Skandal terbaru ini hanya satu dari banyak lagi
skandal yang timbul sejak akhir-akhir ini walaupun kita diambang
menghadapi pilihan raya umum.
Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan siapa penderma wang sebanyak S$16 juta (RM40 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Hong Kong menguatan lagi keyakinan kita betapa buruknya bentuk penyelewengan dan amalan rasuah yang sedang berlaku di kalangan mereka yang berkuasa.
Ini berikutan pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa wang tersebut adalah sebagai sumbangan untuk tabung Umno Sabah.
Nazri pada 11 Oktober lalu memberi jawapan bertulis di Parlimen menafikan bahawa wang tunai dolar Singapura sebanyak $S16 juta atau RM40 juta itu adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau mendakwa wang tersebut sebaliknya adalah merupakan sumbangan untuk Umno Sabah walau pun pembawa wang itu, Michael Chia Tien Foh merupakan seorang agen peribadi yang diketahui ramai rapat dengan Musa Aman.
Dalam usaha lanjut untuk menolak anggapan bahawa terdapat berlakunya penyelewengan dalam episod ini, Nazri menambah, dalam kenyataannya bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memutuskan bahawa tidak ada elemen rasuah yang dapat dibuktikan.
Bagaimanapun, kenyataan ini jelas bercanggah dengan pendirian SPRM dalam menanggani isu terbaru ini kerana SPRM baru beberapa hari sebelum ini mendedahkannya.
Timbalan Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, “siasatan terhadap Musa ialah atas sebab rasuah dan kami telah siap siasatan itu tetapi panel mengarahkan kami untuk mendapatkan lebih banyak bukti.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan selepas tamat Persidangan Lembaga Persatuan Anti Rasuah Antarabangsa Keenam (IAACA) di Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu.
“Panel” yang dimaksudkan oleh Shukri Abdul ialah sebuah panel semakan operasi SPRM, yang mengarahkan bahagian operasi untuk mengutip lebih banyak bukti terhadap Musa Aman selepas menerima laporan kes itu ketika mesyuarat panel pada bulan Mei.
Ketika mana ketua penyiasat SPRM itu mendakwa kes ini masih dalam siasatan, bagaimana mungkin Nazri mendakwa bahawa SPRM telah membuat keputusan bahawa tidak ada bukti berlakunya rasuah?
Jawapan tidak jujur
Jelas, salah seorang daripada mereka berbohong, atau kedua-dua mereka berbohong kerana tidak ada kredibiliti tentang apa yang disebutkan oleh mereka jika kita melihat kepada keseluruhan kes ini.
Besar kemungkinan Nazri tidak bercakap benar kerana tentu beliau tidak lebih tahu dari ketua penyiasat (Shukri Abdul) tersebut.
Mengenai Shukri Abdul, bolehkah kita mempercayai kata-katanya bahawa SPRM tidak boleh membuat keputusan walaupun sudah empat tahun penyiasatan dilakukan, dalam kes yang mudah di mana seseorang ditahan ketika menyeludup sejumlah wang yang banyak?
Lagi pun, segala bukti yang dimuatkan di Internet menunjukkan rangkaian aliran wang yang berasal dari hasil rasuah kayu balak di Sabah.
Michael Chia memainkan peranan utama dalam rangkaian ini di mana akhirnya wang tersebut didepositkan ke dalam akaun Musa Aman di UBS AG di Zurich.
Malahan carta aliran itu menunjukkan pergerakan wang lengkap dengan butir-butir akaun yang keluarkan oleh Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) di mana sesalinannya dikirimkan kepada SPRM.
Menurut laman web Sarawak Report, portal berita itu juga memuatkan carta aliran wang tersebut melalui http://www.sarawakreport.org/2012/04/hold-on-trust-for-aman-more-devastating-evidence-from-the-icac-investigation/.
Bukannya susah untuk meneliti rangkaian akaun bank dan transaksi wang dan insiden RM40 juta hanya merupakan sebahagian kecil sahaja dari usaha untuk menyeludup wang rasuah kayu balak dari Sabah.
ICAC juga menghantar hasil penemuan siasatannya kepada SPRM dan memohon kerjasama antara-kerajaan untuk menyelesaikan kes ini tetapi usaha ini dilaporkan telah dihalang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Bolehkah SPRM membuat penafian bahawa pihaknya mempunyai hasil siasatan ICAC dalam kes ini termasuk carta aliran wang yang menuding jari kepada Musa Aman?
Barangkali Jawatankuasa Terpilih Parlimen perlu mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim untuk menjawab soalan ini.
Pembohongan Musa terdedah
Musa Aman, dengan membuat penafian terhadap segala tuduhan terhadapnya, meningkatkan lagi krisis kredibiliti yang dihadapi Nazri dan Shukri Abdul.
Sebagai respon terhadap berbagai tuduhan yang dibuat Sarawak Report, di antaranya termasuk dua anak lelaki Musa Aman yang belajar di Australia menerima wang suap dari akaun bank yang dikawal oleh Chia. Musa Aman menafikan perkara ini dalam kenyataan bertulisnya bertarikh 12 April, 2012.
Kenyataan bertulis itu berbunyi: “Saya menafikan segala tuduhan. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dalam apa bentuk pun jua, dengan seorang individu bernama Michael Chia.”
Penafian Musa Aman bagaimanapun, bercanggah dengan kenyataan-kenyataan bank yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes saman (No Saman 752, 2010/N) pada Jun yang diketengahkan oleh bekas kenalan Chia dan kini mereka berbalah tentang wang.
Bagi mempertahankan dirinya dalam pertikaian tersebut, UBS AG mengeluarkan kenyataan-kenyataan bank yang secara jelas menunjukkan anak-anak Musa, Mohammad Hayssam Musa dan Hazem Mubarak Musa adalah penerima wang yang berterusan yang dimasukkan dari akaun syarikat-syarikat yang didakwa Chia berada di bawah kawalannya.
Syarikat-syarikat ini yang berdaftar di British Virginia mempunyai sejumlah wang tunai yang besar, kerap kali mengalir ke dalam akaun- akaunnya dan ini sudah jelas menjadi alat untuk menyeludup wang.
Makanya kedua-dua UBS AG dan Michael Chia, dalam usaha mereka untuk mempertahankan diri, terpaksa mengeluarkan bukti-bukti ini dalam mahkamah.
Ini menunjukkan bahawa Musa Aman telah melakukan pembohongan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Michael Chia.
Lebih dari itu, dokumen bank ini sama dengan dokumen dalam simpanan Sarawak Report (termasuk carta aliran wang yang disebutkan di atas) yang seringkali timbul dalam pendedahannya terhadap kegiatan Musa Aman sebagai tauke balak yang licik di Sabah.
Menurut Sarawak Report, yang menarik ialah laporan-laporan rahsia ini bocor bukan sahaja dari ICAC, tetapi juga dari SPRM.
SPRM turut menjalankan siasatan yang serentak dalam skandal rasuah balak di Sabah, berikutan tertangkapnya Michael Chia di Hong Kong pada 14 Ogos 2008 kerana menyeludup dan memindah wang secara haram.
Melihat kepada sikap membisu SPRM yang begitu lama dan tanpa mengambil sebarang tindakan walaupun mempunyai bukti yang banyak maka tidak sukar untuk kita memahami bahawa SPRM mempunyai batasannya untuk beroperasi.
Umno terperangkap
Sikap Najib yang tidak mahu mendedahkan sumber maklumat tentang skandal RM40 juta duit untuk Umno Sabah ini tidak membantu meringankan keseriusan skandal ini.
Ketika disoal dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Barisan Nasional pada 12 Oktober lalu, beliau malah cuba untuk mengambil mudah masalah ini dengan berkata:
“Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul.” Beliau menambah, jumlah sumbangan itu tidak relevan, sambil mengulang ungkapan, “selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul.”
Agak memeranjatkan untuk memikirkan bahawa Perdana Menteri boleh menyifatkan sumbangan seumpama ini sebagai “cara yang betul.”
Mari kita mengingatkan Najib bahawa perbuatan menyeludup dan memindah wang secara haram adalah satu kesalahan yang serius di mana Michael Chia sepatutnya didakwa, dihukum dan dipenjara serta wang tunai itu dirampas; jika kerajaan Malaysia enggan menghulurkan kerjasama dengan pihak berkuasa Hong Kong.
Dan yang lebih bersalah ialah Umno sendiri kerana Michael Chia hanya ‘budak suruhan’ Umno, bertugas sebagai pembawa atau posman.
Dalam sebuah negara demokrasi, pihak penguatkuasa undang-undang akan segera bertindak berikutan pengakuan Najib itu. Tetapi sudah pasti, dalam Boleh Land, ini merupakan perkara biasa, tidak perlu bising-bising.
Skandal terbaru ini hanya satu dari banyak lagi skandal yang timbul sejak akhir-akhir ini walaupun kita diambang menghadapi pilihan raya umum. Ini membuktikan bahawa transformasi Najib yang ingin beliau laksanakan hanya merupakan satu ilusi dan bukan realiti.
Berhubung dengan visinya untuk “demokrasi terbaik” dan status “negara maju” pada masa depan, tidakkah masih jauh untuk digapai?
Oppositions can do anything to influence people
ReplyDeleteyup.. they can do ANYTHING including the bad thing.. since they hold the name of OPPOSITION, then everything they do will automatically become HALAL..
DeleteJiak pembangkang menag di PRu13, rasa-rasa BN juga akan buat yang sama.
Deletepembangkang mengharapkan dan bergantung kepada sarawak report untuk menjatuhkan imej musa aman dan UMNO sabah namun sarawak report gagal dalam pembohongannya...maka pemimpin2 pembangkang pun buat talian hayat iaitu mengitar semula isu dan memutar belitkan fakta siasatan...
DeleteSkandal Musa? Skandal apa konon? Skandal Anwar saya tahu la.
DeleteI think this is all merely political games la. No need to write such a long article to cover the truth.
DeleteDah lah dalam politik, permainan sebegini adalah kebiasaan.
Deletebut the people are wise enough to think for themselves. they are able to evaluate wisely.
DeleteToo bad, not everybody will get influenced by the opposition.
DeleteIsu Datuk Musa sudah selesai.
DeleteSANDAKAN, Oct 8 — Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said opposition leaders were in politics just for power but not capable of serving the people effectively.
ReplyDeleteagree.. opposition only need power.. they concern over corruption among BN leaders is only political gimmick..
DeleteMemang pun, cakap ja banyak.
DeleteDo they come up with quality products?
DeleteJika nak tahu jawapan, bairlah pembangkang menang 1 penggal dan buktikan kebolehannya.
Deletebut that should be the people decision to decide which party is capable of serving the people effectively.
DeleteIndeed. Opposition is aiming for the power and money only.
DeleteOppositions getting scarier lately
ReplyDeletethey afraid that they will have no chances to take over the sabah state government since musa aman managed to bring tremendous development to this state.. unlike Yong Teck Lee who almost make sabah bankrupt in only two years..
DeleteSiapa tak takut kalau posisi diri tu dah goyah?
DeleteThey will not back out till they bring down the government.
DeleteThe more the opposition wants to speculate this issue, the more they look so desperate.
DeleteSebab pilihanraya ni lah makin digembar gemburkan isu ni. semuanya mau perhatian dan sokongan rakyat supaya dapat memerintah.
ReplyDeletesebab pilihanraya juga semakin banyak isu2 recycle digunakan untuk meraih undi.. yang bengapnya tentang pembangkang, isu yang sudah terjawab pun dipertikaikan.. tapi isu yang tidak terjawab dikalangan pemimpin2 pembangkang tidak pula dipertikaikan..
DeleteMasing-masing mempromosikan diri.
DeleteMasa kempen nanti pun, isu ini saja yang jadi modal untuk pembangkang. Adui boringnya...
DeleteJangan percaya dengan cakap-cakap kosong pembangkang yang cuba menjatuhkan Datuk Musa.
Delete“Look at Selangor, once a progressive state, but when Pakatan Rakyat took over, they failed to resolve problems faced by the people. Hence, the people should not readily believe and be influenced by the opposition’s lies,” Musa Aman
ReplyDeletelook at pakatan state.. in only four years, they already have Jet, bus, treler, bungalow, luxury car, etc.. where the money come from??
DeleteLaporan Audit pun tidak menyebelahi negeri2 pimpinan pembangkang. Pengurusan kewangan yang failed!
DeleteTiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Pembangkang pun terima sumbangan dari pihak luar. Tapi kalau Umno dapat lebih banyak, itu kerana penyokong Umno lagi ramai.
ReplyDeletepembangkang cemburu bila umno dapat sumbangan politik rm40 juta, berbanding dengan Pakatan yang mendapat rm20 juta sejak 2005..
DeleteSumbangan ini ssah dari sisi undang-undang, itulah mereka dilepaskan dari ambil tindakan.
DeleteAgree to anonymous, as long as it is legally to donate, nothings wrong.
DeletePembangkang asyik mempertikaikan saja dari mana datangnya Rm40 juta untuk Umno, tapi cuba siasat dari mana datangnya sumber untuk pembangkang sah di sisi undang-undang atau tidak.
DeleteTerima sumbangan politik bukan merupakan satu kesalahan tetapi kalau hendak dijadikan satu kesalahan, kerajaan bersedia membuat undang-undang.
ReplyDeletekalau dijadikan satu kesalahan, bankrap la ngo dan media2 pembangkang yang selama ini banyak bergantung dengan dana soros.. begitu juga dengan pemimpin2 pembangkang yang hari ini boleh menaiki Jet Eksekutif semata2 untuk berkempen di sabah..
Deletekalau pembangkang ikhlas, pembangkang patut menyokong kesediaan kerajaan untuk mewujudkan undang2 tersebut...ada berani kah pembangkang?
DeleteOpposition norm is want to take advantage in BN gov weaknesses.
ReplyDeletefailure always like that.. so let us reject this party..
Deleteeven a small hole like a needle hole they are going hard to entered in
ReplyDeleteHe said the opposition were just pulling wool over the people’s eyes with their claims that there had been no development under the Barisan Nasional (BN) government.- Musa Aman
ReplyDelete“In the past, villages did not have paved or concrete roads, or electricity and water supply, but we have provided all these facilities now,” Musa cited
ReplyDeletePembekalan asas ini harus diberi dan disempurnakannya.
Deleteparti2 politik pembangkang yang lain selain Pakatan pasti ada juga penyumbang dana.. tipu la kalau tidak ada.. kenapa tidak dedahkan??
ReplyDeleteya. lebih adil kalau pembangkang mahu kerajaan dedahkan sumber dana, mereka pun kena dedahkan juga.
DeleteBaik juga jika kedua BN dan pembangkang mendedahkan penyumbangnya.
Delete"Michael Chia Tien Foh merupakan seorang agen peribadi yang diketahui ramai rapat dengan Musa Aman."
ReplyDeletegambar diatas yang sudah dikitar berkali2 di mendia pembangkang, cukupkah untuk menjelaskan bahawa micheal chia ni adalah agen musa aman??
Terima saja keputusan yang telah diumumkan. taiada unsur rasuah dan Musa Aman bersih dari skandal tu. kalau masih tidak berpuas hati, pergilah tanya dengan pihak berkuasa sendiri ataupun buat siasatan dan kumpul bukti baru hantar pada SPRM atau ICAC.
ReplyDeletethe opposition is not satisfied with the result. they want to believe that musa is involved and guilty.
Delete"Bagaimanapun, kenyataan ini jelas bercanggah dengan pendirian SPRM dalam menanggani isu terbaru ini kerana SPRM baru beberapa hari sebelum ini mendedahkannya."
ReplyDelete"Timbalan Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, “siasatan terhadap Musa ialah atas sebab rasuah dan kami telah siap siasatan itu tetapi panel mengarahkan kami untuk mendapatkan lebih banyak bukti.”"
apa yang bercanggah?? kenyataan sprm sebelum ini turut menjelaskan bahawa SIASATAN SUDAH SELESAI.. ketika siasatan sudah selesai, pihak SPRM masih gagal membuktikan penglibatan musa aman dalam skandal hong kong ini.. sebab itu mereka minta lebih banyak bahan bukti..
arahan panel itu tidak semestinya menggambarkan musa aman benar2 bersalah, melainkan sekadar menurut desakan2 pembangkang yang beriya2 menuduh musa aman kononnya terlibat dengan skandal rasuah itu.. yang peliknya, ketika panel minta lebih banyak bukti, tidak ada pula pemimpin2 pembangkang bekerjasama dengan pihak sprm dengan menyerahkan bukti2 baru yang kukuh????
hanya selepas diumumkan tidak bersalah, barulah terhegeh2 buat laporan polis, buat pertikaian, recycle bukti2 lama.. bukankah semua ini menunjukkan pemimpin2 pembangkang Malaysia sangat BENGAP dan LEMBAB????
Jika pendermaan ini sah dari sisi undang-undang, buat laporan polis juga tiada kegunaannya.
Delete"Sebagai respon terhadap berbagai tuduhan yang dibuat Sarawak Report, di antaranya termasuk dua anak lelaki Musa Aman yang belajar di Australia menerima wang suap dari akaun bank yang dikawal oleh Chia. Musa Aman menafikan perkara ini dalam kenyataan bertulisnya bertarikh 12 April, 2012."
ReplyDeletesatu perkara yang saya masih ingat berkenaan dengan Sarawak Report, media asing ini pernah menggunakan dokumen SSM palsu atau yang telah diubah suai untuk menjatuhkan kerajaan Taib.. bila pembohongan mereka terdedah, artikel tersebut dengan serta merta dikeluarkan dari portal pembohongan ini oleh si penulis upahan pembangkang..
sekarang media asing ini beralih pula kepada Sabah dengan menggunakan strategi yang sama..
memandangkan rutin harian pembangkang juga penuh dengan pembohongan, so eloklah Sarawak Report ini terus dijadikan bahan rujukan mereka oleh pemimpin2 pembangkang..
DAP had also received RM3.5 million from supporters to build a new building in Penang, so the Opposition should not question Sabah Umno's RM40 million political donation from unknown sources. - Nazri
ReplyDelete" it was not an offence for any party, including the Opposition, to receive donations for their political activities." Nazri said
ReplyDeleteeven the opposition receive donations for their political activities.
DeletePembangunan yang dikecapi Sabah seiring dengan negeri lain di negara ini adalah hasil hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan.
ReplyDeletePeruntukan akan diberi dengan mencukupi jika hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat dieratkan.
Deletepencapaian yang diperolehi menerusi pelaksanaan pelbagai rancangan dan dasar itu diharap dapat membantu mengurangkan jurang pembangunan antara Sabah dan negeri lain di Malaysia
ReplyDeleteUsaha Musa dalam pembangunan Sabah amat membanggakan, usaha ini harus berterusan terutama ekonomi di luar bandar.
Deletekerajaan Persekutuan menerusi kepimpinan dinamik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengemukakan pelbagai inisiatif mengurangkan beban rakyat. termasuklah melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik Rakyat 1Malaysia.
ReplyDeleteThe idea is great but wonder how the execution?
DeleteMusa sentiasa mengingatkan perkhidmatan awam negeri agar memberikan yang terbaik dalam memastikan semua projek dan program dirancang untuk Sabah boleh dilaksanakan tanpa kelewatan atau halangan birokrasi supaya memberi manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteAda juga projek yang didapati tidak siap dalam tempoh, kelemahan harus diperbaiki lagi.
DeleteI find it difficult to believe that musa is linked to michieal chia.
Deletebeberapa perkembangan menarik telah berlaku di Sabah dan walaupun terdapat ketidaktentuan dalam landskap politik sejak dua dekad lepas, Sabah pada masa ini mempunyai wakil yang kukuh dalam Kabinet Persekutuan.
ReplyDeleteMalaysia kini berkembang sebagai sebuah negara bangsa dengan pelaksanaan pelbagai program transformasi merangkumi aspek ekonomi yang membantu meningkatkan taraf hidup rakyat,” jelasnya.
ReplyDeletemenerusi kemajuan yang dibawa untuk rakyat tanpa mengira latar belakang dan lokasi geografi, ia membolehkan mereka turut sama terlibat dalam proses pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.
ReplyDeletePembangunan harus meliputi kawasan luar bandar agar keseimbangan ekonomi dapat dipertingkatkan.
Deletehubungan Musa dan Najib tetap akrab.
ReplyDeletemoney is the bridge to their close relationship..
DeleteHubungan baik antara Persekutuan dan BN Sabah dapat mendorong peruntukan yang lebih banyak untuk projek perkembangan.
ReplyDeleteThe same fervour is seen in Musa’s handling of the state’s huge reserves of minerals such as coal, silica, gold and limestone which, if mined, are potentially worth billions to the state’s coffer.
ReplyDeleteWhile I leave the opposition to their agenda, let’s peel some underlying truth within the fabric of Malaysian politics. It is not illegal for any Malaysian to give money to a political party of his or her choice — or to anybody for that matter. Should the donor wish to remain under the cloak of anonymity, the request should be respected as long as the donation stays within the confines of the law. - malaysiainsider
ReplyDeleteOCT 19 — When Datuk Seri Nazri Aziz recently made an announcement in Parliament reflecting on the decision of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) in clearing Datuk Seri Musa Aman of the alleged corruption charges, a cynical smile cracked my face: the opposition must be finding themselves in a very awkward position now.
ReplyDeleteStar, don't try not to know what is happening, Just one question of why the money need to be smuggled in? Any sensible thinking person will know that it was corrupted money. 100% of it...why Musa's sons also getting the loot? Come on, don't treat us like fools.
ReplyDeletesiasatan SPRM menunjukkan tiada elemen rasuah yang melibatkan KM sabah...siasatan ICAC juga berkesimpulan yang sama...
DeleteBekalan kewangan ini adalah sah dari sisi undang-undang.
Delete"Lagi pun, segala bukti yang dimuatkan di Internet menunjukkan rangkaian aliran wang yang berasal dari hasil rasuah kayu balak di Sabah."
ReplyDelete-------
yang muatnaik siapa? sarawak report kan...ketelusan sarawak report selama ini diragui sebab sarawak report ni pakar mewujudkan bukti2 palsu yang nampak seperti benar...kalau memang tulen dan sah, pasti keputusan siasatan ICAC berbeza..
in the technology era, i doubt that report published at sarawak report is genuine.
Deletedalam internet macam-macam ada..siapa2 pun boleh tulis macam-macam.
Deletemustahillah bukti2 yang dikatakan oleh sarawak report iyu bocor dari ICAC...ICAC terkenal dengan ketegasan mereka melakukan siasatan rasuah...mana mungkin maklumat siasatan dibocorkan kepada sarawak report...sarawak report ni penipu besar...
ReplyDeleteits either sarawak report obtained the report illegally or made it all up.
DeleteKes ini kira tutup selepas pengesahan dari ICAC dan MACC bahawa tiada unsur merasuah.
DeleteMungkin bukti yang didapat masih kurang mencukupi.
ReplyDeleteTiada action Musa Aman yang mencalarkan PM Najib. Musa Aman bersih daripada tuduhan tu
Deletesetiap tuduhan haruslah ada bukti..kalau tiada bukti itu hanya sekadar tuduhan tidak berasas.
DeleteSusah nak meramal apa yang akan berlaku di saat akan datang. PRu semakin mendekat, banyak sindiket didedahkan.
ReplyDeleteSekiraya pembangkang tidak puas hati dengan kes Musa Aman ditutup, rasanya pembangkang boleh bertanya atau merujuk ke ICAC.
ReplyDeleteapa pun hasil siasatan pembangkang memang tidak puas hati.
ReplyDeleteapa pun, isu macam ini akan tetap dimainkn terutamanya bila pru makin hampir. tapi rakyat pandai2 lah menilai.
ReplyDelete