Search This Blog

Thursday, March 1, 2012

Sampai hati Pairin kata begitu... kata pegawai khas Dr Jeffrey yang ada sama beliau setiap masa

By Julian Lian

Siang malam Dr Jeffrey fikirkan untung-nasib rakyat Sabah, Pairin sanggup kata demikian? kata pembantu Jeffrey

KENINGAU : Seorang pegawai khas pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang sentiasa berada bersama beliau, hari ini menepis cubaan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan menimbulkan syak-wasangka rakyat terhadap perjuangan adiknya.



Julian Lian, dalam kenyataan pedasnya hari ini di sini berkata Pairin seperti sudah terdesak dalam kenyataannya yang berbaur serangan peribadi dan memperkecil-kecil kepimpinan Dr Jeffrey yang semakin mendapat sokongan padu rakyat khususnya di kawasan Kadazandusun dan Murut, kawasan tradisi PBS yang selama ini menyokong Pairin tapi sudah mual dengan kepimpinan lembab beliau.  

Jauh daripada tohmahan buruk Pairin, apa yang saya lihat siang dan malam, Dr Jeffrey tidak berhenti melawat banyak kawasan yang menjadi mangsa kerakusan para pemimpin Barisan Nasional sambil menerangkan hak-hak rakyat Sabah seperti termaktub dalam banyak dokumen termasuk Perjanjian Malaysia, 20 Perkara , Laporan Cobbold dan laporan-laporan lain termasuk oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Majlis-majlis United Borneo Front (UBF) yang diadakan di lebih 400 tempat dan mendapat sambutan begitu hangat adalah semata-mata menjelaskan sejarah penubuhan Malaysia dan hak-hak Sabah serta pelanggaran terhadap hak-hak ini terutama sekali oleh kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO dan disokong oleh Pairin dan PBS serta rakan-rakan mereka yang bersetuju dan bersekutu terhadap dasar-dasar menindas UMNO dan BN.

Bukankah penting menyedarkan rakyat kita tentang sejarah sebenar Sabah dan penubuhan Malaysia yang mana Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Singapura dan Malaya dan tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung? Apakah Pairin sekarang mengikut telunjuk UMNO sahaja sehingga beliau tidak lagi mahu rakyat tahu tentang fakta begini?
 
Kalau sekarang Pairin nampak bendera Parti Reformasi Negeri (STAR) berkibar di sekitar majlis UBF, ini adalah hak rakyat yang menyokong STAR dan juga menyokong perjuangan UBF dan Dr Jeffrey. Yang sebenarnya kita tidak juga melarang apa-apa bendera yang menyokong kepada UBF secara jujur dan sukarela.

Kalau ada penyokong PBS turut serta mendukung UBF saya pasti Dr Jeffrey dan orang-orangnya tidak akan menghalang ahli-ahli PBS itu mengusung banyak bendera PBS ke majlis UBF, malah kami mengalu-alukannya. Tapi adakah Pairin akan membenarkannya atau membebel seperti hari itu jika dia nampak bendera PBS di majlis UBF?

Kami akui memang ada juga mereka yang datang memakai baju dan topi PBS atau BN ke majlis-majlis UBF, dan ini adalah perkara biasa. Atau adakah Pairin mula merasa takut melihat sokongan rakyat jelata termasuk dari PBS sudah mulai berpindah ke STAR?

Atau adakah Pairin sekarang ini cuba menakutkan pemimpin kampung supaya balai raya tidak boleh digunakan oleh UBF sebuah NGO dari Sabah yang diterajui oleh pejuang keadilan untuk Sabah ?


Encik Julian Lian, Pegawai Khas Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Bekas Naib Ketua Pemuda PKR Keningau, Kini ahli biasa STAR

16 comments:

  1. Bagi pendapat saya kata-kata Pairin adalah sangat keterlaluan terhadap seorang ahli keluarga terdekat.Sebagai seorang pemimpin yang di hormati dalam masyarakat Pairin sepatutnya menunjukkan peradaban yang baik dan sebagai contoh untuk masyarakat itu sendiri dan memimpin melalui teladan yang baik dan di hormati.

    Di sini sudah nyata bahawa Pairin adalah dalam keadaan terdesak untuk mendapat sokongan masyarakat KDM yang sudah terbagi kepada parti-parti pembangkang akan tetapi strategi yang di applikasikan nyata memakan diri sendiri dan juga PBS.

    Bagi saya sudah sampai masanya untuk Pairin mengundur diri dari arena politik sebelum di ketepikan melalui undi dalam p/raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pairin tidak akan menyerah kalah selagi belum bertanding.

      Delete
    2. Sudahlah itu Pairin! Kerana kebodohanmu pada tahun 1991-1994maka Tataba KDM telah hilang!

      Pairin tidak akan menyerah kalah kerana sifat Tamak yg kian menebal walaupun sudah berdekad memegang kuasa yang tidak digunakan dgn bijak.

      Tolong beri laluan pada DDJK untuk merealisasikan hasratnya untuk mencari penyelesaian terhadap isu2 rakyat Sabah yg tulin yg telah lama terhakis teruk atas kebodohan Pairin Talou and the Gangs dlm BNUMNO.

      Lebih baik Pairin berehat dan mengurus aset2nya di Australia, dan di Malaysia yg berlambak.

      Delete
    3. masing-masing dengan pendirian mereka..jadi, tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku seterusnya.

      Delete
  2. Siang malam Dr Jeffrey fikirkan untung-nasib rakyat Sabah, Pairin sanggup kata demikian? kata pembantu Jeffrey.

    Betulkah tidak oh? Atau fikir untuk nasib diri sendiri dan konco-konco? Jangan-jangan si pembantu ini yang siang malam angan-angan pasal janji manis yangtelah diberi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegawai Khas Jeffery ni nak mengampu jeffery la tu.. jeffrey tu entah apa pendirian dia? asyik lompat parti saja.

      Delete
    2. JK belum jadi CM lagi sudah ada yang mahu kipas

      Delete
    3. nama pun pegawai khas Jeffrey, jadi memanglah sokong Jeffrey..

      Delete
  3. Benar atau tidak semua itu akan terjawab nanti apabila penduduk Sabah menilainya. Kebenaran belum dapat terjawab jika berterusan penafian dilakukan oleh pihak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dapat tahu juga semua tu semasa PRU13.

      Delete
    2. biar rakyat yang menilai sendiri..rakyat pasti dapat lihat siapa yang ikhlas berjuang untuk mereka.

      Delete
    3. Rakyat sahaja yang boleh menilai sama ada Pairin ataupun Jeffrey adalah lebih sesuai menjadi pemimpin.

      Delete
  4. adat politik ba.. sama juga macam Azmin dengan Umi hafilda.. lagi teruk konflik antara Azmin dengan Umi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..dalam politik memang berbeza pandangan, tapi hubungan keluarga tetap baik juga..

      Delete
  5. politik memang susah diramal. rakyat perlu bijak menilai dan membuat pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  6. Janganlah disebabkan politik, hubungan adik beradik terjejas pula.

    ReplyDelete