Search This Blog
Friday, September 7, 2012
PKR Keningau - Tunjuk punggung
Oleh Clarence George Dol
KENINGAU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa orang remaja yang beraksi kurang sopan di hadapan gambar Perdana Menteri (PM), Datuk Najib Tun Razak sebagai ‘double-standard’.
Pengerusi Majlis Penatua PKR Keningau (Keningau PKR Council of Elders), Robert Linggi berkata, pihak berkuasa yang di bawah kekuasaan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil tindakan sekiranya perkara tersebut berlaku sebaliknya.
“Jika penyokong BN yang melakukan perkara ini terhadap pemimpin parti-parti pembangkang, tiada tindakan yang diambil terhadap pelaku-pelaku seumpama ini oleh pihak berkuasa.
“Tetapi jika hal sebegini berlaku ke atas para pemimpin BN, polis akan mencari sehingga ke lubang cacing sesiapa sahaja pelaku yang terlibat dalam aksi menghina pemimpin BN. Ini dikatakan sebagai double-standard,” tegas beliau.
Menurut Linggi (kanan), tidak beberapa lama dahulu, sekumpulan 15 orang anggota daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) telah melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan sebagai "senaman punggung" di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.
“Orang –orang ini, yang sepatutnya mempunyai disiplin dan moral yang tinggi memandangkan mereka ini askar veteran, dengan biadapnya membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah Ambiga.
“Tiada tindakan yang diambil keatas mereka.
“Tetapi seorang remaja yang masih mentah dan berdarah muda mengarahkan punggungnya kearah gambar PM pula telah sedaya upaya dikesan dan ditangkap oleh polis,” jelas Linggi.
Katanya, sebenarnya, perkembangan hangat mengenai aksi remaja yang dikatakan telah menghina PM dengan menunjukkan punggungnya pada gambar PM berkenaan adalah ekoran tindakan askar veteran berkenaan.
“Sekiranya pihak berkuasa tidak mengamalkan sifat double-standard dan menangkap serta mendakwah di mahkamah mereka yang membuat aksi senaman punggung depan rumah Ambiga ketika itu, maka orang akan tahu bahawa perlakuan seumpama itu adalah salah.
“Oleh kerana tiada apa-apa tindakan keras yang diambil keatas pelaku senaman punggung berkenaan, masyarakat, terutama sekali golongan muda mungkin berpendapat bahawa tiada salahnya menghina pemimpin yang mereka tidak sukai dengan mengarahkan punggung di hadapan mereka ataupun gambar mereka.
“Mana satu yang lebih mencemuh...menggoyang-goyangkan punggung di hadapan individu berkenaan ataupun mengoyang-goyangkan punggung di hadapan gambar seseorang individu yang dibenci?” soal Linggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang tak boleh pakai. Sudah lama...
ReplyDeleteIni berkaitan dengan PERDANA MENTERI dan bukannya menteri biasa. Mungkin kalau menteri biasa tidaklah begitu serius sangat itu ini. Ini masalah sekarang pemimpin nombor 1 Negara dibuat demikian.
DeleteBagus jugalah remaja tersebut buat demikian. Sekurangnya keluarga rasa malu dengan tindakkan tersebut. Inilah yang dia rasa bagus untuk keluarga. Melucukan memang dia tahu bersalah sebab itu dilari bersembunyi dikampung. Siapakah dalang dalam hal ini.
DeleteMasalahnya di sini, perbuatan mereka ini amat memalukan dan mencemarkan nama baik Malaysia.
Deleteitu lah ajaran UMNO,bah dikeningau terdapat bibit-bibit yang telah disemaikan oleh UMNO akan berlaku di Keningau masa PRU13,bah gaman kalau ada tebiat ini di kawasan kita,jangan malu-malu kita tangkap saja dan buang di sungai pegalan apa tah lagi kalau yang membawa itu PTI yang ada IC keluaran BN UMNO
ReplyDeleteTUKAR!!!!!!!!
ReplyDeleteTukarlah bah.........bila lagi..????
Deletejangan tunggu PRU13... mari semua rakyat sabah...!!!
T U K A R...!!!!!!!!!!
T U K A A A A A A A A A A A A A A A A R R R...............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tukar seluar itu..Jangan tidak tukar. Apalah budak ini memang biadap langsung. Memaluka keluarga.
DeleteChief Minister Datuk Seri Musa Aman Monday called on the people of Sabah, especially the younger generation, not to be influenced by the syndrome of hatred for the leadership to the extent of stepping on pictures of national leaders.
ReplyDeleteWe should respect our elders and respect our leaders.
ReplyDeletehope there is no double standard in applying legal action.
ReplyDeleteTukar..... apa? tukar baju bundle...,memang endah dapat beli baju baru endah $$$$$,malas....,walau pun getah..,sawit naik harga bilang endah tanah....,43,000 ekar sudah jadi state land di Hutan Amenti Sook dan Hutan simpan Mandalom, masih "Bodoh Politik",ingatkan 20% royalty minyak saja....kepunanlah...,YB sahaja yang dapat tu...,bagus lagi dulu-dulu Amanah Rakyat Sabah tiap tahun dapat $200.000 hiburan orang Kampung setiap tahun bersusun-susun tapi Boss Star Sabah,sekarang sudah songklap masa jadi Pengerusi Yayasan Sabh kebas....RM1 Billion wang rakyat.Nasiblah ada 1 Malaysia RM 500.00 dapat juga araai tee...heee....hee
ReplyDeleteADA BUKTI KA. TIDAK PERNAH PUN DR JK DISABITKAN KESALAHAN MENGELAPKAN DUIT YAYASAN SABAH. KALAU CM SEKARANG SUDA KENA SIASAT DGN SWISS BANK MACAM MANA PULA. SATU LAGI, KAU ADA BAYAR CUKAI SAMA KERAJAAN KA.
DeleteKes Ketua Menteri tu hanya mainan pembangkang saja. sehingga sekarang kes tu hanya setakat tu saja. tiada perkembangan.
Deletepihak berkuasa harus menunjukkan sikap tegas terhadap sesiapa sahaja yang memperlakukan sikap kurang ajar ini di khalayak ramai
ReplyDeleteSikap ini harus dikenankan tindakan undang-undang.
Deletesudah tentu ini menunjukkan sikap 'double-standard'
ReplyDeletesesiapa sahaja yang melakukan perbuatan di atas haruslah diambil tindakan undang-undang
ReplyDeleteBetul, tindakan harus diambil kepada mereka yang menghina pemimpin negara.
Deletekerajaan harus tegas dengan mereka yang bersalah
ReplyDeletesemoga perkara di atas tidak berlaku lagi
ReplyDeletehormatilah pemimpin kita.
ReplyDeleteya, kita harus bersikap hormat dan bersopan.
DeletePemimpin pembangkang tu bukan Perdana Menteri, Perdana Menteri harus kitahormati.
ReplyDeleteapa sudah jadi dengan PKR Keningau ni? boleh pula dia samakan Najib dengan Ambiga.. Najib berusaha membangunkan negara ini sebaliknya Ambiga berusaha membankrapkan peniaga2 gerai burger di KL.. malah Ambiga menghasut rakyat untuk berperang dengan polis..
ReplyDeleteinilah pembangkang, yang salah dibela oleh mereka.
DeleteWhat Ambiga has done to this country so far?
DeleteMana satu yang lebih mencemuh...menggoyang-goyangkan punggung di hadapan individu berkenaan ataupun mengoyang-goyangkan punggung di hadapan gambar seseorang individu yang dibenci?” soal Linggi.
DeleteSiapa Ambiga... banyak menyusahkan Negara sahaja, berbanding dengan PM kita yang banyak menabur jasa.
memandangkan PKR menyokong dan mempertahankan tindakan itu, so saya andaikan tindakan ini dirancang oleh mereka sendiri..
ReplyDeleteya, nampaknya pkr mempertahankan tindakan yang tidak beradab tersebut.
DeletePKR akan sentiasa menyokong [perkara yang tidak masuk akal seperti ini.
DeleteSiapa tau mungkin pembangkang yang merancang semua ini.
DeletePKR ni menyokong remaja yang bersalah pula..
ReplyDeleteingatlah..kesopanan dan kesusilaan harus diamalkan.
ReplyDeleteYou're right. Remember the Rukun Negara.
DeleteFor us in Sabah, we should not be rude towards our leaders. We should respect the elders and our leaders.
ReplyDeleteThink before act. Or else it will only bring more troubles.
ReplyDeleteBaru ada rasa menyesal, memalukan keluarga sahaja..mereka inigat akan dapat pujian lah atas kelakuan mereka.. menyusahkan betul.
DeleteWhether you are govt or opposition supporter, behave like a civilized person.
ReplyDeleteWhy he do that?
ReplyDeleteMungkin ada cara yang lebih baik untuk meluahkan perasaan?
ReplyDeleteJika penyokong BN yang melakukan perkara ini terhadap pemimpin parti-parti pembangkang, tiada tindakan yang diambil terhadap pelaku-pelaku seumpama ini oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteKenapa tidak mengambil tindakan yang sama tidak kira siapa yang membuat kesalahan?