Search This Blog

Monday, September 26, 2011

Mahu lawan BN atau mahu menangkan BN?

Oleh: Jamain Sarudin

Hakikat bahawa kehangatan pilihanraya semakin terasa bahangnya menjadikan semua pihak mahu menjadi pemenang isu khususnya di Sabah. NCR, SAS, Royalti Minyak, Hak di dalam 20 perkara dan isu berkaitan PATI, Kabotaj, harga barang keperluan, minyak masak, gula dan sebagainya.

Soalnya siapa layak bertanding menentang Barisan Nasional masih menjadi tandatanya disebabkan parti-parti pembangkang masih belum duduk membuat rundingan.

Penduduk diluar Bandar disogok dengan berbagai analisa dan andaian sehingga sudah ada pihak mula mencanangkan isu kaum dan agama. Zahirnya yang bercakap ini adalah orang Sabah sendiri yang sudah terbiasa dengan gaya hidup Sabahan yang penuh dengan keceriaan, muhibbah dan toleransi.

Tapi mula berubah hanya kerana percaturan politik dan terikut-ikut budaya politik Malaya.

Paling menyedihkan bila mereka mula mencanai parti ‘A’ adalah parti Cina dan parti ‘B’ adalah parti nasional. Sejak bila pula kita dididik dengan perkataan kau adalah Bajau dan dia adalah Kadazan sementara yang satu lagi adalah Cina. Hanya kerana nak mempromosikan partinya maka mula ujud senario sedemikian yang sangat menjijikan. Lantaran isu pemenang rakyat demi untuk menjatuhkan Barisan Nasional menjadi perkara ke-3 dan bukan lagi keutamaan. Ini juga pastinya di dorong oleh sikap dan niat seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihanraya.. sedangkan parti yang satu lagi masih mendiamkan diri siapa yang bakal mereka calonkan.

Suka atau tidak suka, semua pihak perlu menjalinkan kerjasama, pengorbanan dan sedikit rasa rendah diri amatlah penting demi mencapai objektif penubuhan parti masing-masing. Pakatan Rakyat perlu berjuang berhabisan untuk menawan Putrajaya dan dengan kedudukan mereka di Semenanjung Malaysia hari ini jelas menunjukkan adanya perubahan ketara dalam stail propaganda Barisan Nasional yang sudah pasti perlu ditangani segera dan sebaiknya oleh Pemimpin Pakatan sendiri.

Sebaliknya Pakatan Rakyat perlu mengorbankan rasa angkuh dan bersikap lebih terbuka apabila menyentuh Sabah dan Sarawak. Di Sabah sebagai contoh Pakatan Rakyat gagal mendapatkan kerusi setelah 2 kali percubaan. PRU11 Pakatan gagal sepenuhnya dan dipalit malu apabila calon Bebas memenangi 1 kerusi DUN (Kuala Penyu-Datuk John Ghani) dan calon bebas memang di parlimen Sandakan (Chong Hon Min). sementara PRU12 yang dikatakan Tsunami politik melanda Malaysia ternyata gagal diadaptasi oleh jentera PR apabila mereka hanya berjaya memenangi kerusi parlimen Kota Kinabalu (Hiew King Cheu) dan DUN Sri Tanjung (Jimmy Wong) kedua-duanya dari DAP. Begitupun sikap tamak dan haloba mereka jelas tergambar apabila menyaksikan pertembungan calon DAP dan PKR dibeberapa kawasan menyebabkan mereka terlepas beberapa kerusi lagi.

Sepatutnya ianya menjadi pengajaran amat berguna buat PR yang mempunyai ikatan longgar di Sabah. Sikap acuh tak acuh dan terlalu bergantung pada populariti pemimpin semenanjung untuk meningkatkan sokongan pengundi menyaksikan PR tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Akibat kebergantungan itu juga melunturkan keyakinan rakyat bahawa PR tidak akan berjaya membina sokongan mantap dan bakal gagal dalam pilihanraya kelak. Kedudukan PR di Semenanjung tidak boleh diambil kira kerana semua taiko mereka berada di Semenanjung dan boleh berunding. Akan tetapi di Sabah mereka terpaksa menunggu keputusan Malaya.. apa nak jadi kalau mereka berjaya membentuk kerajaan kelak. Pasti kerajaan itu bakal dipenuhi dengan si "pengangkat kaki" dan ramailah "Lau San Chu" akan mengambil kesempatan. Masing-masing nak jadi kaya dan berkedudukan.

Maka adalah tiba masanya Pakatan Rakyat memberikan laluan kepada Parti Tempatan iaitu Parti Maju Sabah (SAPP) di bawah pimpinan Datuk Yong Teck Lee, seorang pentadbir yang lebih berpengalaman dan sudah pasti mampu menggalas tugas dengan baik sama seperti yang beliau telah buktikan sepanjang 2 tahun menjadi Ketua Menteri 96-98. Tentu banyak pihak ingin juga mengaibkan beliau dengan memalitkan isu FMU dan SAS. Sebagaimana janji beliau kepada rakyat didalam beberapa ceramah "sebaik sahaja SAPP memeggang tampuk Kerajaan, kertas putih akan dikeluarkan melalui kuasa-kuasa Dewan undangan negeri". Ianya bukan sekadar sebuah janji tetapi boleh direalisasikan melalui Dewan Undangan Negeri. Agak pelik bagi sebuah kerajaan yang mendambakan sokongan rakyat dan memalu gong 1 malaysia dengan slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian diutamakan" sedangkan dalam kes SAS ianya tidak sedemikian.

Sikap berdolak dalik kerajaan ini sudah cukup jelas hanya untuk memanjangkan cerita dan menyembunyikan bukti yang mengaitkan mereka. Takut gajah besar tumbang dan nyamuk menjadi pemenang. Atas dasar apakah Kerajaan terus mendiamkan SAS dikeluarkan kertas putih sedangkan pelabur yang terlibat adalah rakyat. Nyata sekali jauh terpesong daripada slogan 1 Malaysia mereka. Ini menjadi penyebab kenapa isu ini terus cuba dipadamkan dalam senarai Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini. Rakyat Sabah dan pelabur saham SAS dinafikan hak mereka untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Penafian ini sebenarnya berniat jahat hanya untuk menjahanamkan karier politik Yong.

Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini jelas membuktikan bahawa mereka benar-benar serius dalam memperjuangkan isu rakyat dan perkara 20. Terbaru memfailkan saman kepada kerajaan Malaysia berkaitan isu Bornionisasi. Selain terus menerus memperhebat tekanan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Tanah, Kabotaj, Letrik dan sebagainya.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus bersama-sama Parti Maju Sabah dalam satu misi bagi membolehkan Barisan Nasional ditumbangkan pada PRU13 kelak. Kerana pada ketika ini, SAPP merupakan satu-satunya Parti Politik yang tiada pergeseran dalaman, pemilihan parti berjalan dengan lancar dan usaha serta kegiatan mereka terbukti lebih menyerlah berbanding parti yang lain. Akhirnya kita tiba pada persoalan adakah Pakatan Rakyat berusaha untuk melawan Barisan Nasional atau memenangkannya!

59 comments:

  1. It's up to the people whether they will vote SAPP come the next GE.

    ReplyDelete
  2. We'll just wait and see during GE 13.

    ReplyDelete
  3. biarlah cadangan kerjasama PR dan SAPP sudah dipersetujui bersama mulai dari sekarang jika mereka benar2 serius.

    ReplyDelete
  4. parti politik tempatan pasti lebih memahami keadaan2 di Sabah. diharap mereka lebih aktif untuk merealisasikan tuntutan hak dan kepentingan Sabahan.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni semua parti pun berusaha mencari sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  6. apa pun, biarlah rakyat yang membuat pilihan mereka nanti.

    ReplyDelete
  7. Agenda tersendiri akan membantutkan misi sesebuah parti.

    ReplyDelete
  8. jangan bangsa dipolitikkan.

    ReplyDelete
  9. Kalau mahu menang perlulah bersatu jika tidak berkecai la.

    ReplyDelete
  10. Silap langkah semuanya kecundang.

    ReplyDelete
  11. To say that Sabahan is not a racist in general maybe true. But to say that Sabahan is 100% not racist is a very naive opinion.

    ReplyDelete
  12. Harap rakyat dapat membuat keputusan manakah parti yang akan berjaya nanti.

    ReplyDelete
  13. Semua parti kena tingkatkan usaha mereka dan harus pandai mengambil hati rakyat.

    ReplyDelete
  14. rakyat yang akan membuat pilihan parti mana yang harus mereka sokong.

    ReplyDelete
  15. Jangan asyik pertikaikan hak politik masing2 tapi hak kami semua di sini.

    ReplyDelete
  16. Jangan la asyik nak cari gaduh dengan pihak lain, ambil initiatif sendiri, cari jalan bagaimana nak baiki hubungan (mesej ini turut ditujukan kepada DAP)...

    ReplyDelete
  17. jadi, jelas menunjukkan bahawa PR di sabah hanya tamakkan kedudukan dan gelaran sebagai YB..rakyat dibonekakan supaya calon2 PR khasnya DAP menjadi wakil rakyat..

    ReplyDelete
  18. mustahil PR akan bekerjasama dengan SAPP..pasti akan berlaku tikam belakang kerana dua2 pihak tamak untuk berkuasa..

    ReplyDelete
  19. kerajaan negeri tidak berdolak-dalik dengan isu SAS...sudah jelas bahawa yang bertanggungjawab adalah YTL...mengapa YTL enggan bertanggungjawab dalam isu ini dengan mengaku salah dan memohon maaf kepada rakyat negeri sabah? sebaliknya beliau menyalahkan pihak lain untuk menutup kesalahan yang dilakukan..

    ReplyDelete
  20. pemimpin2 sabah diharap tidak terikut-ikut dan mengamalkan budaya politik yang negatif dari Malaya...kekalkan keharmonian antara kaum di sabah dan bertoleransi...

    ReplyDelete
  21. kita tunggu dan lihat pada PRU akan datang sama ada SAPP berpeluang menang tanpa tiket BN atau tidak kerana selama ini SAPP menang di kawasan ditandingi atas tiket BN dan bukannya SAPP sendiri..

    ReplyDelete
  22. gerigitan, SAS dilancarkan oleh Anwar dan Datuk Salleh dalam tahun 1995, apa kena mengena dengan YTL?

    Dalam tahun 1997 kejatuhan pasaran saham Asia bukan saja SAS yang jatuh, kenapa kamu tidak tuduh bos kamu dari malaya UMNO yang menyebabkan KLSE jatuh teruk sekali sampai 279 points dalam sejarah MALAYSIA?

    Kenapa kamu tidak tuduh Ketua Menteri untuk Amanah saham selangor, johor dan melaka juga jatuh teruk sekali dalam tahun 1997?

    Sila guna otak untuk berfikir sebelum buat tuduhan2 yang tidak berasas. Kamu fikir pelabur SAS macam aku sebodoh dengan kamu ke? Insaflah dosa kamu dengan mulut setan.

    ReplyDelete
  23. I doubt this gerigitan knew what is he talking about the SAS. He is just a Wicked and Cunning stupid scumbag who speak evil to please his evil master import from malaya.

    ReplyDelete
  24. Well..can't wait for the 13th GE. Eager to know who will win. Don't just want to win for the sake of winning. Serve the people first.

    ReplyDelete
  25. Its all up to the people to vote wisely.

    ReplyDelete
  26. Agree with atas pagar. If they only focus on winning, they will eventually lose in the end. People are smart enough to know which party is sincere is which is not.

    ReplyDelete
  27. Terpulanglah pada rakyat sendiri untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  28. Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka. So kita nantikan saja keputusannya.

    ReplyDelete
  29. Paling penting para pemimpin harus buktikan kemampuan mereka. Jangan asyik nak menang keranba ia akan bawa bala.

    ReplyDelete
  30. We want changes and not some sort of dramas.

    ReplyDelete
  31. Winning or losing is another thing.

    ReplyDelete
  32. Kalau nak lawan BN macam mana? Diorang yang pegang banyak duit.

    ReplyDelete
  33. We should be prioritized.

    ReplyDelete
  34. Mungkin SAPP perlulah bersama dengan BN dan tidak perlulah berlawan dengan BN. Kerana tidak ada guna bersama dengan PR langsung. Mereka cuma mahu menjadikan SAPP sebagai umpan untuk menarik penyokong.

    ReplyDelete
  35. Kalau mahu lawan teruskan saja tidak ada masalah kalau mahu melawan BN. Menang atau kalau kita tunggu saja keputusan pada pengumuman yang akan diberikan.

    ReplyDelete
  36. Rakyat sendiri yang menilai dan membuat keputusan mana antara parti yang terbaik untuk mereka. Maka BN atau pembangkang kita sendiri tidak dapat memastikan keputusannya. PRU13 lah penentu.

    ReplyDelete
  37. Terpulang kepada ahli SAPP sendiri. Biar atau lawan keputusan ditangan SAPP sendiri.

    ReplyDelete
  38. Rakyat perlulah undi parti yang betul..

    ReplyDelete
  39. all the people who are not satisfied now must be wiser in voting on the next election.

    ReplyDelete
  40. who cares about fighting over or winning over each other? we care about change and a better way of living.

    ReplyDelete
  41. all we have to do now is wait for the next election to come.

    ReplyDelete
  42. kalau parti itu benar2 ikhlas berjuang untuk rakyat tentunya rakyat akan pilih juga

    ReplyDelete
  43. biar rakyat sahaja menentukan kemenangan parti itu dalam PRU akan datang nanti

    ReplyDelete
  44. yang penting setiap parti harus berusaha meyakinkan rakyat yang mereka adalah ikhlas memperjuangkan hak rakyat dan menitikberatkan pembangunan di Sabah

    ReplyDelete
  45. parti yang banyak terlibat dalam rasuah dan gila kuasa tentunya akan disingkir oleh rakyat

    ReplyDelete
  46. nampaknya isu2 NCR, SAS, Royalti Minyak, Hak di dalam 20 perkara dan isu berkaitan PATI, Kabotaj, harga barang keperluan, minyak masak, gula dan sebagainya memang menjadi bahan topik dalam perjuangan setiap parti sekarang...

    ReplyDelete
  47. Semua rakyat hidup dalam berbilang kaum, keharmonian antara bangsa dan agama seharus dipelihara. Unsur-unsur yang bertujuan untuk merosakkan keharmonian seharus diambil tindakan.

    ReplyDelete
  48. Utamakan rakyat, suara penderitaan orang Sabahan seharus diambil perhatian dan diselesaikan. Kepentingan individu dan parti seharus diketepikan. Semoga PRU lebih bersih, adil dan amanah.

    ReplyDelete
  49. Kalau nak lawan, lawan dengan cara dan taktik yang baik, bersih dan amanah. Taktik kotor tidak seharus muncul semata-mata untuk kemenangan. Lebih positif kalau parti dan parti saling bekerjasama dan sebulat suara.

    ReplyDelete
  50. Saingan yang sihat amat diperlukan dalam dunia politik agar parti-parti ini sering mengingati diri sendiri supaya bermaju dan membaiki kelemahan, kalau tidak, mereka akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  51. SAPP menghadapi saingan hebat dari parti lain. Adakah SAPP berjaya menambat hati rakyat di PRU ini tanpa BN, susah untuk diramal.

    ReplyDelete
  52. Adakah rakyat Sabah masih mahu Barisan Najis yang buruk yang menyebabkan Sabah termiskin di Malaysia kecuali kuncu2 UMNO?

    Adakah bumiputra Sabah masih mahu parti malaya UMNO yang mengimport PATI dari negara jiran untuk menindas hak2 orang tempatan?

    ReplyDelete
  53. tidak payah la bekerjasama dengan Pakatan.. nanti masa pilihanraya bergaduh juga tu..

    ReplyDelete
  54. Betul kaat Asrul, kalau nak bersaing, pastikan saingan yang sihat dan tiada taktik kotor.

    ReplyDelete
  55. Cuma SAINGAN SIHAT ini yang sering menggalakkan & memperingatkan supaya setiap individu berusaha lagi untuk membuat lebih baik dan bermaju dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  56. Jika UMNO tidak guna PATI, aku yakin 10000% umno akan KALAH TERUK dalam PRU13 di Sabah. Allahku tahu!

    ReplyDelete
  57. Semua parti mengguna bahan topik sebagai misi perjuangan i.e. PATI, kemiskinan, NCR, loyalties, 20 perkara dll. Siapakah yang betul-betul berniat untuk menyelesaikan masalah di Sabah dan betul-betul berusaha dan berkhidmat untuk orang Sabahan, susah untuk diramal sebab orang Sabah terkena juga dengan janji manis yang tidak dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  58. Adakah rakyat sokong SAPP+UBF? Ini gabungan baru dan tidak tahu gabungan ini betul bersemangat dan sanggup bersuara dan berdedikasi lebih banyak untuk semua rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  59. Saingan antara parti memang kebiasaan, yang menjadi tumpuan semua rakyat adalah parti ini dipilih supaya berusaha dan berkhidmat untuk rakyat. Seharus rakyat diutamakan.

    ReplyDelete