Search This Blog

Showing posts with label SAPP Beaufort. Show all posts
Showing posts with label SAPP Beaufort. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Banjir di Lumadan tak ada penghujung

BEAUFORT:    Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa kerajaan bertindak segera membantu mengatasi masalah air banjir di Kg. Lumadan Laut, Bukau dan Tamalang Along. Pengerusi CLC Lumadan Jamain Sarudin berkata, masalah ini timbul berpunca dari sungai Api-api di kawasan Hutan Paya Gambut yang tidak dibersihkan.

“Sungai Api-api penting untuk mengatasi masalah banjir ini, adakah kerajaan memperjudikan nasib rakyat setempat hanya kerana mau kekalkan hutan paya gambut, siapa lebih penting”, tambah beliau lagi.

Monday, March 5, 2012

Penduduk Kg Karangan kesal jalan tidak dinaiktaraf 25 tahun

Penduduk menunjukkan jalanraya 
yang rosak dan sukar dilalui

BEAUFORT: Lebih kurang 350 penduduk kampung Karangan Beaufort kecewa apabila terus melihat selama 25 tahun jalanraya kampung masih dalam keadaan yang sama. Jalanraya kampung sejauh 7KM itu terletak diantara Kg. Lumadan dan Ulu Karangan, Beaufort.

Menurut penduduk-penduduk kampung yang ditemui, mereka terlalu kesal kerana wakil rakyat Lumadan dan Ahli Parlimen Sipitang bertukar silih berganti tetapi jalanraya mereka masih sukar dilalui oleh kenderaan biasa.

Thursday, February 16, 2012

Pengusaha nenas di Bukau desak kerajaan bantu segera

Iskandar ketika ditemuramah
oleh online sabahtv.net
 

BEAUFORT: Beberapa pengusaha nenas semakin terdesak kerana hilang punca pendapatan. Sebelum ini penanam nenas memperolehi purata pendapatan sekitar RM3,000 setiap kali tuaian. Bagaimanapun jumlah tersebut semakin mengecil dan tanaman mereka tidak menjadi. Ini disebabkan sejenis penyakit yang tidak diketahui sehingga kini menyebabkan tanaman nenas terbantut.