Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Abu Seman Bongkar Rahsia PATI?



"Pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN".

Datuk Wira Abu Seman Yusof

Oleh : MUTALIB M.D

JAWAPAN Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh 33 Ahli Parlimen Malaysia yang mengambil bahagian membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 23 November 2011, adalah jawapan tersirat yang ditunggu-tunggu rakyat Sabah selama ini.

Dalam jawapannya, Abu Seman mendedahkan bahawa bajet rumah transit pelarian Filipina di Sabah dan juga Labuan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Malaysia (Labuan) terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara dan bukannya di bawah Kementerian Dalam Negeri.

“Sehubungan dengan perkara ini, pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN. Jadi, oleh kerana ia bukan di bawah KDN, maka saya tidak boleh dapat memberi maklumat berkaitan dengan perkara ini,” kata Abu Seman yang menjawab rungutan rakyat Sabah, tetapi disembunyikan selama ini.

Jawapan Abu Seman ini menunjukkan bahawa selain daripada KDN, JPN berkuasa penuh ke atas ’Pelarian’ di Sabah, termasuk memberikan MyPR kepada semua pemegang IMM-13 di Sabah dan Labuan.

Dalam jawapannya, Abu Seman turut menyentuh kriteria prosedur pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di bawah peruntukan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.

”Dari jumlah yang dinyatakan, pemberian kewarganegaraan di bawah Perkara 16, adalah berjumlah 428,144 orang sehingga 15 Oktober 2011. Pemberian taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada syarat prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan di Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan,” kata Abu Seman.

Jawapan bersahaja ini membuka ruang minda rakyat Sabah berhubung misteri OPS Gambeling yang merekrut seramai 322,903 orang warga asing Indonesia, Filipina, India dan Pakistan telah diberikan KAD PENGENALAN PROJEK melalui peruntukan nombor kad pengenalan biru:

H 0288001 hingga H0384000
H 0480001 hingga H0576000
H 0609601 hingga H0610000
H 0658001 hingga H0658200
H 0658401 hingga H0659000
H 0666001 hingga H0666400

Bagaimanapun jawapan Abu Seman disanggah oleh Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) Sallahuddin Haji Ayub kerana sebelum ini KDN memberikan jawapan sehingga Ogos 2011, terdapat 1,365,027 orang yang diberikan kerakyatan Malaysia.

Abu Seman hanya berdalih dengan mengatakan maklumat yang beliau ada sehingga 15 Oktober 2011 dan akan memaklumkan secara bertulis berhubung fakta sebenar.

Berapakah jumlah sebenar warga asing yang diberi kerakyatan Malaysia bergantung kepada ’Cerita 1001 Malam’ yang akan digubah KDN kerana hanya mereka ada rekod isteri, adik beradik, anak cucu cicit PATI yang diberi kerakyatan songsang sejak 1970-an hingga 1994, menjelang plot menumpaskan Parti Bersatu Sabah (PBS) melalui pengundi hantu!

Tetapi ’Kerakyatan Songsang’ ini boleh dimasukkan ke dalam Guinness World Record kerana tidak ada seorangpun kaum Cina atau India yang memegang kad pengenalan yang bernombor siri di atas, seolah-olah ketika itu tidak ada kaum Cina atau India yang boleh memiliki nombor keramat yang dikhususkan untuk PATI yang memborong semua Kod 12.

Oleh itu tidak keterlaluan jika Mantan Ketua Menteri Sabah berkata;

”KERAJAAN PERSEKUTUAN boleh mendaftar mana-mana pendatang asing dalam masa tiga minit, tiga jam, tiga bulan atau tiga tahun. TIDAK ADA undang-undang yang menetapkan tempoh dan jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubah corak mengundi di Sabah untuk selamanya, maka ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen.”

22 comments:

  1. Kan ini tarang tarang menipu.UMNO BN mana pasal tipu.Tidak tipu tidak manang.


    Manang manang tipu.Itu tidak asih.

    Gonzales

    ReplyDelete
  2. Pelarian itu dirancang datang ke Sabah untuk mengatasi jumlah orang asal di Sabah.

    Batalkan semua IC PTI dan hantar mereka balik ke negara asal mereka termasuk cucu cicit mereka yang sudah menetap di Sabah walaupun yang sudah jadi YB dan menteri.

    Kenapa rahsia ini tidak dibongkar seawal 1970an?
    Semua pemimpin yang GILA seperti Mahataik, Harris Kaling, dan Musang berjanggut disumbat ke dalam penjara.

    ReplyDelete
  3. UMNO sekong shamsudin yahya adalah pendatang haram dari pilipin. Sekarang boleh jadi YB di Sabah.

    Inilah kerja jahanam umno.

    Jika UMNO tidak guna PATI, mimpilah umno boleh menang di Sabah. Allahku tahu!

    ReplyDelete
  4. The illegal immigrants issue must be resolved before Sabah is flooded by them.

    ReplyDelete
  5. apapun, seharusnya semua bekerjasama dalam selesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
  6. dan mana2 pati yang dpt ic dari jalan belakang harus ditarik balik.

    ReplyDelete
  7. UMNO mesti dihancurkan di Sabah.

    Apabila UMNO dihancurkan di Sabah, masalah PATI di Sabah akan selesai!

    ReplyDelete
  8. setuju dengan komen law, semua harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pati dan bukannya asyik saling menyalahkan.

    ReplyDelete
  9. usaha perlu sentiasa dibuat untuk menyelesaikan masalah pati.

    ReplyDelete
  10. Jika UMNO dihancurkan di Sabah. Aku percaya masalah PATI di Sabah akan selesai.

    Lihat Sarawak, tiada UMNO tiada PATI.

    ReplyDelete
  11. Perancangan harus ada dan ini harus bermula dari kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  12. Pasti ada sesuatu yang dapat dilakukan untuk memberi nafas baru kepada Sabah.

    ReplyDelete
  13. kalau kerajaan persekutuan boleh mendaftar pendatang asing dalam masa 3 minit, sepatutnya semua negeri di malaysia berhadapan dengan masalah yang sama dengan Sabah..

    ReplyDelete
  14. wahai orang sabah yang menyokong BN dan UMNO tunggu nanti kamu akan di tindas oleh PTI dimana sekarang di sabah(Tenom) sudah ada anak pilipin (PTI) menjadi polis di semananjung dan jadi guru di kemabong dan sudah ada anak belajar di UITM selangor sedang kan bapa mereka satu masa lalu sering lari bila polis meronda di pekan....ingat lah wahai penyokong totok UMNO dan BN...kamu akan menunduk dan mengucapkan selamat pagi tuan kepada mereka ini satu masa nanti.

    ReplyDelete
  15. bahaya dan memang bahaya ni Anon..saya pun tidak mau tabik hormat sama ni PATI. orang tempatan Sabah jangan bermalas-malasan. PATI2 ni sekarang mau mengatasi orang tempatan dalam segala perkara.

    ReplyDelete
  16. setakat membongkar rahsia PATI, apa tindakan? mari sama2 sokong penubuhan RCI.

    ReplyDelete
  17. Banyak2 negeri, Sabah saja yang teruk betul masalah PATI nya kan? Apa lagi mahu cover2?

    ReplyDelete
  18. Macam mana mahu cari jalan penyelesaian kalau pemimpin tidak satu hati. Mahu bawa dalang di sebalik masalah ini ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  19. hanya pemimpin umno sabah yang diam pasal PATI.

    UMNO Sekong shamsudin yahya adalah seorang pendatang haram dari pilipin sudah jadi YB UMNO.

    Apabila umno dihancurkan di Sabah, aku yakin masalah2 PATI Sabah akan selesai.

    ReplyDelete
  20. PATI inilah yang semakin membimbangkan penduduk Sabah. Kerajaan perlulah menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  21. Teruskan bersuara untuk PATI kepada kerajaan Persekutuan..Supaya mereka mengambil tindakkan untuk menghalau PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  22. ayuh kita bersatu padu membantu memperjuangkan perjuangan UBF(UNITED BERNEO FRONT).. kalau bukan kita siapa lagi,kalau bukan sekarang, PRU13 pn buli juga....

    ReplyDelete