Search This Blog

Tuesday, March 20, 2012

SAPP janji beri perkhidmatan yang baik untuk rakyat

Kelihatan Rudy menyerahkan peralatan sukan kepada beliawanisTENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebuah kerajaan yang tidak lagi relevan untuk mentadbir dinegeri ini kerana terlalu banyak masalah yang tidak mampu diselesaikannya antaranya seperti isu PTI, isu pemberian MyKad dan kerakyatan songsang kepada warga asing serta masalah NCR.



Beliau berkata, mereka (pemimpin BN) tidak ada jalan lain untuk menjawab persoalan rakyat apabila ditanya masalah tersebut selain menabur janji janji kosong terutamanya penubuhan RCI tetapi sehingga sekarang tiada tanda tanda ianya akan dilaksanakan.

"Kita mahu mereka menjawab dengan lebih yakin serta konsisten dalam satu satu isu penting kepada rakyat dan bukannya janji janji kosong," kata beliau ketika majlis perjumpaan penduduk Kg Batu 90-Simpangan yang dihadiri kira kira seratus orang pada Jumaat.

Majlis tersebut merupakan aktiviti bulanan anjuran Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap yang turut dihadiri Naib Ketua Pemuda CLC Melalap Roger Stimin, Gembala Railit (Pengerusi Penganjur), Majiadih O.T. Matalih, Malalap Tingkayu dan beberapa pemimpin tempatan SAPP.

Tegas Rudy, beliau mengambil beberapa contoh terdekat kelemahan dan taktik kotor pemimpin BN dimana ketika kempen pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008) mereka menabur pelbagai janji antaranya pembinaan pekan kecil Melalap, beberapa bangunan agensi kerajaan termasuk sebuah sekolah menengah tetapi sehingga sekarang janji janji tersebut tidak kelihatan ditunaikan.

Beliau menambah, yang terbaru lagi, Adun Melalap Datuk Radin Malleh mengumumkan peruntukkan RM15 juta untuk pembinaan sebuah jambatan di Pusat Kebudayaan Murut Pulong untuk menghubungkan antara pusat itu ke Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang.

Tambahnya, anehnya pembangunan itu sudah diumumkan beberapa tahun lalu sebelum ini tetapi tidak menjadi kenyataan namun setelah beberapa lama janji itu hampir dilupuskan kini menjelang PRU13 secara tiba tiba janji itu menjelma semula seolah olah ianya dikitar semula untuk dijadikan tarikan bagi menawan semula hati rakyat.

Dalam pada itu, Rudy turut mempertikai talian hayat sebuah kontraktor yang dilantik kerajaan untuk menjalankan tanggung jawab penyelenggaraan jalan jalan kampong walaupun telah dikritik hebat oleh penduduk kampong kerana prestasi merosot tetapi kerajaan tidak menamatkan kontraknya.

"Saya tidak mahu menyalahkan konraktor itu berseorangan dalam kelemahan itu tetapi kerajaan juga turut terlibat sama kerana masih menggunakan khidmatnya walaupun prestasinya amat merosot. (Jadi)...rakyat yang menjadi mangsa diatas lakonan dan sandiwara kontraktor dengan kerajaan," tegas Rudy.

"Sampai bila rakyat boleh bertahan dengan pelbagai karenah kerajaan dimana hasil keburukkan dan kepincangan mereka rakyat pula yang menanggung derita," tambah Rudy.

Rudy seterusnya berkata, SAPP yang merupakan sebuah parti tempatan telah menyedari hakikat yang sebenarnya punca permasalahan itu dan langkah mengatasinya dimana parti itu telah merangka beberapa strategi dan perancangan untuk menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap dan efysien iaitu sebaik baik sahaja SAPP menerajui kerajaan selepas PRU13.

"Kita bukan bercakap kosong atau keterlaluan tetapi beri kami mandat dalam pilihanraya ke-13 supaya kamu berpeluang melihat sendiri prestasi kerajaan yang bakal diterajui SAPP....ini bukan kata kata rethorik atau pujukan kerana pilihanraya sudah dekat, tetapi percayalah kami akan buktikan," tegas Rudy.

Oleh: Mail Mathew

47 comments:

  1. Kalau mungkir janji? Macam?.. Boleh rakyat saman sbb mungkin janji ? Janji ni kalau politik semua sama la.. BN pun janji tidak tunai pun... SAPP apa beza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP hanya tahu cakap besar saja...akhirnya apa yang dijanjikan adalah hanya janji kosong saja...biasalah politik, kalau rasa2 diorang mahu tunaikan janji mereka akan tunaikan, kalau rasa2 tidak mahu, sampai bila2 pun tidak akan ditunaikan.

      Delete
    2. Sebelum PRU apapun boleh cakap, janji macam2..lepas tu, tada tindakan apa2.

      Delete
  2. Hahaha janji ape?Sya sangat takut....

    Apa salah pigi janji siakap sama si Paklah kamudian hentam berkas PM pulak?

    Kalo berdepan Tun Mahathir atau Najib berdiam saja....sampai sikarang banyak urang Sabah tidak paham kanapa kurual dari BN sebabnya minta dengan Paklah ditolak?Bolehkah SAPP YTL cerita sikit?

    ReplyDelete
  3. Tu la... Bila permintaan peribadi tidak dapat, rakyat di batu api... YTL dulu masa jadi CM apa yg dia buat.. 2 tahun jadi CM.. tahun pertama, masuk poket dulu cepat2, tahun kedua, cover semua lobang supaya tidak kedapatan... Nanti jadi CM balik,... masuk poket dulu la... tapi ni kali lama2 pun ok..

    Sekarang kau bising2 la... masa dalam BN ada SAPP bangkit issue rakyat?? IC palsu?? cuma bila kau keluar saja baru mau jadi hero.. Perkara ni bukan berlaku bila kamu keluar BN. Kau sendiri cakap sudah terlalu lama...

    Cakap sja la tapi jangan janji sesuatu yg mungkin tidak boleh tunaikan.. Biar la masuk akal sikit...

    Cuba janji kalau menang, keluar dari Malaysia and kerajaan sendiri, baru la. Jangan alang2.. tapi takut juga kena tangkap kan?...

    Maka kesimpulannya,. jangan main janji.. bukan kena sign di lawyer yg kau janji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah mau ambik hati rakyat balik lah, janji macam2, sedangkan rakyat tidak percaya dengan YTL lagi.

      Delete
  4. Okaylah..semangat mahu menang tu berkobar-kobar..tapi berpijaklah di bumi yang nyata dan sedarlah SAPP tidak akan ke mana...sekadar melihat kejayaan BN dari jauh saja nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia politik begini lah, cakap macam semua benda boleh buat, tapi selepas itu tidak ke mana juga.

      Delete
  5. berpeluangkah SAPP untuk menang pada pru13 nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepuk dada tanya selera.. Rakyat adalah penentu segalanya. Cuba kunun kita tengik nanti.

      Delete
  6. kerajaan sentiasa berusaha untuk menunaikan janji2 mereka..

    ReplyDelete
  7. adakah ini satu lagi janji kosong dari SAPP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji2 manis SAPP

      Delete
  8. SAPP tidak akan mampu untuk menang pada pru13 nanti...selama ini SAPP menang atas tiket BN dan atas tiket sendiri, ternyata SAPP ditolak oleh rakyat seperti YTL ditolak oleh rakyat di batu sapi pada prk batu sapi lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP saja merasakan mereka terbaik, tapi hakikatnya rakyat takkan menyokong SAPP, pilihanraya Batu Sapi dah membuktikannya.

      Delete
  9. I will take my chance and give SAPP a chance. Now I don't see any hope in the BN government or Pakatan. I don't believe they care about the welfare of Sabah people.

    ReplyDelete
  10. Bagi saya semua parti ok cuma yang tak ok nya tu bila pemimpin atau ahloi dalam parti tu buat hal. Inilah yang menyebabkan parti tu jadi 'baik' atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. Setakat janji, saya rasa semua pihak pun boleh bagi janji. Jadi rakyat haruslah bijak membuat penilaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jadi tanggungjawab itu terletak pada rakyat untuk membuat penilaian seterusnya pilihan yang terbaik.

      Delete
  12. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  13. Janji2 memang mudah saja diucapkan, aiyaa.. tu meja besar2 tapi isi kecil saja pun mau kasi publish

    ReplyDelete
  14. SAPP kalau berjanji mmg pandai, dahulu semasa berkuasa tak pula beri perkhidmatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  15. Kerajaan sekarang sudah cukup baik, buat apa mau undi pembangkang lagi, sedangkan belum tau mereka dapat mengubah keadaan menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  16. Apapun rakyat lah penentu segalanya, kita tunggu pru nanti.

    ReplyDelete
  17. Janji sementara yang dibuat oleh SAPP. Itu cuma untuk PRU dan bukannya untuk selamanya.

    ReplyDelete
  18. Kita sendiri sudah tidak asing lagi dengan pelbagai janji yang diberikan oleh Pembangkang. Kerana itulah yang kerap kita dengar. Apa semua ini hanyalah untuk menang pada PRU 13 dan bukannya untuk masa akan datang.

    ReplyDelete
  19. parti malaya UMNO sudah terbukti adalah parti yang tiada guna di Sabah.

    SAPP dan Yong ada rekod yang baik dan banyak menolong pribumi Sabah walaupun Yong hanya menjadi KM Sabah 2 tahun saja.

    ReplyDelete
  20. Janji sahaja tidak cukup, mesti ada usaha untuk kotakannya. Jika tidak dikotakan, ianya seperti melepaskan batuk di tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu saja SAPP jadi kerajaan Sabah baru kamu kritik. Apa yang aku tahu UMNO memang tidak boleh diguna lagi di Sabah sebab RASUAH! RASUAH! RASUAH! RASUAH! RASUAH! RASUAH!

      Delete
  21. SAPP sudah sering kali berjanji tetapi tidak ramai yang termakan janji mereka. Masih ramai yang tidak mempercayai SAPP, oleh kerana YTL yang dulunya berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan tetapi berpaling tadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kasih bukti apa janji YTL tidak ditunaikan selain daripada kamu buat tuduhan macam tin kosong aje?

      Delete
  22. Tindakan YTL meninggalkan parti kerajaan adalah seperti seorang pengkhianat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengkhianat adalah kamu Rorita dan kaki pengampu UMNO yang menjual Sabah kepada PTI terus menindas hak pribumi Sabah. Bertaubat lah dosa2 kamu.

      Delete
  23. isu PTI, isu pemberian MyKad dan kerakyatan songsang kepada warga asing serta masalah NCR telah wujud ketika SAPP membentuk kerajaan negeri dengan YTL sebagai KM Sabah.. maknanya, SAPP juga sudah tidak releven..

    ReplyDelete
  24. The continued support of the people for the Barisan Nasional (BN) government is needed if they want prosperity and continuity of development.

    ReplyDelete
  25. Umno Supreme Council member, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hassan, said it is already proven that the BN government delivers on its promises because it does not want to inconvenience the people who has given the mandate to govern the country.

    ReplyDelete
  26. As such, he urge the people of various races, especially from this area, to reject and give no opportunity at all to the opposition parties who only make empty promises when in reality they would not be able to carry out what they promised.

    ReplyDelete
  27. He questioned the opposition on their attitude and the way their leaders make empty political promises like their proposal to repeal the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).

    ReplyDelete
  28. The proposal, he said, would cause a major problem and could impact on the economy as a whole thus affecting the lives of people should PTPTN be withdrawn.

    ReplyDelete
  29. “Whatever it is, the opposition’s promises is only meant to fool the public in view of the impending 13th general election. I am confident and sincerely believe that they will not be able to fulfill their promises as not only do we know but the people also knows that they only make empty promises.

    ReplyDelete
  30. “Therefore, I hope the people of the state, particularly BN members, will not be influenced by the the opposition’s propaganda but in turn devote their efforts to strengthen the party and enhance collaboration with BN component parties to ensure victory in the coming general election,” he said.

    ReplyDelete
  31. Haji Mohamad, who is also Negeri Sembilan Menteri Besar, said this when opening the collective Umno branches meeting 2012 for Batu Sapi division at Community Centre, here, on Sunday. Also present were Minister of Youth and Sports cum Assemblyman for Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin; Sekong Assemblyman and Batu Sapi Umno chief, Datuk Samsudin Yahya: Gum-Gum assemblyman, Datuk Zakaria Mohd Edris and Batu Sapi Wanita Umno chief, Jamayah Haji Sapawi.

    ReplyDelete
  32. Meanwhile, Haji Mohamad, as the ‘Adopted Father’ for Umno Batu Sapi, has expressed his full confidence that the two state seats and one parliamentary seat in Batu Sapi will remain in the hands of BN based on the readiness of the party machinery in the area. He said the comprehensive readiness of the party machinery would allow the BN to surmount any problems especially from the opposition in the 13th general election.

    ReplyDelete
  33. This, he said, is evidenced by the many election booths set up in each area to enable the party to identify the voters while at the same time assist the upper echelon leaders conduct their election machinery smoothly and orderly.

    ReplyDelete
  34. “I am satisfied with the briefings given by the Batu Sapi Umno leadership led by Datuk Samsudin. We do not anticipate any problems retaining the two state seats of Sekong and Karamunting and the Batu Sapi parliamentary seat in view of the preparations at the grassroots level,” he added.

    ReplyDelete
  35. He however reminded Umno members to remain united and avoid dissensions as they are the backbone of the BN government. Because, according to him, dissensions would only lead to problems since every member of the party needs to be united and work together as a team for the good of the party.

    ReplyDelete
  36. Of most importance now is for the party to be strengthened as the coming general election would be the most intense and challenging one,” he said.

    ReplyDelete