Search This Blog

Wednesday, September 5, 2012

DAP terus menjaja isu Sabah Merdeka 49 Tahun Janji Ditepati


TENOM - Kepimpinan Democratic Action Party (DAP) kebangsaan mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan RCI diSabah dimana kini sudah berlarutan selama 7 bulan namun ianya masih belum bermula meskipun TOR dan ahli ahli telah pun dilantik.

Penasihatnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata demikian dihadapan kira kira 200 orang hadirin semasa program bicara rakyat “Janji ditepati” anjuran DAP Pedalaman diperkarangan ruang tamu mingguan Tenom New Township dekat sini pada Rabu.



Beliau berkata, isu kelewatan itu kini menjadi persoalan rakyat bahawa jikalau Suruhanjaya Cobbold (Lord Cobbold) yang ditubuhkan pada 17 Januari 1962 dan siap pada Julai, 1962 selama 5 bulan untuk melakukan pendengaran awam keatas persetujuan rakyat Sabah menyertai pembentukkan Malaysia, mengapa pula RCI sekarang ini sudah 7 bulan tapi belum pun bermula.

“Atas garisan faktor ini yang menjadikan rakyat terus mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih lebih lagi apabila mereka memilih slogan 'Janji ditepati'...(Jadi), apakah mesej dalam slogan mereka itu benar atau tidak,” tegas Lim.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr Hiew Keng Chew, Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, MP Segambut Lim Lip Eng, Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin J Bosi, Naib Pengerusi DAP Sabah Edward Mujie dan Lawrence Piki (Penganjur).

Lim berkata, Sabah yang telah mencapai status kemerdekaan 49 tahun yang lalu selepas Sabah bersama Sarawak dan Malaya bersetuju membentuk “Malaysia” pada 31 Ogos 1963 tidak banyak mencapai intipati erti 'kemerdekaan' yang sebenarnya dalam aspek pembangunan jika dibandingkan dengan Sarawak mahu pun negeri negeri diSemenanjung.

Selain itu, rakyat dinegeri ini masih menagih hak mereka dari segi kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang tulen sepertimana yang diamalkan negara negara maju yang berkonsepkan demokrasi dimana rakyatnya diberi peluang menyuarakan sesuatu menerusi forum forum bebas atau 'public hearing', tegas beliau.

“Kalau mereka jujur dan ikhlas, tidakkan kita dalam perhimpunan hari ini disekat daripada menggunakan pembesar suara hanya kerana sedikit masalah teknikal, sedangkan satu Akta baru yang telah diluluskan Parlimen membenarkan mana mana kumpulan berhimpun tanpa permit.

“Anehnya...(tetapi), kita masih juga menerima sekatan. Kita tidak menyalahkan pihak Polis kerana mereka kena ikut arahan, tetapi yang salah ialah kerajaan BN, ” tegasnya.

Dalam pada itu, berhubung hasrat DAP meletakkan calon pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) untuk kawasan Pedalaman khususnya di Tenom Lim berkata, setakat ini soal itu belum dapat ditentukan dan ia masih dalam kajian oleh satu jawatankuasa Pakatan Rakyat (PR) namun akan dipertimbangkan jika terdapat cadangan.

Ditanya lanjut, apakah SAPP salah satu daripada parti komponen PR atau kawan karib dalam menghadapi BN pada PRU-13 beliau berkata,

“Tiada komen dalam soal itu kerana biar peringkat Negeri yang menjawabnya...(tetapi) SAPP merupakan rakan dalam pembangkang dimana kita akan mempastikan 1 lawan 1 semasa PRU-13,” tegasnya.

42 comments:

  1. terima kasih YB Lim kerana datang ke tenom.

    ReplyDelete
  2. DAP bangkitkan isu ni untuk kepentingan politik mereka saja. apa sumbangan yang mereka telah buat untuk Sabah dan rakyatnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP lebih banyak bunyi sahaja.. kritik saja banyak...

      Delete
  3. Klau masa era pemerintahan Mahathir, jangan harap RCI ni akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. Pakatan perlulah stop talking saja,tidak persuasive langsung

    ReplyDelete
  5. rakyat hanya nak perkhimatan,siapa yg boleh beri yg terbaik,bukan cakap sj,perlu buat dulu...these why bny org vote BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyak janji yang di beri oleh kerajaan telah di tunaikan, DAP apa yang ada..

      Delete
  6. DAP sebaiknya kita tahu yang mana Sabah adalah Negeri dan Malaysia adalah Negara. Jadi kita sambut bersama kemerdekaan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita menyambut Kemerdekaan Malaysia.

      Delete
  7. PR cuma mencari sokongan dengan memburukkan pihak lain dan berjuang yang tidak ada apa-apa untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tugas pembangkang hanya membawa kabar negatif dan memberi harapan palsu.

      Delete
    2. rasanya DAP tidak melakukan apa2 pun untuk rakyat Sabah selama ini.

      Delete
    3. Harap rakyat sendiri boleh memilih antara parti yang berkhidmat kepada negara dan parti yang hanya cakap sahaja.

      Delete
    4. Kerajaan yang ada sekarang pun sudah cukup bagus..buat apa mau tukar lagi.

      Delete
  8. PR mmg suka memanipulasikan untuk kelirukan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai-pandai kita membuat penilaian terhadap cubaan untuk mengelirukan rakyat.

      Delete
    2. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata DAP.. mereka memang cuba untuk mengelirukan rakyat.

      Delete
  9. The Barisan Nasional government may not be able to meet everyone’s expectations but it will always be ‘friends’ of the people and will always strive to keep all its promises.


    ReplyDelete

  10. BN had always been on working mode, unlike the opposition which only appeared during election time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh berkata ketika pembangkang terus membohongi pengundi dengan membuat pelbagai janji, Najib sibuk melaksanakan pelbagai projek dan program yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

      Delete
  11. BN is nothing like some quarters which come to you only during election time. They claim to serve the people, but action wise they talk and talk only.

    ReplyDelete
  12. Everyone ought to realise that nothing could be achieved overnight, but the BN government would continue to work hard to meet the people’s needs.

    ReplyDelete

  13. Sabah is a role model for the 1Malaysia concept.“If people want to see 1Malaysia, they should come toSabah where its people uphold the spirit of co-operation to make things happen.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why I am proud and glad to be a Sabahan. We may not have all the facilities here but we are fortunate to have a strong unity among us, regardless our background.

      Delete
  14. Such gotong royong spirit and culture must be passed on to the future generations. It would be a great loss to the community if no efforts were initiated to preserve this culture.

    ReplyDelete

  15. Election is around the corner and we can see that the opposition has started spreading negative comments against the Barisan Nasional government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Desperate measures for publicity.

      Delete
    2. Therefore, people need to careful with all the rumours and slanders that are being speculated during this time.

      Delete
  16. However, we need focus on what the Barisan Nasional government has done and help SUPP take on the opposition in the coming polls.

    ReplyDelete
  17. Datuk Seri Najib Tun Razak “is the best prime minister” who had launched several transformation schemes as well as reaching out to needy households.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Our PM is doing his best to fulfill the government's promises. He needs good cooperation from all the Malaysians in order to turn all the plans into reality.

      Delete

  18. The hand out of RM500 from BRIM, which is Bantuan Rakyat 1Malaysia for tthe hardcore poor is a good indicator that the Barisan Nasional government cares for the people. Ditch the opposition and vote for BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assistance such as the BR1M, K1M, KR1M, KARISMA, Menu 1Malaysia, PRIMA and Amanah Rakyat 1Malaysia Scheme introduced by our Prime Minister in an effort to address the problem of the cost of living of Malaysians. Only in Najib's tenure, we can get these all.

      Delete
  19. Nampaknya DAP semakin terdesak untuk mendapat untuk rakyat Sabah. Selama ini DAP Lim Kit Siang mengabaikan rakyat Sabah. Sekarang ni semakin dekat PRU13. Sabah semakin menjadi perhatian semua pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kini Sabah menjadi perhatian parti politik untuk dapatkan sokongan.

      Delete
  20. sudah dekat2 PRU baru si Lim Kit Siang sibuk pasal Sabah?? sebelum ini dia senyap saja.. tidak pernah pun dia bangkitkan isu2 Sabah diperingkat persekutuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila mau dekat PRU semua pun maji jadi wira.

      Delete
    2. Opposition trying To Teach A Duck To Swim.

      Delete
  21. agaknya si LKS sedar pemimpin2 DAP Sabah sudah gagal memperjuangkan nasib rakyat Sabah.. sebab itu dia sendiri turun ke Sabah biarpun sudah tua2 bangka.. maklumlah DAP sabah hanya perihatin untuk masalah2 seperti manhole, pokok, longkang dan tiang lampu..

    ReplyDelete
  22. apa sumbangan DAP kepada rakyat Sabah selama ini?

    ReplyDelete
  23. pembangkang sibuk meraih sokongan, tapi mereka hanya kerap muncul bila pru semakin hampir saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas PRU, tiada bunyi lagi pembangkang ni.

      Delete