Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Ceramah SAPP Bangunlah Untuk Sabah


KOTA KINABALU - Parti Maju Sabah (SAPP) akan mengadakan ceramah di Penampang dekat sini bertujuan memberi penerangan kepada rakyat tentang masa depan Sabah.

Pengerusi Penganjur, Francis Mojikon berkata, ceramah itu akan diadakan pada 16 Disember ini di lotmeletak kereta Taman Suria bermula pada jam 7 malam.

“Tujuan utama ceramah itu diadakan ialah untuk menyedarkan rakyat tentang pentingnya pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

“Selain itu, hadirin juga akan diberi penerangan mengenai hala tuju perjuangan SAPP yang berusaha untuk mengembalikan hak-hak rakyat.

“Ceramah bertemakan Bangunlah Untuk Sabah itu bertepatan dengan perjuangan SAPP,” katanya.

Beliau berkata, penceramah terdiri daripada Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Penasihat parti yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor dan Ketua Mudanita Tandek Cik Pathlyn C. Mikat.

Katanya, Pathlene akan berkongsi pengalaman tentang tragedi kes pembunuhan seorang gadis sunti di Kota Marudu baru-baru ini.

Beliau berkata, ceramah itu anjuran gabungan Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Kepayan Moyog dan merupakan siri terakhir pada tahun ini.

Katanya, lima siri ceramah telah di adakan di sekitar Kota Kinabalu bermula di Rumah Pangsa Kendara Kapayan pada 10 Disember, Taman Bersatu Putatan (11 Disember), Taman Public Likas (12 Disember), Sunny Garden Api-Api (13 Disember) dan Taman Fortuna Luyang (14 Disember)Inanam(15 Disember)

Francis berkata,  kesemua siri ceramah itu telah mendapat sambutan luar dugaan daripada penduduk setempat.

“Hasil tinjauan kami dapati rakyat sudah bosan dengan kerajaan pada hari ini dan ingin perubahan seperti yang diperjuangkan SAPP,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir ke ceramah di Taman Suria itu agar mesej yang ingin disampaikan SAPP dapat difahami dan seterusnya menyedarkan semua akan kepentingan mengembalikan hak-hak Sabah.

46 comments:

  1. PERGOLAKAN politik antara para pemimpin BN-Sabah, tidak banyak membawa impak kepada kemampuan BN Sabah dalam pilihan raya akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada wujudnya pergolakan itu ataupun tidak, prestasi BN Sabah akan sama, sesuai dengan trend pengundian semasa, akibat perubahan politik di peringkat kebangsaan dan negeri, terutama keputusan PRU-12 lalu.

      Delete
    2. BN tetap menjadi pemenang besar di Sabah. Bukan senang untuk pembangkang bersaingan.

      Delete
    3. BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.

      Delete
  2. Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen, dan sejak PRU-2004, PRU-2008, hanya satu kawasan Parlimen terlepas kepada Pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Pada PRU-13, walaupun DAP yakin akan menawan tiga kawasan Parlimen- Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, namun, kerana komitmen PM dan TPM kepada negeri, maka bukan senang DAP menang di kawasan-kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komitmen yang tinggi daripada Pengerusi BN negeri-merangkap Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, akan menyukarkan pihak DAP untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan.

      Delete
    2. Pemimpin -pemimpin Bn harus sentiasa mengutamakan rakyat, agar rakyat akan sentiasa memberi sokongan dan percaya dengan BN.

      Delete
  4. Di atas kertas, Sandakan dan Kota Kinabalu adalah kawasan Pembangkang, namun, jika BN dapat meletakkan calon yang sesuai dan diikuti strategi kempen yang cukup, tidak mustahil, kawasan tersebut boleh dimenangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berenti bermimpilah, Bn akan sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU ini.

      Delete
  5. Tawau, boleh dikatakan adalah kawasan 50:50 jika BN berdepan satu lawan satu, akan tetapi jika berlaku tiga penjuru atau lebih, pasti kawasan itu milik BN; demikian juga kawasan Sandakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saingan semakin hebat antara BN dan pembangkang.

      Delete
    2. Agak berapa kerusi yang BN boleh menang kali ini di Sabah?

      Delete
    3. BN akan memang besar pada PRU ini.

      Delete
  6. pada PRU-13, akan berlaku berbagai penjuru di beberapa kawasan; jika ini berlaku, maka postif kepada BN.

    ReplyDelete
  7. Pada PRU-13, Sabah akan menyumbang kepada BN pusat, sekurang-kurangnya 22 kerusi Parlimen. Bagi kedudukan DUN pula, BN-Sabah dengan mudah menang di 48 kerusi DUN.

    ReplyDelete
  8. Kawasan-kawasan DUN Sabah yang masih kelabu adalah-Luyang, Inanam, Kapayan, Tanjung Aru, Api-api dan Sri Tanjong, manakala DUN dalam kedudukan 50:50; Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Tanjong Kapor, Moyong,Merotai dan Tamparuli. Namun, jika BN dapat mengemukan calon-calon yang winnable, tidak mustahil lapan dari 12 kerusi tersebut akan dimenangi BN.

    ReplyDelete
  9. Walaupun, Sabah misalnya kehilangan 12 kerusi, namun Kerajaan negeri tetap mempunyai kuasa 2/3, kerana kuasa 2/3 hanya memerluan 40 kerusi.

    ReplyDelete
  10. Ceramah SAPP lagi itu? Ramai jugakah yang datang.

    ReplyDelete
  11. Bukan apa kerana apa yang kita tahu SAPP ditolak di Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan SAPP di Sabah tidak mendapat sambutan yang hebat.

      Delete
    2. Perjuangan SAPP adalh untuk agenda sendiri, bukan untuk rakyat.

      Delete
  12. Ini semua berpunca daripada pengurusan Yong dahulu yang telah membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Maka sebab itulah juga kenapa Yong kalah teruk di Batu Sapi Pilihan rayat kecil dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Jika kita buat analisis sendiri pun memang Yong ini patut ditolak kerana masih ada yang terbaik daripada mereka ini.

    ReplyDelete
  15. Wake up Sabah, my heart cries for you. Almost 1 million NRICs given to foreigners to win election against genuine citizens of Sabah. All the revenues from oil & gas, sucked dry by the Federal Gov't and so indirectly by UMNO/BN with little or nothing left for Sabah & Sarawak. Just compare: Scotland in Great Britain and Quebec in Canada had an open, honest & fair national referendum on cessation/separation. Any talk of independence and your ex Sabah CM Tun Faud Donald Stephens died in a crash. Sabah & Sarawak are a total tragedy, not even a proper trunk road! The natives lack electricity and drinking water while Criminals bought submarines and built twin towers costing multi-billions for kick-backs; all cronies live in palaces. Outrageous! BN's evil is earth-shaking. Finish them off in the coming election. !

    ReplyDelete
  16. In Pakistan the Courts challenged the President, and 2 Prime Ministers one after another on corruption charges. Now in Egypt the Judiciary blocks President Morsi’s attempt to take advantage of the Constitution. In Malaysia? Dr MM has destroyed the independence of the judiciary, unleashed racism, apartheid, colossal mismanagement, nepotism, rampant corruption, aliens-turned-residents approaching 1 million (esp in Sabah) alien-voting & election rigging, plus all sort of crimes. He still thinks and talks like a national hero. In fact he is one the most despised and hated people in Asia. We’d love to see him brought to justice and punished. http://www.transparency.org/country#NZL I watch & speak from NZ - rated the World’s top for democracy & non-corruption.

    ReplyDelete
  17. DAP, PR, PAS, Borneo front... are needed now. Umno -BN and its cronies have taken hundreds of billions in contracts, emptied the national coffer with hundreds of financial scandals. Can you afford another 55 yrs with the Umno-BN? PM & MACC pretend all the massive multi-billion corruption are non-existent. It is obvious, BN’s interest is not in the people’s welfare, only in clinging to power. They support deception, cheating & multi-billion thefts on a grand scale. They tortured & murdered Teoh B.H on his wedding day over suspected corruption of petty few thousand $, while few hundred millions of Scorpene Submarine bribes, & Mongolian's blasted murder went unheeded. So is the RM45billion wealth of Sarawak CM, in power for 31 years! Where is their integrity, sense of shame? These are beasts of the lowest form. Kicking them out in GE13 and putting them in jail is not enough. The punishment must befit the crime.

    ReplyDelete
  18. YTL adalah liabiliti kepada SAPP.

    ReplyDelete
  19. “Hasil tinjauan kami dapati rakyat sudah bosan dengan kerajaan pada hari ini dan ingin perubahan seperti yang diperjuangkan SAPP,” katanya.

    Serahkan kepada rakyat untuk menilai perjuangan parti nmana yang lebih positif.

    ReplyDelete
  20. Yong semakin ditolak, Batu Sapi adalah bukti yang baik.

    ReplyDelete
  21. SAPP harus kerjasama dengan parti lain untuk memperjuangkan kedudukan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  22. SAPP tiada masa depan dlm politik, YTL adalah pemimpin yang sudah hancur. SAPP tidak mampu lagi menyakinkan rakyat Sabah walaupun cuba dengan menggunakan bermacam-macam helah dan janji manis. SAPP dan YTL susah dipercayai kerana SAPP sejak 1994 sudah terbukti tidak mampu membantu di luar kawasan Cina.

    ReplyDelete
  23. Haji Ramli Dua Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Sabah merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang hari ini menyuarakan rasa kurang senang beliau terhadap parti SAPP.

    ReplyDelete
  24. Menurutnya beliau telah mengenal-pasti beberapa kali ahli-ahli parti SAPP masuk ke kampung-kampung di Sipitang dan memberikan gambaran yang salah tentang halatuju PKR kepada penduduk-penduduk kampung disekitar daerah Sipitang.

    ReplyDelete
  25. Ada ahli PKR yang menyatakan, beliau pernah mengikuti siri ceramah parti SAPP di kampung-kampung, di mana ahli-ahli SAPP telah memberikan penerangan yang mengelirukan yang mana mereka cuba meyakinkan penduduk kampung bahawa PKR adalah sebuah parti yang bakal musnah.

    ReplyDelete
  26. Oleh yang demikian, mereka memujuk penduduk kampung untuk menyertai SAPP kononnya SAPP adalah parti politik Sabahan.

    ReplyDelete
  27. Kata Haji Ramli, kami diSipitang menganggap SAPP sebagai "talam muka dua" dan meragui kejujurannya.

    ReplyDelete
  28. Malah mereka meyakinkah penduduk kampung yang hanya SAPP sahajalah yang mampu membela nasib mereka memandangkan SAPP adalah parti tempatan Sabah. Perkara ini turut di tegaskan sendiri oleh Pengerusi SAPP, Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau juga menekankan bahawa misi penerangan SAPP lebih cenderung kepada untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

      Delete
  29. SAPP seolah-olah ingin membayangkan akan adanya pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya yang akan datang.

    ReplyDelete
  30. Sdr Jalumin, Ketua Cabang PKR Kota Belud juga berkata, beliau sendiri pun mendapat maklumat yang sama dari penduduk sekitar Kota Belud. Proses dan misi penerangan yang sama juga SAPP berikan kepada penduduk setempat.

    ReplyDelete
  31. Menurut beliau lagi, PKR dan Pakatan Rakyat harus bersedia mendepani tentangan secara halus dari SAPP.

    ReplyDelete
  32. PR dan SAPP mahu bekerjasama tapi nampaknya PR sendiri meragui SAPP.

    ReplyDelete
  33. Saudara Jalumin adalah ahli STAR ... mana mungkin dia Jadi Ketua Cabang PKR Kota Belud ...ketua Cabang kota belud adalah Saidil ...nampak benar saudara cuba putar belitkan fakta

    ReplyDelete
  34. SAPP dulu hampir buat Sabah bankrap.. SAPP tak boleh memrintah.

    ReplyDelete