Search This Blog

Thursday, April 19, 2012

Persatuan pegawai Kastam memeras para peniaga, kata SAPP


KOTA KINABALU - Parti Maju Sabah (SAPP) mempersoal kewujudan sebuah persatuan yang kononnya mewakili para pegawai Kastam serta aktif meminta derma dari pelbagai pihak terutamanya pemilik restoran di sini dan Penampang.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, beliau menerima banyak aduan daripada ahli perniagaan di sini dan Penampang tentang aktiviti meminta derma sebuah persatuan yang menggelar diri mereka sebagai Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia.

“Persatuan itu kini aktif meminta derma dari pelbagai pihak kononnya untuk menjayakan penerbitan majalah rasmi mereka yang diberi nama Permacu.

“Apa yang menjadi persoalan utama ialah adakah persatuan ini wujud dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan jika berdaftar adakah Jabatan Kastam di-Raja Malaysia menyedari aktiviti meminta derma persatuan itu yang kini aktif ke-hulu dan ke-hilir.

“Cara mereka meminta derma itu juga seperti memaksa dan para ahli perniagaan yang enggan menghulurkan derma bakal menerima padah dikemudian hari.

“Saya khuatir aktiviti meminta derma itu merupakan satu bentuk penipuan kerana dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak baik ini maka banyak pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan,” katanya.

Pit Fah berkata, ahli perniagaan yang menghulurkan derma sekurang-kurangnya RM300 akan diberi sijil penghargaan dengan nama syarikat tertera pada sijil itu yang ditandatangani Setiausaha Kehormat Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia Hardinata Bin Fattah.

Katanya, sijil seperti yang diberi oleh Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia itu sangat mudah dicetak samada dikedai-kedai fotokopi atau kafe siber.

Beliau berkata, satu perkara yang sangat menghairankan ialah alamat berdaftar persatuan itu tidak dicetak pada sijil itu dan nombor siri setiap sijil juga tidak didapati.
Katanya, samada kewujudan persatuan itu sah atau tidak kini menjadi persoalan kerana aktiviti meminta derma itu telah mencemar nama baik Jaabatan Kastam di-Raja Malaysia.

Pit Fah berkata, pihak Jabatan Kastam perlu bertindak  segera kerana  aktiviti itu menunjukkan seolah-olah pihak Kastam kekurangan dana untuk membiayai aktiviti persatuan yang mewakili para pegawai mereka sendiri.

21 comments:

  1. Memang pandai Çhong ni....cacin pon mati Lol.

    Barang naik susah kalu pon maw cari libih sikit nasi lemak sikarang untuk kurualga bah.

    ReplyDelete
  2. It is not right for civil servants to go soliciting the public for donations, maybe retired ones can do that since they are out of work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its not right for anyone to get donations from anyone without proper registration and approval for their association and purpose of obtaining the donations.

      Delete
    2. The Custom department should clarify about this whether they know someone are using their image to get donations from public.

      Delete
  3. Diharapkan Jabatan Pendaftaran akan menjelaskan sama ada persatuan ini berdaftar dan adakah perbuatan mereka minta derma daripada peniaga sah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully they will give explanations regarding this issue so that the public may know what to do when these people return.

      Delete
  4. Diharapkan aktiviti pengutipan derma ini akan disiasat oleh pihak berkuasa untuk menentukan sama ada ia satu penipuan ataupun tidak?

    ReplyDelete
  5. Tidak mungkin persatuan ini mewakili para pegawai kastam.Perlu disiasat ni.

    ReplyDelete
  6. "Alamat berdaftar persatuan itu tidak dicetak pada sijil itu dan nombor siri setiap sijil juga tidak didapati."

    Ini bermaksud ada unsur penipuan dalam persatuan ni. tidak dinafikan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ramai haruslah berhat-hati bila ada pihak yang datang meminta derma, ada yang sengaja menipu. Mereka haruslah ada surat lulusan daripada kerajaan jika hendak mendapatkan derma di tempat awam.

      Delete
    2. jika wujud sebarang penipuan, tindakan harus diambil.

      Delete
  7. Rujuk terus dengan Jabatan Kastam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang menipu harus dirujuk terus ke Jabatan Kastam

      Delete
    2. setuju..mungkin lebih baik pekara ini dirujuk terus ke Jabatan Kastam.

      Delete
  8. Sekarang ni banyak betul yang suka menyamar. Orang awam kena hati2 dan peka dengan keadaan semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang awam yang mengambil kesempatan pun ada

      Delete
    2. ya..sekarang ni kita perlu sentiasa berhati-hati..kadang-kadang ada yang menyamar saja.

      Delete
  9. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini bagi mengelakkan salah faham.

    ReplyDelete
  10. harap tindakan yang perlu akan diambil berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  11. hal ini perlu disiasat, mungkin ada pihak menggunakan nama Kastam untuk mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  12. Aduan ini perlu dilaporkan kepada pihak kastam dan pihak bertanggungjawab dalam hal ini.

    ReplyDelete