Search This Blog
Tuesday, August 14, 2012
Perkemaskan TOR sebelum RCI dilaksanakan
TENOM - Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) meragui keberkesanan pelaksanaan RCI kerana TOR (Terms of Reference) yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu, tidak terdapat langkah seperti mencari siapakah dalang yang bertanggungjawab termasuk menghukum orang yang terlibat.
Naib Ketua Pergerakan itu Rudy Sulaiman Mairi (gambar) berkata, demikian ketika mengulas isi kandungan 8 perkara TOR sebagai syarat dan terma pelaksanaan RCI di Sabah yang disifatkannya sebagai sekadar "window dressing" untuk mematahkan isu tersebut dari terus memuncak, katanya dalam satu kenyataan disini pada Isnin.
Lapan perkara yang disenaraikan sebagai syarat dan terma yang terkandung didalan TOR ianya sekadar memfokuskan kepada proses bancian dan siasatan tetapi tidak menyatakan dengan jelas rupa bentuk tindakan mengikut perundangan terutamanya tindakan terhadap dalangnya.
"Ini jenayah besar terutama melibatkan penipuan dan pemalsuan dokumen. (Tetapi).. .tiada dalam terma untuk hukum pesalah dalam RCI.
"Kita tidak mempertikaikan kewibawaan para panel yang telah dilantik kerana mereka (panel) bukan bertanggung jawab menggubal syarat dan terma yang terkandung didalam TOR," tegas Rudy.
Beliau menambah bahawa tujuannya sekadar mahu pihak tertentu segera memperbetulkan atau menambahbaik syarat dan terma didalam TOR supaya impak RCI lebih berwibawa untuk menyelesaikan misi RCI secara berkesan.
"Walau bagaimana pun, kita ingin melihat BN mesti memberi jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu, dalam mencari siapa yang menerima rasuah dan memalsukan dokumen, jika tidak seluruh RCI akan gagal," katanya lagi.
Tegasnya, tidak ada erti RCI itu diadakan jika segala penemuan terhadap tuduhan rakyat sebelum ini telah terbukti tetapi para ahli panel tidak dapat bertindak lanjut mengikut perundangan disebabkan tiada peruntukkan yang disebutkan didalam TOR yang mengekang mereka (para ahli panel) berbuat demikian.
"Projek IC" dikatakan bermula pada 1980an ketika dizaman era Mahathir berkuasa dengan kad pengenalan Malaysia diberi kepada warga asing di Sabah untuk mengekalkan BN dalam pemerintahan.
Baru baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai 'Projek IC' di Sabah, tidak perlu.
Beliau berkata, mereka berhak minta kerakyatan setelah mereka berada dinegara ini terlalu lama malah mereka boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik dimana kenyataannya itu telah menyemarakkan api kemarahan dikalangan rakyat Sabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RCI harus membuat penelitian dalam menyelesaikan masalah ini kerana hanya RCI sahaja harapan orang2 Sabah dalam menyelesaikan isu PATI.
ReplyDeletePelaksanaan siasatan RCI harus telus dan tidak berat sebelah.
DeleteRCI di sabah harus diberikan lebih kuasa agar lebih berkesan..
DeleteSemua rakyat Sabah menaruh harapan, harapkan semua dijalan dengan positif.
DeletePengagihan kuasa dan tanggung jawab harus dibuat dengan baik supaya kerja siasatan dapat dilaksanakan dengan baik juga.
DeleteRakyat menaruh harapan, semoga tidak mengecewakannya.
DeleteIC palsu akan di hapuskan tidak lama lagi..mereka yang tersenarai pasti akan kecewa!!! kepalsuan pasti akan terdedah juga.
ReplyDeleteSekarang pun ada yang sudah mula takut jika rahsia projek ic dibongkarkan kepada rakyat.
Deleteyang paling takut ialah mahathir...kenyataan beliau baru2 ini menimbulkan lagi api kemarahan rakyat sabah.
DeleteSaya setuju agar TOR dikemaskini sebelum penyiasatan bermula. Harap semua yang disenaraikan tidak ada lagi yang terlepas pandang.
ReplyDeletekerajaan perlu menimbangkan semula TOR...maklum balas dari rakyat sabah harus diambil kira..
Deletemgkin perlu disemak bagi memastikan ia yang trbaik dan semua pihak puas hati.
DeletePertimbangkan semula TOR...agar semua pihak berpuas hati dan pembangkang berhenti memanaskan isu ini.
DeleteDengar pandangan dan suara rakyat, mungkin boleh mendapat idea baru.
DeleteBukan mudah dan tidak mungkin boleh memenuhi semua keperluan rakyat dan parti pembangkang.
DeleteThe Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrant problems in Sabah may not have the legal clout to determine what judgment can be meted against the culprits, as certain leaders in the state have suggested.
ReplyDeleteDompok said the terms of the RCI should not be politicized as its intention was noble, to address the issue of the illegal immigrants in Sabah once and for all.
ReplyDeletememang tidak patut dipolitikkan...kita mahu RCI dilaksanakan..
DeleteMahathir tiada buat komen tentang TOR ni ka??
ReplyDeleteItu sudah semestinya. TOR perlu diteliti dengan baik untuk memastikan dapat dilakukan dengan baik dan jayanya nanti.
ReplyDeleteRCI ini amat diperlukan untuk Sabah bagi memastikan masalah Projek IC ini dapat diselesaikan.
ReplyDeletekesihan bah kamu KDM,gegak gempita lah berkenaan RCI ini,kamu tahu kah berapa sudah RCI dibuat oleh BN yang melibatkan pemimpin malaya.
ReplyDelete1) RCI si Lingam Corect-corect...siapa yang kena tangkap..aiso kan
2) RCI Teo Beng Hock....siapa yang kena tangkap...lagi nahiiiii..mau oh kata cina.
3) alah ini RCI sabah lepas PRU13 dan Bn menang lagi,alamat RCI ini bikin laap tahi lah...
Wahai KDM ku dan yang sealirang dengannya,brunai,kedayan,bajau sama...kalau kamu mahu RCI ini berjaya dan dalang yang menganjurkan project IC nah cahaya sudah di depan dan lampu pula di tangan buat apa kamu duduk di dalam kegelapan...undi PR..tukarrrrrrrrrrrrrr
tq
barangkali si anwar pun terlibat dalam projek IC...kan dia TPM dulu...
Deletemoga2 RCI akan dapat menyelesaikan isu projek IC dan PATI/PATAI di sabah..
ReplyDeleteya.. pati bawa byk masalah, jadi mereka harus dibanteras.
DeleteMasalah pati telah berlalu dari dulu lagi, semua rakyat Sabah sangat mengharap masalah pati di Sabah dapat selesai dengan segera..Diharap dengan pengumuman PM, harap akan ada jalan penyelesaian..
Deletethe terms contained in the TOR should be reviewed and examined its effectiveness
ReplyDeletehope this TOR supported by all parties
ReplyDeleteharap, masalah PATI di Sabah dapat diatasi dalam masa terdekat
ReplyDeleteya, semua berharap agar masalah pati cepat selesai.
Deletepeople need to cooperate with the government to achieve the goal of this RCI
ReplyDeleteya, semua perlu bersungguh-sungguh agar masalah pati cepat selesai.
DeleteRCI memang permintaan rakyat
ReplyDeleteRCI sudah diperjuangkan sejak 1994 oleh Datuk Pairin Kitingan, tetapi masa itu Datuk Anwar Ibrahim menolak permintaan beliau. Harap Datuk Anwar Ibrahim akan menjelaskan kenapa beliau menolak penubuhan RCI pada masa itu?
DeleteTanpa permintaan rakyat, kerajaan juga harus mencari kaedah untuk menyelesaikan isu PATI.
DeleteApa yang di harapkan agar isu ini tidak lagi di politikkan ..harap yang terbaik sahaja.
ReplyDeleteya, jangan ada pihak yang cuba politikkan isu ini.
DeleteDatuk Shafie Apdal juga menyeru semua orang supaya tidak menjadikan isu RCI sebagai alat politik.
Deleteyang penting masalah pati dapat diselesaikan.
ReplyDeleteKita tunggulah sehingga RCI bermula membuat penyiasatan secara rasmi terlebih dahulu.
Deleteharap pekara ini tidak dimainkan untuk dijadikan alat untuk kepentingan pihak tertentu.
ReplyDeleteDiharapkan isu RCI tidak akan dijadikan alat politik, kita memerlukan penyelesaian yang berkesan. Harap tiada ahli politik yang cuma menggunakan isu RCI untuk mendapatkan publisiti murahan.
DeleteRCI cuma membuat penyiasatan sahaja dan tidak bertanggungjawab untuk menghukum siapa yang terlibat.
ReplyDeletesiasatan RCI perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Jangan ada yang terlepas pandang.
DeleteCuma hukuman yang kuat yang dapat menghentikan sindiket buruk ini.
DeleteSi Akjan lagi, jangan kasi lepas. Siasat under RCI.
ReplyDeleteProjek ic menghalang negara menghala ke negara democracy.
ReplyDeleteInilah sebab utama RCI harus ditubuhkan. Kami menghormati demokrasi.
DeleteKami mengharapkan yang terbaik dalam siasatan RCI. Cuma ini yang rakyat menaruh harapan.
ReplyDeleteJika keadaan ini berterusan, tidak dapat bayangkan apa akan terjadi dengan Sabah dengan PATI yang bertambah banyak dari masa ke semasa.
ReplyDeletedibawah pentadbiran Najib, masalah ini tidak akan berterusan..
Deletesapp ingat RCI ni mahkamah?? bagus hidupkan ISA..
ReplyDeleteBelum lagi pelaksanaan RCI, kita seharusnya beri peluang para panel melaksanakan tugas.
DeleteJangan memperkecilkan RCI yang sudah sekian lama kita nantikan.
ReplyDelete