Search This Blog

Monday, March 5, 2012

Penduduk Kg Karangan kesal jalan tidak dinaiktaraf 25 tahun

Penduduk menunjukkan jalanraya 
yang rosak dan sukar dilalui

BEAUFORT: Lebih kurang 350 penduduk kampung Karangan Beaufort kecewa apabila terus melihat selama 25 tahun jalanraya kampung masih dalam keadaan yang sama. Jalanraya kampung sejauh 7KM itu terletak diantara Kg. Lumadan dan Ulu Karangan, Beaufort.

Menurut penduduk-penduduk kampung yang ditemui, mereka terlalu kesal kerana wakil rakyat Lumadan dan Ahli Parlimen Sipitang bertukar silih berganti tetapi jalanraya mereka masih sukar dilalui oleh kenderaan biasa.



“Beberapa minggu lalu, salah seorang penduduk cedera parah sehingga memerlukan 12 jahitan kerana terbabas akibat jalan yang tidak baik” kata salah seorang penduduknya. Ketika berita ini ditulis, salah seorang penduduk terbabas dan hampir menemui kecederaan.

Penduduk juga terkilan kerana wakil rakyat Lumadan, Kamarlin Ombi seolah-olah tidak tahu keadaan kampung tersebut yang hanya terletak lebih kurang 11KM dari pekan Beaufort. Adalah kurang wajar apabila dikatakan penduduk tidak pernah membuat sebarang permohonan menaik taraf jalanraya tersebut, walhal sekiranya ada perjumpaan dan majlis yang dihadiri oleh wakil rakyat, masalah yang mereka utarakan hanyalah berkaitan jalanraya. Janji demi janji telah diluahkan oleh wakil rakyat, tetapi semuanya tidak membuahkan hasil.

“Apakah nasib kami orang Karangan ini, nampaknya monyet dan kera dihutan lebih bernasib baik bila jalanraya ke air terjun Bukau pula yang dinaik taraf, kalau begini kami mahu perubahan” kata salah seorang penduduknya.

Penduduk berkenaan memaklumkan, kampung Karangan sejak dari dahulu lagi merupakan kawasan putih dan menjadi kubu kuat parti USNO dan kini UMNO. Akan tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya. Seterusnya penduduk mendesak agar jalanraya tersebut dinaik-taraf segera menggunakan peruntukan wakil rakyat atau Jabatan berkaitan.

13 comments:

  1. kg karangan amat memerlukan perubahan..dari segi kemudahan jalanraya berturap,sebuah masjid yg mampu menampung penduduk kampung,dewan serbaguna dan gelanggang permainan seperti yang terdapat di kampung2 yg lain..penduduk sudah terlalu lama berharap segala janji2 manis pemimpin selama ini yang hanya tinggal janji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap sebelum PRU13 ni, masalah ini diatasi.

      Delete
    2. setiap kampung sepatutnya dilengkapi dengan kemudahan2 infrastruktur. pemimpin kampung dan wakil rakyat berperanan penting untuk memenuhi semua ini.

      Delete
  2. “Beberapa minggu lalu, salah seorang penduduk cedera parah sehingga memerlukan 12 jahitan kerana terbabas akibat jalan yang tidak baik”

    Sure the driver/motorcyclist didn't drunk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang cerita try masuk kg 2.jgn naik keta 4x4,tapi try naik keta kancil@moto.bru dpt kita nikmati jalan karangan yg selama ini dpendam oleh pnduduk kg karangan.so,belum cuba belum tahu,sdh rasa baru kita renung2kan.tq

      Delete
  3. jalan tersebut amat teruk, ia perlu diperbaiki segera.

    ReplyDelete
  4. Harap masalah ini akan diambil perhatian oleh kerajaan bagi memastikan masalah ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap dengan peruntukan bajet 2012 tu dapat memperbaiki jalan raya tu.

      Delete
    2. masalah ini berlarutan sdh sekian lama.namun xada inesitif yg berwajib untuk mgambil msalah di karangan.tahun demi tahun masalah yg sama d utarakan.nasib baik la kemudahan paip air sdh d atasi.itupun ibarat chipsmore.skjp ada,skjp xda.macam air yg d catu pla.x,minum air ujan la jwpnya.basuh kain pun dkt sungai.

      Delete
  5. Janji pemimpin kepada rakyat perlu dikotakan.

    ReplyDelete
  6. kalau tengok gambar yang paling atas sekali, bukankah jalan itu sedang dinaiktaraf?? tengok permukaan jalan pun boleh tau bahawa jalan itu masih baru dan saya tidak nampak jalan itu seperti 25 tahun yang lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jln itu mmg baru.tpi jgn silap.itu bukan diturap aspal.tpi hanya di tabur simen.simen 2 hanya dkwsan yg anda lihat.sbb sblm ini kawasan bukit itu sukar d naiki bagi kenderaan kecil@ moto yg melalui kwsan itu.tq

      Delete
    2. maknanya dakwaan kononnya selama 25 tahun jalan itu masih dalam keadaan yang sama adalah tidak tepat..

      Delete