Search This Blog

Monday, June 25, 2012

Sabah Miskin Angkara Pengkhianatan Regim Malaya?


Oleh : Naspazi

NEGARA Sabah telah dicampak ke dalam longkang kemiskinan dan kehinaan sekian dekad; dan tiada sesiapa pun yang lebih patut untuk bangun mendepani cabaran-cabaran jahat tersebut melainkan rakyat Sabah sendiri melalui kesedaran dinamik dan kearifan baru yang berhemah.

“World Bank confirms Sabah as M'sia's poorest state. The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it's likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication.” - Malaysiakini (Nov 11, 2010)



Justeru, penulis tidak bermaksud untuk mempertikaikan laporan bank dunia yang mengesahkan bahawa Sabah adalah negeri paling miskin di dalam Malaysia. Namun, penulis mempertikaikan faktor-faktor yang menjerumuskan Sabah ke lembah kemiskinan dan kehinaan.

Sabah Dikhianati

Altantuya Shaariibu amat berjasa kepada regim Malaya. Altantuya Shaariibu lima tahun bertungkus lumus sebagai juru bahasa dan penterjemah kepada dokumen dalam projek pembelian Kapal Selam Scorpene dengan janji Komisyen USD500,000 (Lima Ratus Ribu Dollar Amerika Syarikat). Selepas urusniaga berjaya, tentulah Altantuya Shaariibu hendak menuntut Komisyen yang dijanjikan kepadanya.

Malangnya, janji tinggal janji. Akhirnya, Altantuya Shaariibu telah datang ke Malaysia demi menagih janji tersebut. Namun, jawapan yang diterima adalah meletupkan Altantuya Shaariibu dengan C4 sehingga jasadnya berkecai berjuta-juta. Demikianlah kejamnya pengkhianatan regim Malaya terhadap Altantuya Shaariibu.

Demikian juga dalam soal Projek Malaysia 1961 yang dimasyhurkan pembentukannya pada 16 september 1963. Brunei tidak menyertai Projek Malaysia atas alasan tidak mahu dijajah atas nama Malaysia dengan mengatakan "Adalah muktamad Brunei tidak mahu menyertai Malaysia kerana tidak mahu menjadi tanah jajahan, taklok, rantau dan pesisir kepada Malaya" – (Sultan Omar Ali Saifuddien III). Mana kala Singapura pula, telah keluar Malaysia pada tahun 1965.

Projek Malaysia dalam konteks negara Sabah, dua buah parti politik yang telah memainkan peranan utama dalam usaha merealisasikannya iaitu, United Kadazan National Organisation (UNKO) dan United Sabah National Organization (USNO).

Projek Malaysia, idea Tunku Abdul Rahman telah memberi jaminan kepada negara Sabah bahawa, “The granting of self-government too would enable Sabah to stand on its own feet as equal with Malaya, Sarawak and Singapore.” - Sabah Times (August 30,1963).

Namun, realitinya pada hari ini adalah sebaliknya. Sabah bukan sahaja diturunkan statusnya kepada negeri, bahkan dimiskinkan angkara pengkhianatan regim Malaya. Dalam perjanjian Malaysia 1963 dan 20 Perkara, dinyatakan dengan jelas tentang hak-hak Sabah dalam Negara Komponen Malaysia.

Malangnya, pengamal politik Sabah sendiri yang menafikan kewujudan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 melalui Perkara 20 sebagai tidak sah! Justeru, kalau Perkara 20 tidak sah; yang menjadi intipati kepada penyertaan negara Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963, maka kenapa kewujudan Malaysia atas nama Sabah Sarawak Malaya masih sah?

Kenapa regim Malaya berhak melaungkan ‘hak ketuanan melayu; hak istimewa melayu; 1melayu, 1bumi’ sedangkan, pada masa yang sama negara Sabah tidak berhak mempertahankan 20 Perkara yang menjadi haknya dalam Perjanjian Malaysia 1963? Kalau regim Malaya terasa dirinya ada hak dalam Negara Komponen Malaysia, maka kenapa 20 Perkara yang menjadi hak negara Sabah dalam Negara Kompnen Malaysia dinafikan?

Bukankah penafian regim Malaya terhadap hak-hak negara Sabah dalam Negara Komponen Malaysia sebagai lambang kepada pengkhianatannya terhadap Sabah Sarawak yang menjadi rakan kongsinya dalam Negara Komponen Malaysia; atau regim Malaya hanya berselindung disebalik nama Malaysia untuk menghisap dan merompak hasil Sabah Sarawak?

Hasil Sabah Dihisap

Menurut Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Malaya memungut melebihi RM36 Billion setahun - (Januari 19, 2012). Menurut Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menyatakan bahawa, hasil Sabah berjumlah RM41 billion setahun - (Mei 7, 2012).

Kalau begitu, Sabah bukan negeri termiskin di dalam Malaysia! Dengan kata lain, Sabah menjadi termiskin di dalam Malaysia kerana sengaja dimiskinkan, lantaran pengkhianatan nyata oleh regim Malaya terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Sesungguhnya, tanpa pengkhianatan regim Malaya terhadap 20 Perkara, tidak mungkin mereka dapat menghisap sekian banyak hasil negara Sabah ke negara Malaya. Yang demikian, penulis menjabarkan soalan, sama ada Sabah negeri paling miskin di dalam Malaysia; atau Malaya yang menjadi komponen negara termiskin di dalam Malaysia? Namun, Negara Malaya menjadi kaya kerana telah menggigit tangan Malaysia Timur yang menyuapnya!

Justeru, jika regim Malaya telah menghisap hasil Sabah, sehingga jatuh menjadi negeri yang paling miskin di dalam Malaysia, melalui pengkhianatan terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963, maka adalah menjadi tanggungjawab golongan professional dan cendekiawan Sabahan untuk berhenti dari menjadi kuli dan barua kepada parti-parti Malaya, di samping membina ‘esprit de corp’ atau semangat berpasukan demi mendaulatkan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 sebagaimana berikut :

DUA PULUH PERKARA ASAS PERSEKUTUAN MALAYSIA

PERKARA 1: AGAMA

Walaupun tidak ada bantahan kepada ketetapan bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia, namun di Borneo Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya sekarang ini tidak berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.

PERKARA 2: BAHASA

(a) Melayu merupakan bahasa kebangsaan Persekutuan;
(b) Inggeris hendaklah terus digunakan, bagi tempoh 10 tahun selepas hari Malaysia.
(c) Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud Negeri atau Persekutuan, tanpa ada penghadan waktu.

PERKARA 3: PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaya sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia, bagaimanapun Perlembagaan Malaysia itu haruslah merupakan satu dokumen yang baru sepenuhnya, didraf dan dipersetujui dengan adanya persatuan bebas negeri-negeri dan bukannya satu siri pindaan kepada Perlembagaan yang telah didraf dan dipersetujui oleh negeri-negeri berasingan dalam keadaan yang berbeza sama-sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo Utara, sudah tentu penting.

PERKARA 4: KETUA PERSEKUTUAN

Ketua Negeri di Borneo Utara tidak tertakluk untuk pemilihan dalam pilihan raya sebagai ketua Persekutuan.

PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN

“Malaysia” dan bukannya “Melayu Raya”.

PERKARA 6: IMIGRESEN

Kuasa Imigresen ke dalam mana-mana bahagian Malaysia dari luar haruslah terletak pada tangan Kerajaan Pusat, tetapi kemasukan ke Borneo Utara hendaklah juga mendapatkan kelulusan kerajaan Negara (Borneo Utara). Kerajaan Persekutuan tidak boleh memberi kuasa kepada kemasukan seorang ke Borneo Utara bagi maksud Kerajaan Negara kecuali atas dasar keselamatan yang ketat. Borneo Utara haruslah mempunyai kuasa yang bebas terhadap pergerakan seseorang, selain daripada mereka yang bekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, dari bahagian lain di Malaysia yang memasuki dalam Borneo Utara.

PERKARA 7: HAK BERPISAH

Sepatutnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan.

PERKARA 8: BORNEONISASI

Pemborneosisasian perkhidmatan awam hendaklah dilaksanakan seberapa segera yang boleh.

PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH

Setiap usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh orang-orang Borneo Utara yang sesuai dan berkelayakan.
PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN

Syor di perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cob Bold hendaklah meliputi hak kewarganegaraan penduduk Persekutuan Borneo Utara tertakluk kepada pindaan berikut:

(a) perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi syarat mengenai permastautin lima tahun;

(b) untuk dikaitkan dengan undang-undang kami, perenggan (ii) (a) hendaklah berbunyi “tujuh daripada sepuluh tahun”, dan bukannya “lapan daripada dua belas tahun”;

(c) perenggan (iii) Kewarganegaraan ibu bapa tidak seharusnya mengandungi sebarang penghadan - seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia hendaklah menjadi warganegara Persekutuan.

PERKARA 11: TARIF DAN KEWANGAN

Borneo Utara hendaklah mengekalkan kuasa mengawal ke atas kewangannya sendiri, tabung pembangunan dan tarifnya sendiri, dan hendaklah mempunyai hak untuk memungut cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman kredit sendiri.

PERKARA 12: KEDUDUKAN KHAS KAUM ASLI

Pada prinsipnya, kaum-kaum asli Borneo Utara hendahlah menikmati hak khusus setanding dengan apa yang dinikmati oleh masyarakat Melayu di Malaya, tetapi formula yang diamalkan di Malaya berhubung dengan perkara itu sekarang ini tidak semestinya diamalkan di Borneo Utara.

PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI

(a) Perdana Menteri (Prime Minister) hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan;
(b) Perlu wujud satu sistem kementerian yang betul di Borneo Utara.

PERKARA 14: TEMPOH PERALIHAN

Tempohnya ialah tujuh tahun dan dalam tempoh itu kuasa perundingan hendaklah terletak kepada Negeri Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan bukan setakat yang diamanahkan kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

PERKARA 15: PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Borneo Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab ia haruslah terletak di bawah kuasa Negeri.

PERKARA 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

Tidak ada pindaan, pengubahasuaian atau penarikan semula yang harus dibuat terhadap mana-mana perlindungan khusus yang diberikan kepada Borneo Utara oleh Kerajaan Negeri Borneo Utara.

Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo Utara harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun menganggap bahawa majoriti tiga perempat diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, manakala UNKO dan USNO menganggap bahawa majoriti dua pertiga sudah mencukupi).

PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PEREKUTUAN

Ini harus mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga keluasan serta potensinya serta dalam apa hal sekalipun tidak seharusnya kurang daripada perwakilan Singapura.

PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGERI

Yang di-Pertua Negara.

PERKARA 19: NAMA NEGERI

Sabah / Sarawak.

PERKARA 20: TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara. Begitu juga Majlis Tanah Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara.:)

PERJANJIAN BERKENAAN DENGAN PENUBUHAN MALAYSIA 1963

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan Malaysia antara United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

1. Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland,
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
3. Kerajaan Borneo Utara,
4. Kerajaan Sarawak dan
5. Kerajaan Singapura

United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura;

Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;

Bersetuju saperti di·bawah ini:

Perkara I

Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan « Malaysia ».

Perkara II

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari Malaysia »).

Perkara III

Kerajaan United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian ini.

Perkara IV

Kerajaan United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen United Kingdom akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.

Perkara V

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu diluluskan.

Perkara VI

Perjanjian berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta’alok kapada sharat behawa Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah terta’alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan dengan tanah2 tentera di-Singapura).

Perkara VII

(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati dan faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2 pegawai seberang laut yang berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam perkhidmatan ‘awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.

(2) Pada Hari Malaysia atau sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2 Kerajaan mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran2 H dan I kapada Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani bagi pehak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah meminta persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Negeri Singapura, berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian itu sa-takat mana sharat2 Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.

Perkara VIII

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan2, pengakuan2 dan shor2 yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A dan B kapada Penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada 27 haribulan Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2 dan shor2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara IX

Isi2 kandongan Kembaran J kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama dan peratoran kewangan hendak-lah menjadi Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.

Perkara X

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan membuat Undang2 menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan atoran2 berkenaan dengan siaran radio dan television yang di-tetapkan dalam Kembaran K kapada Perjanjian ini sa-takat mana atoran2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara XI

Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kechuali Kembaran2-nya ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika ada persalahan faham maka naskhah bahasa Inggeris hendak-lah di-gunakan.

BAGI MENYAKSIKAN Perjanjian ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan mendapat kuasa berbuat demikian, telah menanda tangan Perjanjian ini.

DI-PERBUAT di-London pada sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima naskhah, satu naskhah daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak yang membuat Perjanjian ini.

Bagi pehak United Kingdom:
[HAROLD MACMILLAN]
[DUNCAN SANDYS]
[LANSDOWNE]

Bagi pehak Persekutuan Tanah Melayu:
[T. A. RAHMAN]
[ABDUL RAZAK]
[TAN SIEW SIN]
[V. T. SAMBANTHAN]
[ONG YOHE LIN]
[S. A. LIM]

Bagi pehak Borneo Utara:
[DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN]
[D. A. STEPHENS]
[W. K. H. JONES]
[KHOO SIAK CHIEW]
[W. S. HOLLEY]
[G. S. SUNDANG]

Bagi pehak Sarawak:
[P. E. H. PIKE]
[T. JUGAH]
[ABANG HAJI MUSTAPHA]
LING BENG SIEW
[ABANG HAJI OPENG]

Bagi pehak Singapura:
[LEE KUAN YEW]
[GOH KENG SWEE]

75 comments:

  1. Very interesting post.. bha bila lg ini kali lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. When Star, SAPP and PKR unite.

      Delete
    2. When these three parties unite? there is no sign for unity among them.

      Delete
    3. lama lagi lah...boleh tunggu lagi..

      Delete
    4. Bah, lain kali lah, tidak tau bila lagi mereka boleh bekerjasama. Nampaknya ketiga-tiga parti ini sedang berperang antara satu sama yang lain.

      Delete
  2. ba apa lagi.. sokong la SAPP.. confirm yang rumah macam kandang ayam (bilang si Nazmahwati) boleh jadi rumah banglo bertingkat2.. sesungguhnya bagi pembangkang, kekayaan itu terletak ditangan pemimpin2 politik pembangkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kekayaan itu terletak ditangan pemimpin2 politik pembangkang??"betul ka ni?

      Delete
    2. Kekayaan teletak di tangan pembangkang?? silap2 jatuh ekonomi Sabah.

      Delete
    3. kekayaan itu terletak ditangan pemimpin2 politik pembangkang?? ini lah keyataann yang paling tidak logik..Apa pembangkang boleh buat untuk Sabah.

      Delete
    4. Saya pun mahu sokong kalau mcm tu la... Tapi entah kenapa rasa berat sangat nak percaya dengan pembangkang. Tahu cakap ja, yang selesaikan sesuatu hal tu nanti kerajaan juga.

      Delete
    5. Bergantung sendiri lebih baik.

      Delete
    6. SAPP tu kuat janji palsu saja..

      Delete
  3. penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar pihak berkuasa jalankan tugas mereka. kebenaran akan terdedah juga akhirnya.

      Delete
    2. Kes Altantuya tu, biarlah pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka.Itu yang lebih baik.

      Delete
    3. I'm sure the French authorities know what they are doing, just let them do their job.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
    4. the opposition did not read the World Bank MEM Report when issuing statements. Even if they had read the report, the opposition was distorting facts.

      Delete
    5. Polis Perancis sendiri sahkan kenyataan ini. Apa lagi yang mahu diputar belitkan oleh pembangkang?

      Delete
    6. Tunggulah pengumuman daripada pihak Perancis daripada membuat spekulasi tanpa asas.

      Delete
  4. Satu soalan, apa masalah kalau 20 perkara dipenuhi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tiada masalah..lainlah kalau ada yang bekepentingan tidak mahu 20 perkara dipenuhi..

      Delete
    2. Ada yang kata 20 perkara ini bukan perjanjian tapi hanya satu cadangan dan inputi. Siapa yang harus kita percaya?

      Delete
  5. Info yang menarik, namun rakyat harus membuat penilaian sewajarnya dalam perkara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2pun semua terletak di tangan rakyat.

      Delete
    2. Rakyat yang tersilap?

      Delete
  6. Mungkin ada sebab kenapa 20 perkara itu tak terlaksana. Apapun alasanya, yang penting kebajikan rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, pasti ada sebab kenapa 20 perkara tidak terlaksana. Walaubagaimana pun, kerajaan sentiasa memasti kan rakyat di dahulukan.

      Delete
    2. Banyak rakyat tak kisah pun dengan 20 perkara ini. ada yang tidak tahu apa masalahnya.

      Delete
  7. Pembangkan kan tahu jatuhkan pihak lawan saja. Hairan betul. Macam saja diri tu hebat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi memang pembangkang katakan betul, sabahdicampak longkang. Kerajaan kenalah menjaga sabah.

      Delete
  8. perkara 20 adalah perkara yang boleh menjaga hak2 dan kepentingan Sabah, ia harus dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. pembangkang kalau mau menang.. mcm2 isu mereka mainkan.. dulu tak pula mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak senang hati nampak sabah beginilah

      Delete
    2. biasalah dekat2 pru13 bah..

      Delete
  10. opposition was manipulating the World Bank's 2010 Malaysia Economic Monitor (MEM) Report that Sabah is the poorest State, for its own political interest and mileage.

    ReplyDelete
  11. Itu kenyataan yang dikeluarkan pada 2010. Tiada status yang terbaru?

    ReplyDelete
  12. Jika tidak puas hati, keluarlah mengundi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat pasti dapat menilai dengan sebaiknya parti mana yang terbaik untuk mereka.

      Delete
  13. yang pasti pembangkang tiada peluang menang dan membentuk kerajaan negeri yang baru di sabah..kalau kerajaan persekutuan pun 50/50...di sabah PKR terlalu ego dan bodoh sombong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR kenalah humble2x kalau tidak memang tidak akan menang dalam PR nanti.

      Delete
    2. parti-parti pembangkang tidak bersatu, memang susah diorang mahu menang.

      Delete
  14. sabah makin membangun pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan apa yang dilihat di sabah dengan mata sendiri kita suda tahu bahawa sabah semakin membangun.

      Delete
  15. I notice BN government rarely get praised for their hard work in developing sabah . People rather see the flaws of BN government.

    ReplyDelete
  16. You can change your lifestyle if you know how to grab every chances that come to you.

    ReplyDelete
  17. IF the government do lot of things but you have no effort to change your lifestyle then i bet, things won't going to be ok.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan merancang yang terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Kita tahu masalah ini antara masalah yang dipermainkan oleh pembangkang. Maka berhati-hati dengan permainan tersebut. Kerajaan pasti berusaha memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  19. Sabah adalah antara negeri yang pesat membangun di Malaysia pada masa sekarang. Maka kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku kepada Sabah iaitu satu perubahan kemajuan dan ekonomi negeri itu sendiri dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman dan Kerajaan BN yang lain. Ini memberikan petanda yang positif kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  20. Pembangunan sedang dirancang sebaiknya oleh kerajaan. Percaya atau tidak kita ambil contoh SDC yang begitu serius ingin dilaksanakan berperingkat oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  21. Kita terus menyokong kerajaan BN. Kerana kita sudah tahu yang mana walaupun banyak masalah tapi sekurangan mereka serius menangani dan merancang perkara dengan baik seperti pembangunan dan juga ekonomi penduduk Sabah. Di kimanis sendiri kita dapat lihat pembangunan yang akan memajukan kawasan tersebut menjadi satu bandar pada akan datang.

    ReplyDelete
  22. Dalam pentadbiran siapakah Sabah mendapat nama "negeri termiskin"? Siapakah harus bertanggung jawab?

    ReplyDelete
  23. The people should work hard also to change their life style and living standard.

    ReplyDelete
  24. Dengan projek pembangunan yang lebih merancang, rasa-rasa Sabah akan menjadi negeri terkaya di Malaysia.

    ReplyDelete
  25. Usaha bersama untuk membaiki pendapatan. Kerajaan telah berusaha, maka, rakyat juga harus berusaha juga.

    ReplyDelete
  26. PATI merupakan unsur penting pembangunan ekonomi yang lembap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pati memang banyak menjejaskan kita.

      Delete
  27. usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk harus dibuat sepanjang masa.

    ReplyDelete
  28. Sabah semakin membangun jika dibandingkan dengan dulu. apa pun, usaha untuk jadikan Sabah lebih membangun harus berterusan.

    ReplyDelete
  29. Sabah continued to record strong economic growth, with the services sector remaining the biggest contributor to its gross domestic product (GDP), according to the data gathered by the National Statistics Department (NSD).

    ReplyDelete
  30. The latest statistics published by the department showed the sector contributed about 50.4 per cent to Sabah’s overall GDP, followed by agriculture at 22.9 per cent, mining and quarrying 16.9 per cent, manufacturing 7.9 per cent and construction 1.4 per cent.

    ReplyDelete
  31. A census conducted by the department among 22,119 business entities in Sabah last year found 18,047 of them or 81.6 per cent were in the services sector.

    ReplyDelete
  32. NSD head Dr Abdul Rahman Hasan said this was in tandem with the country’s effort towards achieving a developed nation status, by emphasising on the shift to service-driven economy.

    ReplyDelete
  33. Based on the statistics, the country is heading in the right direction as underlined in the Economic Transformation Programme that aims to grow the services sector from 58 per cent in 2009 to 65 per cent by 2020.

    ReplyDelete
  34. A handout containing key statistics at the function showed Sabah recorded a steady increase in exports and trade balance over the last three years.

    ReplyDelete
  35. Last year, the state’s export value stood at RM49.4 billion with trade surplus of RM16.6 billion, a significant increase from RM37.2 billion exports and RM11.2 billion trade surplus recorded in 2009.

    ReplyDelete
  36. Palm oil represented the biggest chunk of Sabah’s exports in 2011 at 38.8 per cent, followed by crude petroleum at 32.88 per cent.

    ReplyDelete
  37. China was Sabah’s biggest export destination, importing RM10.9 billion worth of products or 22.1 per cent of the state’s exports last year, while Peninsular Malaysia remained the biggest exporter to Sabah accounting for RM15.75 billion or 48.1 per cent of the total imports.

    ReplyDelete
  38. Other positive indicator of Sabah’s economic health was the relatively low unemployment rate of 5.2 per cent that had remained stagnant despite increase in population.

    ReplyDelete
  39. The principal statistics on employment for last year showed that there were over 1.64 million people in the labour force in Sabah, a visible increase from almost 1.59 million in 2010 and 1.35 in 2009.

    ReplyDelete
  40. According to the statistics, there were only about 85,200 unemployed citizens in Sabah last year, a slight increase from the estimated 82,100 and 74,600 in 2010 and 2009 respectively.

    ReplyDelete
  41. Meanwhile, Sabah Statistics Department director, Norezan Wahid, when delivering a talk at the event, said Sabah recorded the biggest gross output in agriculture compared to other states in the country.

    ReplyDelete
  42. He said Sabah produced RM13.21 billion or 24.7 per cent of the total of RM53.45 billion agricultural output in Malaysia last year.

    ReplyDelete
  43. In the manufacturing sector, Sabah contributed RM34.1 billion or 4.1 per cent to the country’s total output, not including RM4.6 billion or 2.7 per cent in value-added products.

    ReplyDelete
  44. In the construction sector, the state recorded RM7.4 billion, equivalent to 8.1 per cent and the fifth highest in the country.

    ReplyDelete
  45. About 6.5 per cent of 591,137 organizations and business entities under the sub-sector category were also operating in Sabah, said Norezan.

    ReplyDelete