"Saya pun tidak pasti apa tujuan mereka berhasrat mahu bertanding di Sabah pada PRU akan datang," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Lajim Ukin.
BEAUFORT: Kehadiran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dalam arena politik di Sabah tidak akan menjejaskan kedudukan serta kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sabah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Lajim Ukin.
Katanya, seperti yang diketahui ramai, jarang sekali mereka yang terkeluar dari arus perdana politik negara, muncul dan akan mendapat sokongan kecuali Allahyarham Tun Mustapha yang pernah “jatuh” dalam politik tetapi mampu “bangun semula” untuk berjaya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen Beaufort dan Seminar Tranformasi Tadbir Urus Koperasi di Beaufort petang kelmarin dan diminta mengulas hasrat parti Kita untuk meletakkan calon di 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, sesiapa juga pemimpin parti Kita tidak akan memberi impak yang besar kepada kepimpinan Umno dan BN di Sabah mahupun di negara ini.
“Saya pun tidak pasti apa tujuan mereka berhasrat mahu bertanding di Sabah pada PRU akan datang ,ini kerana sudah ada parti-parti dari Semenanjung yang sudah ternama layak dan mendapat sokongan bertanding di negeri ini,” jelasnya.
Katanya, sudah ada parti-parti politik yang rakyat Sabah boleh fikirkan mana yang baik untuk mereka dan ini terbukti dengan keupayaan BN menstabilkan politik di negeri ini khususnya dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi kemajuan negeri Sabah dan rakyat keseluruhannya.
Bagaimanapun, menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai sebuah negara demokrasi, parti Kita bebas untuk datang ke Sabah dan bertanding.
Pada Rabu lepas, Ketua Parti Kita Datuk Zaid Ibrahim berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding di semua kerusi negeri dan parlimen di Sabah.
Kita adalah sebuah parti bebas kerana tidak terikat dengan sebarang perjanjian dengan mana-mana parti di Sabah, tambah Zaid dalam satu dailog bersama ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin Kita Sabah.
Parti Kita cawangan Sabah diterajui oleh mantan menteri persekutuan Datuk Pengiran Othman Rauf. Parti itu kini mempunyai lebih kurang 2,000 ahli di seluruh negeri.
parti Kita tidak mempunyai apa-apa sumbangan pun di Sabah..
ReplyDeleterasanya sukar untuk parti kita untuk mendapat sokongan di Sabah..
ReplyDeletePastikan apa yang akan berlaku seperi apa yang telah dikatakan.
ReplyDeleteJika parti ini mendapat perhatian dan sokongan dari rakyat Sabah, teruskan usaha untuk membawa kebaikkan bersama.
ReplyDeleteBiar rakyat yang menentukan sama ada mereka relevan ataupun tidak.
ReplyDeleteBaik kita tunggulah dan lihat bagaimana rakyat mengundi pada PRU-13 nanti.
ReplyDeletekedatangan KITA ke Sabah takkan memberi kesan terhadap BN, KITA hnya parti nyamuk.
ReplyDeleteKITA pun mahu jadi macam Gerakan?
ReplyDeleteKITA tak dikenali di Sabah, jadi peluang KITA amat tipis.
ReplyDeleteKITA will not get the fully support of fellow Sabahans. Maybe not even half too..
ReplyDeletejangan terlampau rakus sampai mahu bertanding di semua tempat.. untuk jimat kos dan tenaga, baik KITA fokus sahaja di semenanjung..
ReplyDeleteKITA dan Gerakan mungkin lebih baik bertanding di Semenanjung saja. rakyat Sabah pasti hanya akan menyokong parti yang 'familiar'.
ReplyDeletejadi, Gerakan pula menjejaskan BN? sepatutnya mereka lebih sokong kepada parti sekomponen BN.
ReplyDeleteUMNO PUN SAMA SAJA LAH...P BALIK SEMENANJUNG LAH
ReplyDeleteMemang tidak disangka kenapa tiba-tiba Sabah menjadi tumpuan untuk parti lain bertanding pada PRU13 akan datang.
ReplyDeleteBaru-baru ini Gerakan yang ingin bertanding di Sabah sekarang pula Parti KITA mahu bertanding di Sabah? Rasanya dengan kehadiran KITA di Sabah tidak akan menggugat kedudukkan BN Sabh. Lihat sendiri, SAPP parti tempatan Sabah yang lama pun tidak dapat menentang BN Sabah apatah lagi parti baru yang ingin masuk dalam Kerusi Sabah.
ReplyDeletesuruh dia tanding disabah dan kita pakat -pakat bangkrapkan nya..minta duit dulu bah
ReplyDelete