Sejak kebelakangan ini Rahman Dahlan lebih gemar bercakap isu ekonomi negara, pentadbiran persekutuan dan kedaulatan bangsa lain sedangkan kawasannya terbiar.
KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud Dato’ Abdul Rahman Dahlan digesa membuat lawatan ke kawasan parlimennya daripada ‘berkokok’ dan ‘menyalak’ mempertahankan pelbagai isu yang menimpa partinya, Umno.
“Sejak kebelakangan ini Rahman lebih gemar bercakap isu ekonomi negara, pentadbiran persekutuan dan kedaulatan bangsa lain sedangkan kawasannya terbiar,” kata Anggota Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga pemimpin tempatan, Peter Marajin.
“Kerajaan sering mendabik dada kononnya Kota Belud adalah jelapang padi negeri Sabah tetapi ratusan ekar sawah padi di Mukim Kelawat tidak ditanami padi. Mana pergi Rahman?
“Pernahkah Rahman prihatin dan melawat para petani sawah di Kelawat?,” tanya Marajin ketika melawat kawasan itu hujung minggu lalu.
Katanya, jika para pemimpin Umno hanya tahu mendabik dada tetapi tidak sedar, atau pura-pura tak tahu, kawasannya sendiri terbiar dan dilupakan, maka ini hanyalah sandiwara politik yang perlu dihentikan dengan segera.
“Mereka ini umpama ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya bergelumang tahi, cuma orang tak tahu. Nah sekarang kamu tahu mana jelapang padi Kota Belud itu.
“Adakah pemimpin kerajaan hanya melihat sawah di beberapa kawasan sahaja seperti di Tempasuk dan Tamu Darat? Di Kelawat beratus ekar sawah boleh diusahakan tapi tidak ada sistem pengairan air sampai sekarang. Petani bergantung kepada hujan sahaja.
Sistem pengairan
“Kawasan-kawasan ini sebenarnya tidak memerlukan empangan, hanya perlu kepada sistem pengairan dan perparitan yang moden,” terang beliau.
Menurut Marajin yang juga seorang peguam yang popular, Rahman perlu lebih mendengar dan bukan memberi ceramah kepada penduduk kampung Kota Belud serta mencanangkan Kota Belud sebagai jelapang padi sedangkan produktiviti tak sampai ke mana pun.
“Pergilah lihat sawah-sawah di Kota Belud, makin banyak yang tidak diusahakan termasuk di kawasan yang dikatakan sudah bertahun- tahun diusaha sebagai jelapang padi.
“Janganlah pemimpin kerajaan ini tuduh orang kampung malas kerja sawah. Carilah masalahnya. Siapalah yang mahu membanting tulang di sawah tetapi harga padi hanya 70 sen sekilo umpamanya.
Kalau pandai sangat ekonomi, carilah jalan supaya harga padi naik kepada RM3 sekilogram, barulah orang berebut menanam padi,” kata Marajin.
Melepaskan batuk di tangga
Beliau menambah, usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran padi di Sabah umpama melepaskan batuk di tangga dengan daerah-daerah lain terus mengabaikan kerja menanam padi.
“Sabah masih mengimport 70 peratus berasnya sampai sekarang. Idea yang lebih baik dan usaha lebih praktikal perlu dicari untuk meningkatkan pengeluaran padi kita bukan setakat hanya mencanangkan di sana sini,” katanya lagi.
Menurut Marajin (kanan), kawasan parlimen Kota Belud sekarang mempunyai jumlah pengundi yang paling ramai di Sabah dengan tiga kawasan
Dewan Undangan Negeri tetapi hanya mempunyai sebuah pekan.
“Jalan masuk ke Kota Belud penuh sesak pada tiap-tiap pagi, tengah hari dan petang apa lagi ketika ada perayaan. Oleh kerana hanya ada sebuah pekan dan semuanya tertumpu di situ sedangkan jalan raya hanya satu lorong,” jelasnya.
Beliau turut menyoal, “bilakah anggota parlimen kita mahu tolong selesaikan hal ini?”
“Tolonglah jangan marah-marah dan meradang bila rakyat merungut, saya sendiri pun dihujani pelbagai pertanyaan kenapa kerajaan buat itu tetapi tidak buat ini dan macam-macam lagi isu kepentingan pengguna dan rakyat di Kota Belud,” ujarnya.
Calvin Kabaron
Kerajaan memperuntukkan RM66juta untuk Projek Agropolitan Kota Belud-Pitas.
ReplyDeleteProjek Jelapang Padi Kota Belud turut dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2013 yang diumumkan oleh Najib.
ReplyDeletePada asasnya, projek itu sudah menjadi projek nasional, bukan lagi projek kerajaan negeri atau ADUN Tempasuk yang ada.
DeleteIndustri pertanian yang semakin meningkat dapat membaiki lagi ekonomi dan taraf kehidupan juga dapat diperbaiki lagi.
DeleteMinistry of Agriculture & Food Industry will also be giving priority to the production of rice in the state with the establishment of the Kota Belud rice bowl
ReplyDeleteAmpangan Tambatuan mesti dibina segara baru jadi KB rice bowl. pindahkan semua penduduk Kg Tambatuan ke Kelawat sebagai peserta tetap projek tanaman padi dan berikan perumahan sekali. Jangan pula Peter Marajin terus menghalang projek ampangan ini pula.
Deletebeginning of this year, the Federal government has already channelled an allocation of RM14.3 million to develop the first phase of 800 hectares in Kampung Taun Gusi, Kampung Tempasuk and Kampung Jawi-Jawi Kota Belud involving 762 farmers
ReplyDeletePrime Minister also described Sabah as a reflection of the people of 1Malaysia as despite the variety of races and religious beliefs in the state
ReplyDeleteThe idea is brilliant, hope the people in Malaysia can share the same thoughts too.
Deleteupgrade dulu itu jalanraya Berungis - K.Belud jadi highway 4 lorong. Sabah kepunan highway 4 lorong, tapi di semenanjung berlambak highway 4 lorong sejak sekian lama. nampak betul tidak adil. BN perlu committed utk perlaksanaan projek jalanraya ini. Baa... TUKAR bukan solutionnya sebab sudak TUKAR pun sama saja, duit juga dicari. political will utk bina itu jalanraya yang penting sekali.
ReplyDeleteWR harus mengamalkan budaya turun padang. Cuma ini dapat mengeratkan hubungan dan bantuan dapat diberi melalui lawatan sebegini.
ReplyDelete“Sabah masih mengimport 70 peratus berasnya sampai sekarang. Idea yang lebih baik dan usaha lebih praktikal perlu dicari untuk meningkatkan pengeluaran padi kita bukan setakat hanya mencanangkan di sana sini,”
ReplyDeleteSabah memang mempunyai potentsi tinggi menjadi export beras yang utama.
“Pergilah lihat sawah-sawah di Kota Belud, makin banyak yang tidak diusahakan termasuk di kawasan yang dikatakan sudah bertahun- tahun diusaha sebagai jelapang padi.
ReplyDeleteKerajaan harus mengusahakan kawasan terbiar ini untuk menjana pendapatan.
Dari sebuah pekan kecil, Kota Belud kini membangun dengan pesat dan terus maju setanding dengan daerah luar bandar lain di negara ini.
ReplyDeleteSepanjang 10 tahun yang lepas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di daerah yang terkenal dengan gelaran pekan "cowboy" ini.
Kota Belud yang kaya dengan tarikan pelancong termasuk budaya kuda Bajau turut menikmati limpahan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
ReplyDeleteAntaranya projek menaik taraf jalan yang menghubungkan Kota Belud-Langkon dalam daerah Kota Marudu yang pasti akan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan selain menjana ekonomi masyarakat setempat.
ReplyDeletebidang pertanian dan perikanan merupakan antara kegiatan ekonomi penduduk Kota Belud.
ReplyDeleteDalam bidang pertanian, katanya, tanaman diusahakan termasuk padi, getah, koko, kelapa, kelapa sawit, kopi, buah-buahan, pisang dan halia. Sejumlah 12,115 hektar tanah diusahakan dengan semua jenis tanaman tersebut membabitkan lebih 1,400 petani.
Malah Kota Belud dianggap sebagai kawasan Jelapang Padi dengan sawah-sawah terletak di Kampung Taun Gusi, Tempasuk, Tambulion, Piasau dan Marabau.
Mengenai Perancangan Jangka Panjang tanaman padi, katanya, usaha sedang diperhebatkan untuk mendapatkan hasil 10 metrik tan sehektar dengan matlamat akhir menjadikan Kota Belud sebagai kawasan pengeluar padi terbesar di Sabah.
ReplyDeleteMana dia JEPANG padi kamu di Kota Belud? Kalaupun saya ini buta,pekak dan tuli,tapi tak kan lah saya tidak tahu mana dia kawasan JELAPANG padi.Saya anak Samah di Batu 54 Kg Taun Gusi.Jangan melawaklah tak kelakarpun.
ReplyDeleteKawasan sawah saya di Sangkir Taun Gusi,sampai masakinipun belum dapat diusahakan kerana tiada tali air dan sentiasa terendam dek air.Jadi saya tidak begitu yakin dengan janji janji kamu kerana nanpaknya masih diawang - awangan.
Kalau Wakil Rakyat,jadilah wakil kami.Samada kamu ADUN atau Parlimen,biarlah jujur dan ikhlas.
Dulu saya penyokong BN UMNO tapi kini belum tahu sebab cara,tindakan dan interaksi kamu ini agak terlalu KE BOS BOS an.Masih macam zaman sebelum Sabah Merdeka.
Kamu boleh nafikan kata kata ini tapi inilah kenyataan jujur dari rakyat.
Saya yang benar,
Zalis bin Maznee
Kg Bt 54 Taun Gusi Kota Belud
(Anak Idahan tempat kampung Samah)