion? Why no money to pay?
Why need to issue RM544 million bonds?
Only FOOL will believe you.
musa adalah KM yang paling tiada guna di sejarah Sabah.
ReplyDeleteKenapa diseluruh Sabah ada penjaja dari pakistan? Bila kah kerajaan Sabah sudah tukar undang2 pendatang haram boleh berniaga sesuka hati tanpa lesen? Ini bukan kerja musang siapa lagi ketua keselamatan negeri Sabah?
Ikhlas atau tidak itu SAPP sendiri tahu. Rakyat hanya menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.
ReplyDeleteBaguslah kalau SAPP ikhlas untuk menangani masalah rakyat Sabah. Tapi biarlah rakyat sendiri menilai keikhlasan SAPP itu.
ReplyDeleteJangan hanya cakap saja SAPP. Ikhlas dimulut tapi dihati hanya mahu menipu rakyat.
ReplyDeleteBagus juga SAPP memperjuangkan untuk rakyat Sabah.
ReplyDeleteUMNO tidak boleh dipakai lagi di Sabah. UMNO adalah virus pembawa PENDATANG HARAM masuk ke Sabah.
Jika SAPP tidak ikhlas, SAPP masih dalam BN hari ini.
ReplyDeleteAku tetap sokong SAPP kali ini. Aku tidak percaya sama UMNO lagi terutama niat jahat dari kuncu2 umno. JAHANAM!
Benarkah mereka ikhlas? Mesti rakyat Sabah tertanya-tanya dengan keikhlasan SAPP. Apa pun kita mahu biarkan kita bertanding dengan cara yang bersih. Rakyat Sabah haruslah bijak menilai sendiri perkara sebegini.
ReplyDeleteHanya yang tidak ikhlas masih dalam BN yang dasyat dan jahanam terus menipu duit rakyat.
ReplyDeleteyang penting, parti komponen BN di Sabah sedang berusaha menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat seperti menubuh jawatankuasa kecil dalam menangani isu2 tanah-rampas dan PATI dan juga memajukan sektor pembangunan
ReplyDeletebiarlah rakyat Sabah menentukan siapakah yang akan memerintah bila tiba musim PRU-13 nanti
ReplyDeletebiarlah parti yang menang dlm PRU-13 nanti ikhlas dan akan lebih prihatin terhadap suara rakyat serta mengutamakan pembangunan khasnya di luar bandar
ReplyDeletejika SAPP ikhlas, pasti rakyat memihak kepada mereka, jadi tunggu dan lihat sahaja keputusan PRU-13 nanti
ReplyDeleteharap PRU-13 nanti tidak ada penglibatan 'phantom voters', baru adil...
ReplyDelete“ Sesungguhnya Presiden SAPP diterajui oleh pemimpin Cina tetapi barisan saf kepimpinan SAPP adalah berbilang bangsa seperti pemimpin KDM, Melayu, Cina yang melambangkan penyertaan semua kaum yang ada di Sabah. Tidak seperti UMNO yang berjuang berkonsepkan satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu,”
ReplyDeleteSaya sokong parti yang berbilang kaum. Malaysia dibentukkan atas berbilang budaya dan bangsa, setiap kaum seharus diberi keutamaan.
Masing-masing menilaikan sendiri. Jangan tersalah pilih, sebab pilihan masa kini akan membawa punca dan kesan di masa akan datang.
ReplyDeleteAdakah SAPP maish mendapat sokongan dari orang Sabah? Cuma rakyat sendiri yang tahu jawapannya. Semoga SAPP betul-betul bertujuan memperjuangkan untuk semua rakyat Sabah.
ReplyDeleteRakyat selalu terpedaya dengan janji kosong. Setiap janji seharus ditunaikan untuk mendapatkan sokongan yang berterusan.
ReplyDeleteNot sure the people of Sabah still give chances and support to SAPP to lead the state? Hope SAPP proven by more action.
ReplyDeleteDatuk Teck Lee dalam tempoh 2 tahun sebagai Ketua Menteri mengarahkan Jabatan Tanah overtime mengkeluarkan 47,000 geran tanah NT kepada bumiputra kita di Sabah. Siapa yang masih ragu ragu kejujuran Yong Teck Lee dan SAPP, cuba kasih tahu lah kita, mana satu ketua Menteri yang peranah buat sebegitu demi kepentingan bumiputra?, Pairin KM 9 tahun,? Musa 9 tahun? Apa ada? Sabah kini sudah jadi yang termiskin. Saya rasa sediah kerana ada lagi di golongan orang yang mampuh jadi hamba orang semenanjung dan UMNO. Malang sekali!! Malu sekiali!!
ReplyDeleteName us another leader and another party who dare to stand up against the giant BN. My fellow Sabah people. Would you like to trust more on those lamb duck ministers and YBs than a Sabah party who is willing to sacrifice and take risk to fight against the most powerful party and survive the attack by 16 BN parties and 3 Pakatan parties who are in government. SAPP has the will and the courage to stand up for the people but Sabah can only succeed when the people are united. As a Sabahan, it is my responsibilities to support the Sabah struggle. Sabah should no longer be bullied and mistreated and robbed of our resources. Our people should be enriched by what God has endowed to us. It is our duty to protect the rights of Sabah.
ReplyDeleteFor those of you who continued to asked silly questions and without a heart for your own Sabah, go ask your father or your fore-father for forgiveness for your stupidity, ignorance and cowardity.!!
Sincere or not, its up to the people to judge.
ReplyDeleteWHen election comes, everyone should do their responsibility in casting votes. Vote for the best party for Sabah.
ReplyDeleteHoping not much NATO but take serious action to prove their ability and sincerity to work for the people, to strike the best for the people.
ReplyDeleteAdakah rakyat masih memberi peluang untuk SAPP di PRU akan datang, susah nak diperkatakan.
ReplyDeleteMalaysia memerlukan parti yang bercorak dan berciri berbilang kaum dan bangsa. Hakl kesemua bangsa diberi perhatian dan diutamakan.
ReplyDeletePeluang cuma diberi kepada parti yang berhasrat bersuara dan berjuang demi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Kelemahan dan perkembangan yang lembap menyebabkan lebih banyak suara negatif dari rakyat dan bertujuan untuk melompat parti.
ReplyDeletePerjanjian 20 perkara seharus ditunaikan. Keikhlasan BN terhadap rakyat Sabah perlu dibuktikan.
ReplyDeleteSAPP sudah terdesak kerana tidak ada sokongan rakyat Sabah.Siapa kritik YTL tetap kena maki hamun oleh ahli nya.
ReplyDeleteKepada SAPP siapa sokong lain parti adalah bodoh.Tapi mereka lupa siapa sokong SAPP adalah tolol dan kelabu asap.
Doesn't matter which party you want to support so long as you don't support the parties that rob Sabah and treat our people as orang bodoh and giving bumi status to the new citizens. Don't be the one destroy the future of Sabah and the children of Sabah.
ReplyDeleteSAPP is well accepted by all the Sabah people now. All the party import should be sent back to malaya whose intention here only to rob and steal our Sabah people natural resources!
ReplyDeleteSiapa yang sokong parti dari seberang adalah pembelot dan pengkhianat kepada bangsa dan negeri Sabah.
ReplyDeletePembelot ini hanya mementingkan diri-sendiri supaya dapat projek dari pemimpin dari malaya bukan ikhlas untuk memperjuangkan otonomi untuk Sabah.
Rakyat Sabah bukan sebodoh macam kaki pengampu parti malaya UMNO dan PR hari ini. Kita tahu pembelot ini tahu saja berfitnah dengan niat setan sama parti pembangkang tempatan SAPP.
Semua rakan kampung saya akan undi SAPP kali ini.
SAPP pulled out of the BN not because they did not have confidence in the then Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, but Yong Teck Lee wanted to be appointed a Senator and be made a federal minister. when he did not get what he wanted, he courted the opposition. he fights with his friends in the BN, now he fights with his friends in Pakatan. even Pakatan don’t trust him.
ReplyDeleteWhy we need party import from Malaya UMNO or PR?
ReplyDeleteOnly those opportunists from Sabah desperately need party import from malaya so that they get their rewards from their bosses from malaya after they let their party malaya leaders to steal and rob our Sabah natural resources.
Do we Sabahans continue to allow such TRAITORS to rule Sabah? A BIG NO!
Sabah people is not uneducated like those days. We young Sabah people will stay united to KICK all those party import from malaya OUT from Sabah for good in this coming election.
We will support our local Sabah party SAPP to become next Sabah government.
What so proud of when party malaya leader do not trust of local Sabah leader like YTL?
ReplyDeleteYTL is not a puppet to those party malaya leader and do not like those party malaya Sabah idiots.
YTL is sincerely to fight for Sabah autonomy and people rights by sacrificing and relinquishing all his perks and positions promised from party malaya.
Who are the PURE OPPORTUNISTS if not those from party malaya UMNO and PR?
Time has changed we should think outside the box. It is important to realized do we deserve to be continued colonized due the selfishness and the stupidity of our idiot leaders, ca-hooting with the colonist for personal gains at the expand of Sabahan.This we can deduced from some of the above comments made by those hypocrites and traitors.
ReplyDeleteSAPP????....UMNO???...dua2 pun tak hingin aku....sma sja...ic palsu, dua2 pun raja!!!!!
ReplyDeleteSAPP lebih baik daripada mana2 satu parti import dari seberang biarpun UMNO atau PR.
ReplyDeleteHanya pengkhianat dari Sabah akan terus sokong babi buta sama parti import dari seberang untuk memuaskan kepentingan diri sendiri dan pembelot ini sanggup mengadai ibu bapa dan anak cucu mereka sama orang malaya.
Really? hmmm...
ReplyDeleteEVERYONE WANTS TO RULE THE STATE, DON'T KNOWLAH....
ReplyDeleteSAPP ni buat bising tak tentu saja lah.Boleh 'shut up' tak.Rakyat tidak beli propaganda SAPP.Kita tahu kenapa SAPP keluar BN dan jangan tipu rakyat lagi.
ReplyDeleteKita rakyat tahu kenapa SAPP keluar BN sebab SAPP tidak mahu lihat hasil bumi dan tanah orang kampung Sabah terus dirampas oleh PENDATANG HARAM and pemimpin dari malaya.
ReplyDeleteHanya anjing2 parti malaya dari sabah sokong babi buta sama parti dari semenanjung sebab untuk jaga nasi periuk mereka. Jahanam!
Kasian SAPP ya.Dorang marah kita tidak sokong parti mereka.Orang mereka macam tidak bertamadun dan sopan.Mana boleh panggil lain orang anjing pasal sokong lain parti.Parti samseng agak nya SAPP ni.Macam paksa ikut dia kalau tidak dia nak 'rogol'pula.
ReplyDeleteSepatutnya kaki pengampu umno lagi teruk daripada anjing sebab mereka adalah pengkhianat kepada Bangsa dan negara yang jual MYKAD sama PENDATANG HARAM untuk terus menindas hak2 bumiputra Sabah.
ReplyDeleteAku pun tidak mahu sokong umno lagi sebab mereka import PATI dari negara jiran. Bikin siaaaaL saja umno di Sabah.
ReplyDelete