Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Selesaikan Segera Kekurangan Gula

Rakyat Sabah amat terkilan mengapa tiap kali menjelang hari perayaan seperti bulan Ramadhan, Hari Raya, rakyat terpaksa mengalami kekurangan bekalan barangan keperluan seperti gula, minyak makan, tepung, beras dan sebagainya.

Kali ini nampaknya menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kita di Sabah mula mengalami kekurangan gula di beberapa kawasan seperti Kota Kinabalu, Penampang, Tg Aru dan kawasan luar bandar.



Apabila ditanya pihak pembekal dan pengedar, mereka memberi alasan yang pihak kilang di Semenanjung tidak menghantar bekalan secukupnya ke Sabah.

Kita khuatir kejadian kekurangan bekalan gula ini akan menjejas dan menyusahkan rakyat terutama sekali rakyat yang akan menjalani ibadat puasa yang menjelang tidak lama lagi. Umum mengetahui bahawa Pengedar utama adalah sebuah Syarikat dimiliki FELDA sebuah agensi kerajaan.

Dato Shuaib Dato Mutalib, Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP), bila ditanya mengenai perkara ini merasa kesal dengan kejadian ini dan meminta pihak Kerajaan BN Sabah supaya mengambil tindakan segera untuk menangani masalah kekurangan gula yang dihadapi sekarang.

Bukan sahaja kita di Sabah kekurangan gula menjelang hari-hari perayaan malah barangan keperluan seperti bawang putih walaupun ada dipasaran tetapi harganya turut melambung yang sudah sampai ketahap RM 7.90 sekilo.
Kita hanya berharap barangan keperluan lain seperti minyak, beras, tepung tidak akan turut melambung,” tambah Dato Shuaib.

40 comments:

  1. kawalan harga harus dikuatkuasakan dengan berkesan..lebih2 lagi pada musim perayaan di mana para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan untuk mencari untung berlebihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat mesti mendapat harga yang standard dan bukannya ditipu orang yang menjual gula.

      Delete
    2. business operators tend to take advantage of festive season to increase their price. Government should ensure that this will not happen.

      Delete
    3. kalau tau ada peniaga macam ni, terus lapor pada persatuan pengguna.

      Delete
    4. banyak peniaga yang naikkan harga atas alasan gula sudah kurang.

      Delete
  2. harap harga barangan runcit tidak akan melambung naik..sudah lah gaji sikit, harga barang pula mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabotaj adalah unsur utama juga barang runcit tinggi.

      Delete
    2. dasar kabotaj perlu dikaji dengan segera. kalau benar ia penyebabkan harga barang mahal di Sabah, dasar ni patut dimansuhkan.

      Delete
  3. Sejak kroni amno kuasai gula, macam macam berlaku, kurang Supply, harga naik. Nak mengaut keuntungan kah apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adei, setiap kali masalah timbul, mesti UMNO yang disalahkan.

      Delete
    2. Sejak bila lagi gula dikuasai kroni UMNO? Apa saja masalah yang timbul mesti UMNO yang kena.

      Delete
    3. Gula telah dimonopolikan. Harga pasti semakin meningkat.

      Delete
    4. ada subsidi tapi rakyat sendiri seludup barang bersubsidi ke luar negara.

      Delete
  4. we can't blame anyone for this, this isn't anyone's fault. No one wants this to happen.

    ReplyDelete
  5. Proactive measures will alleviate problems like these..it is only inefficiency that things like these happen.

    ReplyDelete
  6. pada musim perayaan permintaan gula begitu tinggi hingga bekalan tidak mencukupi. apapun masalah kekurangan gula ini kena diatasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada musim perayaan memang lebih banyak permintaan gula sebab mau buat kuih dan biskut raya. Takut saja ada peniaga yang cuba menyembunyikan bekalan gula dan sengaja menjual mahal untuk mendapatkan keuntungan.

      Delete
    2. Kerajaan akan menyelesaikan masalah ini, saya pasti.

      Delete
  7. Penggunaan gula yang banyak sangat menyebabkan permintaan yang sangat banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu faktor adalah subsidi gula yang menyebabkan banyak pihak yang tidak bertanggungjawab menyeledup gula ini ke negara jiran. Itulah kenapa bekalan gula tidak mencukupi dalam negeri. Mungkin subsidi gula ini perlu dipertimbangkan semula.

      Delete
    2. Kalau bekalan gula tidak mencukupi untuk keperluan rakyat, maka harga gula akan ditingkatkan disebabkan inflasi. Sama juga harga itu kalau subsidi dihentikan.

      Delete
    3. Penyeleupan gula sepatutnya tidak berlaku. Subsidi yang datang harus digunakan sebaik mungkin.

      Delete
    4. tak bagus makan terlalu banyak gula.

      Delete
  8. Sudah tiba masa Sabah membuka kilang memproses gula, kita kan sudah ada ladang tebu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..satu alternatif yang baik untuk menyelesaikan masalah gula di Sabah.

      Delete
  9. bagi mereka yang banyak menggunakan gula memang terasa kekurangan gula.

    ReplyDelete
  10. Tapi ada juga yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan yang banyak kepada mereka.

    ReplyDelete
  11. Reduce your sugar intake.

    ReplyDelete
  12. Memang telah tiba perayaan yang menggunakan gula yang banyak.

    ReplyDelete
  13. kerajaan haru smencari jalan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

    ReplyDelete
  14. Penggunaan gula oleh golongan awam harus dikawal juga untuk elakkan penyakit diabetes.

    ReplyDelete
  15. Tindakan wajar harus diambil untuk memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.

    ReplyDelete
  16. Raya tidak lama lagi akan tiba. Maka pastikan bekalan keperluan akan mencukupi akan datang.

    ReplyDelete
  17. Betul..Perkara ini perlu untuk memastikan keperluan sentiasa mencukupi.

    ReplyDelete
  18. bila musim perayaan permintaan semakin meningkat, jadi ini perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  19. kalau ada peniaga yang menaikan harga barang sesuka hati juga perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekalan yang kurang akan menyebabkan segelintir peniaga naikkan harga.. ini harus sentiasa dipantau.

      Delete
  20. permintaan yang banyak bia dekat musim perayaan yang menyebabkan bekalan gula berkurangan.

    ReplyDelete
  21. apa yang mahu diherankan.. sudah namanya perayaan, sudah tentulah barang2 keperluan itu mendapat permintaan yang luar biasa..

    ReplyDelete
  22. kadang2 ada peniaga yang suka sangat menyembunyikan barang keperluan supaya mereka boleh menaikkan harga barangan ketika barang itu terhad pengeluarannya..

    ReplyDelete