Search This Blog
Monday, September 24, 2012
RCI tidak berkesan, kata SAPP
KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur berkata keberkesanan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan baru baru ini oleh kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah sangat meragukan.
Katanya, RCI itu tidak akan memberi sebarang kesan kerana penubuhannya dilakukan bermotifkan politik sekadar menyenangkan hati rakyat Sabah.
“RCI ini jika diamati dengan teliti tidak ubah seperti satu tipu helah Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka sangka rakyat Sabah pasti gembira apabila penubuhan suruhanjaya itu diumumkan.
“Parti Maju Sabah (SAPP) apabila berjaya membentuk Kerajaan Sabah yang mempunyai kuasa autonomi selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13 nanti akan menubuhkan satu suruhanjaya di bawah kuasa kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah,” katanya yang kini merupakan salah seorang Penasihat SAPP.
Beliau berucap pada ceramah bertajuk “Masa Depan Sabah” di perkarangan pejabat SAPP di Luyang di sini malam kelmarin.
Hadir sama Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden Tuan Haji Amde Sidik dan ADUN Luyang merangkap Ketua Wanita Melanie Chia.
Turut hadir Setiausaha Agung Datuk Richard Yong, Bendahari Agung Dullie Marie, Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Naib Presiden Don Chin, Naib Presiden Jaafar Ismail dan Ketua Penerangan Chong Pit Fah.
Mohd Noor berkata, pembentukan RCI itu hanya umumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setelah beberapa bulan dihebohkan dimedia massa.
Katanya, Perdana Menteri mengambila masa berbulan-bulan untuk mengumumkan terma rujukan (Terms of Reference) dan ahli panel RCI itu.
Beliau berkata, surat lantikan ahli panel itu hanya diserahkan beberapa hari lalu setelah terma rujukan diumumkan pada 11 Ogos lepas.
Beliau menambah, para ahli panel diberi masa selama enam bulan untuk menyelesaikan tugas masing-masing dan mereka dijangka tidak akan dapat menyelesaikan siasatan walaupun tempoh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak tamat pada awal tahun depan.
Mohd Noor berkata, RCI akan hanya menjadi perbualan sahaja dan hasil siasatan tidak akan diumumkan kepada awam kerana tidak sempat disiapkan sebelum pilihanraya umum.
Katanya, terma rujukan RCI itu juga tidak lengkap kerana tidak memberitahu samada pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang dan dihukum jika didapati bersalah atau sebaliknya.
Terma rujukan itu mengandungi lapan perkara dan adalah seperti berikut, untuk menyiasat:
* Jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan.
* Sama ada pemberian dokumen berkenaan adakah sah mengikut peruntukan undang-undang atau sebaliknya.
* Adakah pihak berkuasa berkaitan membuat sebarang penambahbaikan kepada prosedur amalan standard (SOP), kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengelak apa-apa yang tidak teratur dari segi undang-undang.
* Adakah SOP dan perkara berkaitan berhubung pemberian dokumen-dokumen terbabit mengambil kira standard antarabangsa.
* Sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut kategori berikut:
* Warga Sabah menetap di Sabah termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat).
* pekerja asing (termasuk ahli keluarga)
* pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga)
* pelarian
* meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.
* Implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian dokumen-dokumen berkenaan.
* Bilangan pendatang asing di Sabah yang diberikan dokumen-dokumen berkenaan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang tidak bernegara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau BN UMNO betul nak kan RCI ini berkuatkuasa,bererti BN UMNO inilah parti paling bodoh,paling palui dan paling dupang diseantero dunia.Semua IC Projek ini PM Mahathir yang rancang - jadi tak kanlah MAHATHIR NAK GALI LOBANG KUBOR SENDIRI.
ReplyDeleteBiarpun apa kata orang Sabah,biarpun apa bantahan orang Sarawak yang hakikatnya SABAH dan SARAWAK kena tipu sudah.
Berapa banyak Bugis dan Phlippine di Kota Belud? Coba semak dalam Daftar Pengundi...Hj Jalil dan rakan rakan = lahir di Taun Gusi Kota Belud.Bangsat punya JPN ...mana ada Hj Jalil ini lahir di Taun Gusi.Datuk sendiri kenal siapa di Taun Gusi.
Paling baik bagi kita Dusun atau Samah Bajau,kalau ada Bugis dan Phlippine mahu mengundi dikawasan kita dan mengaku lahir ditempat kita...inilah masanya...kita korbankan mereka...
DiBeaufort saya dapatahu ada lebih dari 300 orang Bugis lahir di Beaufort dan mengundi nanti... Macam mana Gayuh Janang...?
kenapa pula bodoh? ini lah langkah yang bijak dengan menubuhkan RCI untuk siasat PATI di sabah...kenapa perlu peduli dengan mahathir? dia tiada kena-mengena dengan kerajaan sekarang...kalau mahathir memang terlibat, saya pasti beliau akan dikenakan tindakan undang2 yang sepatutnya..
Deletepasti ramai yang terlibat selain Mahathir. Anwar pun siaplah nanti.
DeleteApa saja yang kerajaan buat untuk membantu rakyat akan tidak di terima oleh pembangkang..ada saja isu yang cuba di bangkitkan.
DeleteRCI mmg perlu ditubuhkan, ia jalan nak atasi isu PATI di Sabah.
DeleteYou should blame the early comer.For sure they know better.
DeleteWho are you to condemn? I think RCI is the best method to curb the illegals.
DeleteApa yang penting ialah kerjaan berusaha untuk membasmi PTI.
DeleteIn fact, for all these years, we have been waiting.
DeleteSAPP will never stop bickering until YTL dies.
Deletekerajaan berusaha utk menyelesaikan masalah yang mencengkam Negara bertahun tahun lamanya...kemana mahu dicampakkan mereka jika kerajaan Filipina sendiri tidak dapat menerima mereka??? kerana bukan semuanya dilahirkan difilipina sebalikny beranak pinak disabah berpulu puluh tahun lalu.... kita kena la beri idea konkrit macamana nak atasi masalah
DeleteMasalahnya SAPP ada chance mahu menangkah? Tepuk dada, tanya selera.
ReplyDeleteSAPP banyak cakap saja...tapi tidak mahu cakap pasal peluang menang...saya rasa peluang SAPP mahu menang hampir tiada...mungkin bulihlah kalau 1 kerusi atau 2 SAPP menang...
Deletemau menang atas tiket parti sendiri?memang tiada chance.
DeleteTidak payah layan SAPP ni.. bising saja.. tapi bukan ada tindakan juga.
DeleteKami melihat sama ada SAPP masih mendapat sokongan.
DeleteKalau SAPP tidak dapat banyak sokongan kenapalah budak-budak anti-SAPP ini tidak habis hentam SAPP sampai sekarang ?
DeleteSAPP cuba menjadi DAP Sabah
DeleteYTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep Sabah Sabahan dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya.
ReplyDeleteSAPP dijadikan keldai tunggangan YTL untuk capai cita2 politik beliau..
DeletePada pendapat saya, YTL tidak boleh dipercayai, cadangan yang tiada isi penting, macam tiada niat benar nak membantu rakyat, IC Sabahan tu yang membuat saya hilang keyakinan kepada SAPP,macam budak kecil main pasir.
DeleteSiapa kata RCI ini tidak berkesan untuk menangani masalah PATI dan projek IC.
ReplyDeleteSAPP yang cakap...sedangkan RCI ini belum lagi habis menjalankan siasatan...
DeleteMimpi saja SAPP ni.banyak janji tapi xikut keupayaan diri.
DeleteKita tunngu dan lihat, sejauh mana RCI dapat membantu menyelesaikan masalah Pati ini, belum cuba belum tahu lagi.
DeleteBerkesan atau tidak, biarlah siasat dulu dan lihat apakah hasilnya.
DeleteKalau benar tidak berkesan kenapa SAPP dahulu cuba untuk memperjuangkan RCI ini untuk Sabah. Kenapa sekarang baru cakap ini tidak berkesan. Memang SAPP parti yang suka putar belit cerita.
ReplyDeletememang SAPP ni pakar putar belit cerita...
Deletemereka cuma suka politikkan isu ni bukannya cari jalan penyelesaian.
Deleteada agenda sendiri, bukan pentingkan rakyat pun.
Deleteinilah SAPP, putar belit, mcm tak da pendirian.
Deletehaha, betul, SAPP memang tiada pendirian party sendiri,tidak faham objectif party mereka.
Deletesudah2 lah tu SAPP...tidak payah lah mengharap mahu jadi kerajaan negeri...mahu menang 1 2 kerusi pun belum dapat...selama ini pun, SAPP menang kerana menumpang populariti BN dan menggunakan tiket BN...
ReplyDeleteDulu sebelum RCI di tubuhkan, berabis meminta agar kerajaan tubuhkan RCI, bila sudah di buat, sekarang cakap kerajaan tidak ikhlas..bikin binggung, lebih baik jangan layan.
ReplyDeleteSelagi tiada cara yang lebih berkesan, tidak salah mencuba, sedangkan kerajaan juga mencuba gunakan 6p yang tidak berkesan langsung.
ReplyDeleteIsu RCI harus diselesaikan bersama.
ReplyDeleteLet wait and see, we urge that RCI can address the issue.
ReplyDeletepatut sokonglah RCI, bukan memperkecilkannya
ReplyDeleteRCI belum dilaksanakan dah kata ia tak berkesan.
ReplyDeletemacam mana dia tau RCI tidak berkesan? diapun mau jadi macam sotong kurita ka? boleh ramal masa depan..
ReplyDeletekalau dia masih menjawat jawatan sebagai menteri kewangan sabah, mesti hari ini dia akan caka RCI berkesan.. tambirang saja ba dia ni..
ReplyDeletehow you know it didn't work out if you did not experience it 1st?
ReplyDeleteWe have to give full support to the implementation of RCI.
ReplyDeleteLet they do it on behalf of the Sabahans people.
ReplyDeleteMaximus said the general elections could be held even before the conclusion of the RCI's findings because the elections and RCI's work are two separate matters.
ReplyDeleteOn RCI, Maximus said the panel which had been given six months to finish the job would have open sessions in all districts in Sabah, including Labuan where there was a large presence of immigrants.
DeleteMaximus said the 6 months period given was short but it reflected how serious the Government was to get feedback of the matter and make its recommendations.
DeleteMaximus said in this matter Najib did not listen to Dr Mahathir but listened to the people of Sabah and everyone is glad the RCI had been established
DeleteThe commissioners had to do its work and do it well
DeleteAs for info:
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today received a courtesy call from the chairman and members of the Royal Commission of Inquiry (RCI) to tackle the problem of illegal immigrants in Sabah at his office at the Perdana Putra Building, here.
Those present were the Chairman of the commission, former Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, and secretary of the RCI, Datuk Saripuddin Kasim who is also the Secretary-General of the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism.
The others were former Universiti Malaysia Sabah vice-chancellor Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, former chief judge of Sabah, Tan Sri Herman Luping, former state secretary Datuk K.Y Mustafa and the Malaysian Crime Prevention Foundation deputy chairman, who was also former Kuala Lumpur Police Chief, Datuk Henry Chin Poy Wu.
RCI can solve the issue but it won't be success without support from the people.
ReplyDeleteAt the event, the Prime Minister handed over the instruments of appointment to them, witnessed by the Chief Secretary to the Government, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, before continuing with the meeting lasting about half-an-hour beginning at 5pm.
The commission was given a six-month deadline to complete investigations on the exodus of illegal immigrants to the state.
Meanwhile, Shim said that at the meeting, they briefed the Prime Minister on what they were doing.
"I think the Prime Minister has voiced his opinion and we have taken notes of his views," he told reporters after the meeting.
Shim said the RCI had already started investigation of certain cases and at the moment they were not facing any problem in carrying out investigation.
"We have a team of very efficient officers to investigate. Once we have concluded the investigation, we will proceed with hearing the witnesses properly," he added.
Kalau RCI tidak berkesan, SAPP berjaya berbohong. Party yg tahu mengkritik je,1 minggu rosak 100 mikrofon adalah.
ReplyDelete