Majlis gotong-royong mengecat dan membersih kawasan bangunan gereja SDA Kg Podos, Kota Belud
Suatu lagi kerja amal bergotong-royong iaitu mengecat dan membersihkan kawasan Bangunan Gereja SDA Kg. Podos, yang telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin SAPP kawasan Kadamaian bersama-sama penduduk-penduduk Kg. Podos pada 11/12/2011.
Mengikut kenyataan Ketua Gereja SDA Kg. Podos iaitu Encik Said Gondol, adalah menjadi suatu aktiviti tahunan bagi ahli-ahli gereja mereka untuk membaiki dan mempertingkatkan Bangunan Gereja mereka sempena menyambut tahun baru akan datang.
Pada tahun ini, Ketua Gereja merasa bersyukur dan terima kasih kerana mendapat sumbangan daripada pemimpin-pemimpin SAPP yang diketuai oleh Puan Agnes Liewpin, Ketua Bahagian SAPP Kadamaian seperti cat, simen dan blok untuk pembaikian gereja mereka.
Turut hadir pada majlis gotong-royong ialah Encik Peter Marajin Ahli Majlis Tertinggi SAPP merangkap Naib Pengerusi SAPP Kadamaian., Encik Jack Giau Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP, Encik Maslan Maginda Setiausaha Bahagian dan Encik Kanol Gindol.
Wah! So Sweet!
ReplyDeleteI Love SDA! God Bless u all church members.
Bagus la, harap2 bukan tujuan politik.
ReplyDeleteok la tu. yang penting dari hati. Hati kena ikhlas.
ReplyDeleteamalan gotong royong mmg baik, ia dpt menjalinkan kerjasama, tolong menolong dan kemesraan.
ReplyDeletemembantu tanpa mengira agama dan kepercayaan. aktiviti gotong-royong memang salah satu aktiviti kemasyarakatan yang harus diteruskan.
ReplyDeleteSAPP tidak perlu membawa nama parti mereka dalam menjalankan kerja2 sosial barulah nampak ikhlas.
ReplyDeleteSetiap pekerjaan yang dilakukan haruslah ikhlas.
ReplyDeleteUsaha yang baik untuk merapatkan hubungan antara rakyat.
ReplyDeleteAktiviti ini perlulah diadakan dengan lebih kerap.
ReplyDeleteamalan gotong royong memang baik dan dapat memupuk semangat kerjasama.
ReplyDeleteaktiviti bergotong royong harus sentiasa dilakukan dan ini dapat mengukuhkan perpaduan.
ReplyDeletetanpa parti politik pun, penduduk kampung podos tetap melakukan aktiviti gotong royong setiap tahun..
ReplyDeleteBaguslah kalau aktiviti sebegini dilakukan.
ReplyDeleteProgram sebegini akan dapat mengeratkan hubungan penduduk dikawasan tesebut dengan mengadakan aktiviti gotong royong. Harap amalan sebegini akan tetap diteruskan.
ReplyDelete